Showing posts with label Birthday. Show all posts
Showing posts with label Birthday. Show all posts

Tuesday, January 29, 2013

Maher genap 2 tahun

23 Jan 2011-2013. Alhamdulillah Maher genap 2 tahun. 

Mama pon dah graduate program 'breastfeeding'. Syukur. Nikmat yang amat bermakna sebagai seorang ibu.


Gambar Maher kat KL Bird Park pada 31 Dec 2012. Owh ya tak buat lg entry on our closing activity 2012 tuh..tunggu ya

Kelahiran Maher mengajar saya untuk lebih menghargai nikmat dr Allah dan bersyukur selalu. Memang pada mulanya amat sukar menerima kehadirannya di dalam rahim kerana secara fizikal dan mental saya belum bersedia sepenuhnya. Muaz masih menyusu secara esklusif dan berumur 10 bulan. Teringat lagi kisah RISAU tahun 2010 dulu..bermula dengan susu badan merudum dan asik suka makan..rupanya Maher hadir tanpa disangka.

Melihat Maher 2 tahun dan Muaz 3 tahun 5 bln bermain bersama dan menjadi sahabt baik ke sana kemari amat menyentuh naluri seorang ibu. Lega! Mereka dah besar. Mama dah boleh buat macam2..baking..gardening ( ewah macam la buat sgt )..cooking ..dan K-Poping :p tanpa banyak gangguan.

Balik kampung baru2 ni mak ayah pon tegur " wah Maher dah besar..boleh main je dengan abag2 dan kakak..dah tak kacau mama " :) . Gembira. Syukur

5 hari sebelum Maher genap 2 tahun mama dah stop pumping session kat opis. Ngelat yg disengajakan.....tp Maher masih esklusif BF kalau kat rumah setakat ni..

Now mama tengah fikir nak buat kek apa utk Maher....

Semoga Maher menjadi anak soleh..taat pada suruhan Allah, hormat kepada ibubapa..berjaya dunia dan akhirat..ameen

Thursday, November 29, 2012

Mus'ab dah berkhatan

Arghh leganya hari ni cuti..so hari ni gak kene update blog! wajibbb Farra wajib!

Ekceli saya cuti 2 hari sbb nak menjaga Mus'ab..die dah selamat dikhatankan dengan kaedah Alisklamp. Untuk keterangan lanjut bleh masuk website ni. 

Kami dah daftarkan Ab sejak sebulan yang lalu, bawah program khatan beramai-ramai anjuran Masjid al Faizin. Bayaran hanya RM110 kalau tak silap kerana ada sedikit subsidi I guess. Seminggu sebelum berkhatan kami agak keliru nak pilih cara klamp atau laser sebab ada pengalaman buruk Idlan, anak Yati. Dah tu kat pejabat ada 2 kakak yang dah pernah pilih laser untuk anak-anaknya. Saya siap dah book laser terus lepas dengar citer derang. Lepas dah puas kumpul testimoni ibu-ibu akhirnya kami pon decide to go for klamp..doa je la banyak-banyak.

Hari yg ditunggu pon tiba..Ab di berkhatan berjemaah di masjid. Saya purposely mmg tak ikut sebab nnti emaknya yg emo lbey :p kite dok umah je wat aktiviti baking2..

Prosedurnya kejap aja as long as budak kasi kerjasama. Ab sampai rumah je start ngadu sakit2 dan nanges....dalam kereta ok je. Maybe sebab ubat bius dah hilang dan die turun kereta terlaju kot. Jadinya kami menjaga Ab secara bergilir..penjagaan berpandukan maklumat yg diberi kat dalam pamplet ni..


Hari pertama, Isnin ayahnya yg jaga.kemudian uwannya jaga selama 2 hari. Dari segi pemakanan, tade la pantang sangat..Ab ni pon makanannya sgt limited....so lauk yg die makan ayam bakar/ayam goreng/daging..tade pedas..tade ikan..tade telur sbb die tak makan pon telur ..ikan plak hanya makan ikan cencaru sumbat belacan.

Esok insyallah ke klinik nak bukak klamp. Moga urusan Mus'ab dipermudahkan...dia dah takut nak kene cabut benda alah tuh..huhu

Last sekali ucapan buat empunya blogger ni..eheh..boleh tak ucap utk diri sendiri? ekekke 


Dah tua..harapanku hanyalah:
~ Semoga bertambah keimanan dan amalan
~ Semoga dijauhkan dai kealpaan dan kelalaian dunia
~ Semoga murah rezeki selalu 
~ Semoga anak-anak menjadi anak soleh dan solehah
~ Semoga keluarga kami kekal bahagia hingga ke akhir hayat

Tak dapat nak gi dating / lunch date ngan hubby like we used to do every time my birthday come..sobs...takpe la..jaga anak2 banyak pahala..celebration kite postpone..tapi tade idea lg nak makan kat ner..hubby dah kata wiken ni kite celebrate--> mkn kat luar..

Sunday, June 3, 2012

Happy birthday Abg Ab & Atok

Alhamdulillah...managed to bake Choc Moist Cake for his birthday. Sekali ngan atoknya sbb selang sehari jer even x potong kek sama2. Kami potong di rumah early in the morning sbb kids dah x sabau nak breakfast kek.


Utk atok..kami pass aje kek sambil beri ucapan besday.


Ab & Wadah makan kek sekali jer..dah tu bile tanye awat x makan lagi? jawabnyaaa kami dah bosan makan kek ceklatt..haii sabo je esok sedekah la sket kat nursery.


Happy besday Abg Mus'AB. Semoga beroleh kejayaan dunia & akhirat.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, May 27, 2012

Daddy turns 32! I'm the bachelor mother of 4

Alhamdulillah. Syukur Allah for giving us great daddy to the kids and loving husband to me. Happay Birthday Abang yg jauh dimata dekat di hati < * mode pasrah lagi syahdu>

I don't bake cake nor make special dishes. Pagi tadi masak nasi lemak je. Hasrat hati memang nak wat kek Carrot/Brownie, tapi seriyes cam masa tak cukup. 2 hari berturut dok sibuk ngemas rumah, mop lantai, lipat kain, iron kain + 2 hari berturut ada jemputan kahwin. Bila dah senja penat kemain. Jadinya semalam, kami beli 3 potong kek konon nak celebrate tapi hampeh kek tak sedap huhu. 

Hubby sejak last week sibuk dengan outstation. I'm bachelor mother membesarkan 4 kekanak riang di rumah ..owh sunggu mencabar you... Hari ni hubby pergi lebih awal. jam 1.30pm tadi dah bertolak sbb flght jam 4.20pm. Lepas je hubby pergi, Maher pecahkan bekas kaca...Muaz dah 2 kali terlepas besar dan kecik, kedua-dua insiden berlaku masa saya tak available yakni 1st masa tgh sidai kain kat luar rumah, 2nd masa tengah solat.
Penattnya toksah cakap..dahbape kali dok mop lantai hari ni dr pagi huhu. Challenge2. Kalau jadi surirumah full time maunya terpeleot jugak!

But so far so good. I'm survived! eheh  last week huby outstation from Sunday till Thursday. We will miss you daddyyyyyyyyyyyy sobsss 


Gambar hiasan semata-mata


Kata miss daddy, tapi letak gambo anak. Standard aa tuh

Sunday, April 8, 2012

Q1 birthday celebration @ PASTI

The invitation was sent to us on last Wed and we RSVP 'OK'. We didn't have to bring anything. It's another wonderful event that organized by PASTI, the first time they organized such event ' group birthday celebration' for students born from Jan till April. Mawaddah one of the them.


The agendas for 2 hours events was nyanyian nasyid, birthday song, games & makan-makan. Kek ada 4 in total. I guess some parents bring the cakes too.


Masa games, Mawaddah sengaja pegang kotak beracun lama-lama, so that she can performed in front of audience. She got another prize for the performance beside the 'birthday gift'. She's my brave daughter, and also the tallest among the girl students.

Next to Mawaddah is Yaya, her best friend. last year Yaya no -1, Waddah no-2. 



Thanks to all teachers for making it such wonderful event for the student. My kids enjoyed the moment especially Mawaddah because we never had celebration in nursery nor the kindy for all my kids.

Thursday, March 15, 2012

Mesyuarat dan makan

Mesyuarat perlembagaan  telah berlangsung Ahad lepas yang bertujuan untuk finalizekan segala hal-hal berkaitan percutian yang bakal dinikmati Jun ini! Makanan teramatlah banyak..yelah kite dah kira lg 3 peserta nak join skali. Alih2 orang tu tak mai pulak. Jadinya dapatlah ahli2 mesyuarat tapau balik rumah :)

Tuan rumah buat Carrot Cake, nasi putih, ayam goreng berempah, daun2 salad, kari daging, sambal hijau, nugget, kentang goreng & buah limau
Aini bawa mangga & murtabak raja. Sedap lagi besau
Semah bawak sandwich telur & aiskrim. Nyum3

  Carrot Cake for Mawaddah. Tarikh sebenar besday 20hb, tapi potong awal sebab ada kawan-kawan memeriahkan suasan. BTW Maher pon tumpang nama besday die dah lepas 23 Jan 

 Cake cutting ceremony gitu 


60% daripada para peserta percutian bajet Jun nanti :) owh tak sabarnya ahkak dek non sekaliann

Last but not least

Happy Birthday my dear Mawaddah
Semoga menjadi anak solehah, rajin mengaji & belajar, tidak tinggal solat , berjaya dunia dan akhirat

Monday, January 30, 2012

Maher turns 1 on 23 Jan 2012

Alhamdulillah..pejam celik pejam celik Maher melangkah usia 1 tahun minggu lepas, Isnin 23 Jan 2012. Asalnnya kami bercadang nak buat majlis hari jadi dan aqiqah Maheer 1 ekor kambing lagi. 1 ekor kambing dah buat di Negeri Sembilan. Tapi terpaksa batalkan rancangan sebab nak balik kampung hantar adik ipar.

Without any concrete plan, I just baked a choc moist cake after we went back from Pusat Sains Negara on last Sat. The next day, Sunday baru balik kampung sebab bila baca Twitter PLUS jam teruk ke arah Utara pada hari Sabtu, kami melencong ke Pusat Sains Negara dulu. Sebab semua orang dah mandi and ready sedey plak tak gerak memana. he3

Sampai je kampung dok rehat jap lepas tu potong kek. Choc ganache pon dah agak meleleh cair dek panas. Tapi sebelah kiri jer, so not bad. Kek tetap sodapp. Kat kampung tak ramai pon yang ada, hanya parents in law dan 3 orang adik ipar. Lepas dah potong kek baru Mak&PakLong Maher sampai.


HAPPY BIRTHDAY MUHAMMAD MAHER 
23 Jan 2011-23 Jan 2012
Semoga menajdi anak soleh, anak yang rajin mengaji, tidak tinggal solat dan berjaya dunia & akhirat.




 


Majlis harijadi yang sederhana tanpa hiasan tanpa lilin sudah cukup bermakna dengan kehadiran orang tersayang di sekeliling. Ianya cukup membahagiakan :-)

Tuesday, December 6, 2011

Happy belated birthday

29 Nov 2011
Alhamdulillah syukur kepada Allah...Life is so meaningful and full of blessing. I could not ask for more. Allah dah beri macam-macam rezeki, macam-macam bentuk. Moga urusan harianku dipermudahkan, rezeki melimpah & ditetapkan keimanan dan ketaqwaan...

Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini biasanya saya akan ambil cuti gi bercuti atau dating ngan hubby....tapi tahun ni silap saya sendiri sebab tak rancang awal-awal. Bila dah last minute nak book hotel byk fully book..dan nak amik cuti dah jadi cuti kecemasan. Jadinya..tukar ke lunch date bersama hubby.
Walaupun agak berlaku sedikit gangguan mood besday ( tetiba kui 1.15pm masa Meing Kham (Starter) baru sampai dapat panggilan separuh hangit meminta saya ke mesyuarat tang-tang tu jugak!)....lunch saya tetap teruskan dulu walau dalam kepala dah agak stressed...
in summary enjoy juga sbb makanannya sangat sedap+tempat romantik+hubby bayar
ekekkekek

Dan tempat yg menjadi pilihan hari itu ialah



Amarin, MV

Jom tengok 3 menu bertuah yg menjadi pilihan photographer..gambo besday gal tarak okay..pemalu kononnya! mm jangan muntah yer ekkekek 

Meing Kham!
My feveret kalau gi Thai restaurant..mesti order punya..Baca info pasal Meing Kham disini k..
Ianya daun kaduk dimakan dengan cili padi, halia, udang kering, kelapa bakar, limau nipis, kacang tanah dan kuahnya yg meletop tuh!
Harga RM18 per set

Kerabu Mangga
 Berganding dengan udang goreng ( yang rupa serbuk tu)

Tom Yam cerah ( tanpa santan)
Butter Prawn
Tom Yam sedap
Butter prawn lagi sedap berganda-ganda
Kalau mai Amarin uols wajib order Butter Prawn ok...rasa sekali mesti nak datang lagi! Tapi jangan dtg selalu..koyak rabak kang poket laki uols

Alang-alang dah update blog ni, nak citer masa hari Sabtu 26 Nov kami sume outing gi KLCC pool. Kids mmg enjoy sangat, lepas dapat mandi pool kami main area playground. Lepak situ 3 jam gitu je lepas tu balik umah. Ingatkan tadi nak tempek gambo rupanya gambo all gone missing! I know who did it..dah namanya tade rezeki ..takpe la..Btw, kalau nak gi kolam percuma , KLCC pool is highly recommended!

Semalam baru pulang dari PD..post-birthday celebration giteww..citer later k? see ya ..opss Bayview Penang also booked for 2N this coming Krimasss....excited! hee :)

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...