Thursday, May 20, 2010

Homemade Pulut Mangga dan Pulut Rendang

Pulut is one of my favorite food. Teringin sangat nak makan pulut mangga kat Phuket :p , tapi hubby tak restu, jadi terpaksa buat sendiri, homemade pulut Mangga :). Dok cari resipi , akhirnya jumpa disini. Yang ini resipi saya yer, buat hari Ahad lepas.

Bahan-bahan:
Beras Pulut direndam beberapa jam
Santan
Gula
Garam
Mangga Masak

Buat Pulut dulu:
1. Pulut dibasuh dan dikukus selama 25 minit. Off api
2. Santan cair ( santan pekat campur air) dicampur garam dan kacau rata
3. Gaulkan campuran santan ni dengan pulut yg dh dikukus td dan kukus lagi dalam 15 minit
Buat Kuah dia:
1. Masak santan dengan gula dan garam
2. Jika kuah terlalu cair sampurkan 1 sudu kecik tepung jagung dengan air dan campur dengan kuah
3. Kacau hingga kuah pekat

Cara menghidang:
1. Letak pulut dan mangga potong atas piring. Kemudian baru letak kuah.

Farra's homemade Pulut Mangga ... jemput2

Nyummmyyyyyy sodap tak terkata! Cuma hubby kata " ermm..gemukla camni" apa taknyer tambah sampai 2 kali. huhu. Lunch semalam hubby kata depa ngan opismate makan kat restoran thai kat The Garden tu. So, I asked " beli tak pulut mangga". Dia kata No, harganya mahal, dalam RM12! Gila mahallll...buat sendiri kosnya murah aje.

Alang-alang dah ada pulut, Mama buat juga Rendang Daging. Buat banyak sebab Mus'ab suka sangat dan Mama Frozen Rendang Daging 2 bekas so that senang bila hari kerja just tambah lauk lain sket jek. Lepas ni dah terfikir everyweek nak buat frozen lauk 1/2 jenis as replacement ke mangkuktingkat.com. Hari tu dok terfikir nak order mangkuktingkat :). Bila balik kerja Mus'ab salu komplen Mama ni masak lambat laa! huh..tak pasal2 kene sound ngan anak

5 comments:

LiTtLe^m3 said... Reply To This Comment

oh sedapnya... ni rasa nak masak rendang plak ni :D (minggu dpn baru leh masak skrg mood tutup dapur)

Farra said... Reply To This Comment

baiti, nape plak ada mood tutop dapur? dapur akak setiap hari bekerja..nak ngemas tu yg tak larat

LiTtLe^m3 said... Reply To This Comment

mood tutup dapur sbb sibuk pindah. so tak leh ada byk bekalan dlm peti ais.

hayatizain said... Reply To This Comment

Anak lelaki saya yg tiga tahun pun jenis tak tahan lapar. Balik nurseri sampai rumah je dah menjerit lapar (cikgu cakap tea break dia la makan paling banyak). Hilang mood nak masak special2 sbb kena cepat sebelum dia mengamuk. Saya pun selalu masak banyak and frozenkan esp bila ada peluang nak bersantai2 masak dgn aman dan tenang di hujung minggu:).

Farra said... Reply To This Comment

hayati..bagus2..tp sy plan nak order mangkuktingkat.com gak bulan jul ni ..certain days bila jem teruk lembik gak nak masak