Showing posts with label Pulau Tioman. Show all posts
Showing posts with label Pulau Tioman. Show all posts

Friday, July 16, 2010

Tioman Trip 10 - 12 July 2010: Day 3


Hari terakhir di Tioman dimulakan dengan menjamu selera di cafe PBR. Kali ni ada Nasi Lemak tapi sambalnya rasa ntah hape2 keh keh. Selesai je brekfes, kami terus ke Pantai untuk menghantar Mawaddah dan Mus'ab mandi laut bersama Idlan dan family. Me & hubby mengambil keputusan untuk tidak terjun ke laut memandangkan Jacket&Google dah return to PBR. Namun dalam hati perasaan meronta-ronta nak snorkeling lg.

Check-out time di PBR is at 10am. Tapi depa benarkan kami check-out jam 10.30am. Kebetulan hujan turun dgn lebatnya so kami rest jap dlm chalet dan check-out jam jam 11am. Majoriti all guests dah lepak kat cafe sbb tak menunggu ketibaan Feri jam 1pm.

Panjang lg masa nak tunggu Feri so kami just lepak-lepak aje, bual-bual kosong. Kids tengok mat salleh main snooker la, lari sana sinun, tgk lobster etc. Hampir jam 12pm Muaz akhirnya tertido kat atas meja cafe. Since die tido so aku malas nak hangkut die skali bersama rombongan yg nak lepak kat kedai makan depan Jeti. So tinggal la aku sorang dan Muaz merehatkan minda dan badan. Mat salleh sebelah suka plak tgk Muaz so kami borak-borak le kejap.

Jam1pm menjelma tapi Feri tak sampai-sampai juga. Dalam 1.40pm++ sampai la Feri tapi depa tak kasi kami masuk la pulak sbb depa nak hantar guest lain dulu ke resort memasing. So kami tunggu la kat Jeti. Dah la Jeti tu tade tempat duduk, angin pon kurang..aduih..letey2...Nuna dah mula tak selesa...Muaz skali lg tertido atas pangkuan. Aduih berat2..sib baik ada beg utk Mama duduk.

Akhirnya Feri kami sampai jam 2.45pm gitu! Penanti itu satu penyeksaan tau..lagi2 ada budak kecik ni...haru2. Naik je Feri sume kids masih tido...tapi Muaz tido kejap. Tetiba plak Mawaddah terjaga dan terus melepaskan amukan. Huhu. Kecoh kejap Feri. Time tu susah juga aku nak handle sbb aku dok riba Muaz dan dok ngan Mawaddah dan Hubby terpisah seats sbb org ramai. Adeiiii..Hubby mai tempat kami dan buat susu Mawaddah dan akhirnya dia diam. Lps tu mood terus OK dan main le 2 beradik ni.

Lebih kurang jam 4.30pm baru sampai Jeti Tg Gemok dan memasing menuju ke Toilet. Lps tu beli sket brg2 apa yg patut kat Jeti tu like snek Ikan, sotong etc dan kami pon berangkat utk mencari Masjid.

Selesai solat di sebuah Masjid berhampiran, yatipruzz terus pulang ke KL manakala kami dan ijahzahan terus menuju ke Lebah Chondong utk mencari sesuai nasi ( perut dh lapar gile wehh..tak lunch) di sebuah restoran yang agak glamer citernya dgn udang galah. Tapi sayang...kedai makan itu tutop! Haru2 ngeh ngeh

So kami pon singgah di kedai makan berhampiran yg turut menyajikan Udang Galah. So memasing kenyang ..dan waktu telah masuk jam 7pm. Kami terus berangkat pulang. Jam 9.30mlm kat sampai di Kuala Pilah dan singgah ke rumah nenek. Lepak utk mandi dan solat kejap. Jam 10.30pm kami berangkat ke KL dan akhirnya selamat sampai jam 12.30am. Perjalanan dgn kereta mmg lancar dan semua kekanak behave aje=tido. Yang tak lancar ialah Feri! huhu

Selamat Tinggal Tioman. Kami suke kamu dan hidupan laut disitu =)

Brekfes!
Muaz makan angin tepi pantai sampai terlentok dibuai angin laut yg nyaman. Awan telah menunjukkan tanda-tanda hujan mau turun.
Cafe yg kosong tp menarik di tepi pantai~ tak berapa jauh dr PBR
Sesi melepak di tepi pantai sambil melihat abang dan kakak Muaz mandi laut.
Lambatnye Feri nak sampai..Muaz tido dulu yer

Kekanak dah berpeluh sakan menunggu Feri! Manakan tidak, asik main kejar-kejar ajee

Itulah lg satu kedai makan yg ditutup minggu ini.

Eh tak nampak plak ikan ek? apa punya photographer daa

Posing sket dlm FeriDestinati terakhir~ makan udang galah kat Lebah Chondong. Udangnya lupa nak snap sbb dah masuk perut memasing. Lapo sungguh!

Sekarang, Mama menabung kerna mahu ke sini pulak..ngeh ngeh

Tuesday, July 13, 2010

Tioman Trip 10 - 12 July 2010: Day 1

Disclaimer: Catatan ini sengaja ditulis dalam 3 entry berbeza semata-mata utk memeriahkan blog dan menaikkan trafik ngeh ngeh ..jgn bosan tauuu :p
Finally, tercapai jua hasrat kami, Yati dan Ijah untuk menyahut Panggilan Pulau 2010 iaitu Pulau Tioman! :)

Kami keluar rumah jam 6.25am Sabtu, 10 Julai 2010. Elok sahaja anak-anak semua bangun awal lebih kurang jam 5.40am. Seperti yang dijanjikan konvoi kami berhasrat nak berkumpul di area Kuala Pilah. Alhamdulillah dalam jam 8.15am semua dapat berkumpul di K. Pilah dan kami singgah di sebuah gerai untuk bersarapan pagi.

Konvoi meneruskan perjalanan dan kira-kira jam 10.15am kami berhenti di Petronas di Muadzam Shah untuk mengisi minyak kereta dan 'membuang' bagi beberapa ahli rombongan. Sebaik bergerak, aku mendapat panggilan dri Jeti Tg Gemok bertanya destinasi kami. Kata orang itu sempat utk dpt Feri jam 11.30am.

Alhamdulillah kira-kira hampir 11.30am kami sampai dengan selamatnya di Jeti Tg Gemok. Bayaran parking kereta 2 malam = RM20 ( RM10/nite). Bayaran lain yg dikenakan awal ialah Marine Park iaitu sebanyak RM5 utk dewasa manakala Kekanak RM2, tetapi rezeki kami semua kekanak tidak dikenakan caj! Yahoo...jimat wang ihiks

Feri bergerak jam 11.45am dan memakan masa 1 jam 30 minit utk ke Jeti Paya Beach Resort. Feri akan singgah kat semua jeti hotel-hotel mengikut penginapan pelancong dan Paya Beach Resort yg kami duduk menjadi persinggahan ke 2 Feri.

Sampai di PBR lebih kurang jam 2pm. Dan kami boleh terus check-in. Selepas check-in kami menjamu selera di sebuah restoran berhampiran. Selesai lunch, semua terbongkang sebentar sementara menanti petang menjelma untuk terjun ke laut!

Petang menjelma, Hubby dan Pruz gi kaunter snorkeling tuk book pakej snorkeling keesokan harinya. Kawtim ounya kawtim, lg penjimatan kami dapat! Yesssza..hanya adult di caj iaitu RM25. kekanan FOC, tapi kalau peak hour RM35. Mungkin itu kelebihan gi oliday waktu non -peak. Rata-rata di PBR, hanya kami pelancong tempatan Melayu . Yang selebihnya pelancong asing dan paling ramai Mat Salleh. Kami terus dapat Jaket, Mask & Google. So siap sedia utk terjun laut!

Mandi laut sambil bersnokerling tempai pantai hingga hampir senja. Kat tepi pantai pon dah nampak ikan...air sgt jernih. Memula kaget gak dah lama tak snorkeling tapo bila dh pandai cikit, suka2! :) Owh kali ni dah ada baby so mak ayah kene take turn utk snorkeling.

Jam 8pm kami kuar dinner di restoran yg lain. Makanan harganya lebih kurang di KL RM4.50/RM5 sepinggan. Kekanak punya la suka...berlari ke sana ke sini...Malam itu kami tido awal sbb penat sgt dan esok kene mengerah tenaga utk Snorkeling!

Ok berakhir kisah Day 1. Esok sambung lg ok..stay tune! Jom layan gambo




Kids sangat le excited naik feri. Sila abaikan gigi Mus'ab tu ok! hehe

Mawaddah depan chalet


Kids ready! Jom snorkeling




Chalet kami atas paya tau =). Paid RM520 for 2 nites including breakfast for whole family. Korang yg anak tak ramai lg murah ler.


Nobody want to sponsor Spa. So tangkap gambo je la kan Ab


Standard Chalet with 1 Queen bed and 2 Single beds

Is this PBR trademark? I guess so

Thursday, July 8, 2010

Pre Holiday happiness

Salam kengkawan,

Aku happy benor la 2 hari ni sebabnya berkursus di TTC. Sukanya tang kursusnya abeh awal. Jadi, semalam abeh ke kursus terusla menyinggah di Giant untuk beli barang bekalan utk ke Tioman Sabtu ini. Lagi satu sebabnya nak beli Waffle :). Owh kali ni suke benor plak Waffle VS Donut masa ngandungkan Muaz dulu :p

Mmg susah nak melawan nafsu untuk tidak membeli makanan ringan = junk food. Tapi kali ni aku dah tekad, NO to Maggi/Twisties etc. Instead, aku beli Kismis, Kekacang Badam/Gajus, Kerepek dan esok hari nak beli je Roti. Inilah hasil rembatan utk di bawa ke Pulau :)

No Junk Food starting today! mari lihat sampai bila akan berjaya

3 CD buat halwa telingan dan jiwa: Zikir Munajat, Surah Pilihan & Siri Ummul Mukminin. Sesuai utk dipertdengarkan sepanjang pemanduan di jalan raya =)

Boleh ke hubby aku gelak kat CD yang bertajuk " Comel Wajahmu, Indah Akhlakmu" . Yer ayg mmg tak comel yer abg :p.

Aku dah simpan impian nak buat Lasik sejak awal tahun ni. Tapi apakan daya disebabkan Exclusive BF , need to postpone the plan first. Dan dengan keadaanku skarang, aku kene postpone lagi niat tu. Mungkin lg 2 tahun baru boleh buat. Huk huk sabar yer.

So untuk mengubat hati ini, aku buat Spek baru dengan ciri - ciri Hi Index + Transition ( tukar kaler bila kene cahaya matahari) pada harga yang SANGAT MURAH iaitu RM300 ( VS harga di pasaran adalah RM600) ! Mau tau bagaimana? boleh PM aku keh keh

Akan kugayakan di Pulau Tioman.

Hubby tanya apa motifnya? Aku jawab motifnya bila kene matahari di Pulau nanti, Spek bertukar kaler dan memberi perlindungan pada mata. Ngeh ngeh, btol tak? ihiks

Ok geng Tioman, Yati & Ijah, sudahkan korang pack barang2? Jgn lupa bawa voucher resort dan pelampung anak-anak yer :)

Oh ya, Muaz dah boleh jalan 3-4 steps. Even tak stabil sangat lagi but I'm more than happy! Teruskan latihan anakku . Umurnya genap 11 bulan hari Selasa lepas

Wednesday, April 28, 2010

Next Holiday!

Owh..dh dpt search tix ke Phuket RM848 for the 5 of us this coming Nov. Discuss punya discuss ngan hubby sejak 2 hari yg lepas akhirnya, hubby tak restu dek kerana pergolakan politik kat Thailand. Terkilan la jugak. Nak tunggu AA buat promosi Zero Fares Promo lagi entah la bila kan.

So, apa lagi mari aktifkan Panggilan Pulau 2010! snorkeling snorkeling huhu


Tangan dah gatal untuk membeli kasut baru owhhh :p . Dah lama taw tak beli kasut hihi

Monday, April 5, 2010

Panggilan Pulau 2010!

Calling2 passenger to Tioman! hihi
Tahun ni rasanya nak menyahut semula panggilan pulau! amacam? ada brani?

Kali terakhir ke Pulau Tioman pada 18-20 June 2005. Masa tu Mus'ab dah setahun tapi lom pandai jalan. Kami konvoi 5 kete rasanya dan dudok kat Berjaya Resort.

Masa kat MMU dulu, rajin la juga jejalan ke pulau. Ingatkah lagi wahai kengkawan? Kalau tak silap kita dh pi Pulau Sibu, Pulau Tinggi dan Perhentian.

Masa gi Tioman tu mama lom ada blog..so mari kita imbas sket gambo2 dolu sbb nak semarakkan balik semangat kengkawan lain utk menyahut panggilan pulau hehe

Organizernyer En Fahmy & Pn Zaridah :). Masa tu kami dok berjiran lg so konvoi la gerak dr umah kepong. Gerak be4 7am tau! awal gile

Snorkeling time! Ab pon ikut taww

Posing..lps snorkeling

Penyu besar menemani kami!

Dah nak balik. Dpn resort kami


Besar sgt la ayah! tade XSS saiz ke?

Penat btoi..dlm feri..nak balik

Secara tentatifnya Panggilan Pulau tahun 2010 munkin Tioman around July 2010. Amacam? Dah naik pening ni dok baca review few hotels. Kali ni tak mungkin la Berjaya Resort. Dah beranak pinak, nak kene jimat.
Tgh review:
Paya Beach Resort. Baca review disini
Tioman Paya Resort. Baca review disini
Sun Beach Resort. Baca Review disini

BTW, dah dpt le quotation dr depa ni. cuma fenin nak yg mana, nampak gaya cam Tioman Paya / Paya Beach tu byk good review. Masih mencari lg ni...

Siapa ada cadangan sila-sila la kongsikan. Sapa nak join pon di alu-alukan :)

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...