Thursday, September 30, 2010

Pengalaman bersalin di hospital swasta & kosnya

Sebenornya aku yg tengah sibuk nk cari info bersalin di Hospital Swasta area KL utk kelahiran anak no-4 ni. Alang-alang itu teringat plak nak share sket pengalaman peribadiku.
Kot-kotla ibu-ibu memerlukan sedikit info berkenaan Hospital Swasta.

Anak pertama: Muhammad Mus'ab
Tempat lahir: Ampang Medical Center
Tarikh lahir: 4/6/04
Sampai spital,Duduk labor room sampai bersalin: 9:00am-10:38am
Kos : 2.8K ,Normal, 3H2M.
Ubat tahan sakit / vakum/ forsep: Tiada
Bilik: 2 bedded ( kelayakan syarikat masa tu)
Nurse: Layanan biasa saje, cek bukaan sakit!
Doktor: Paling tip top!
Labor Room: Bersih, luas dan sejuk sangat
Makanan: Sedap & boleh pilih menu
Rating 3 dr 5 bintang.

Anak kedua: Nur Mawaddah
Tempat lahir: Naluri Medical Center
Tarikh lahir: 20/3/06
Sampai spital,Duduk labor room sampai bersalin: 12:00midnite-2.50am
Kosnya : 3.2K, Normal, 3H2M.
Ubat tahan sakit / vakum/ forsep: Epidural shj ( nantikan di next entry plak)
Bilik: Single tp kecik ( kelayakan syarikat masa tu masih 2 bedded, so kene tambah RM sendiri)
Nurse: Layanan biasa saje, cek bukaan sakit sket
Doktor: Paling tip top!
Labor Room: Bersih, kecil dan sejuk gile
Makanan: Tak sedap dan tak boleh pilih menu
Rating 4 dr 5 bintang.

Anak ketiga: Muhammad Muaz
Tempat lahir: Pantai Medical Center, Bangsar
Tarikh lahir: 6/8/2010
Sampai spital, duduk labor room sampai bersalin: 9:00pm-11:36pm
Kosnya : 2.8K, Normal, 3H2M.
Ubat tahan sakit / vakum/ forsep: Tiada
Bilik: Single & selesa! ( kelayakan syarikat)
Nurse: Layanan best giler! Nurse cepat dtg kalau panggil. Nurse urut masa sakit sangat while Doc to come, cek bukaan tak sakit ponn..depa jarang cek bukaan...i likeee
Doktor: Best best!
Labor Room: Bersih, sederhana besar dan sejuknya sederhana..i like sgt! Rupanya tak macam labor room, tp rupa cam wad biasa. Bila nak teran baru sume alatan keluar dr kabinet2
Makanan: Sedap dan boleh pilih menu
Rating 4.5 dr 5 bintang

Anak ke-4 ni dah puas ku survey, call Hospital itu dan tanyer beberapa sumber, insyallah nak bersalin di Pusrawi KL.

Knapa memilih Pusrawi KL pulak kali ni? Sebab utamanya selain Pusrawi ni ala Islamic gitu dan harganyer berpatutan:
Sebab aku mengharap Parents akan datang ziarah kali ni bawa Muaz sebab Muaz ni kecil lg. Tahun lepas bersalin di PMC parents tak mai susah juga sbb jauh. Last year tak kesah sangat la sbb Mus'ab dan Mawaddah dah besau.

Semalam call Pusrawi, katanya ada 6 doktor perempuan, dan kos bersalin normal range 1.5K-3K
Antara Sumber / Forum boleh rujuk disini: 1, 2, 3, 4

Ada pengalaman bersalin di Pusrawi KL ke? Kongsikan yer!

17 comments:

eLLe said...

farra, ape beza amik epidural n x amik? napa mase mawaddah je amik? x bes ke sbb mase muaz x amik pon..

kite doc advise amik epidural for this coming delivery, lagipon based on 1st experience yang x berape bes sbb lemah2 sgt2, rase cam better amik epidural supaya badan rase sehat..lgpon dhia kecik lagi, nak layan si kecik tu lagi..kesian la die kalau ibu x bermaya n layan bby je..

aida said...

farra, kena masukkan sekali tarih ko bersalinkan budak2 ni.. aku dok tawakal, kosnya makin lama makin naik. macam hospital pantai time kak tini bersalinkan ameer (2003) dulu pun murah jugak la compared bila ia bersalin anak no 3 dia (2009)

macam aku dah bersalin kat tawakal 3 kali, tu boleh merasa kenaikan kosnya.. hehehhe

pusrawi, si safurah dengan asyimah bersalin situ.. both c-sect, cubalah tanya

shelle, aku amik epidural. muakaka.. 3 orang anak ambil, tu pun based on advise gynae masa aku bersalin no 2, sebab aku jenis lepas bersalin, bleeding tak henti-henti, akan duduk dalam labour room lepas bersalin dalam 5-6 jam. dan aku sebelum bersalin, takde contraction slow-slow, pastu conraction kuat. aku kalau sakit bersalin terus contraction kuat, dan tak lama sakit.. paling lama si fawwaz, dalam 3 1/2 jam. lain semua 2-3 jam

Farra Da Smiley said...

shell, psl epidural akan kuceritakan nnti bile free2 sket okayy

aida, good idea ..ok aku updet saket ok
aku dah tau kos safurah n shema sbb depa c-sect kat pusrawi..standard la c-sect mmg mahal banget

eLLe said...

aida: tu la, ni gynea soh amik epidural sbb byk darah kuar tu hari, pastu nurse plak x masukkan air, tu sbb la badan lembik..panik satu hospital bila nadi x dpt dikesan..hehe..

farra: ok kite tungguuuuuu..

oja said...

Farra, dah lama x jenguk blog awk ni..sedar sedar dah nk masuk 4 ye..tahniah...nanti kasi entry pasal pusrawi lak ek... ;)

aida said...

wah shelle! Aku pulak lepas bersalin fawwaz, rahim aku jatuh ke bwh, bleeding to the point doc kata kalu by 11 am tak henti mmg operate. Tu gynae aku suh je berepi

Farra Da Smiley said...

oja, wajibun! kite mmg suka nak kasi2 review ni ehehhe..so lg 4/5 bulan lg ek ehehhe

catatan i am nieta said...

takde org share psl sjmc?
akak 3 org sume kat SJMC..masa Dini n Alesya SJMC, masa Sara dah tukar nama jd SDMC (Sime Darby).. kos mencanak2 naik.. dari zaman SJMC pun mmg dah mahal.. tapi sbb dah biase situ.. akak nie jenis yg tak berani nak mencuba tmpt lain..agaknya selagi Dr Delaila tu tak pencen akak maintain je la dia.. takut nak cr Doc lain..

tapi bab2 layanan mmg tip top.. pantang call berkejar nurse dtg.. makanan pun mcm best..nape mcm best? sbb akak tak mkn..akak makan makanan dr umah khas utk ibu berpantang..makanan yg derang provide tu inche hubby yang telan sbb dia pun tak balik2...

labour room.. luas dan sangat selesa.. so far takde la dtg check bukaan selalu..tapi gynae/staff nurse, tak sure (yg dok ulang alik tgk tu) mmg sgt baik.. lembut je.. padahal bukan org yg sama..so far akak kasik 5 bintang la kot..tapi tatau la sbb tak penah gi spital lain kan.. cuma peritnya time nak buat checkup..ramai banget yg amik no..tapi rasanya sume spital mcm tu kan?

utk ketiga2 anak ni, akak mmg amik single room.. sbb inche hubby nak dok sekali kan.. rasanya single room sjmc tak beso mana pun..

conclusionnya : kenapa pilih SDMC?
1. paling dkt dgn umah
2. company cover, tambah skit2 je dlm RM400-500
3. service tip top
4. pengalaman dari anak 1st sampai 3rd..

catatan i am nieta said...

haa tu dia..komen akak day boleh buat entry..hehe

Farra Da Smiley said...

kak nita, sharing akak berguna utk ibu yg mahu memilih SDMC..fyi, tade pon hospital swasta yg dekat ngan umah sy..parents soh je bersalin gomen spital slayang, sy takmo la...faham2 je la kan

btw, mmg ramai gak org kata Dr Delaila tu bagus

Shaza Shamsuddin said...

weeee... seronoknya baca review.. ari tu saya di an-nur, service semua ok, cuma sebab situ kena c-sect dulu, dah tak mo gi situ dah. ntah lah, kenangan tak bess kot. hihi. lagipun check-up dia punya la lama nak tunggu sebab ramai benor.. dah cam gomen lak.

Farra Da Smiley said...

shaza, tak salah nak try hopsital lain..kalau org tanyer antara tiga2 spital tu mmg PMC paling the best! tapi jarak PMC & my house 1 jam..kalau dekat harus pergi sana lagi ehehhe

Yan said...

huhu tak dapt nak berkongsi sangat.. pasal yan bersalin kedua2nye kat gomen.. kat spital yg same.. doc lain2.. tak sempat kenalpun hehehe...

Farra Da Smiley said...

Yan, sy tringin gak nak tau cemana pengalaman bersalin di spital gomen? share le skett ;)

HaMbA AllAh said...

fara boleh tanya Doktor mana yang terbaik di PAntai Hosp Bangsar @Farra

HaMbA AllAh said...

Fara.. apa nama doc yg best sangat tu.. nak tahu.. nak book

Farra Da Smiley said...

kak yong..dr Idora..saya dah bersalina anak no 3 & 4 dgn die ..best2

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...