Wednesday, May 12, 2021

Pelabur millionaire pertama kali beli Emas

Sam Zell, seorang pelabur billionaire dari US telah membuat kejutan apabila beliau membeli emas buat kali pertama dalam hidupnya.

Bayangkan, billionaire ini membeli emas ketika usianya 79 tahun!

Selama 78 tahun, beliau tidak pernah membeli emas. Malah sepanjang kariernya sebagai pelabur, beliau tidak menyarankan pembelian emas. 


Alasannya adalah 1) Emas tidak mendatangkan pendapatan dan 2) Emas memerlukan kos penyimpanan.


Namun pada usianya 79 tahun, paradigma Sam Zell berubah sama sekali.


Di dalam temubual beliau di Bloomberg, Sam Zell berkata, beliau boleh melihat inflasi sedang melanda US. 


Beliau berkata "kami melihat kesan inflasi di semua tempat, anda mungkin membaca tentang kenaikan harga kayu, tetapi kami melihat kesan inflasi di semua perniagaan kami"


"Justeru, saya membeli emas sebagai perlindungan daripada inflasi" kata Sam Zell lagi.


"Kerajaan US dan negara-negara lain turut mencetak wang yang banyak. Jadi ini akan mengkibatkan kesan inflasi" 


Zell merasakan bahawa kesan inflasi ini bukan kesan jangka pendek, malah boleh menjadi kesan jangka masa panjang.


Dulu saya selalu memperlekehkan orang yang membeli emas. Namun kini saya sendiri membeli emas.


Kesimpulan.


Jika pelabur bertaraf billionaire membeli emas untuk melindungi kekayaan beliau, apatah lagi kita yang bertaraf pelabur marhein ini.


Saya cadangkan anda ikut ajer jejak langkah Sam Zell.


Alihkan sebahagian kekayaan anda ke dalam bentuk emas. Anda akan berterima kasih kepada diri anda sendiri!


#SilakanShare.  Tak perlu minta izin.

No comments:

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...