Showing posts with label My life. Show all posts
Showing posts with label My life. Show all posts

Monday, April 2, 2012

New routine

Today we start with new routines to adjust new changes in life:
~ Hantar the 2 youngest kids dulu naik kereta to nursery sbb 4 orang tak muat la naik motor, then patah balik rumah
~ Me and hubby go office by motor. Alhamdulillah sampai on-time di pejabat walaupun hujan. Susah senang diharungi bersama gitu hihi
~ My eldest 2 kids will be under new caretaker - jiran rumah sebelah. Pagi tadi dah serahkan baju segala, ayam goreng ayamas , roti & milo ( food Mus'ab) & baju sekolah agama. OTW ke pejabat baru teringat terlupa nak serahkan beg sek agama. Nasib baik masa nak jalan tadi teringat nak kasi kunci rumah.
~ Kelas Iqra terpaksa pergi lepas maghrib sbb kami sampai rumah biasanya alomost 7pm
~ Hubby in new office. Senang dah nak dating lepas ni..dekat ngan my office

Biasala kan..1st day havoc sket ..Moga Allah permudahkan urusan kami insyallah . Nak dijadikan cerita malam tadi baby Maher memang cranky susah nak tidur sampai pagi! Bila pegang badannya tade pulak demam. Maybe sakit tekak agaknya. I'm in zombie mode ni..ngantuk toksah cakap..challenge2!

Monday, July 4, 2011

Go Mi Nam!

Sape dah habes tgk citer "You are beautiful"? Citer ni rating 1st jugak ler..meh tgk sini.
Saya tak abeh lg..sket lg nk abes...


Kalau sape dah abes tgk...cuba tgk kasut ni btol2....ala kasut Go Mi Nam tak? hehehe
Mmg agak sakit pinggang jugak ler sbb lom biasa :)
Tapi bila gi makan/ mtg building lain..harusla ku tukar kasut hoho



Thursday, March 10, 2011

Dah abeh pantang lg penat!

Isnin lepas secara rasmi pantang is over! Legaa sangat..meaning dah tak payah pakai stokin dan bertungku. Bengkung plak pakai lg bila sempat. Kata nak kurus kan..so pakai gak lps pakai Slimming Gel Dr Johnson.

Selasa bermulala jadual sebagai SAHM handling these 4 growings kids alone. Dengan adanya Muaz yg berumur 1 yr 7 m ni mmg tak terdayo den! Dek ke aktifnya..tumpahkan air..korek sampah..tumpahkan food merata-rata..buka tutup Chest Freezer..ketuk sana sini. Aiyooo..mama mmg tak menang tangan! Dek kerannya juga Maher susah nak lena. Dah tu semalam petang dah kata kat hubby, hari ni Muaz kene pi Taska la..sbb mama nak kemas umah byk sket hari ni. So lepas 2 hari dok umah, Muaz dah pi Taska balik. Ekceli sian tgk die pi taska..tp die suka tau..everyday nak gi.

Gambar selasa lepas...mama paksa die tidoq! tapi bangun jugakkk...yg tido btol tu si Maher ( paling kiri)

Lil Maher ni dah bertukar rutin die. Skang ni dr 6am gitu / bgn lg awal die takmo tido sampai Zohor...masa berjaga dok melekat la ngan mama jek. Kalau tak nampak mama start koir. Sampai nak wat koje pon agak susah dan terhad. Mmg lg penat dah abeh pantang ni..ye la nak masak lg..jemur kain..lipat kain ..never ending lists..
Dok situ dediam atas meja makan. Mama masak lelaju ok sayang?

Ok good behave! Die dh jeling tuu..Siap 1 lauk die dah start koir. So kene angkat die. Belah kiri pegang die..belah kanan kacau lauk. Lps tu mama berlari pulak jemur kain sambil lauk tengah masak lg..api kecik.
Mmg dah bersilat kat umah nehh..

Ok time to jemur kain. Haaa dok situ dediam mama nak jemur kain yer sayang. sambil tu kita tunggu kakak waddah balik sekolah. Sambil jemur..kakak waddah pon balik naik van Tok Chat. Masuk je umah..bau semacam!!!
*
*
*
*
*
Oh Tidakkkk! Laukku hangittt. Taraaa..the kualiiii
Ok takpe , dapur selamat, sume selamat. Dapat gak amik kuah yg tak hangus. Jadilah lauk kita hari ni :Ayam goreng bercili, ayam grg biasa dan sayur kacang buncis+lobak putih goreng.
Lepas masak Mama soh budak besor makan dulu..sbb nak pi sek agama plak. Pinggan mangkuk dlm sinki tu dah full dah. Mama lom makan, lapo ssgt...baby ngempeng lg.

Finally, Maher lena juga lps Mama paksa dan tepuk2 punggung die. Alamatnya bulan depan kalau tak larat leh masuk buai yerk :p

Lena je die...terus Mama zasss makan lunch dan lepas tu cuci baju-baju yg tgh menunggu dlm bilik ayorrr ni...ada kasut sek, baju sek, CD dan baju bby...cuci tgn tauu..

Dan tak lupa juga tanggungjawab kepada Maher demi masa depannya. Perah susu wajib 3 kali sehari tau! Sibuk cemana pon taleh tinggal. La ni..aku pump guna Avent saje..Ameda dah simpan guna kat opis je la nnti. Avent mmg da best da bomb. Dah la dpt free ni dr xxx yang baik budiman. Moga dikau murah rezeki wahai xxx ;) luv u muahhh..banyak pahala ko insyallah.

Dan akhirnya dapatle mama berbelog! pheww....lg penat weh lps pantanggg...ni lom sapu umah dan baking lg ni. Seriyes terlari ke depan, keatas, ke belakang. Then nak ajar anak homework. Sebab tu kene amik supple kasi badan sentiasa sihat dan kuat. Banyak guna tenaga fizikal kat umah ni. Harap2 leh turun lg berat bdn ni. Citer later aa psl weight....ok sudah..nak kene lipat kain plak.

Apapon kids happy sbb dapat balik umah sendiri...dan hubby lg la happy sbb sampai umah je everyday dinner dah ready. Mampu tak ek nak jd full time SAHM? to all SAHM, ai mmg tabik spring sama uols!!

Thursday, March 3, 2011

Nukilanku dah keluar majalah Personal Money

Salam semua,

Aku dalam dilema ni. Hmm....hati tak ceria...mm..kita lupakan kejap. Tapi masih ada masa lg..aku mesti terus berusaha..masih ada sebulan lg sebelum masuk kerja.

Last month aku hantar nukilan pendek ke majalah Personal Money. Hari Selasa PM keluaran Mac sampai umah, aku pon semak ruangan tersebut. Owh, nukilanku keluar majalah, tapi tak menang hadiah utama. Aku tak kesah pon tak menang. Owh kisah ni tade kene-mengena ngan dilema di atas.

Aku sesaja pon tulis..mengisi masa lapangku dan mengasah kemahiran karatku ..ehehe


Itu aje la la luahan perasaan hari ni. Moga Allah pemudahkan lg urusanku. Aminnn

Tuesday, November 30, 2010

Tragedi Jumaat

Jumaat lepas aku ada workshop di PJ, abeh je workshop dlm jam 4pm+ terus pecut gi warehouse ni:

TEFAL WAREHOUSE SALES

Owh...ni la 1st time aku gi warehouse sales yg sgt hampeh! tak menarik langsung. Buat penat mak buyong je rushing...dah la parking susah yg amat.

Then terus ke Tesco Kepong nak beli brg2 ke Holiday PD the next day. Lepas solat Asar, syok btol membeli barang gitu hini. Then, jam 6.40pm aku pon kuar Tesco tp kedaan hujan dan gelap. So aku pasang lampur dan wiper. Tetiba je radio dan wiper off sendiri dan aku dah terdetik " kete akan off!". Mmg sah! Aku sempat ketepi dan terus kete breakdown! Waduhhh. Aku sungguh emo sbb jam 7pm Muaz masih belum diambil di Taska. U know, my daily KPI is to pick up kids by 7pm. huhu. Sementara menunggu bantuan tiba ( abah & suami), aku dah start emo dalam kete. Huhu..sedih ..meleleh air mata teringat Muaz, boleh? 7.50pm barulah suami sampai kat kete Kelisa yg breakdown, kami cr masjid terdekat dahulu utk aku solat Maghrib.

Lepas tu masa solat plak ada peristiwa mengguris perasaan! Aku terpakai kain telekung kepunyaan seorang makcik sbbnya kain yg dalam almari semunya tak muat perutku. Tak tahu lak kain tu orang punya sbb terletak dkt almari. Telekung aku guna wakaf Masjid. Aku menangis, sbb agak terguris, bila ditegur dihadapan muslimat lain! Dah lupakan!

Sampai umah hampir 9pm! Tak sampai setengah jam Blackout pulak! 4 kali kami call TNB. Akhirnya lps aku bising dan call lg jam hampir 2am, barulah terhegeh2 TNB datang umah dengan 1 van. Masa tu aku mmg dh tak tahan, asik dok mengipas Muaz ngan buku, kalau tak die panas taleh tidur. So, 2am++ baru lah letrik kembali pulih! Huh, lepas tu baru boleh tido ngan lena.

Apapon ujian kecil ini telah dicompensate dgn our holiday di PD! tunggguuuuu ehehhe

Thursday, August 5, 2010

Ujian kecil....

Lama tak updet blog. Kerja toksah nak cakap mmg bz, deadline very short. Ditambah dengan setiap hari kepala yg berat dan fening2 lalat sbb setiap mlm aku tak cukop tido. Allah menguji dengan ujian kecil ini. Anak no 3 ini setiap malam meragam sejak bercerai susu badan sepenuhnya. Kadang-kadang susu botol dilayan, kadang-kadang tidak dilayan langsung. Layan atau tidak, malam-malam mmg melepaskan amukan sahaja. Buai letrik mmg sudah diletak dihujung tilam..bila tak dpt pujuk, masuk ke buai letrik, kekadang layan..kekadang tak layan dan terus amuk dlm buaian.

On positive side, Allah kurniakan aku badan yang sihat. Kandungan makin membesar dan aku secara umunya seperti sebelumnya sihat dan tiada alahan yg ketara. Alhamdulillah hikmahnya mungkin kerna perlu melayan anak-anak dan hal rumahtangga. Orang pon dah tegur, muka tak bermaya, bawah mata ada garisan gelap... yg pasti aku makan habbatus sauda, jus kurma, buah dan vitamin setiap hari untuk kesihatan diri.

Ya Allah permudahkanlah segalanya.....

Rasa seperti nak amik unpaid leave aje bulan Ramadhan ni....aku ngantuk sgt masa drive!

Thursday, June 17, 2010

Saya perlukan motivasi!

I'm feeling a bit down, no mood etc. emmmm.....

* Gambar hiasan

.
.
.
.
I suddenly found this blog. I keep reading the previous entries and it has given me motivation and strength to face the days ahead. And just now, Yati found this blog. Sdeynyerrr

May zikir and quran recitation help settling down. Tq yer Semah, for giving the mp3 quran yesterday.

Nonetheless, I can't wait for 22nd to come!

Wednesday, June 9, 2010

Tarak MoOoOd

Hari ni baru masuk keje. Kami baru je balik dr kembara utara semalam dalam masa 5D4N:
KL-Kulim-Butterworth-Yan-Langkawi-Arau-Kulim-KL

No excited feeling, even di Langkawi Mama hanya dok Apartment dgn Baby Muaz while orang lain sume jalan-jalan ronda Pulau Langkawi. Gambar pon tak tangkap banyak. Tak shopping sangat hanya beli coklat.

Alhamdulillah ukhwah dapat dieratkan dengan kunjungan walimatul urus di rumah X-Bos di Png & Che Nubb di Yan dan berkunjung ke rumah Eza Shafinaz di Arau. Eza memberi layanan istimewa lagi tu dengan hidangan Bihun Sup Utara yang sangat lazat, adik-adik iparku makan bertambah-tambah, muaz makan bihun sup sampai tertumpah-tumpah atas lantai :p. Riuh kejap rumah eza yg selama ni tenang gitu. :p

Monday, May 31, 2010

R.I.S.A.U

Sangat risau keranaaaa:















Sangat kuat makan sekarang ni
Cuti 3 hari yg lepas, asik masak-masak dan makan-makan. Semalam buat lagi Pulut Mangga So elok jalan-jalan masa weekend atau elok duduk rumah? :p
Dan ada 1 lg isu yg membuat saya risau. huhu

Thursday, March 25, 2010

New life for kids

Selasa petang sedang sibuk Mama bekerja, pengasuh call. Katanya tak sanggup nk jaga Muhammad Muaz kerna dek memerap/melekap ngan pengasuh sampai pengasuh tak dpt buat kerja langsung, ditambah dengan keadaan maknya yg semakin lemah dan tua. Hati mak mana tak gundah gulana ye dok? Sambil memandu pulang pelbagai cerita bermain-main di kepala. Berhenti kerja? Sukala si Ayah. Tapi mana mungkin Mama bersedia kerana terlalu byk faktor yg perlu di pertimbangkan. Dilema.

Semalam, Rabu. Cuti kecemasan diambil untuk mencari nursery. Dapatla berkunjung ke satu nursery dkt rumah. Since kat sini very limited choice, we've decided to send kids over there. Semalam juga ambil semua brg dr rumah pengasuh, jumpa dan berbincang terus. Semalam juga gi klinik jauh sket snn nk cek muaz yg dh prolong flu n cough.( almost 1 month) . According to Doc, paru2 dia ok jer, so kali ni we try antibiotik. Be4 this doktor lain tak kasi antibiotik sbb kecil lg.

Hopefully Muaz can adapt to the new environment. As for Mawaddah n Musab takde la risau sgt. Mlm tadi dah hantar brg like warmer etc dulu.
So hari ni bermula la hidup baru buat anak-anak. Even pakcik bas pon kami bagitau mlm td. Harap-harap depa pandai handle EBM too. Moga Allah permudahkan segalanya. Tadi call nursery tanyer psl Muaz, depa kata die nk kat owner jer..kat pekerja lain takmo lg.

Mama tidokan Muaz atas toto, dah tak letak die dlm buai sbb kat nursery tak guna buai

Dalam masjid UKM lps ke kenduri Wahyudi

Di kenduri Wahyudi. Ingat tak korang? Dia study kat MMU Mlk dolu.
I just know him thru fb now. Mama sama tema ngan pengantin la pulakk


Cepatla jam 5.30ptgg! nak balikkkkkk

Thursday, March 18, 2010

Apply keje baru

Muhammad Muaz benar-benar menguji kesabaran bila makin membesar. Mmg bertuah btoi. Dia tak boleh tgk Mama jauh sket / buat koje. Mesti nak menangis punya. Dia nak mama dok depan die tgk dia panjat tangga, masuk bawah meja, main seterika, main hide n seek n macam-macam lagi. Dia tak suke tido. Kalau nak tido maunya nak berperang kecil. Malam-malam pon dah susah nak tido. Alahai anakku sayang. Ayah dah kata 3 org anak cukupla :p

Pengasuh pon kata yg sama. Tak boleh jauh sket nak menangis. Atoooii... i Pejabat kawan mama ada tegur mata mama cengkung. Ye benar. Kurang tido. Tapi alhamdulillah mama sihat. I think it's true that breastfeeding make both mommy n bby healthier.

Out of that...mama dah hantar CV ke T**. Ya allah, moga dapat koje kat T** Jalan Kepong! Dekat btoi kat umah. Tidaklah harapan menggunong! Mama usahakan juga sbb nnti ayah force ranking Mama soh benti koje bila abeh bonding ngan T* bulan Julai ni. Mama tabik spring bangat kat mama2 yg dulu koje n benti koje sbb jaga anak! Bila kita nak sanggup ni?? huhu

To be frank, koje sekarang no prob! I like..opismate besh, bos best, benefit, gaji , esos, environment, rental line free, streamyx staff pakej.... all tip top! cuma yg tak larat buang masa dek jam..2hrs++ wasted on the road. What a wastage!

Kek Mawaddah n Birthday Party dia tak jadi buat wiken ni sbbnya : Abg Mus'ab ikot atuk n uwan balik kg N9 sejak semalam sampai wiken..then wiken kami nk gi kenduri.

Tak sabarnya nak merealisasikan Edible Image Mawaddah ni atas kek dia next week! Minggu ni kene cari bahan-bahan kek! yihaaa

Edible image ini ditempah dr Rahatul. Lom print n lom amik lg..tapi dah bayo. Cantik tak korang??

Thursday, January 14, 2010

On EL today

Sejak Muhammad Muaz lahir, alhamdulillah aku tak penah amik cuti kerana dia kurang sihat. Cuma belakangan ni sering pulak amik cuti disebabkan ketiadaan perkhidmatan pengasuh. Bulan lepas 3 days leave. Paling terbaru hari Jumaat - Selasa bebaru ni. Today terpaksa EL sbb MIL pengasuh jatuh sakit dan harus segera ke Hospital. Baru saja aku sampai ofis pengasuh telefon memaklumkan berita itu. Ye lah hal kecemasan sapa boleh jangka. Semua kuasa Allah. Kesian juga tengok pengasuh ni banyak tanggungjawab.

Aku tidaklah mengharapkan emak sebab tangan mak tak kuat sangat nak dukung2 baby ni. Kalau Muaz dah jalan nanti mungkin boleh minta pertolongan emak.

Masa on the way home tadi aku terfikir jugak, kalau la aku ni ditakdirkan jadi surirumah later2, mungkin boleh buat home tuition dan UT sambilan la agaknyer. mmmm

Sunday, December 6, 2009

My 29th bzdy

Awal-awal lagi I've booked my hubby for 1 day off from work to celebrate my birthday. Btw, I need to have one off day just nak riangkan hati lepas penat menjaga hal rumah tangga. So we took our leave on 30th instead of 29th ( my born date) since that's the day that we can sent the kids to babysitter.

The day start with sending the kids then to TH Selayang to open Muaz account and deposit all the 3 kids duit raya. Rupanya TH tak guna mykid as the doc to open new account, they use surat beranak. Surat beranak tinggal kat umah so we decided returned home and took the birth certificate first.

Then kami ke PM Damansara hantar borang clients. Then terus ke TH Kelana Jaya tapi dek kerana ramai sgt orang, tak larat nak Q kami bukak akaun Muaz di Bank Islam berhampiran. Senang you, nak bukak akaun TH kat Bank Islam pon bole.

Sampai kat MV dah jam 1pm. So makan dulu! Lapo seh. Lps solat zohor baru kami main Bowling, and that's the main agenda. Main 2 games, rasa tak cukup! Rasanya kami punya lane paling teruk skali markahnyer. He he

Lps main bowling ronda Jusco jap. Pisah jap ngan hubby in Jusco since we have different interest. As usual, he didn't buy anything. Frugal abeh! :p As for me, I bought Carlo Rino at 50% off. Dah lama tak beli kasut, memula rasa takmo beli, tapi bila pkr lps ni dh tade masa lg so beli la 1...Hubby dh pesan nak balik kui 4.30pm sbb nak elak jam. Mak mana tak hingat anak kan, so mama pon beli la Big Apple utk anak-anak ( mak budak pon makan jugaks :p).

Itula kisah yg agak dah basi ek. No cake for this time sbb baru je makan Brownies 2 days before tuh. So jom layan gambo skettt

Mamammm dulu
Besday gal yg lapooobowling..
Apesal la masuk longkang ni?
La...longkang jugaks??? takpe la ..yg penting kita enjoyyy

Dulu dalam perut salu buat Mama ngidam BA. Ha, ni la rupa dia ek Muaz :D. Pikir panjang nampak?

Friday, December 4, 2009

My debt consolidation

Today is my 15th day already! 10 days more to pay. Go gal! Alhamdulillah so far my milk supply was not affected during the fasting day.

Anyway, yang masih dahsat seperti berikut:
  • Pewut masih boroi... huhu
  • Rambut gugur dengan dahsattt skali. Ada kaitankah dgn baby suka menyembur??
Tak sempat lg citer my 29th bzday celebration..bz kotttss..later yer

Tuesday, November 10, 2009

Marathon

Sharing my 2 newly purchased books from Kinokuniya. How to teach your baby to read. How to have a smarter baby. I should hv bought this book from my 1st pregnancy. To be frank, those times I never visited any book store and my interest to read book also almost nil except the Pa & Ma magazine. This time, I would say I must put hard effort to read this book and apply the tips whenever I'm able to do it. Masa sangat cemburu. It's not easy to finish reading the book in short time. Baru sampai Chapter 3 ler...




In another note, balancing between kids and beauty home is also not an easy task, and yet very challenging for working mom of 3 (especially when u don't have assistance). This week I plan to to outsource the cleaning tasks to weekend maid but couldn't find one. I lost the contact number of the last weekend maid. Let's google ..mana tau boleh dapat kan.

Just for my personal tracking, I'm currently on my 7th day of fasting marathon. Alhamdulillah. There are another 18 days more to go bebeh!

Friday, October 23, 2009

2 days MC

Bermula hari Selasa ada workshop di pejabat Microsoft. Air-cond kat situ sejuk bangat n...dan aku mula bersin + mild flu. Rabu kat pejabat flu makin menjadi. Akhirnya semalam dan hari ni MC due to fever, cough & flu. sore pon tade nih..2 kids besau gi umah pengasuh. Only bby wif me @ home. Tak larat wat pepe..larat tido jek....

Wajah-wajah teman baik Mama di rumah. Budak kecik ni susah tido siang ok! Tabahkan hatimu mama! kuikui





Wednesday, October 14, 2009

Fullhouse!

Ini stok ikan dan ayam yang aku dah potong, dah bersihkan dan sudah dikunyitgaramkan. Ini semua untuk memudahkan kerja. Sudah 3 hari bekerja. Hari Isnin je aku sempat masak dinner....memang masa sangat cemburu! Masa dan tenaga yang ada diperlukan untuk aktiviti lain.

iSetelah stok di atas dimasukkan ke peti sejuk...lihatlahhhh peti sejuk sudah penuh. Memang btol kene kurangkan stok ayam dan ikan dan sotong etc.


Alhamdulillah dah 3 hari bekerja, aku perah susu 3 kali di pejabat dan 2 kali di rumah. Total pumping session is 5 times/day. Muhammad suka tido lama waktu malam, so nak tak nak aku kene perah juga sebelum lena dan sesudah bangan tidur. Aku riso gak tengok dia tido lama, sampai aku yang kene kejut2kan dia bangun malam for feeding. Dia bangun puratanya 1 kali waktu malam. Pengasuh kata dia now dah ok.

Last week jalan raya umah makcik mariah, baiti, safiah kenduri kahwin dan halim. Antara gambarnya:

Byk lg gambo dlm FB ler..nyeh nyeh :)

Tuesday, October 13, 2009

Simple and frugal...

TV kecik kami dah seminggu rosak...belum ada hajat nak beli baru sbb selama seminggu ni tak tengok tv pon tak kesah langsung. Kalau ada TV pon, kami memang tak sempat nak tgk TV. Kerja rumah berlambak...non- stop.

Akhirnya 2 minggu lepas aku dah beli handphone, Nokia E71. The cheapest in town. Second hand, owner beli bulan Mac 2009 pada harga RM1700, dia tolak RM500. Alhamdulillah rezeki. Thanks a lot to Abg yang tolong carikan dan tolong nego ;) Sebelum tu kami dh survey dalam mudah, even mudah lagi mahal. Sbb tu aku salu FB before ZzZz jap. Cuma susah nak FB kalau dok umah belah bawah, network signal so weak.

Pengasuh kata Muhammad semalam takmo minum botol dan menangis. Aku jadi runsing. Pengasuh relax jek. Malam tadi kami bagi die minum botol, mmg dia mengamuk gak. Tapi akhirnya 1 botol abes jua. Bila dah mula tido, dia bangun 1 kali je and aku kasi Breastfeeding. Moga hari ni Muhammad nak minum botol. Mungkin ambil masa untuk sesuaikan diri. Ya Allah, permudahkan segalanya.

Hari ni dah bawa Exora. Alhamdulillah ..boleh je parking.

Friday, October 9, 2009

5 hari sudah menjadi surirumah

So far so good. Aku agak berat badan boleh turun lebih cepat. Menguruskan rumah tangga dengan 3 anak memang menggunakan banyak tenaga fizikal. Tak pergi jogging pon dah berpeluh-peluh duduk dalam umah. Sebabnya byk marathon dlm umah. Bila baby muaz masuk buai jer...aku hayun sampai dia lelap. Then sambil wat koje macam memasak atau jemur kain, in between aku mesti lari kat buaian sbb kalau buaian stop lama konpom baby cepat bangun. So imagine aku berlari dalam umah ni je maunya lebih 10 kali. Tambah lg everyday nganto Mus'ab to school...bby pon kene hangkut masuk car seat. Kira aku dh 'bolehla tahan' bawa Exora. Tp parking kat Annexe tu kita lihat next wk ok? :)

Aku baca forum, kalau ada buai letrik banyak gak membantu ibu-ibu kat umah. Nak beli tak ek? Speed adjustable. Kalau beli bleh kasi pengasuh gak sian dia jaga ramai budak & mak dia tak sihat. Semalam borak2 ngan mak pengasuh, dia kata bolehla tolong jaga sementara.Waaaa...sementara aje. Kat sini day care facility sgt kurang. Nursery ada 1 jek. Yang lain cina punya.

Start this week bby memang aku ajar guna buaian. Sebab tido bawah tak lama. Lagi-lagi abang ngan kakak dia volume tinggi aje. Kalau tak masuk buai, nanti koje-koje umah aku tak dapat nak buat. payah jugak kan?

Kami pun dlm dilema. Mak soh amik maid yg direcommend by a neighbor, kwn mak juga. Maid lama mereka itu mmg bagus citernya. Mmmm. Amik maid susah , tak amik pon susah.

My 2 months old Muhammad Muaz dah kene cucuk 2 bulan. Alhamdulillah tak demam. Berat terkini 5.2kg. Dia tak berapa debab...in normal range saje. Memalam dia tido lama dan menyusu kurang. So kiranya mama ni cukup tido. Kesannya memula dulu B aku bengkak, but now tidak lagi. Bila perah, kuantiti susu macam dah kureng sket. Hmm..esok kene cari lobak putih dan jantung pisang la....
Arghhh..tak sanggup nk tinggalkan die bila koje nanti...

Tuesday, October 6, 2009

Hidup baru tanpa maid

Lagi seminggu jika maid kami ada, genaplah 3 bulan dia bekerja dengan kami. Namun, Ahad mlm lepas kami dah hantar dia pulang. Aku tak sanggup melihat anak-anak diasuh tanpa belaian, keikhlasan dan kasih sayang. Semua itu langsung aku tak nampak ada pada maid. Aku sampai sakit jiwa, sakit hati dan terpaksa membaca zikir-zikir semasa di rumah kerana nak menahan kegeraman pd maid. Air mata pon keluar juga masa berkongsi masalah maid dengan emak.

Mulai semalam, bermulalah hidupku tanpa maid, dan terasa hidup kembali normah seperti dulu kala. Sepatutnya hari ini aku kembali bertugas, tetapi aku menambah cuti lagi dan insyallah kembali bertugas minggu hadapan. Menjalani kehidupan tanpa maid setakat 2 hari ini, aku rasa kembali aman, stress-free dan lebih privacy. Walaupun badan agak letih, tetapi aku harap boleh menguruskan rumah tangga dengan baik. Sepah sikit-sikit tu tak kesah la , asalkan anak-anak terjaga~itu pesan mak mertuaku. Baby juga tak byk ragam. Jadi senang juga nak buat kerja.

Hari pertama menjadi surirumah semalam rutinku lebih kurang gini:
Bangun pagi terus masuk kain dlm mesin basuh...then mandi 3 orang anak...then aku mandi....Sarapan roti dulu ...then perah susu sambil menyusu bby sebelah lg B....then bby tido je aku basuh baju bby dan CD guna tangan....bby terjaga sket, aku suruh Mus'ab hayun bby sambil aku menyidai 2 bakul kain dgn Mawaddah...lps tu nyusu balik n bby tido, aku masak ayam masak kicap...then bby bangun aku letak dlm rocking chair sambil layan anak2 mkn lunch+ me lunch too...then pegang2 bby n tukar lampin...then bersihkan bby car seat n letak dlm kereta....aku solat zohor letak bby sebelah...then siapkan mus'ab nk gi school. Semua di hangkut masuk kete, then aku gi umah mak dulu sbb nk hantar mak n abah ke tren, mereka nk oliday ke India seminggu...then anto Ab gi school. Petang angkat kain n rest. By maghrib dinner siap. Lps dinner n solat isya' bby dh tido, aku lipat kain sampai abesss. Be4 sleep, facebooking sambil final BF bby atas katil. Sempat tuh :p
Untuk memudah kerja ini tugas kakak n abg bby:
-kalau depa nk susu, aku suruh depa hayun buai bby/ dok sebelah bby
-lps minum susu, aku soh depa letak botol dlm sinki
-cabut baju je kene letak dlm bakul
-kerusi dh letak teapi setiap tandas, so depa bleh bukak lampu n gi toilet sendiri
-selama ni mereka makan bersuap, so aku ajar suap sendiri, bentang tikar so sepah atas tikar tak kesah la

Syukur alhamdulillah Allah tunjukkan segalanya sebelum aku mula bekerja. Kalau tidak, tak tahulah bagaimana maid jaga anak terutama permata kecilku, Muhammad Muaz. Ahad pagi kami sudah berjumpa pengasuh lama Mus'ab dan Mawaddah. Syukur mereka nak bantu menjaga. Apapon suami lagi suka aku berhenti kerja dan jaga anak.....

Bby wat apa now? ~tido ler..aku tgh tunggu mesin basuh berenti...nnti nk masak kari ikan je, santan dah beli td....

Buat masa ni aku dh serik amik maid! seriessss. Aku rasa inilah pelaburan yg merugikan huhuJustify Full

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...