Friday, December 19, 2014

Tips cara murah & mudah ke KLIA2

Salam..

Alhamdulillah, kami baru pulang dr bercuti di Jakarta Bandung. So I just want to share cara mudah dan murah untuk ke KLIA2.

Kos ambil MPV cab dr rumah:
RM150 sehala
Total: RM300 return

Kos guna KLIA transit + parking kereta di Putrajaya Sentral:
Tiket Pergi Balik ERL 2 dewasa + 4 kanak2: RM48.80 ( return)
Tiket Parking di Putrajaya Sentral for 6 Days : RM22
Total : RM70.80

Murah kan kalau bawa kereta dan parking di Putrajaya Sentral? Minyak pon maybe dalam RM60 kot. Parking di Putrajaya sentra ni covered & lengkap dengan CCTV. Insyallah selamat. Ratenya adalah RM2 siang dan RM2 malam, so total RM4/day.

Perjalanan KLIA transit ke KLIA2 lebih kurang 15 minit. Manakala ke KLIA selama 10 minit.

Maksimum parkingdi sini adalah 14 hari. Hope this info is useful for you all! Happy travelling :)
My mom dapat harga warga emas, RM4.30 je sehala. Just tunjuk I/C.

Total parking charges for 6 days RM22! Murah sangat. Memang untung aa orang2 putrajaya dan cyberjaya, gi KLIA/KLIA2 senang. 

Friday, December 5, 2014

Merawat mata anak sulong

Saat ini telah kami nantikan sejak Mus'ab kecil lagi. Setelah 4 hari check-up on different date finally hari yg dinanti tiba jua. Our first appointment was on 15th Sept 2014 ( Q3 school holiday). We've discussed to have the surgery on year end holiday. 

Mus'ab undergo Squint Correction both eyes operation on 27th November 2014 by Dr Zainal Mohamad at Tun Hussien Onn National Eyes Hospital aka THONEH . Doctor yang ukur mata die is Dr K. C. Chu. So every appointment we have to meet both doctors. Since every appointment, I'm the one who bring Mus'ab to THONEH, Hubby tak ingat sangat muka doktor. So hubby agak confused masa jumpa doc dalam bilik bedah and some more doktor pakai mask :). Masuk bilik bedah, hubby yg teman Ab. Then I checked out hospital & masuk office since I took half day leave.

Hari kejadian. Siap snap gambar cara-cara nak letak eyes drop. 

Dating sehari dengan Mama sebelah pagi...belah petang plak amik Waddah dan shopping baju sek & kasut sek. 

5 days after surgery. Mata hitam dah center. Melalui ujian 'convergent', didapati sebelah mata masih lazy eyes. So we will have another follow-up check-up another 1 month period for eyes excercise. Kat rumah boleh juga buat eyes exercise tapi tak boleh excessive sgt nanti mata die stress. Die sendiri pon stress.

Alhamdulillah lega rasanya 1 perkara penting dah selesai. Syukur .. walaupun company tak cover this operation, but ever time visit and all medical supply is covered by company. 

Monday, December 1, 2014

Harga basikal sekarang

Lama dah anak-anak nak basikal. Finally dapat jugak alhamdulillah. Masing-masing senyum sakan. 


Tricycle for Muaz dan Maher. Harga RM190 each. Harga asal RM220. Sama kaler biru saiz je lain


1 bike untuk Mus'ab dan 1 girl's bike for Waddah. Masing2 berharga RM230. Harga asal dalam RM260. Minta skali lock bike for free for each :)

Mus'ab pakai sunglasses sebab mata tengah recover from operation last Thursday. Later will blog about it. Price tag bike Ab tak tanggal lagi tu! hehe

Maknya tidak ketinggalan jugak! Puas dah asyik jogging kat Taman Botani Kepong. Semalam 5.5KM. So nak jugak cycling! heee Lagipon pon boleh claim tax relief 2014. Maksimum RM300

Dan omma mengidam basikal yg ada kid's carrier belakang tu...tapi jadinya adalah
.
.
.
.

OSCAR! hiks

Dapat RM470 termasuk 1 lock. Ikut harga asal RM600 tengok sini. Specs:
- Shimano Tourney TZ 21 speed
– Bar End
– Suspension Fork
– Aluminium body
– Disc Brake
– Alloy Double Wall Rim
– Innova Tyre

ceh macam la faham specs tu. Benaunya dh try bawak 2 basikal, another one brand volcano. Tapi hok ni lagi sedap bawak masa test drive ehehe. Rezeki tokey basikal semalam. 5 basikal kami borong total RM1300, bahagi 2 resit utk makpak claim tax relief.


Sekian laporan harga basikal terkini ya! Majulah sukan utk diri sendiri :)

Monday, November 24, 2014

Hari Anugerah Cemerlang Sek Agama bukan rezeki anak-anak

Sek Ren Keb 20 Nov 2014

Memula tragedi hari khamis petang. Saya amik half day sbb nak attend this event. Ayahnya both majlis tak dapat hadir. Otw dari pejabat balik rumah by train dah call bebudak ni suruh bersiap. Sampai rumah uwan, tengok2 Mawaddah dah pergi. Saya dan Mus'ab solat dan bersiap. Hampir 2.30pm baru sampai sek. Masa sibuk kite drive dan register ada few miss calls.
Owh rupanya cikgu Waddah call bagitau Waddah belum tukar baju. Haih..sabar je la. Dia sibuk pi sek awal berlatih persembahan tarian rupanya.

Balik semula ke rumah tukar baju  ( sambil otw home tu berlaku la adegan bebelan dan tangisan kan :p hihi). Alhamdulillah sempat la majlis anugerah dan persembahan Waddah. Dia jadi ketua joget tarian 60an. hehe..terkejut mak. Nak buat surprise betul Waddah, langsung takmo citer tarian apa! 


Mawaddah:
No 1 Dalam kelas & Keseluruhan Aliran Tahun 2
Terbaik matapelajaran BI, Sains, Arab dan Pendidikan Islam

Mus'ab:
Terbaik matapelajaran rekabentuk teknologi. 

Sek Ren Agama 21 Nov 2014


Yang ni lagi haru ok. Surat memula kata majlis 14 Nov 2.30pm. Lepas tu surat baru tak sampai-sampai. Just percaya budak2 ni kata majlis hari Jumaat. So kite pon dok rushing dari pejabat ke rumah. Sampai rumah lepas solat Jumaat Mus'ab kata majlis dah lepas pagi tadi. Pulakkkkkk!

Saya minta no fon ustazah Waddah dan wasap die. Memang sah dah lepas dan die kata minta maaf sangat2. Saya kata kenapa tak call? Katanya bz . Mmg geram tapi malas nak kepochi dah. Kalau tahu tade la susah2 nak balik rumah. Kalau cikgu call pon at least boleh minta tolong atok uwan dan kids gi amik hadiah. Depe lepak2 rumah je time tu. Namanya TADE REZEKI. Redha. 

Yang budak2 ni sibuk hanyalah Hari Karnival Sek Agama pada hari Sabtu. Sibuk dok ingatkan. Hah dedua tak pergi pd hari Jumaat dan Sabtu senang!

Uwan la paling terkilan tak dapat tgk cucu2 naik pentas amik hadiah.  Apapon syukur dengan keputusan mereka. Ni kawan tolong snapkan dan kasi via FB. Thanks Fadil and Fadz! Hah anak-anak jgn lupa tuntut hadiah korang sesi thn depan yer kat ustazah! 

Mawaddah:
No 1 dalam kelas , Murid Mumtaz & No 1 Keseluruhan Aliran Tahun 2

Mus'ab:
No 3 dalam kelas

Syukur Alhamdulillah. Masih jauh perjalanan. Semoga berjaya dunia dan akhirat.

Rezeki Abg Ab thn ni dedua sek dapat hadiah. Tahun lepas dapat di sek agama je. 

Pengajaran dari kes ni. First time happen ni..

For me: Next time kene gak tanyer parents lain. Hari Khamis tu actually elok je sembang dengan parents lain dalam dewan. Masa nak beredar siap pesan " esok jumpa yer" hahah..rupanya salah timing. 
Anak2: Saya dah pesan kalau korang tahu uols ni top 3 in class, everyday kene tanyer cikgu, bila majlis hari anugerah? Jangan ambil lewa!
Cikgu: Sebaiknya pastikan beri surat dan dapat surat reply dr parents macam sek keb buat! Tak salah kalau ambil inisiatif just sms atau call je parents sbb murid cemerlang dalam kelas 3 org je kot! 

Hari yang sama sebelah malam Konvo PASTI. Abg Az tak dapat la hadiah top 3. Tapi mama datang juga bagi support sebab nak tengok performance Abg Az. Jangan malas2 ngaji dengan Mama Ok. Mama target Abg Az kene improve reading this school holiday.

Semalam layan anak-anak gi tengok Big Hero kat Berjaya Times Square ( 1st time dtg sini). Mmg awesome! Tiket free dr opis mama. :) Alhamdulillah yg tu rezeki kan. 

Hari ni 24 Nov 2014 bermula la rutin baru kami terutama utk Abg Az & Maher. Mereka dah masuk new PlaySchool namanya U&I Playschool. Teacher kata this week ada Dinosaur activity and trip! Enjoy and all the best boys. Playschool ni jauh sket dr rumah pengasuh lama. So kami kene hantar naik kereta dulu then mama balik rumah utk merempit dengan ayah ke pejabat :)

Actually kami dah register Maher ke PASTI 4 tahun juga..tapi waktunya tak sama dengan Abg Az pula. Dilema nak proceed or not...

Jadi ingatlah walaupun Allah dah kasi rezeki anak-anak lulus exam dengan keputusan yg baik, hari anugerah mungkin bukan rezeki :) Sesungguhnya rezeki itu datang dalam pelbagai bentuk.

Hai bila anak-anak makin membesar ni kita ni mmg feeling and attitude kita dah lain benau kan...apa saja kite sanggup buat demi anak-anak. Sayang semua anak-anak mama. sobs

Friday, November 21, 2014

The best money changer in KL!

As a traveler choosing the best Money Changer is quite crucial right? I just found another best Money Changer in KL!

Kalau selama ni dok asek tukar duit di Money Master Midvalley, rujuk website sini, kali ni I is excited sebab jumpa another MC yg murah! This is totally based on my own experience ok. 

Why I said murah??

Sebabnya hari ni, 21 Nov, saya dok riki2 IDR di Midvalley which priced at 283. Last 2 weeks I changed IDR dapat 279. Memang makin menaik sebab dah cuti sekolah ramai rakyat Malaysia yg berkemampuan nak p holiday :)

Nak tak tak I said to hubby, bang tak boleh jadi ni..kite kene tukar gak duit! I just google and found a good rate from this Money Changer; E-Globex. Hubby pon agreed to change money since the rate keep on increasing.

Ni hasil kajian rate IDR today:
Money Master Midvalley : 283 ( 1 juta = RM283)
E-Globex: 282 ( 1 juta= RM282)

 E-Globex 282

Money Master 283
Bila kami sampai kat situ, yg syoknyer lps negotiate minta kurang dapat rate 281 ( 1juta rupiah = RM281)! hoyeh syukur alhamdulillah. Tak lokek langsung..kalau kat Midvalley tu dah takmo layan. Mentang2 la customer depe ramai siap beratur pjg amats. 

Tengok ratenya disini. Alamat:
E-Globex Money Changer
7, Jalan Rimbunan Raya 1 

Laman Rimbunan, Kepong
52100 Kuala Lumpur

Don't worry depe ni ada branch satu lagi kat Berjaya Times Square:

Unit 07-15, 7th Floor

Berjaya Times Square 
No. 1, Jalan Imbi
55100 Kuala Lumpur

I highly recommend this Money Changer! BTW, this is the address of MC at MV that used to go selama ni. Yang jauh dr E-Globex tu boleh datang sini:

My Money Master Sdn. Bhd
LG040 Centre Court, 

Lower Ground Floor
Midvalley Megamall,
Midvalley City
Lingkaran Syed Putra,
59200 Kuala Lumpur
Toll Free: 1800 22 3030
Fax Line: 03 2284 3030

In another notes, MC kat KL Sentral mahal..
Selamat menukar wang! :)

Tuesday, November 18, 2014

Tukar duit korean won

Saya ni kalau nak pi holiday puas la dok track currency exchange of that particular country :) hehe. Korang buat gitu tak?

Ok just nak cerita last time before gi Korea saya tukar duit korean won dapat rate 3.23 about end May 2014. Dan kalau korang monitor harga terkini di moneymaster ( my favorite money changer), matawang korea dah turun sket. 

Rate hari ni 3.15. VS mine 3.23. So amacam? do the maths!

 Rate AUD hari ni 2.97. Murah tak? Last year gi GC and last 2 year pi Perth dapat above 3.05.

Rasa cam murah je AUD ni. Isk rasa cam nak tukar je skrang walaupun setahun lg nak fly heheh :D. Berbaloi kot kalau another 1 year rate makin naik.

Hari ni Indonesian Rupiah punya rate 2.80. Murah tak?

Cemana pulak pengalaman korang tukar duit? Salu tukar awal atau 1 week before travel?


Monday, November 17, 2014

Superhero Family Day 2014

Superhero Family Day 2014 

Tempat: Wetland Putrajaya

Macam-macam mainana they kids dapat ie mainan lego. Aktiviti pon macam2 ie wall climbing, waterball, face panting,petty zoo. Seronok budak-budak ni main. Mak Pak pon seronok gak sebab tengok anak2 happy.


Capes ni dapat free jer. Ada macam2 superhero boleh pilih. 

Aktiviti pertama kami kene berjalan sejauh 2KM sabil berlawan dengan macam2 raksasa..macam2 depe kasi as senjata ie spray kaler & belon air.




Paling best makpak dapat main
.
.
.
Segway hehe
Abg Az ni posing je lebih hehe

Seronok main Segway ni. Kalau boleh bawa gi sekolah mmg syok ah. Tapi harganya kemain mahal. RM33K satu hokey 

Mak pon tidak melepaskan peluang! :D

Dan yang lagi best dapat cabutan bertuah voucher AEON RM100 dan mak participate in aksi2 superhero dapat voucher RM50 ekekek..mmg sbb nak voucher tu mak joined :p. Total RM150 voucher..alhamdulillah