Monday, July 20, 2009

Status Halal Gula-Gula Chewy Fruit Plus

Lagi-lagi dapat email orang fwd email pasal status Halal/Haram makanan last Fri. Yang bagusnya, aku dah ajar kengkawan pejabat untuk semak dulu status dengan HDC.

Email dr kawan pejabatku & clientku, Aida

Salam,

Mohon pengesahan berkenaan status Gula-gula Chewy Fruits Plus yg menjadi antara gula-gula yang lazim di beli oleh kanak2 dan orang2 dewasa.

Seperti yg tercatat pada pek bungkusan - "Contains edible gelatine from beef". Bahan "Gelatine" yg digunakan utk menghasilkan gula2 ini meragukan kerana tidak dinyatakan dengan jelas jenis haiwan yg menjadi sumber "Gelatine" daging tersebut. Gula-gula ini dikeluarkan oleh Khee San Food Industries Sdn Bhd

Jadi inilah hasil balasan dr HDC:

Salam Puan

Terima kasih kerana menghubungi kami dan dimaklumkan Syarikat tersebut ( Khee San ) telah mendapat sijil Halal daripada JAKIM/HDC dan gelatin yang digunakan dalam produk tersebut juga telah disahkan Halal oleh Majlis Ulama Indonesia dan China Islamic Association. Pihak JAKIM juga telah meluluskan Syarikat Gelatin tersebut. Sekian dan terima kasih

Semoga perkongsian ini menambah ilmu kita hari ini. Terima kasih





Kesimpulan: Gula Gula Chewy Fruit Plus HALAL.

3 comments:

Mommy said...

Farra... terima kasih.... gud deed.

Farra Da Smiley said...

No prob kak chor ;)

elazwar said...

salam,
maaf menyampuk. saya sedang cek kandungan fruit plus dan terjumpa blog ni.
kalau disemak pada kandungan gula2 tu banyak E codes. Saya baru cek yang E110 tak boleh makan. http://xa.yimg.com/kq/groups/22576519/900131534/name/Kod

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...