Monday, October 4, 2010

Pengalaman bersalin dgn Epidural dan tanpa Epidural

Menyambung kisah Pengalaman bersalin di Hospital Swasta sebelum ini, ini kisah bersalin normal tetapi menggunakan ubat tahan sakit, Epidural semasa melahirkan anak no-2, Nur Mawaddah. Kalau tak silap kos Epidural alone shj RM800 termasuk dah dalam bil total RM3.2K itu. So aku kene tambah RM700 ( uiks banyak tu macam2 leh beli :p).

Tahniah la kepada teknologi dan kepakaran saintis yang mencipta Epidural, bagiku Epidural ni ibarat 'Syurga di dalam Labor Room".

Terus-terang kukatakan sebaik Epi dicucuk di tulang belakang ( ngeri tak bunyinya?), memang contraction semakin kurang dan hilang walaupun tak 100%. So, pendek kata rasa sakit giller tu mmg hilang terus ler ehehe. Aku minta kat bidan tu Epi sungguh2 tau, sebab mmg die takmo kasi bila die tahu anak no 1 aku tak guna any pain relief! Sumenyer keputusan aku sendiri, dah tak minta pandangan hubby sbb die tade dlm bilik wad itu. Mak aku mmg ngomel la sbb amik Epi hoho. So Epi dimasukkan masa tengah 5cm rasanya. Aku sampai spital terus ke labor room jam 12midnight. Masukkan Epi setelah masuk Labor Room jam 1.15am. Lepas Epi masuk mmg sakit hilang, tapi aku mula mengigil yg amat dahsyat. Gigi aku terketar2. Hubby pon dh risau terpaksa selimutkan aku. Aku rasa aku mmg tak sesuai Epi sebab ikut website tu kata orang yg ' Have low platelet counts' tak sesuai Epi + aku ni dilated cepat.

FYI, my platelet counts/hemoglobin never reach the normal range of 11.5 for all my pregnancies. Paling tinggi pon 10.5. Ditambah dengan Blood Preesure aku yg sokmo 90/50, or 80/50. Kalau sampai 100/60 tu dah paling hebat.

Then, baru kejap merasakan kenikmatan Epi, bukaan dah 10cm dllm kui 2am+ gitu. Tak sampai pon 1 jam masukkan Epi. Tapi masalahnya aku takde langsung rasa nak meneran. Mmg according to AmericanPregnancy, mmg tak rasa nak push!
Will I be able to push? You may not feel that you are having a contraction because of your epidural anesthesia. If you can not feel contractions then pushing may be difficult to control. For this reason your baby may need additional help coming down the birth canal. It may be necessary to apply pressure on your abdomen at the top of your uterus and/or use forceps to pull the baby out.
Disebabkan aku mmg dh baca info pasal Epi kat Internet kata kita susah nak rasa nak push, and end up ramai kene forseps/vacuum, so aku dah inform midwife, tolong le bagitau bila contraction datang yer. So bila contraction datang je aku pon push bodoh, tapi still tak berjaya sbb aku menggigil yg amat. Doc K sampai, die ni mmg sgt tenang, die kata takpela..take your time. Haha! korang nak tau die bior je aku ngan mid wife berusaha sampai hampir 1 jam,. Agaknya kalau Doc lain dah bedah aku kots. Dan akhirnya baby kuar jam 2.50am setelah aku menggunakan kuasa "Law of Attraction" keh keh. Aku kata kat diri sendiri " whatever it is aku mesti push bodoh sekuat hati tanpa menggunakan sebarang assistance (vacuum/forseps)". cheewah :p

BabyCenter kata ramai kene forsep/vacuum ( additional charge ni tau eheh :p)
There's a greater chance of needing to have a forceps or ventouse (also known as vacuum) delivery because epidurals often prevent the baby moving into the best position to be born. Also, it often stops you from feeling the urge to push in the second stage of labour.
Cemana boleh terfikir nak amik Epidural? antara sebabnya:
  1. Masa last check-up ngan doctor, doctor cek bukaan bawah dan aku rasa sakit, yela kan sbb bukaan lom bukak lagi. So Doc boleh lak kata " awak ni ada gaya kene amik Epidural". Terpengaruh tak ngan doc? of course! ehehhe. Lps 3 hari final check-up tu aku pon bersalin.
  2. Naluri di spital kecik, so sampai-sampai je ke dok ward menunggu dan hubby tak leh masuk. Tanda bersalinku, darah dah turun mencurah juga sbb masa jalan dr katil ke toilet abeh darah turun sampai ke kaki dan lantai. Aku panik sbb hubby tade dan ditambah tak jumpa laughing gas. Hubby hanya dibenarkan masuk Labor room.
  3. Teringat keperitan menehan sakit dr 7cm ke-atas masa melahirkan anak no 1, Mus'ab.
  4. Banyak membaca. Ekceli aku banyak sgt baca info kat Internet like babycenter etc about Pain Relief during Labor sebelum bersalin, tu yg tau memacam tu. So tak elok gak baca membaca eh?
  5. Perasaan ingin mencuba ( dan membelanjakan wang ekekke)
According to AmericanPregnancy, 50% wanita memilih utk mengambil Epidural. Basa disini. Dan antara kelebihan Epidural ialah:
  • Allows you to rest if your labor is prolonged
  • Relieving the discomfort of childbirth can help some woman have a more positive birth experience
  • Most of the time an epidural will allow you to remain alert and be an active participant in your birth
  • If you deliver by cesarean, an epidural anesthesia will allow you to stay awake and also provide effective pain relief during recovery
  • When other types of coping mechanisms are not helping any longer, an epidural may be what you need to move through exhaustion, irritability, and fatigue.
Bagaimanapun, Epidural mempunyai kekurangan jua:
  • You may experience a severe headache caused by leakage of spinal fluid. Less than 1% of women experience this side effect from epidural use. If symptoms persist, a special procedure called a “blood patch”, an injection of your blood into the epidural space, can be done to relieve the headache--> aku tak rasa lak headache buat masa skrang
  • After your epidural is placed, you will need to alternate from lying on one side to the other in bed and have continuous monitoring for changes in fetal heart rate. Lying in one position can sometimes cause labor to slow down or stop
  • You may experience the following side effects: shivering, ringing of the ears, backache, soreness where the needle is inserted, nausea, or difficulty urinating
  • You may find that your epidural makes pushing more difficult and additional interventions such as Pitocin, forceps, vacuum extraction or cesarean may become necessary= --> setuju, lama toi nak push!
  • For a few hours after birth the lower half of your body may feel numb which will require you to walk with assistanc --> sgt setuju! nak pi toilet hampir rebah! sib baik hubby ada sebelah masa tu
  • In rare instances, permanent nerve damage may result in the area where the catheter was inserted.
  • Though research is somewhat ambiguous, most studies suggest some babies will have trouble "latching on" which can lead to breastfeeding difficulties. Other studies suggest that the baby may experience respiratory depression, fetal malpositioning; and an increase in fetal heart rate variability, which may increase the need for forceps, vacuum, cesarean deliveries and episiotomies.
  • Epidurals may cause your blood pressure to suddenly drop. --> btol la kot..sbb aku dh la BP rendah, lps masuk Epi siap menggigil2
Kesimpulannya ini adalah Pro dan Cons antara amik Epi ( deliver Mawaddah) atau Langsung Takde any paid relief ( deliver Mus'ab & Muaz) yer:
  1. Boleh la relaks sket masa 8cm keatas tu kan sbb tade rasa yg sakit sgt ( Pro)
  2. Menggigil2 dan kene masuk drip, kalau normal tade drip langsung (Cons)
  3. Lepas bersalin badan masih lemah, masa nak pi toilet hampir rebah! ( Cons). FYI masa Muaz dan Mus'ab tu kan, lepas bersalin aku dah boleh jalan dr katil ke toilet tanpa bantuan ( perlahan2). Masa time Mus'ab, esoknya siap boleh jalan gi Nursery ( jauh juga tau)
  4. Terasa sakit belakang kat tempat cucuk tu hampir 2 minggu ( Cons). Ini mmg agak mengganggu BF yg selesa. Kalau tak amik, lepas bersalin ok saje..tak sakit belakang. Ada org kata tua nnti rasa sakit blkg, ntah le btol ke tak. tapi skrang aku tade rasa la.
Memang la bersalin normal tanpa Epidural badan lagi kuat :) .

Jadi terpulangla kepada kita untuk memilihnya yer. There's no wrong or right. Kalau sudah pilih Epi, bayar sahaja. ;). Aku rasa kalau bersalin kat Gomen spital, die tak kasi apa2 ubat kot eh?

Gambar hiasan. Epi dicucuk di tulang belakang itu. Credit to Singhealth

Apapon, sakit bersalin sapa tak takut kan? aku pon takut juga, tak tipu :p. So kite kene banyakkan persiapan mental, doa zikir, baca yassin etc. Aku mmg tabik spring sama ibu-ibu yg bersalin tanpa any pain relief , syabas2 terutama mak mertua aku. eheh siap no episotomy & laughing gas.

Nasihat aku, sapa nak amik Epidural, tanyer la doktor anda yer..kemudian banyakkan membaca mengenainya dahulu.

Ada perasaan ingin mencuba lg?

Ada! Aku rasa nak try Pethidine, sapa penah guna plak? sila kongsi2 eheheh ( erkk..kalau hubby tau ni menentang habis)

25 comments:

Ummu Auni said...

aku amik epi untuk afif. tu pun dr rahman bising, sebab tak sempat rasa sakit hilang sebab amik epi, dah deliver. memang ya pun. aku punya seriau takut jadi macam beranak auni. alih2 amik epi tak sampai sejam, dah deliver. sakit contraction pun tak sempat ilang

Farra Da Smiley said...

aini, so brapa kos ko bersalin with epi? just nak compare eheheh

shuhada said...

masa bersalin di PPUM,doktor ada bg epidural, tp rasenya epi pny kesan ni case by case la, mcm sy pny kes,kejap ke epi tuh, tp alhamdulillah jugak lah,sbb proses nak buka tu xsakit,tp xlama lepas tuh contraction dah kuat balik (mcm xamik epi),then bersalin...tp xdela plak rase lemah2 badan/sakit belakang sume...

y@tipruzz said...

aku setuju bab jgn baca byk sgt tuh akakaka..aku mmg langsung tade baca pepe pasal labor/birth..mengharapkan instinct jer. Kata org, some things just happened to flow along naturally :p

Tapi bab bf, wajib kena ade ilmu!

Farra Da Smiley said...

shu, pernah try tak bersalin tak amik apa2? epi ni taken away tang " sakit giler tu" eheheh :)

yati, so jgn membaca byk2 ek? aku ni sume benda nak baca kuikui :p

tp kene baca gak..kalau tak, setengah org ingat sakit2 pinggang tu dah contraction, padahal "brixton hicks" kang tak pasal2 gi spital je dah kene halau balik eheheh

catatan i am nieta said...

akak bersalinkan alesya n sara tak amik ape2 tp mmg sakit la..mengucap byk2 istighfar byk2..masa dini kena cucuk apa ntah lps deliver lali gile..

Kalau lps ni pregnant lg mcm nak amik laughing gas je, cam best je bace experience semah..ttak gitu

Farra Da Smiley said...

kak nita, laughing gas tu mmg sentiasa ada kat blkg katil..masa muaz ni mmg saya guna sgt2 la..time mus'ab guna kejap sbb tak reti + nurse tak tunjuk pon

time muaz ni masuk je LR saya terus kata " tolong ajor cara guna gas ni" depa pon tunjuk la..mmg mamai guna gas ni..sib baik guna 2 jam jek..ada org guna lama sgt sampai tertido kejap eheheh

org kata yg cucuk kat peha tu pethidine..ada rasa cam nak try, tapi tatau la lagi :p

JiJie said...

setuju...amik ephidural langsung tak rasa paper..tapi bila nak push yg susah. dah tak sakit camner nak push

laydida said...

its about making choices kot. kita choose not to use any meds langsung. tapi tuntut ilmu gak utk pain mgmnt during natural birth - teknik pernafasan yg betul masa contraction. alhamdulillah, semuanya dipermudahkan so far!

btw, kita dah berpindah blog : http://laydida.wordpress.com/

aida said...

aku rasa sakit walaupun ambil epidural, tulah cerita pasal pengalaman bersalin ni semua lain2 kan, tu pun push ok jer sebab rasa contraction.. aku rasa anesthetic tu pun kena pakar gak, kalau terlebih dos tu yang sampai tak rasa apa-apa langsung. tapi mmg kalau low blood pressure tak sesuai ambil epidural

p/s: epi kat tawakal murah.. rm 400

MQ said...

saya in labor tak lama, dalam 5 jam dah bersalin, push sejam..masa pegi spital tu doktor check dah terbuka 4cm, pastu gynae suggest suh amik epidural, saya mati2 tak mo,sebab baca byk cons n takut nanti tak rasa contraction kena pulak vacuum or forceps..seboleh2 tak nak lebih 3k bayar..huhu..

ikutkan tak nak amik apa2 pain relief sebab nak merasa mcm mana sakit bersalin full, tapi last2 decided amik petadine yg cucuk kat peha tu..laughing gas pon tak amik..

cuma masa episiotomy tu je mintak ubat tido kat doktor sebab takut n ngeri di jahit..

for me, petadine tu mmg buat lalok jugak, masa process nak push tu terasa mcm nak tido, pastu dok rasa aku ni hidup ke mati sebab sakit sgt mcm nak putus badan..tapi lepas selamat mmg terus bertenaga n dpt BF anak, tak de la mcm org amik epidural sampai muntah2 n tak de daya nak nyusukan anak..bonding in the first hour tu sgt penting..tak pe la kalau kena tahan sakit byk pon masa contraction..

shuhada said...

farra-xpernah, first baby,sy rs dos epi ni kena betul,di ppum (menurut cerita kwn2 n yg g kelas antenatal kt ppum), Dr x bg full dose, dia bg just nice utk kurangkan sakit masa contraction, sbb nnt ibu2 xtau bila nk push,maybe nk avoid guna forceps/vakum.sllnya bila dah terbuka utk bb kuar,kesan epi tu dah xde/kurang

mmm,bab yg laughing gas tu sy cuba xberkesan,mebi xreti guna kot.

Farra Da Smiley said...

jie, pernah rasa ke epi?

huda, yer about making choice and boleh tahan sakit ke tak..ada org labor pain sgt pajg, kesian pulak kan, so better la kot amik epi ni

aida, skang kos epi dah mahal sket kot sbb tawakal dah baru ..owh aku mmg tak sesuai la kot sbb BP rendah

mq,ooo..labor awak lebih kurang sama ngan kite, ada pulak ek org muntah2 amik epi tu? kos pethidine tu bape ek? so apa beza without pain relief and amik pethidine? kot2 leh share kat ur blog

Shu, yg gas tu mmg die lalokkan jer, it's external pain relief semata2, benda tu FOC je kat spital..agaknya bila ibu sedut gas tu boleh bantu ibu tukar fokus dr sakit ke gas

mila.ibunajihah said...

sy tak amik epi pun, tak pernah consider n tak pernah study..more like tak teringat yg epi tu wujud..huh funny1, contraction pain tu mmg tak terkata la..sampai sakit tgn hubby ku dipicit time C tu dtg..tp sy amik gas tadak laughing apa pun..hehe, my fiend siap nyanyi lagu spongebob lagi sbb mamai gas..mmg kelakar if pikir2

Farra Da Smiley said...

mila, tu la sy ni byk sgt baca eheheh..kalau tak baca mmg org tatau psl epidural ni..btw while sy sibuk sedut gas tu saya rehat2kan minda dan badan jek..tade la nyanyi..sambil2 zikir..bila dah masuk 7cm mmg dh tak keruan sakit yg amat tp masih guna gas tu sampai dah 10cm nurse kata dah takyah sedut gas dan boleh push hihi

Unknown said...

salam tersinggah sini...

salam kenalan...

pengalaman kakyong anak 1st bersalin di hospital besar Ipoh tahn 2006.. doktor tanya nak epi ke.. masa tu x tau menahu pun pasal epi.. angguk jer.. memang kebas separuh badan.. x leh nak rasa sakit.. 8 jam dlm labour room .. tu pun vacumm

2nd & 3rd bersalin di Hospital Ar-Ridzuan.. x amik epi, gynea tak galakkan.. 2nd bb 4 jam di labor room (induce).. 3rd baby 2 jam.. rasanya lebih mudah bersalin tanpa epi...

Ummu Auni said...

aku beranak afif tahun 2005, masa tu rasanya kena RM 3400/3500, aku pun tak ingat

Farra Da Smiley said...

kak yong, salam kenal...setuju tu..tak amik epi push tu mmg sgt kejap, gitula pengalaman bersalin dgn 2 anak yg tak amik apa2 painkiller

eh spital gomen pon die kasi epidural ek?

Ummu Auni said...

farra, hosp gomen bagilah epi. FOC lagi. ex husband's friend, wife dia bersalin, kena 400 ringgit di hosp. selayang

Farra Da Smiley said...

aini~ murah giler! mak aku aa bising soh bersalin kat spital selayang je senang nak lawat..adei..malas la aku

Ummu Auni said...

yang wife kawan dia tu, memula doc suruh push..entah macam mana tak larat push dah walaupun jalan tak terbuka (dia dah amik epi awal2). last2 caesar juga. tapi kena 400 ringgit je, murah kan?

Farra Da Smiley said...

Aini, murah gile..kalau kat private dah 11k kot..sbb dr natural birth jadi c-sect huhu..rezeki die la

salander said...

thanks for the info.. skang sy tgh tunggu hari..first two kids tk amik pun tp this time cam nak amik sbb hospital provide free epi..cara anesthetist tu brief cam best je amik tp u sama la cam i rendah hemoglobin n bp..bila baca experience u tu rasa cam confident je taknak amik..tp takut sakit..teringat lg sakit dulu2..huhu.. camano tu..seramm je..

salander said...

thanks for the info.. skang sy tgh tunggu hari..first two kids tk amik pun tp this time cam nak amik sbb hospital provide free epi..cara anesthetist tu brief cam best je amik tp u sama la cam i rendah hemoglobin n bp..bila baca experience u tu rasa cam confident je taknak amik..tp takut sakit..teringat lg sakit dulu2..huhu.. camano tu..seramm je..

Unknown said...

Sy br je bersalin 1st baby. Mmg amik epi. Tp sy musykil sbb sy rs sktny mcm epi tu xde kesan lnsg sjak 5cm-10cm.. Utk bukaan 4-5cm mmg lnsg xrs sakit.. Sbb tu sy cari post2 pasal epi ni.. Mmg sy pelik btl.. Baik xyah amik epi klu sktny sm mcm xamik pn..

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...