Monday, August 30, 2010

Tart Nenas Gulung & Cornflakes Crunchy

Tart Nenas alkisahnya mmg feveret aku! Ingat tak tahun lepas masa boyot-boyot tu ngidam tart nenas, lalu terus ku buat jugak! Kisahnya disini.

Tahun lepas aku buat guna ready made tart cookies mix, so tahun ni terpaksa la google cr resipi. Akhirnya jumpa resipinya. Resipi asalnya dr Kak Liza disini. So semalam buat jugak la sesorang.

Bahan
60 gm butter
130 gm majerin
60gm shortening
70 gm gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla
350 gm cookies flour ( guna je tepung gandum pon bole)
50 gm tepung jagung

Cara-cara:
1. Pukul butter,majerin, shortening dan gula supaya sebati dan rata.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayakkan.
4. Gaulkan sehingga rata dan sebati.
5. Gunakan acuan tart dan pamkan adunan.
6. Kepalkan jem nenas sebesar biji kurma.
7. Letakkanjem nenas diatas adunan dan gulungkan.
8. Sapukan dengan bahan glaze tadi.
10. Bakar dalam oven suhu 180'C sehingga kuning keemasan atau masak dalam 20 minit.
11. Bila telah masak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.


Meh layan gambo yg di snap oleh my kiddos:

Jemnya beli aje kat Mydin. harga dalam rm4.50 for 450gm. Ada tanda halal tau

Bulat2kan dulu intinya

Then tekankan doh guna acuan. Pastikan yg corak bunga belah bawah

Dah siap gulung, glazekan dgn kuning telur

Siap!

Cornflakes Crunchy punya resipi dulu dah share, meh tempek lg.

Bahan (A)
180gm castor sugar
130 gm butter
60gm marjerin
60 gm shortening
1/2 tsp esen vanila
secubit garam
Bahan (B) - 2 biji telur
Bahan (C)
300 gm self raising flour
1/4tsp baking powder
1/4 tsp soda bicarbonate
Bahan (D)- Cornflakes secukupnya-anggaran 250gm

Cara-cara:
1. Putar bahan (A) hingga kembang
2. Masukkan telur
3. Ayak bahan (C) & masukkan adunan kedalam adunan (A). Kalau sebati dengan spatula.
4. Rehatkan adunan didalam peti sejuk semalaman untuk menghasilkan biskut yg rangup.
5. Keluarkan dari peti sejuk dan bentukkan bulat, sadurkan dengan cornflakes dan letak di atas loyang.
6. Bakar selama 15-20 min pada suhu 175,

Adunan memang agak lembut, jgn tambah lagi tepung. Adunan ni bleh dpt anggaran 120 keping. Tak perlu buat besar sebab dia akan mengembang, kita kan guna self rising flour.

Tips mudah:
1) Lapik loyang bakar dengan kertas minyak dahulu sebelum letak adunan biskut. Dgn ini tidak perlu sapu marjerin setiap kali nak letak biskut.
2) Guna telur Gred B dalam semua resipi biskut/kek.
3) Marjerin & shortening boleh diganti dengan butter kesemuanya. Resipi biskut saya semua tambah sedikit shortening, hasilnya ada sedikit kelainan emm memuaskan ;)

Owh yg semalam sbb sangap dah nak masak apa, aku masak Baked Makaroni je. Kids suke jugak. Dah senang takyah msk benda lain. ehehe

Sunday, August 29, 2010

Homemade and Instant Murtabak

Susah benar nak cari penjual murtabak yg cuci telur kat KL ni. Kalau kat Kulim mmg sume penjual cuci telur, siap depa iklankan "Telur Dicuci". So dah tekad nak kene gak buat murtabak sendiri, lgpon en abg dah request. Akhirnya google2 dapat la resipi murtabaknyer disini.


Murtabak segera

Bahan-bahan:
100gm daging cincang
1 biji bawang putih dicincang
1/2 biji bawang besar potong dadu
2 biji kentang dipotong dadu
Sedikit lobak dipotong dadu
Garam secukop rasa
1 sudu setengah rempah kari
Daun bawang
2 biji cili besar dihiris ( optional, kami ni suke pedas)

Kulit Popiah beli siap dr supermarket yg saiz besar
Telur - 2biji

cara-cara:
1) Tumis bawang putih dan bawang besar dan goreng sampai naik bau
2) Masukkan rempah kari yg dibancuh dgn sedikit air
3) Masukkan daging dan kacau sampai empuk
4) Masukkan lobak dan kentang. Kacau sampai masak. kalau kering sgt letak sikit air. Last sekali taruk cili hiris
5) Bancuh telur dan masukkan campuran daging dlm telur
6) Letak inti murtabak dalam kulit popiah dan liat menjadi segiempat. Lipat macam popiah
7) Goreng dengan minyak yg sedikit.

Tak sangka rupanya mudah aje buat Murtabak. @ hari berturut aku buat. Hari ke-2 tu aku buat banyak sebab makcik aku sekeluarga datang. Jadi kami berbuka reramai skali ngan my family di rumahku. Tak sangka plak dpt host berbuka puasa utk 3 keluarga secara adhoc semalam. Alhamdulillah ;)

Ok lps ni tunggu plak aku nak share my next 2 cookies: Tart Nenas Gulung dan Cornflakes Crunchy.

Aish petang ni masak apa ek. Dah sangap ni sbb everyday memasak. Ish tak dpt bayangkan kalau dh jadi surirumah, maunya ilang idea nak masak apa..

Friday, August 27, 2010

Projek Kuih Raya 2010

With the 3 kids around and hubby is working I finally managed to bake these 2 cookies for Eid 2010. Alhamdulillah.

Another checked of the day:
  1. Laundry done- basuh mesin dan basuh tangan
  2. Food for baby - bubur jer sbb die ada flu and cough
  3. Food for kids- nasi putih dan serunding daging je
Next still pending:
  1. Qhada' tidor ( zombie jugak ni sbb mlm td Muaz sgt cranky due to flu n cough)
  2. Lipat Kain
  3. Gi Pasar Tani beli stok barang dapur seminggu
mana yg sempat ni ek...dah la kiddos around...kalau jd kuar umah kene letak kids umah mak kejap...tp bila tgk cuaca kat luar yg panas terik tu rasa malas btol nak kuar!

Owh, sekarang terasa mahu mencuba kuih tradisional la: Kuih Siput. Aku suka sgt..sedap! jom cr resipi diek.

Siap sudah..setiap jenis dapat 2 balang besar + 1 tupperware kecik. Tahun ni preggy so tak buat banyak. Nanti bagi sket2 je la tiap rumah MIL, My Mom, My Granma.

Koko Krunch Munchkin Cookies.
Ab dan Waddah asik ngap je biskut ni dr pagi td..aku nak sorok la. Kejam taks? :p


Cornflakes Almond Cookies. Aku suka almond, tp kids tak suke almond. Jadi depa tak layan. So yg ni takyah la sorok. kih kih

Ok now time to sleep ppl!

Tuesday, August 24, 2010

Pengakuan ekslusif seorang yg terlanjur!

Bermula dengan kisah stok susu dan hasil susu yg kian merudum disini. Diikuti dengan anak tekak teringin nak makan Pulut Mangga. Rupa-rupanya KERISAUAN itu menjadi kenyataan! Hinggalah aku mengalami fasa TIADA MOOD.

Dengan ini, aku yang menyusu secara eksklusif ini terlanjur jua ahaks! Hanya Allah yg lebih mengetahui dan dialah yag maha berkuasa. Lihat hasilnya sekarang. Perut makin maju kehadapan dan sudah ada yg perasan....tak lama lagi bos tahu juga la ni..huhu
I'm now 4M and 2Wk preggy....



Disebabkan sudah lama tidak datang bulan kerana penyusuan eklusif, jadinya aku pon scan je la utk dptkan tarikh EDD. Biasalah tiap kali scan tarikh EDD akan berubah, so aku pilih yg tengah2..insyallah EDD 29 Jan 2011. Selamat bukan tahun ni ( note : bajet pejabat utk org bersalin dah tarak ekekeke).

Alhamdulillah, seperti pengalaman preggy sebelum-sebelum ini, aku takde alahan pon. Trimester pertama tu penat jek sbb tu la masa gi holiday Langkawi aku dok jek kat Apartment. Tapi trimester pertama gak menyaksikan aku gagah holiday ke sana sinun iaitu Bagan Lalang dan Tioman.

Mengandung kali ni tidak dinafikan agak mencabar. Sebab ini mengandung jarak paling dekat! Muaz masih baby lg aku dah mengandung. So penat la menjaga Muaz yg agak mencabar waktu malam, siang aku jadi zombie. Malam2 kene bangun buat susu dan ganti pampers die. Dulu mengandungkan Muaz, aku dah takyah bgn mlm sangat sbb Mawaddah dah besau. Bangun sekali utk susu jek, pampers pon dh tak pakai.

Apapon aku semakin positif menghadapi hari-hari mendatang..chewah...dengan kata-kata semangat penasihat-penasihat aku ehehe. Anak ni rezeki kan...enjoyyyy....

My Gravida 4 on 16 wks

Kali ni aku wat monthly check-up kat Klinik Bt Caves jek sebab Klinik kat pejabat ni ramai gile patients. Tak sanggup nak menunggu. Haritu aku tunggu dr jam 2.45pm sampai la 5.30pm tak dpt gak jumpa doktor. So tiap kali wat check-up, Mus'ab dan Mawaddah kemain happy dapat tgk baby kat mesin scan. Then kali ni first time plak kami scan memalam, so baby mmg sgt aktif, non stop bergerak. Jelas sume bahagian nampak, so depa ni excited ler =)

Bukan rahsia lagi.....

Monday, August 23, 2010

Shopping raya dan kisah berjimat-cermat

Jumaat lepas aku cuti. Salah satu plan mmg nak beli baju raya untuk seisi keluarga. Sampai je jalan TAR tu lebih kurang hampir 11am. Gerai sepanjang jalan TAR tu punyala panjang! Gerai berlambak, pilihan berlambak. Kalau berlambak pon pening tau uols! Harga plak aku tgk tade la murah sgt. So akhirnya aku masuk KAMDAR jek sbb lg murah! Kain boleh tahan jugak. Dapat lg 10%. So bayangkan baju raya Mawaddah drm RM39 dapat RM36. Baju Musab lepas diskaun RM24.90. Baju Melayu dewasa RM59.00 ( kain die aku suka btol!) . Mawaddah paling sakan tahun ni sbb aku belikan 2 baju kurung. Then semalam nenek dia kata dh pi tempah baju Waddah lg satu, nenek dia dh belikan kain.

Tahun ni terpaksa la follow kaler Baju Muaz sebab nenek die dah belikan Purple. So kiranya bertema gak la kami. As for me, aku beli baju kurung riau. Balik umah kain dah kene alter.

Mama dapat jugak 1 blouse dr Top Girl. I like =).

Semua baju ni dah dicuci dan digosok tawww. Efisien tak? ( hubby kata " amboi!" aku kata " next wk nak buat kuih raya daa"

Hari Sabtu diteruskan dengan sedikit agenda menjahit. Iaitu menjahit selimut kid ( yg dah 1 yr ++ beli), betulkan kain baju kurung aku dan jahir getah rambut aku sbb getah rambut aku tinggal sekor jek. Asalnyar nak jahit gak Alas Meja makan & Coffe Table. Aku siap p kedai dekat umah ngan hubby nak pi beli renda. Tapi no renda found. So tergendala lg! Aku tetiba mmg ngidam nak jahit sejak Selasa lepas. Tetiba jek weh! Hasilnya:

Hasilnya seciput, sakit pinggangnyer kemain lg ahaks :p

Ahad plak aku dok punggah bebaju Mus'ab yg lama sbb Muaz nak pakai umur dah 1 YO ni. Hasilnya seluar jalan Ab banyak lg utk adik. So mmg sesuai la aku langsung tak beli seluar Muaz yg baru (jimat abeh weh :p). Lps tu aku pon jumpa punya byk seluar yang pinggangnyer dah longgar. Korangnyer gitu gak ke? So ni projek aku la ni. Semalam puas dok atas sofa mencabut benang dan getahnyer. Berbaloi ke? ntahnyer..kalau aku enjoy berbaloi la..kalau rasa malas, aku bukak je laptop, ha tekan je itu ini, transfer our money ( online shopping) wakakak. Oh ya, masa aku bukak balik tupperware besau2 gajah tuk, punyalah byk baju gals! Syoknyer kalau no-4 ni dpt gals ihiks :p

Todate, sume benang dan getah dah berjaya dibuang. Masih lom jahit sbb malasnyer nak ke umah mak! Aku menjahit di umah mak yer. Umahku tarak mesin jahit.

Alhamdulillah sejak renovation over everyday aku masak. Bukan sbb aku rajin taw! Sebabnyer ada 2 jek, sbb tak boleh telan lauk Param then nak berjimat. Boleh? ehehe. Ni lauk semalam! Ganaskan? Ada 2 menu tu jiran kasi iaitu: Kueh Teow Grg dan Kari Ayam.

Layan......

Feveret aku! Kalau boleh everyday nak ngap tak kire time Iftar atau bersahur! hantu buah la katakan

Pst~ aku dah start merempit ke pejabat starting today, tak larat la jem teruk+mengantuk time driving.

Saturday, August 21, 2010

Homemade and Instant Apple Pie

Memula dapat idea ni daripada Hany, sebab dia dah buat guna Roti Prata ngan Sosej. So aku pon dok surf2 internet jumpa plak orang buat guna Pastry Puss Instant Jenama Kawan. Beli dr Tesco harga Rm3.20 ada 10 keping. Siap buat frozen lg senang la sket nak makan later days. Moh layan resipi dan gambo.

Bebahan:

Instant Pastry: Pastry Puff Brand Kawan ( Bought from Tesco @ RM3.20)

FILLING
Ingredients
1. Green apples - 3 apples, peeled, cored and diced.
2. Sugar ( castor + brown) - 1/2 cup.
3. Bit of cinnamon powder
4. Bit of corn oil
5. Bit of water

Steps
1. Put all ingredients in a pan.
2. Simmer until apples are bit soft.
3. Mash some apple using fork.
4. Let it cook & leave to cool. I put the filling in the fridge for fast cool.

Steps
1. Put the filling and fold the pastry.
2. Use a bit of water to 'glue' the pastry. Use folk to further neat it.
3. Bake for 15 - 25 minutes.

Optional: Can use egg yolk glaze on top of pastry before you bake it.

Before

Caution, hot!

Tuesday, August 17, 2010

Toilet Raya

Rasanya ni project rennovation kali ke-4 sejak pindah umah. Tapi tadelah hebat sangat. Kami kan suke buat sikit-sikit sbb mengikut saiz poket sendiri. Yang penting tidaklah mahu berhutang. So taraaaa. Alang-alang dh soh kontraktor betolkan balik Tiles dapur yg tarcabut tu...kami terus ubahsuai Toilet bawah! Lagipon mama nak guna toilet bawah Toilet berpantang = pasang hot shower dan toilet duduk. Senang la sket nak berpantang sesorang kan? Orang pantang kan taleh angkat cerek beberat.

Moh layan gambo
Tiles dapur dah di repair...before and after. Dah cantik semula dapur baru le semangat memasak

Toilet lama- tahun 1986. Masa tu memula pindah taman ni tau..umur aku 6 tahun!
Taraaa..toilet raya 2010! kih kih :p Berjimat gak ni...tade la letak aksesori hehebat. Yg penting selesa nak membuang dan termenung! ye dok?

Sama la pulak tema kaler dapur n toilet=ceklat. Kos buat ni? Of course le paling murah dalam sume projek2 reno kami. Kan minor ajek

Dulu memula pindah umah ni dah ubahsuai sikit sebab yelah rumah beli 2nd hand, banyak sgt kene di elokkan sebelum boleh duduk. Ceritanya tahun 2006 dulu.

Then followed tahun 2008, which we did major renovation to the kitchen. Most $$ spent for this. Antara gambo-gambo leh tengok sini. Masa ni mmg tak rennovate sekali toilet bawah sbb nk save duit. huhu. Ha skang kene gak buat sbb keperluan dh sampai, so umah kotor le semula.

Few months after that, buat tiles kat Car porch plak.

Kalau kengkawan yg pindah umah baru mmg tak banyak kene rennovate sbb pemaju biasanya dah bagi hard tiles elok for car porch, dlm umah dah kasi tiles elok etc

Tambahan, Reno memula masuk umah kami amik kontraktor Cina, reno no 2 melayu, then 3 & 4 ni Indon dan kami plaing puas hati ngan Kontraktor indon ni. Harga sangat berpatutan dan kerja sangat kemas!

Monday, August 16, 2010

Dapur sudah berasap!

Mini home improvement project finally over at 5pm yesterday ( Sunday). But on Saturday, dapurku dah mula berasap semula. Tak tahan la nak sangat memasak!

So jadilah lauk pembukak Iftar Ramdhan 2010 as below:

Terubuk Bakar , my favorite fish! ( ekceli tak bakar sangat, nak cepat letak je atas non stick frying pan dan letak beberapa titik minyak)

Daging Black Pepper. Kekanak 3 org tu suka, sib baik ler.

Ada jua Sambal belacan dan Taugeh Kasar. Pelam tu pulak ergh masam! Dah silap beli daa

Ni la wajah ovenku yg dibaiki dulu..payah gak nak baiki sbb gedabak sangat..nak bawak kuar masuk dr kabinet pon payah

Alhamdulillah finally terjual gak baki ESOS aku yg aku Q selama seminggu pada harga 3.40 last Fri! Baru cek emailnyer today

Friday, August 13, 2010

Homemade and instant Pizza

My 1st attempt of baking Pizza was about 3 years ago. It's started with Meat Pizza. Read Here.

Then followed with Chicken Hawaiian Chicken. Read here.

And last 2 weeks ( after many years kan?) , I baked again my homemade + instant Pizza. Here we goes...
Sos Piza

Bebahan:
1 Bawang besar, potong dadu
1 tin kecil tomato paste
4-5 sudu tomato sauce
5-10 cili kering, blend finely
1 sudu teh spices like Oregano, Basil
Sedikit air
Garam

Cara:
1) Tumis bawang, then masukkan cili kering diikuti bahan2 lain.
2) Nak pedas lg, tambah lagi cili kering. For me, this one dah cukup pedasnya.

Topping Chicken Style
2 keping dada ayam potong dadu, digoreng dgn sedikit minyak & lada hitam hingga masak
Grated cheese
Any vegi: like cendawan, nenas, carrot ikut suka. Kali ni aku wat Carrot and Nenas

Topping Seafood style
Tuna putih dalam tin
Udang digoreng dgn sedikit minyak & lada hitam hingga masak
Grated cheese
Any vegi: like cendawan, nenas, carrot ikut suka.

Cara:
1. Sapukan sos piza atas doh.
2. Tabur daging cincang yg dh digoreng td
3. Tabur sayur-sayuran
4. Tabur cheese
5. Bakar dlm 15-20 min. Check noo jgn sampai hangus

Pizza ni tak sesuai la plak layan time bulan pose kan? So layan je lepas Ramadhan nnti ya =)
Bebahan

In Progress

Before masuk oven

Dah kuar oven. Caution, Hot!

Owh, semalam 1st time Ramadhan di Pejabat. Aku kuar mmg sharp jam 4.30pm, tp dok Q parking je 1/2 jam! Sampai umah 6pm+ gak! Adoii...cemana la start next week kan..ntah sempat masa ke tidak. Solat Asar tu pon dh lewat beb! huhu

Thursday, August 12, 2010

Moga Ramadhan kali ini lebih berkualiti

Ramadhan sudah masuk hari ke-2. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Badan tak rasa lapar, tapi rasa mengantuk tu mmg ada sangat! Semalam seharian bekerja di luar pejabat. Agak penat sbb memula tempat lain, lps tu kat tempat lain without any rest except Solat Zohor saje. Dah la cuaca panas. Semalam sempat amek kids before 6pm, bulan pose ni taska tutop jam 6pm taw...so I taleh meeting lelama kat opis :p

Aku mmg tidak memasak ( siap BOLD lg :p) sekarang ni kecuali Telur/Ikan bilis. Dasat kan? Apa boleh buat, berkorban demi utk melihat Tandas dan Dapurku cantik wakakak :p. Tade la cantik sangat. Dapur now agar berkecamuk. Tapi sib baik dapat juga masak nasi putih, air, basuh pinggan botol.

Iftar semalam? Buka di rumah emak ...ngeee...lauknya plak lauk yg aku dah lama ngidam: Daging Salai Masak Lemak Cili Api ngan Belimbing Buloh. Kih kih. Aku sempat singgah Bazar Ramadhan gak semalam beli kuih talam, donut ( for kids) dan rojak buah yg lazat! Suka sgt la kat kuah rojak neh!

Sahur makan simple jek telur goreng/bilis goreng/serunding, kicap, nasi panas.

Utk Iftar hari ni? Entah ler..nnti aku SMS mak ler..kalau mak kata makan situ, kami ON jek. Kalau mak kata tarak, kami beli je :)

Owh nak solat terawikh kat rumah pon agak mencabar kan? Bayangkan la nak abehkan 8 rakaat je amek masa lama sbb lps tiap 2 rakaat kene entertain memacam permintaan 3 kekanak itu. Nak air la, nak makan la, nak buang air la. Sungguh menduga dr org solat kat Masjid =) . Even nak Tadarus pon baru abeh 1 page, yg baby bangun la..kalau dah bangun tarik Quran la..i guess uols pon gitu kan? hihi..challenge! Alhamdulillah kami di pejabat everyday lunch hour buat Tadarus Berjemaah so tenang la sket. Yelah mujahadah tu bukan mudah sbb ganjarannya Syurga , tak gitu?

Tahun depan kalau panjang umur, 4 org kids..lg challenge! eheheh :)

Monday, August 9, 2010

What had happened since Friday?

Jumaat:
Ramai kekanak tak sihat di Taska tak kurang juga yang kene denggi. Dan akhirnya My Muaz pon berjangkit la jugak. So start Khamis dah demam dan muntah-muntah. Sian Muaz demam hari Birthday dia yg pertama! Dia lahir 6-8-09. Mama pulak ada kerja yg kene hantar on Friday, so minta Ayah jaga Muaz kejap, so Mama merempit ke opis kejap sampai 9.45am gitu utk siapkan koje, then mama pon amik EL on Friday dan balik umah jaga Muaz dan kids yang lain. Lepas mama balik dan kasi Ayah food, so ayah pon gi la keje.

Sabtu:

Muaz belum sihat sepenuhnya. Demam takde ..Flu masih ada. Muntah dah tade, tapi start pulak cirit-birit. Aktiviti hari Sabtu sepatutnya nk ke Klinik ( monthly check-up) dan Jamuan Sumayya tp dah on the way tetiba kete mati di tengah jalan MMR2 yang tengah jem gile. Huhu. ( It's not our Exora okay). So dgn gigihnya Ayah tolak kete ke tepi jalan , sambil mama yang drive, dan Muaz dah melalak kat seat belakang. Kami pon lepak2 je tepi jalan, bawah pokok sambil ayah pi cr Foreman. Mama tak sanggup tunggu sbb panas + penat, so Mama tahan Taxi dan balik umah ngan kekanak.

Balik umah flat jugak, dah tak larat masak. Tunggu ayah balik. Ayah sampai je umah, Mama ngan gigihnya kata nk pi gak destinasi seterusnya ngan kekanak besar iaitu : Warehouse sales electrical appliances. Mmg murah gila harga oven dan built-in oven. Kalau kami tade , dah lama rembat satu! :p. Niat di hati nak cari Deep Freezer & Dryer, to hak ni Dryer tak byk pilihan, Deep Freezer yg besau gabak utk business la pulak. Balik umah Mama terus tapau lauk.

Kui 4pm lps sume org bgn tido, kami ke kedai tiles la pulak. Cari-cari few kedai akhirnya yg berkenan dah dapat terus bayar deposit dan katanya Selasa/Rabu leh dapat tiles. Settled. Tiles nak soh depa je anta dgn caj RM20. Lps tu gi kedai bathroom pulak tp tak lancar sgt sbb tetiba Mawaddah plak muntah2. Memula muntah kat kete lps tu muntah kat kedai. Haru. Balik umah dah 6.30pm+

Malamnya lps magrib terus ke klinik sbb Mama nak wat monthly check-up ( last check-up was 5 wks ago) dan nak cek Mawaddah tak sihat. Orang punya la ramai dan akhirnya dpt jumpa Doc jam 10pm. Perut sume dah lapo. Mus'ab siap kata " Mama tak masak pon hari ni". Kene sebijik! Mlm tu ayah n kids makan roti je while Mama tak makan pe2 sbb dh rasa loya dan sgt pening. Btw, my bby in tummy is doing very well. Ni first time Mus'ab dan Mawaddah tgk bby dlm perut via scan machine. Depa excited sgt! huhu. Dah la bby non-stop moving, tahu je la malam kan, so senang nak tgk muka dia, tangan dia n kaki dia. Beratnya dah 125gm. 1st time scan malam! Mmg bby aktif memalam.

Ahad:
Mus'ab pulak start muntah2. Tp badan tak demam. Then, misi mencari barang-barang toilet di teruskan. Kali ni short je sbb Hari Sabtu dah shortlist kedai yg mana. So dapatla beli sume barang mengikut harga bajet. No Johnson Suiesse yor! mahal tau toilet yg brand tu hehe :p. Tapi sebelum tu berjaya singgah Kedai HOI ( House of Ingredients) dan mama biasalah can't control myself...most of brg nak wat kuih raya telah dibeli! ngeh ngeh.

Balik umah, mama masak Roasted Chicken aje. Sayur pon tarak, just letak Potato, bakar skali ngan Ayam. Petang tu kami tido jek! Lps Asar baru le Mama wat Brownies Cheese Kukus sbb ari ni ada jamuan di opis. Inipon byk onak dan duri dilalui. Antaranya Muaz muntah, choc ganache tak jadi la memula tu...Muaz dah dokong je sepanjang pembikinan Choc Ganache. Tp finally siap gak alhamdulillah.

Ayah plak start muntah dan CB mlm tadi dan dia MC ari ni. Alhamdulillah Mama Sihat. Tapi Muaz masih CB gak pagi td.

So as conclusion, Birthday Party Muaz tak buat lg! Postpone je la ke 1 Syawal nnti, sonang sket. Lagi satu 3 hari ni penat gila mencuci kusyen, sofa, cadar sebab kids ni muntah2 dan tak kureng juga Mawaddah terkuncil ada 2 mlm gitu. Waktu gini la rasa nak maid!

Owh ya, Mama will off from cooking for about a week due to this mini house improvement project. It's really a need not a want. Can't imagine lor I'll be off from cooking lebih2 bulan Ramadhan! huhu..beli lauk beli jek..cemana rasonyer...

Tak sonok rasanya posting without picture, so meh layan gambo:

Happy 1st Birthday to my Lil Muhammad Muaz. Semoga menjadi anak yang soleh dan berguna besar nanti yer sayang.

Geng tersadai di tepi jalan MRR2 yang jem gile tuh. Sabo je la ek anak-anak mama.

Warehouse sale yg membuat mama terbeliak biji mata!

Faber 40 liter RM185, murah gila kan? Yg hak kecik lg murah. Jenama Elba pon ada.

Yang ni geram btol la! Harga RM800-RM1K jek! Ada Elba, Fagor, Rubine. Mine is RM1.8K tau beli kat kedai biasa! Dulu Hob Elba kami pon beli dr sini jek, harga RM500 rasanya..and it's still functioning well.

My first cooking spray! I likeee...harga mahal pon tibai beli sbb salu nampak dlm rancangan omputih jek..rupanya dah ada kek Mesia. Harga RM11.90


Antara bebarang nak buat kueh raya yg telah di beli. Sakan sungguh! Sib baik hubby setuju temankan. Kids pon ikut skali! Elok la bg pendedahan awal, kang besar rerajin sket masuk dapur yer anak-anak.

Setelah onak dan ranjau kulalui, siap juga Brownies Cheese Kukus ini. fhewwww...lega

Thursday, August 5, 2010

Ujian kecil....

Lama tak updet blog. Kerja toksah nak cakap mmg bz, deadline very short. Ditambah dengan setiap hari kepala yg berat dan fening2 lalat sbb setiap mlm aku tak cukop tido. Allah menguji dengan ujian kecil ini. Anak no 3 ini setiap malam meragam sejak bercerai susu badan sepenuhnya. Kadang-kadang susu botol dilayan, kadang-kadang tidak dilayan langsung. Layan atau tidak, malam-malam mmg melepaskan amukan sahaja. Buai letrik mmg sudah diletak dihujung tilam..bila tak dpt pujuk, masuk ke buai letrik, kekadang layan..kekadang tak layan dan terus amuk dlm buaian.

On positive side, Allah kurniakan aku badan yang sihat. Kandungan makin membesar dan aku secara umunya seperti sebelumnya sihat dan tiada alahan yg ketara. Alhamdulillah hikmahnya mungkin kerna perlu melayan anak-anak dan hal rumahtangga. Orang pon dah tegur, muka tak bermaya, bawah mata ada garisan gelap... yg pasti aku makan habbatus sauda, jus kurma, buah dan vitamin setiap hari untuk kesihatan diri.

Ya Allah permudahkanlah segalanya.....

Rasa seperti nak amik unpaid leave aje bulan Ramadhan ni....aku ngantuk sgt masa drive!

Monday, August 2, 2010

Frugal & healthy eating

Bekal bawa dr rumah hari ini:
  • Buah-1 biji Limau dan 1 biji Pear
  • Sandwich- Roti dan Tuna Mayonis dengan cili dan bawang potong
  • Nasi-Lauk Ayam masak lemak cili api, ikan bilis goreng, ikan goreng dan sayur kcg pjg sbg ulam
Kalau tetiap hari leh wat gini, cepat sket aku retire ..tp bukan ada kudrat nak masak setiap hari =)

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...