Tuesday, August 6, 2013

Rainbow cookies

Esok hari terahir Ramadhan :( Rasanya masa berlalu begitu pantas...Bagaimana amalan kita? Jom Audit diri! Ada 2 hari lagi ni nak pulun ibadat. Ya Allah..terima ibadat kami..dekatkan kami padamu ..tambahkanlah ketaqwaan kami..jangan kau pesongkan hati kami pada kelalaian duniawi...

Saje gatai nak try resipi baru thn ni..biskut pelangi 3 warna! heee

Bahan-bahan:
A:
320gm mentega
180gm gula ising
1 biji telur gred A

B:
440gm Tepung Superfine / Cookies Flour
40gm tepung jagung
30gm tepung susu

C:
Pewarna

Cara-cara membuatnya:

1. Campur dan ukul bahan A sehingga lembut.
2. Masukkan bahan B.
3. Bahagi 4dan warnakan. Uli doh hingga warna rata.
4. Letakkan 1 doh atas kertas minyak dan canai. Angkat kertas minyak dgn adanya doh diatas ke daam peti sejuk.
5. Ulang setiap langkah hingga selesai semua warna. Sejukkan dalam peti sejuk 20-30 minit
6. Lepas dah sejuk , boleh susun setiap warna macam kek lapis.
7. Potong menjadi jalur panjang. Balut dengan kertas minyak doh memanjang tu dan masukkan dalam peti sejuk selama 20-30 minit supaya doh padat dan keras sket supaya mudah nak potong
8. Potong doh menjadi kepingan kecil dan bakar diatas dulang yg telah digris marjerin selama 15-20 min.



Review:
~Biskut rangup dan kurag manis
~Kanak-kanak suka!

Selamat mencuba..cuba tahun depan kot! Tahun ni dah tak sempat kan 

Akhir kata...

Selamat Hari Raya buat semua kawan-kawan dan pembaca blog..Mohon maaf sekiranya ada salah silap atau terkasar bahasa. Semoga Aidilfitri kali ni mengeratkan ukwahfillah kita dgn saudara mara, rakan-rakan dan seluruh umat islam insyallah. Sehingga bertemu lagi minggu depan. Berhati-hati di jalan raya yer! Jangan rempit..kalau nak sampai awal, get up and check-out early :)

1 comment:

Sharinginfoz said... Reply To This Comment

cantik gak biskut ni. tak pernah pula cuba