Disclaimer: Catatan ini sengaja ditulis dalam 3 entry berbeza semata-mata utk memeriahkan blog dan menaikkan trafik ngeh ngeh ..jgn bosan tauuu :pFinally, tercapai jua hasrat kami, Yati dan Ijah untuk menyahut Panggilan Pulau 2010 iaitu Pulau Tioman! :)
Kami keluar rumah jam 6.25am Sabtu, 10 Julai 2010. Elok sahaja anak-anak semua bangun awal lebih kurang jam 5.40am. Seperti yang dijanjikan konvoi kami berhasrat nak berkumpul di area Kuala Pilah. Alhamdulillah dalam jam 8.15am semua dapat berkumpul di K. Pilah dan kami singgah di sebuah gerai untuk bersarapan pagi.
Konvoi meneruskan perjalanan dan kira-kira jam 10.15am kami berhenti di Petronas di Muadzam Shah untuk mengisi minyak kereta dan 'membuang' bagi beberapa ahli rombongan. Sebaik bergerak, aku mendapat panggilan dri Jeti Tg Gemok bertanya destinasi kami. Kata orang itu sempat utk dpt Feri jam 11.30am.
Alhamdulillah kira-kira hampir 11.30am kami sampai dengan selamatnya di Jeti Tg Gemok. Bayaran parking kereta 2 malam = RM20 ( RM10/nite). Bayaran lain yg dikenakan awal ialah Marine Park iaitu sebanyak RM5 utk dewasa manakala Kekanak RM2, tetapi rezeki kami semua kekanak tidak dikenakan caj! Yahoo...jimat wang ihiks
Feri bergerak jam 11.45am dan memakan masa 1 jam 30 minit utk ke Jeti Paya Beach Resort. Feri akan singgah kat semua jeti hotel-hotel mengikut penginapan pelancong dan Paya Beach Resort yg kami duduk menjadi persinggahan ke 2 Feri.
Sampai di PBR lebih kurang jam 2pm. Dan kami boleh terus check-in. Selepas check-in kami menjamu selera di sebuah restoran berhampiran. Selesai lunch, semua terbongkang sebentar sementara menanti petang menjelma untuk terjun ke laut!
Petang menjelma, Hubby dan Pruz gi kaunter snorkeling tuk book pakej snorkeling keesokan harinya. Kawtim ounya kawtim, lg penjimatan kami dapat! Yesssza..hanya adult di caj iaitu RM25. kekanan FOC, tapi kalau peak hour RM35. Mungkin itu kelebihan gi oliday waktu non -peak. Rata-rata di PBR, hanya kami pelancong tempatan Melayu . Yang selebihnya pelancong asing dan paling ramai Mat Salleh. Kami terus dapat Jaket, Mask & Google. So siap sedia utk terjun laut!
Mandi laut sambil bersnokerling tempai pantai hingga hampir senja. Kat tepi pantai pon dah nampak ikan...air sgt jernih. Memula kaget gak dah lama tak snorkeling tapo bila dh pandai cikit, suka2! :) Owh kali ni dah ada baby so mak ayah kene take turn utk snorkeling.
Jam 8pm kami kuar dinner di restoran yg lain. Makanan harganya lebih kurang di KL RM4.50/RM5 sepinggan. Kekanak punya la suka...berlari ke sana ke sini...Malam itu kami tido awal sbb penat sgt dan esok kene mengerah tenaga utk Snorkeling!
Ok berakhir kisah Day 1. Esok sambung lg ok..stay tune! Jom layan gambo
Kids sangat le excited naik feri. Sila abaikan gigi Mus'ab tu ok! hehe
Mawaddah depan chalet
12 comments:
Organiser dah boleh start planning utk Redang/Perhentian 2011 plaks :)
Pruz, ok setuju..sila war-warkan pada kroni kite ngeh ngeh
ee..bestnyer pegi pulau.sy tak pernah pun lagi. farra, your kids pandai snorkle ekk..wahh, nanti tunjuk la lagi gambo.suka baca pasal your family vacation- bleh la sy dpt tips when its my turn utk bawak anak2 (anak2?) pi vacation nnti :)
fara, terer budak2 ni snorkeling? hehe
ok boleh roger awal2 utk panggilan pulau seterusnya.. senang book dlm buku he he he
nak join.. nak join.. erh.. hubby ku bagi ke nih ? wehehehhe
amboi entry bersambung2 gitu..buat suspens je..cepat sambung entry..tak sabo nak bace citer seterusnya di pulau ni..
Bestkan gi Pulau.sesuailah gi tioman kalau kid kecik2..sebab ada FEri...kalau perhentian...speed boat saje.Tapi tengok org lain bawak baby siap dgn stroller ok je...hehehehehe.
Awak lalu KERATONG x? Kampung akak tu....dekat sikitkan kalau ikut Kl-Kuala Pilah-Bahau-MUadzam-Rompin....jln pon dah cantik dah.
Nanti nak ajak family gi sini...cantik tempat dia.
mila, tak pandai la..kids tu berlakon je snokeling hehe..ha pi la..awak letak satu plan tarikh dan buat dana siap2
ika,kids berenang tepi pantai ajek, ok nk roger sekarang boleh? pulau redang tau nxt yr tp preggy takleh ikut sbb naik speedboat
semah, jommm! ala..bull sure ikot ajek tu ehehe..best snorkelinggg
kak nita, saje bagi meriah blog :p
kak tyha, sbb ada 2 preggers sbb tu kami memilih P tioman sbb naik feri, kami mmg lalu jalan tu tak pasti la kratong yg mana..yg pasti kami singgah mkn udang galah! nyummm
Rasanya kite gi Redang dulu naik feri kan?
Perhentian naik bot nelayan.
P. Tinggi pon naik bot nelayan.
Fara: Serah kat ko selaku penganjur utama. Kitorg tolong mana patut.
yg penting kat redang kena snorkelling betul2...takmo main tepi pantai jer :p
kuang kuanggg
Pruz, takmo aa jd pengajur, tahun dpn anak dah 4 kang kelam kelibut ..tp kalau tade sape nak anjur boleh aje..
Yati, btol3, nyesal jek snorkeling tepi pantai keh keh
Hehehhe...Farra kalau gi Perhentian ke Redang ke.....awak kena snorkel semua tempat...rugi kalau tepi pantai je....penat ooo naik speedboat...memang x berbaloi kalau dok atas bot je....mcm akak...wahahahaha.Sib baik trip free...;)
Post a Comment