Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Tuesday, July 28, 2015

Salam Aidilfitri

Assalam semua...
How's your eid celebration?
Tahun ni giliran raya belah saya...iaitu di Kuala Pilah N9.
Di Kedah kami beraya di kulim, Alor Setar & tidur 1 malam di rumah kak ipar di Jitra.
Seronok btol..last day d jitra tu bawa budak2 & anak2 menakan sume mandi swimming pool kat hotel.

Thursday, August 28, 2014

Jamuan Aidilfitri di Teratak Smiley :)

Alhamdulillah, tercapai juga hajat nak buat jamuan makan sempena aidilfitri yg amat sederhana. Tak perlu la nak tunggu rumah dah bercat elok, sarung sofa dah tukar baru, car porch yg proper dah dibuat..hehe..tu sume cita2 dr aritu nak buat tp tak buat gak..so majlis makan2 kite tetap teruskan dengnn tujuan ukhwahfillah.

Antara hidangan utama kami:
Laksa Utara
Soto
Brownie
Marble Cheesecake
Cream Caramel
Bread and Butter Pudding
Trifle

Abg Az tolong tuang air utk dik

Waddah dgn BFF Sarah




Thanks for coming girls! muahh
Sebagai panduan korang kalau nak buat majlis kecil-kecilan kat rumah , di sini Smiley kongsikan sket barang2 yg nak dibeli utk tetamu anggaran 100-130 orang:

Menu soto:
Ayam 4 ekors mesti besar
Nasi himpit 4 bungkus , dalam tu ada 6 pek nasi. Bukan mini saiz ok. Sila standby extra mihun.

Menu Laksa:
Ikan sardin 3.5kg
Mee Laksa : 7 bungkus laksa. Aku guna 6 laksa basah dan 1 laksa kering. Guna laksa basah mmg lagi senang tayah rendam lama. Just rendam kejap dengan air panas dan toskan

Sediakan air kosong mineral kat ruang tamu juga sebab ada tetamu suke air kosong

Bekas kuih raya. Guna balang besar terus so tayah nak refill banyak2 kali heheheh

Bekas sampah. Sediakan 2-3 tong sampah besar. Gunakan plastik hitam jenis tebal sebab kalau yg nipis tu senang terkoyak..then dah tu bile letak kat luar rumah anjing/kucing cakar plastik sampah.

Ok tu je my quick update. Korang sempat abeskan Puasa 6? Alhamdulillah..bagus3

Thursday, August 14, 2014

Jalinan Aidilfitri 2014

Alhamdulillah as usual our Eid's route: Kulim-Alor Setar-Gerik-Kuala Kangsar-Negeri Sembilan..tapi tak sempat nak tangkap gambar kat semua tempat heheh....tapi kat setiap tempat yg sempat snap picture mmg ada byk gambar..best! leh wat photobook! hehe


Ngade2 posing depan sawah bendang


Ziarah Tok Wan dan Tok di Alor Setar

Kat luar umah tok ada sawah bendang..cam biasa budak KL jakun jumpa sawah....posing

Suasana beraya di Gerik

Saturday, July 5, 2014

kuih raya 2014

Green Peas Cookies

Bahan-bahan:

2 cawan tepung kacang peas
2 cawan tepung cookies
1 cawan gula icing
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat 
sedikit garam
1 cawan minyak mazola / secukupnya ( tuang sket2 masa uli doh)
1 biji kuning telur untuk dihias atas kukis

Cara-cara:
1. Gaulkan kesemua bahan-bahan kering sehingga sebati 
2.Tuangkan minyak mazola sedikit2 hingga terbentuk doh lembut
3. Bentukkan bulat2, tekan dengan garfu dan sapukan dengan telur kuning
4. Bakar selama 12-15 minit suhu 175C atau sehingga masak
5. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara




Wednesday, August 21, 2013

Raya di Utara pulak!

Raya ke-2 kami pulang ke Kedah, tapi singgah di Grik dulu untuk menziarahi saudara belah hubby & pusara arwah makcik yg pulang ke rahmatullah pada 27 Ramadhan.

Di Utara as usual kami beraya di Alor Setar dan otw balik ke ibukota, kami singgah beraya di Kuala Kangsar. Nak dijadikan citer masa OTW back to KK tu trafik sesak yg amat. So kami re-route ke Taiping.

Maka menjadilah 1D1N short holiday @ Taiping. Kat Taiping kami jejalan ke Muzium dan Zoo Taiping. Anak-anak kemain sukanya! Sesampai je kat Zoo bateri kamera dah kong. huhu..tak dapat la nak bergambar byk2 dalam Zoo.

Malam tu weols just check kat booking.com hotel apa yg masih available. Based on checking tu, kami terus walk in ke hotel pilihan. Hotel 1 star, CasaVilla Hotel. Not bad gak hotel ni..rate per nite for family room is RM140, ada 2 queen bed.

Gambar beraya di Alor Setar:



Me, MIL and Tok Bah

Di Muzium Taiping..masuk bayar RM2 adult..kekanak FOC
 




Friday, August 16, 2013

Aidilfitri 2013

Raya tahun ni giliran Negeri Sembilan dulu....makanya berayalah kami di Kuala Pilah. Syawal pertama penuh dgn aktiviti makan-makan ( harusla kan :p) dan berkunjung ke 5 rumah jiran dan sanak saudara..menjelang malamnya kami pun pulang ke KL sampai almost 12am sebab keesokan harinya nak pulang ke Utara pulak..


Baju melayu merah Ab & Maher beli baru..hak Muaz pakai Ab punya yg lama..recycle...jimat hihi :D


Sampin semua ditaja oleh SIL hihihihi





3/4 tahun dah hubby tak beli baju raya..pakai je baju melayu sedia ada..maksudnya...tema warna baju kitowang ulang yg sama je wakakka...so hubby dah request nak kaler hijau next year, baru la die dapat beli baju baru..OK set next year Hijau atau Kelabu! Azam kali ni nak jahit baju sendiri ewahhh ehehhe

Tuesday, August 6, 2013

Rainbow cookies

Esok hari terahir Ramadhan :( Rasanya masa berlalu begitu pantas...Bagaimana amalan kita? Jom Audit diri! Ada 2 hari lagi ni nak pulun ibadat. Ya Allah..terima ibadat kami..dekatkan kami padamu ..tambahkanlah ketaqwaan kami..jangan kau pesongkan hati kami pada kelalaian duniawi...

Saje gatai nak try resipi baru thn ni..biskut pelangi 3 warna! heee

Bahan-bahan:
A:
320gm mentega
180gm gula ising
1 biji telur gred A

B:
440gm Tepung Superfine / Cookies Flour
40gm tepung jagung
30gm tepung susu

C:
Pewarna

Cara-cara membuatnya:

1. Campur dan ukul bahan A sehingga lembut.
2. Masukkan bahan B.
3. Bahagi 4dan warnakan. Uli doh hingga warna rata.
4. Letakkan 1 doh atas kertas minyak dan canai. Angkat kertas minyak dgn adanya doh diatas ke daam peti sejuk.
5. Ulang setiap langkah hingga selesai semua warna. Sejukkan dalam peti sejuk 20-30 minit
6. Lepas dah sejuk , boleh susun setiap warna macam kek lapis.
7. Potong menjadi jalur panjang. Balut dengan kertas minyak doh memanjang tu dan masukkan dalam peti sejuk selama 20-30 minit supaya doh padat dan keras sket supaya mudah nak potong
8. Potong doh menjadi kepingan kecil dan bakar diatas dulang yg telah digris marjerin selama 15-20 min.



Review:
~Biskut rangup dan kurag manis
~Kanak-kanak suka!

Selamat mencuba..cuba tahun depan kot! Tahun ni dah tak sempat kan 

Akhir kata...

Selamat Hari Raya buat semua kawan-kawan dan pembaca blog..Mohon maaf sekiranya ada salah silap atau terkasar bahasa. Semoga Aidilfitri kali ni mengeratkan ukwahfillah kita dgn saudara mara, rakan-rakan dan seluruh umat islam insyallah. Sehingga bertemu lagi minggu depan. Berhati-hati di jalan raya yer! Jangan rempit..kalau nak sampai awal, get up and check-out early :)

Monday, September 10, 2012

Jalan raya


Tengah-tengah musim raya ni pulak ada sekolah ganti..adoi tak sesuai sungguh! Tapi kite tetap gagah memenuhi hak sahabat ..bila dijemput, insyallah kita hadir. 

Makanya, rumah pertama yg kami hadiri tanpa Mus'ab sebab die sek waktu pagi. Rumah 1st, Hazura, di Gombak. Jejak kasih dengan member lama dah tak jumpa, Siti. Perghh sedap btol bakso yg dihidang. Kebetulan dah berada dekat sgt dengan rumah my 1st Ex-boss masa keje dulu, Pn Kam..kami pon singgah rumah die..dr luar nampak ada orang tapi lepas bagi salam tuan rumah tak keluar2. Mungkin tak dengar...tade rezeki la nak jumpa Pn Kam.

From left: Hazura, Siti & Me

Balik terus ke sek Ab, tapi die takde..rupanya Uwan dah tolong jemput. Siap dah makan kenduri kawin dgn baju sek. Petang terpaksa pontengkan je Ab eheh. Lepas zohor kami terus ke rumah ke-2: Kak Suhaili. Kat rumah die ni kami memang betul2 makan! sebabnya semua menu lazat2..hubby pon siap bertambah2. Waddah siap kata nak datang lagi la mandi swimming pool! eheh

From Left: Waddah, Me, Kak Su, Akma, Kak Nora, Ain dan alamak lupa sorang lagi

Next ke rumah ke -3 YatiPruzz..siap plak die sms " beb ko datang tak?"..heheh..sampai jugak antara tetamu terakhir. Kat umah yati kami dah taleh nak makan..sangat kenyang. So rasa kek ceklat yg sedap, sket bihun goreng dan buah tembikai. Jumpa Rahimi kast sini but Syu tengah berpantang.

From left: Pruz, Yati, Me & Deman [ anak2 tak masuk nama] eheh

Rumah ke-4, rumah Zarid & Fahmy. Borak-borak dan minum air jek..perut kenyang sgt. Jumpa Mizi & Ida..dan derang ajak beraya rumah derang..so kami layanzzz. Ops gambor ada sekeping kat camera Semah.

Rumah ke-5, Ida & Mizi. Bersolat dan mandikan Muaz & Maher kat sini skali. Dan makan  keropok lekor sedap!


Rumah yg last skali ke-6, Zue & Din. Tapi tuan rumah Din tade..makan keropok lekor sedap jugak :) Luas umah Zue boleh kite main badminton next time ehehhe


Alhamdulillah..rancangnya 4 rumah..tapi hasilnya 6 rumah. Kami sampai umah jam 10.45pm! phewww..penat sgt tapi hepi jumpa kengkawan. Ok cik abe kite komen " eh dah salu jumpa kat opis pon takkan nak jumpa raya lagi"..eh eh mesti la kan..feeling datang rumah tu lain aa..esoknya kami flat! haha..tp lps rest2..gi tesco beli groceries

Best pulak memenuhi undangan rakan-rakan. terasa nak buat jugakler..takpe le wat makan2 lepas raya..or kite wat makan2 raya haji? :)

Friday, August 31, 2012

Salam Aidilfitri

[Sticky post]
For latest entry , please scroll down. TQ :)


{ditulis pada 16 Ogos, jam 6.15pm}
err tade gambar raya 1 family tahun lepas..so tempek gambo ala 'salam perantau' hihi . Insyallah saya cuti raya kali ni agak lama..start hari ni sampai la hari Isnin 2 minggu ke hadapan. Seperti biasa wajib beraya ke Utara nun dengan keluarga pihak suami dan bersambung ngan Holiday Quarter 3/2012. tungguuuu..

Drive bebaik yer..cek dulu kedaan keselamatan kereta anda dan rumah anda.

Untuk kereta, kami dah tukar 2 tayar, bateri kereta dan juga dah mandikan kat kedai tadi. Fuh rate raya cuci kereta naik dr RM12 ke RM15. Layan jer niat sedekah sbb tukang cuci kereta tu pon kata die sambut Aidilfitri.

Sementara untuk rumah, kami beli heavy duty lock....huby soh saya beli..saya beli kan je..yg lama ni macam tak berapa nak kukuh nampaknya..eh eh lagi satu tadi timbang berat dah turun 3kg! best2..patut asik kene tarik2 seluar keatas ehehh..tapi tunggu le..raya 3 hari je can get back the original weight! huh mencabar tuh

Ok la..taleh nak tulih panjang ni..barang2 langsung tak kemas lagi..2 biji kek dah siap dikukus..nak kene frost pulak..eh lauk berbuka pon tak siap lg! * ish2 sempat update blog  tuh!

Selamat Hari Raya

Maaf Zahir Batin 

Kepada semua keluarga, rakan taulan dan rakan blogger

Salam manis dr kami ~Farra, Deman & 4M ( Mus'ab, Mawaddah, Muaz, Maher)

Tuesday, August 28, 2012

Aidilfitri 2012 ( Syawal 1)

Assalamualaikum..

Apa kabo sume? harap2 sihat..berat dah naik bape? Takkan tak timbang kots..rugi dehh
Alhamdulillah raya kali ni meriah walau disambut secara sederhana..semua pulang ke kampung kecuali Kak & Bang Ipar yg dok di Brisbane, Oz. Tahun ni saya masak rendang ayam dan daging.

Cam biasa ..malam raya main bunga api..Pak Tam yg blanjer

Sebahagian anak-anak menakan yg memberi kerjasama...cam biasa anak den 3 org tu susah nak bergambar

Anak-anak..Ab  ke masjid

Sesi bersalam dan bermaafan..kiri bawah tu my MIL

Tahun ni temanya warna manggis purple..baju kids 4 pasang sedodon beli kat Pusat Pakaian Hari2..Mama punya pon beli siap..ayah punya pakai tahun 2010 punya baju melayu hehe

Percubaan pertama untuk mendapatkan foto keluarga ..
hasilnya
hanya 4 isi rumah yg ada:
Percubaan kedua...5 isi rumah walaupun Maher dah start cranky....sorang lagi hilang:


 Mawaddah yang paling senang bergambar:


Kesimpulannya..kami gagal mendapatkan 1 foto keluarga pada hari raya pertama..huhu..as expected

Bersambung hari ke-2 kemudian..

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...