Showing posts with label Friend. Show all posts
Showing posts with label Friend. Show all posts

Friday, January 24, 2014

Gathering & Mac n cheese


Last saturday nite we attended adhoc gathering with uni's friends. Kebetulan weols stayed at everly putrajaya hotel, so x jauh la nk bergather dgn kawan2.

Macam2 food ada

Bapak2 lahir bulan Januari nak celebrate besday...ehehe

The mommies



 Sesekali berkumpul ramai-ramai dengan kawan2 lama mmg syok..bole bertukar2 cerita sambil makan pelbagai hidangan yg sedap belaka! Aku bawa slinky & fruits je..makanan kesihatan hehe

Resipi Mac and Cheese

Mudah je resipi ni...memula elbow makaroni tu rebus dulu yer

Bahan-bahan:
Elbow makaroni -direbus
Daging ayam/daging lembu cincang 
Bawang holland- hiris halus
Bawang putih-hiris halus
Carrot/cendawan
Garam secukup rasa

Cara-cara:
1. Tumis bawang
2. Masukkan daging dan masak sampai empuk
3. Masukkan sayur, lada hitam dan garam

Kuah Putih:
2 sudu besar mentega
2 cawan susu 
2 sudu besar tepung gandum
Sedikit keju keping ( guna 1 je)/ cheddar cheese
Garam dan serbuk lada sulah secukop rasa

Cara-cara:
1. Masukkan mentega dalam periuk
2. Masukkan tepung dan susu, kacau rata
3. Masukkan garam dan lada sulah
4. Kacau lama-lama dan siat2 cheese masukkan utk pekatkan kuah
5. Kacau sampai kuah pekat

Cara melapis: 

1. Letak dulu makaroni, diikuti bahan2 daging dan sos putih


2. Tabur cheese


4. Bakar sampai cheese bertukar warna ceklat dalm 20-30min rasanya. Sila cek, jgn sampai cheese hangus. Tapi hangus2 sket I like. ehehheh


Banyak cheese uols..memang sedap..tp taleh makan selalu huhu..byk fat eheh

Friday, March 1, 2013

Sweet Chat Cafe @ MV

Terima kasih daun keladi kepada adik bongsu dalam 'Geng Lunch' kami...sebab belanja makan hari ni..Alhamdulillah rezeki Zu dan kami tumpang sekaki :) Anyway Tahniah Zu..

Sweet Cafe ni first time dulu introduced by Yati. Suka betol derang dgn Sweet Chat ni sebab ada Durian Pancake. The food for me is OK..sedap..tp bisa menganggu selera sket kalau tetiba muncul Durian Pancake tu..baunya adehh...mmg tak tahan..

Ahli2 rombongan tapi tak cukop korum..Aini, Kak Wati & Zarid X join sbb bz kemaen...

Ok posing dulu yer mak2 budok ...

owh..macam remaja ada jugak! kiki...ok ok i know..org takkan percaya!

Sambil tunggu food...bergossip dan juga maen henfon..

Ok let's see apa yg kitorang order!

Chicken Sandwich order by Aida & Yati...last time aku penah order gak..tapi agak spoil sebab ada sedikit rasa durian..maybe sbb die letak intinya tu seblah durian pancake dlm fridge. logik kan?


Curry Laksa. It's mine! Tapi bukan mee laksa..tapi mee kuning..rasa sedap..a bit spicy.

 Baked Macaroni order by Semah. Ok hak ni aku terliuq...nampak cam sedap...next time nak order ni la


Coffee latte order by Kak Elin. She ordered Spaghetti Bolognese too..tapi aku tade perasaan nak snap the photo sebab nampak cam biasa aje..tapi K. Elin kata sedap..sedap ke kak? Tak abes pon makan hihi

Ok sehingga bertemu lagi geng lunch! ewah.....padahal jumpa almost everyday except Sat & Sun...wakakka..tak cukup jumpa....sampai rumah sambung lagi kat whatsapp :D

Monday, September 10, 2012

Jalan raya


Tengah-tengah musim raya ni pulak ada sekolah ganti..adoi tak sesuai sungguh! Tapi kite tetap gagah memenuhi hak sahabat ..bila dijemput, insyallah kita hadir. 

Makanya, rumah pertama yg kami hadiri tanpa Mus'ab sebab die sek waktu pagi. Rumah 1st, Hazura, di Gombak. Jejak kasih dengan member lama dah tak jumpa, Siti. Perghh sedap btol bakso yg dihidang. Kebetulan dah berada dekat sgt dengan rumah my 1st Ex-boss masa keje dulu, Pn Kam..kami pon singgah rumah die..dr luar nampak ada orang tapi lepas bagi salam tuan rumah tak keluar2. Mungkin tak dengar...tade rezeki la nak jumpa Pn Kam.

From left: Hazura, Siti & Me

Balik terus ke sek Ab, tapi die takde..rupanya Uwan dah tolong jemput. Siap dah makan kenduri kawin dgn baju sek. Petang terpaksa pontengkan je Ab eheh. Lepas zohor kami terus ke rumah ke-2: Kak Suhaili. Kat rumah die ni kami memang betul2 makan! sebabnya semua menu lazat2..hubby pon siap bertambah2. Waddah siap kata nak datang lagi la mandi swimming pool! eheh

From Left: Waddah, Me, Kak Su, Akma, Kak Nora, Ain dan alamak lupa sorang lagi

Next ke rumah ke -3 YatiPruzz..siap plak die sms " beb ko datang tak?"..heheh..sampai jugak antara tetamu terakhir. Kat umah yati kami dah taleh nak makan..sangat kenyang. So rasa kek ceklat yg sedap, sket bihun goreng dan buah tembikai. Jumpa Rahimi kast sini but Syu tengah berpantang.

From left: Pruz, Yati, Me & Deman [ anak2 tak masuk nama] eheh

Rumah ke-4, rumah Zarid & Fahmy. Borak-borak dan minum air jek..perut kenyang sgt. Jumpa Mizi & Ida..dan derang ajak beraya rumah derang..so kami layanzzz. Ops gambor ada sekeping kat camera Semah.

Rumah ke-5, Ida & Mizi. Bersolat dan mandikan Muaz & Maher kat sini skali. Dan makan  keropok lekor sedap!


Rumah yg last skali ke-6, Zue & Din. Tapi tuan rumah Din tade..makan keropok lekor sedap jugak :) Luas umah Zue boleh kite main badminton next time ehehhe


Alhamdulillah..rancangnya 4 rumah..tapi hasilnya 6 rumah. Kami sampai umah jam 10.45pm! phewww..penat sgt tapi hepi jumpa kengkawan. Ok cik abe kite komen " eh dah salu jumpa kat opis pon takkan nak jumpa raya lagi"..eh eh mesti la kan..feeling datang rumah tu lain aa..esoknya kami flat! haha..tp lps rest2..gi tesco beli groceries

Best pulak memenuhi undangan rakan-rakan. terasa nak buat jugakler..takpe le wat makan2 lepas raya..or kite wat makan2 raya haji? :)

Monday, July 23, 2012

Final luncheon before Ramadhan

Our last luncheon with the gals last Friday.... gambar2 dari henfon je sebab kemalasan nak transfer dr kamera yg dah tadok bateri tuh..

Korum tak cukup iaitu Aida sebab di opis beliau ada pot luck & Zaridz sedang bercuti..tapi kalau tak cuti mmg Zaridz yg paling kurang luncheon together...die bz yg amats..bakal naik pangkat lagi tak lama lagi ni..heheh

 Sedang memilih menu

 Sambil mendengar ngomelan adik bongsu, Zue :p. Yang kiri sekali tu Kak Long eheh

Bersama the vogue Kak Ngah aka Kak Elin ( tengah2) yang sudi membawa kami ke sini dengan kereta Boss hik hiks :D

Pening nak pilih menu yang mana...dan akhrinya

Fish and Chip! sebab fikir bulan pose tak mungkin makan benda alah ni ..sure la makan nasi je nnti ..


Cendol tidak ku lupa juga.. fuhh dahsat

 Sabaq naa tengok Cendol ni..lagi 10 jam nak berbuka pose...

Thursday, March 15, 2012

Mesyuarat dan makan

Mesyuarat perlembagaan  telah berlangsung Ahad lepas yang bertujuan untuk finalizekan segala hal-hal berkaitan percutian yang bakal dinikmati Jun ini! Makanan teramatlah banyak..yelah kite dah kira lg 3 peserta nak join skali. Alih2 orang tu tak mai pulak. Jadinya dapatlah ahli2 mesyuarat tapau balik rumah :)

Tuan rumah buat Carrot Cake, nasi putih, ayam goreng berempah, daun2 salad, kari daging, sambal hijau, nugget, kentang goreng & buah limau
Aini bawa mangga & murtabak raja. Sedap lagi besau
Semah bawak sandwich telur & aiskrim. Nyum3

  Carrot Cake for Mawaddah. Tarikh sebenar besday 20hb, tapi potong awal sebab ada kawan-kawan memeriahkan suasan. BTW Maher pon tumpang nama besday die dah lepas 23 Jan 

 Cake cutting ceremony gitu 


60% daripada para peserta percutian bajet Jun nanti :) owh tak sabarnya ahkak dek non sekaliann

Last but not least

Happy Birthday my dear Mawaddah
Semoga menjadi anak solehah, rajin mengaji & belajar, tidak tinggal solat , berjaya dunia dan akhirat

Sunday, March 4, 2012

Luncheon @ Basil, Bangsar Village











  • Hari kejadian: Jumaat lepas
  • Geng Lunch yg menjayakan majlis: Aida, Aini, Kak Tie, Semah & Yati
  • Geng Lunch yg tidak hadir: Zarid ( MC, dah tu malam tu gak bersalin ..alhamdulillah) & Zu ( sibuk lagi komited eheh)
  • Food review: boleh baca kat blog kitowang: genglunch.blogspot.com
Overall, unforgettable luncheon moment with my dear friends!! he3 mwahhhh 

Monday, September 12, 2011

MM: Restoran Pak Abu

* MM=Makan-makan

Misi no 3 hari khamis tercapai, iaitu makan-makan di Restoran Pak Abu. Tak jauh dr pejabat pon. Makanannya sedap. Korum x cukop, ada yg MC dan ada yag berpuasa. Apapon..next time nak datang lg. Punyala ramai staff T* yang makan kat situ.

Ok baru tahu orang diatas tu ada berita gumbira rupanya. Ehem ehem

My feveret Ikan Bakar. Tapi sayang sekali, tade Terubuk.

Dan Aida kasi pinjam buku ini. Huhu..entah la bila nak sampai..bapa tahun agaknya cukop dana nak dikumpul gi UK trip ni? verangan la dulu hiks

Keputusan ujian darah dah dapat! tunggguuuu citernye k...

Friday, August 5, 2011

Kerdilnya kita disisi yang Esa

Salam Ramadhan...

Minggu ni saya mendengar 2 kisah sahabat saya yang membuat saya insaf dan merasakan diri ini kerdil di sisiNYA. Berat mata memandang lagi berat bahu memikulnya...Semoga Allah permudahkan urusan mereka dan kita semua. Marilah kita ambil peluang untuk mendekatkan diri pada yang Esa Ramadhan ini.

Saya pasti setiap kejadian itu ada hikmahnya & juga buat pengajaran kepada insan disekeliling....

Monday, August 1, 2011

Saya mahu Kek Lapis Kedai Hanis

Sabar..dugaan btol melihat kek ni di bulan puasa ni kan? ekekkek

Saya berkenalan dengan Hanis CEO, kedaikekhanis pada 22.12.07 di kenduri Shell aka nama manja Labo ;)

Ni pestaim die buat giveaway, so apalagi geng, jom join ler!

Saya memang kagum dgn dia sebab dia surirumah sepenuh masa yang menjaga anak-anak dan pada waktu yg sama menguruskan perniagaan kek lapis ;)

Tuesday, February 8, 2011

Giveway by Tinidewi :)

Saya mahu join GiveAway by Tinidewi. Sapa nak join, jom terjah sini!


GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI

Hari ni hari pantang ke-17.

Ok kali ni aku nak join gak Gegar 1,00 blog oleh Blogger Otai Ben Ashaari. Erkk..ini ghopanya aktiviti orang pantang..asik2 blogwalking. Tak salahkan? menambah kenalan di dunia dalam taliann...eheh :D


SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ?

Sapa nak join, jom! JOM GEGARR. Terjah sini.

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...