Thursday, August 5, 2010

Ujian kecil....

Lama tak updet blog. Kerja toksah nak cakap mmg bz, deadline very short. Ditambah dengan setiap hari kepala yg berat dan fening2 lalat sbb setiap mlm aku tak cukop tido. Allah menguji dengan ujian kecil ini. Anak no 3 ini setiap malam meragam sejak bercerai susu badan sepenuhnya. Kadang-kadang susu botol dilayan, kadang-kadang tidak dilayan langsung. Layan atau tidak, malam-malam mmg melepaskan amukan sahaja. Buai letrik mmg sudah diletak dihujung tilam..bila tak dpt pujuk, masuk ke buai letrik, kekadang layan..kekadang tak layan dan terus amuk dlm buaian.

On positive side, Allah kurniakan aku badan yang sihat. Kandungan makin membesar dan aku secara umunya seperti sebelumnya sihat dan tiada alahan yg ketara. Alhamdulillah hikmahnya mungkin kerna perlu melayan anak-anak dan hal rumahtangga. Orang pon dah tegur, muka tak bermaya, bawah mata ada garisan gelap... yg pasti aku makan habbatus sauda, jus kurma, buah dan vitamin setiap hari untuk kesihatan diri.

Ya Allah permudahkanlah segalanya.....

Rasa seperti nak amik unpaid leave aje bulan Ramadhan ni....aku ngantuk sgt masa drive!

9 comments:

areyou said...

farra, kan sekarang mmg tgh digalakkan amik unpaid leave.. top mgmt nk kurangkan kos utk cover pembaziran yg diaorg dah buat

Yan said...

moga kita sama2 terus tabah menghadapi ujian2 kecil nih

tengok qis yg kuat meragam./ skit2 mengamuk & meraung wlupun tak jatuh.. wlupn tak dimarah... mmg menduga betul..

y@tipruzz said...

huhu tingat stress zmn bf firas dulu, kena bf sambil diri+berdodoi tak berenti during each bf time including night time. org lain leh bf sambil tido/baring, aku tido sambil berdiri! Pagi mmg cam zombie...tp bila dia dh besar, hilang segala penat lelah dulu.

sabar eh!! nak jadi ibu bukannya mudah...apetah lg ibu+wanita bekerjaya.

eLLe said...

byk bersabar ek farra...

blogadmin said...

sabar byk2x ye farra...

hidup ni ada masa turun naiknya...

perangai anak2x pun gitu...

yang penting redha....

buat semua tu demi keredhaan ALLAH...


kalau tak sia2x je kita berpenat lelah tu...


mintak ALLAH permudahkan urusan harian kita ek...


bykkan baca "rabbi yasir wa'la tuasir" - Ya Tuhan, permudahkanlah urusanku

bykkan baca doa :

Allaahumma innii a’uudzu bika minal hammi wal hazan,
Wa a’uudzu bika minal ‘ajzi wal kasal,
Wa a’uudzu bika minal jubni wal bukhl,
Wa a’uudzu bika min ghalabatid daini wa qahril rijaal.

Ertinya:

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari kegundahan hati dan kesedihan,

Dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas,

Dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat penakut dan bakhil,

Dan aku berlindung kepada-Mu dari lilitan hutang dan tekanan orang.


Moga farra diberi kekuatan dan kesabaran dalam hidup sehari-hari.

Tyha said...

Sabar dan buat yang termampu ye Farra.Kalau x larat better amik unpaid leave,bahaya drive ngantuk2.

Anonymous said...

aku rasa kalau aku beranak lagi pasnih, aku nak mintak extend maternity leave, ambik unpaid barang sebulan dua dah alang2 mgmt menggalakkan cost saving. hehe

-julie-

Farra Da Smiley said...

ayu, tu la kan? ish pembaziran depa buat? huhu

yan, insyallah..sama2 kita hadapi..lain org lain cara diujinya...mudah2an besar nnti jd anak yg berguna

yati, aku tak penah kene bf diri /dodoi..itu la..lain ujiaannye

shell, insyallah...kene berzikir selalu baru kuat sabar

hanis, sukanyer awak bagi tips tu..insyallah nak amalkan selalu
tq sgttt

kak tyha, itu la sdg berkira-kira

julie, aku mmg nk unpaid leave 1 month lps maternity leave tu rasa almost konfem sbb tak sampai hati lak by dok nursery masa umo kecik2 ni

mila.ibunajihah said...

farra, banyak-banyak bersabar ye. Moga Allah permudahkan urusan. Moga dengan keikhlasan dan kesabaran kita bila anak-anak da besar nanti, diorang akan menghargai dan menjaga kita juga. =)

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...