Tuesday, October 5, 2010

Jalan raya Syawal 23 dan 24

Alhamdulillah. Semua jemputan minggu lepas semua dapat kami penuhi. In total ada 7 jemputan. Syukur ke hadrat ilahi atas kesempatan dan peluang yg diberi utk mengeratkan sillaturrahim di bulan Syawal yg mulia ini :)

Sabtu

1) Rumah Mala- Kami tiba seawal hampir 12.15pm. Jalan pon ok jek. Paling best menu nasi daging while Cik Abg paling suka makan kuah durian dan roti. bucuk2 :p

2) Rumah Idayu - Kuar dr rumah Mala dah masuk Zohor. Jalan teramat Jam dr Sg Buloh ke Shah Alam. Ayoyo, penat btol la. Kami makan umah Ayu lg kejap dr tersekat dalam Jam. Tak sempat nak tgk Album UK Trip Si Aini, sorry eh Aini tak dan pulak. Lepas tu singgah solat di surat terdekat, dapat la jumpa Hany & Zainal kat sini. Lepas tu kami balik , singgah kedai kejap beli groceries dan sampai umah jam 5pm, sume org pengsan! Tengah rehat-rehat nenek Mus;ab telefon kata ada jamuan raya sekolah Mus'ab. Bila tanyer Mus;ab baru die tunjuk surat jemputan tu.

3) Sekolah PASTI Mus'ab dan Mawaddah- Kami sampai jam 6.40pm dan sume orang dah kemas-kemas. Tapi cikgu baik die kasi tapau sate + nasi beriyani. Huh kenyang yg amat la. Cikgu kata Mus'ab dan Mawaddah ok je di sekolah, cuma Mawaddah ni suke merajuk sket ( tahu je la umurnya 4 tahun). Tapi cikgu kata Mawaddah ni pandai hehe.

Muaz gagal sungguh untuk duduk dalam Car Seat sepanjang berjalan raya Sabtu itu, sabor je la eh. gambar pon tak tangkap sgt dek penat sgt ngan Jam + cuaca panas.

Ahad

1) Jamuan Aidilfitri Masjid Al-Faizin - kami sampai jam 11am++. Walaupon antara yg terakhir tapi makanan masih banyak lg, siap depa tapau2kan lg. Tapi kami tak amikla sbb nak jala raya lg. Cik Sbg pon makan tak byk sbb byk lg umah nak gi.

2) Rumah Baiti & Rozali - kami sampai awal juga dalam 12.15pm. Wah rumah baru mereka sgt cantik! Teror sungguh kamu org mendeko rumah yer. Makanan sedap-sedap pulak tu. Nnti free sket tolong kasi resipi Popiah Grg dan Sos Popiah tu eh Baiti! moshi moshi

3) Rumah Nuri- Lepas solat zohor di surau berhampiran, kami pon sampai umah Nuri. Sampai-sampai tetamu lain dah balik, so anak-anak punyala aktif bermain kereta mainan depa huhu. Kecoh kejap umah.

4) Rumah Hjh Zaliha, my X-boss- Rumah tepi Puchong Lake! Mmg seronok makan sambil menikmati pemandangan yg indah. Tapi anak-anak dah tak makan, asik main je tepi Lake tu. Siap main gelongsor rumput. Sib baik rumah last! Baju dah comot & badan berpeluh yg amat!

Muaz berjaya dok car seat sepanjang jalan-jalan raya Ahad itu. Hoyeh2. Gambar pon byk kami tangkap. Jalan pon kurang Jam berbanding Sabtu. Moh layan gambo

Jamuan Hari Raya Masjid kami. Tahun dpn mau beri cadangan agar flyers di hantar si sekeliling masjid rumah non-muslim supaya dapat kite build rapport dan berdakwah. Tak gitu?

Semua orang happy! ehehe

OTW to umah Baiti. Hoyeh2 , Muaz dah start tido dalam Car Seat. Leganya Mama!

Baiti & Us. I like the big mirror behind us! nak satu boley?

Tepi Tasik Puchong, betol2 belakang umah Hjh Zaliha. Agaknya kalau umah kami ni, maunya bebudak ni dah terjun tasik.

Mau kemana tu Muaz? Penat sungguh Mama mengejarmu! Risau masuk Tasik terus.

Sementara tu si Abang dan Kakak sibuk main gelongsor rumput ni
.
.
.
.
.
.

Mawaddah tak padan dgn Baju Kurung & Tudung huhu. Ramai btol budak main gelongsor rumput ni, adala hampir 10 budak. Makanan dah tak layan, layan air je sampai berkali-kali minum.

6 comments:

saimaria said...

hehe seronok kan tgk anak2 bermain... benda simple je pun leh jd permainan yg menyeronokkan :)

Farra Da Smiley said...

Sai, btol3..depa ni kreatif..kite pon tak halang..bebudak tgh membesar kan

areyou said...

farra, thanks a lot for coming walaupun terpaksa meredah jam. sorry tak dapat nak borak panjang.

Farra Da Smiley said...

ayu, no problem la..hehe.ye la tuan rumah kan sibuk..lg2 saeed pon sibuk kan :)..suka sgt lauk rebung tu tawww

LiTtLe^m3 said...

kak.. tq for coming gak :) tak yah tgk gambar kan.. dh tgk live :D cermin tu hint2 la kat abg dmn. hadiah lahirkan anak ke-4 ke :D apalah salahnya kan ;)

Farra Da Smiley said...

baiti, hint tu takkan menjadi ! i konfem 500% wakakak :p ..katanya duniawi ehehhe

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...