Sunday, May 9, 2021

Apa itu Akaun Emas GAP?

GAP ialah singkatan kepada “Gold Accumulation Program” iaitu kaedah membeli emas secara sedikit demi sedikit serendah 1 gram atau RM100 (0.3g++).

GAP ialah kaedah terbaik dan termurah untuk mendapatkan emas serendah 1 gram di Malaysia.

Hari ini 09/05/2021 segram emas harganya RM265. Boleh rujuk PublicGold

Kalau nak mula terus simpan 10g kiraannya adalah RM265 x 10g = RM2650

Harga GAP dikemaskini setiap hari sekali pada pukul 12 tengah malam

PRINSIP SYARIAH DALAM GAP

Kita membeli GRAM EMAS milik PG dengan memindahkan sejumlah wang ke akaun PG. Akad jual beli termeterai secara sah (ijab dan qabul) apabila PG mula merekod pembelian GAP ke dalam penyata atas talian (online statement) pembeli. Ketika memindahkan wang, ia hanyalah sebagai deposit keselamatan (security deposit) atau hamisy jiddiyyah.

Sijil Patuh Syariah

"Produk Public Gold adalah transaksi emas secara fizikal yang pertama diluluskan sebagai patuh syariah di Malaysia" - Tan Sri Mohd Daud Bakar, Executive Chairman Amanie Advisors Sdn. Bhd.

  • Amanie Advisors adalah firma perunding syariah yang dilantik oleh World Gold Council (WGC) dan AAOIFI dalam menyediakan Piawaian Syariah Antarabangsa untuk transaksi emas.
  • Pengesahan patuh syariah termasuk kaedah belian Bayaran Penuh, Easy Payment Purchase (EPP), dan Gold Accumulation Program (GAP), serta buyback.


APA KELEBIHAN AKAUN GAP?

  1. Boleh beli emas 999.9 dengan bajet minimum serendah RM100 atau 1 gram.
  2. Beli gram emas melalui akaun GAP dan emasnya disimpan serta dijamin oleh Public Gold. Tiada upah simpan dikenakan. Dari masa ke semasa, kita boleh menambah gram emas kita dengan pembelian seterusnya.
  3. Beli gram emas melalui akaun GAP dan emasnya kita boleh keluarkan dalam bentuk gold bar atau dinar di mana-mana cawangan Public Gold yang terdekat dengan kita.
  4. Urusniaga 24 jam sehari 365 hari setahun. Boleh beli dan jual secara online.
  5. Tiada komitmen bulanan.

SIAPA PATUT BELI EMAS GAP?

  1. Orang yang mahu mengumpul emas secara sedikit-sedikit sehingga tercapai gram yang diinginkan, kemudian dikeluarkan emas itu.
  2. Orang yang ada isu keselamatan apabila menyimpan sendiri emas fizikal.
  3. Orang yang mahu mengalih simpanan tunai menjadi simpanan emas seperti akaun simpanan di bank.

Selamat ke simpanan emas GAP ni?

Semua emas pemilik akaun GAP Public Gold disimpan di Public Safe. Insuran RM15 juta oleh LONPAC dan akan sentiasa ditambah mengikut jumlah terkumpul akaun GAP yang disimpan pembeli.

Jom mulakan akaun emas GAP hari ini. Hubungi saya, klik: https://is.gd/NyL2Sn

No comments:

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...