Showing posts with label Pembantu. Show all posts
Showing posts with label Pembantu. Show all posts

Friday, October 9, 2009

5 hari sudah menjadi surirumah

So far so good. Aku agak berat badan boleh turun lebih cepat. Menguruskan rumah tangga dengan 3 anak memang menggunakan banyak tenaga fizikal. Tak pergi jogging pon dah berpeluh-peluh duduk dalam umah. Sebabnya byk marathon dlm umah. Bila baby muaz masuk buai jer...aku hayun sampai dia lelap. Then sambil wat koje macam memasak atau jemur kain, in between aku mesti lari kat buaian sbb kalau buaian stop lama konpom baby cepat bangun. So imagine aku berlari dalam umah ni je maunya lebih 10 kali. Tambah lg everyday nganto Mus'ab to school...bby pon kene hangkut masuk car seat. Kira aku dh 'bolehla tahan' bawa Exora. Tp parking kat Annexe tu kita lihat next wk ok? :)

Aku baca forum, kalau ada buai letrik banyak gak membantu ibu-ibu kat umah. Nak beli tak ek? Speed adjustable. Kalau beli bleh kasi pengasuh gak sian dia jaga ramai budak & mak dia tak sihat. Semalam borak2 ngan mak pengasuh, dia kata bolehla tolong jaga sementara.Waaaa...sementara aje. Kat sini day care facility sgt kurang. Nursery ada 1 jek. Yang lain cina punya.

Start this week bby memang aku ajar guna buaian. Sebab tido bawah tak lama. Lagi-lagi abang ngan kakak dia volume tinggi aje. Kalau tak masuk buai, nanti koje-koje umah aku tak dapat nak buat. payah jugak kan?

Kami pun dlm dilema. Mak soh amik maid yg direcommend by a neighbor, kwn mak juga. Maid lama mereka itu mmg bagus citernya. Mmmm. Amik maid susah , tak amik pon susah.

My 2 months old Muhammad Muaz dah kene cucuk 2 bulan. Alhamdulillah tak demam. Berat terkini 5.2kg. Dia tak berapa debab...in normal range saje. Memalam dia tido lama dan menyusu kurang. So kiranya mama ni cukup tido. Kesannya memula dulu B aku bengkak, but now tidak lagi. Bila perah, kuantiti susu macam dah kureng sket. Hmm..esok kene cari lobak putih dan jantung pisang la....
Arghhh..tak sanggup nk tinggalkan die bila koje nanti...

Tuesday, October 6, 2009

Hidup baru tanpa maid

Lagi seminggu jika maid kami ada, genaplah 3 bulan dia bekerja dengan kami. Namun, Ahad mlm lepas kami dah hantar dia pulang. Aku tak sanggup melihat anak-anak diasuh tanpa belaian, keikhlasan dan kasih sayang. Semua itu langsung aku tak nampak ada pada maid. Aku sampai sakit jiwa, sakit hati dan terpaksa membaca zikir-zikir semasa di rumah kerana nak menahan kegeraman pd maid. Air mata pon keluar juga masa berkongsi masalah maid dengan emak.

Mulai semalam, bermulalah hidupku tanpa maid, dan terasa hidup kembali normah seperti dulu kala. Sepatutnya hari ini aku kembali bertugas, tetapi aku menambah cuti lagi dan insyallah kembali bertugas minggu hadapan. Menjalani kehidupan tanpa maid setakat 2 hari ini, aku rasa kembali aman, stress-free dan lebih privacy. Walaupun badan agak letih, tetapi aku harap boleh menguruskan rumah tangga dengan baik. Sepah sikit-sikit tu tak kesah la , asalkan anak-anak terjaga~itu pesan mak mertuaku. Baby juga tak byk ragam. Jadi senang juga nak buat kerja.

Hari pertama menjadi surirumah semalam rutinku lebih kurang gini:
Bangun pagi terus masuk kain dlm mesin basuh...then mandi 3 orang anak...then aku mandi....Sarapan roti dulu ...then perah susu sambil menyusu bby sebelah lg B....then bby tido je aku basuh baju bby dan CD guna tangan....bby terjaga sket, aku suruh Mus'ab hayun bby sambil aku menyidai 2 bakul kain dgn Mawaddah...lps tu nyusu balik n bby tido, aku masak ayam masak kicap...then bby bangun aku letak dlm rocking chair sambil layan anak2 mkn lunch+ me lunch too...then pegang2 bby n tukar lampin...then bersihkan bby car seat n letak dlm kereta....aku solat zohor letak bby sebelah...then siapkan mus'ab nk gi school. Semua di hangkut masuk kete, then aku gi umah mak dulu sbb nk hantar mak n abah ke tren, mereka nk oliday ke India seminggu...then anto Ab gi school. Petang angkat kain n rest. By maghrib dinner siap. Lps dinner n solat isya' bby dh tido, aku lipat kain sampai abesss. Be4 sleep, facebooking sambil final BF bby atas katil. Sempat tuh :p
Untuk memudah kerja ini tugas kakak n abg bby:
-kalau depa nk susu, aku suruh depa hayun buai bby/ dok sebelah bby
-lps minum susu, aku soh depa letak botol dlm sinki
-cabut baju je kene letak dlm bakul
-kerusi dh letak teapi setiap tandas, so depa bleh bukak lampu n gi toilet sendiri
-selama ni mereka makan bersuap, so aku ajar suap sendiri, bentang tikar so sepah atas tikar tak kesah la

Syukur alhamdulillah Allah tunjukkan segalanya sebelum aku mula bekerja. Kalau tidak, tak tahulah bagaimana maid jaga anak terutama permata kecilku, Muhammad Muaz. Ahad pagi kami sudah berjumpa pengasuh lama Mus'ab dan Mawaddah. Syukur mereka nak bantu menjaga. Apapon suami lagi suka aku berhenti kerja dan jaga anak.....

Bby wat apa now? ~tido ler..aku tgh tunggu mesin basuh berenti...nnti nk masak kari ikan je, santan dah beli td....

Buat masa ni aku dh serik amik maid! seriessss. Aku rasa inilah pelaburan yg merugikan huhuJustify Full

Monday, July 27, 2009

4 in 1

4 - in - 1 :

1) Insomnia


Aku sedang mengalami gejala Insomnia yang semakin melampau. Jadi petang ini di pejabat, aku ngantuk sangat yang teramat hanya Allah yang tahu. Nak tidur tiada bantal/tilam...nak buat kerja mata ngantuk sangat jadi aku berjalan-jalan sampai ke Surau dan solat Asar berjemaah la. Allah nak uji insomnia supaya aku rajin bangun malam beribadat la tu..buat-buat tak faham pulak aku ni.....

2) DD & KFC

Ok rumah sewa area USJ telah kami dapat untuk adik iparku yang mula kerja hari ini. Jadi, semalam aku join sekali perpindahan rumah dan naik tangga sampai tingkat 4 dengan harapan bersalin le aku dalam minggu ni. Sebelum sampai USJ, kami singgah restoran jejantas Sg Buloh untuk menikmati Dunkin Donut dan KFC. Maaf dah tak insaf Donut sebab berat badan dah 2 minggu tak naik pon. Tapi badan tetap kembang...ihiks







3) Pembantu

Kami dah ada pembantu di rumah. Tidak sangka dapat begitu cepat, ingatkan lepas aku berpantang. Kami dah lama rajin bertanya dengan pekerja Indonesia yg dijumpai dimana-mana sahaja contoh: cleaner pejabat, cleaner hujung minggu, pekerja fudcourt etc. Akhirnya mendapat seorang pembantu yang kami dapat melalui kakaknya sendiri yang bekerja di Fudcourt. Kami menggelarnya 'Achik' = ''Makcik'. Hubungan antara majikan-pekerja ini ada sedikit kelainan kerana kami mengenali ahli keluarganya yg tinggal di Malaysia. Sebelum Achik tiba di Malaysia, kami telah berkunjung 2 kali ke rumah ahli keluarganya disini bagi membantu mengenali sedikit latar - belakangnya. Kakaknya juga sudah 2 kali ke rumah kami untuk berjumpa / mengirim barang. Anak-anak serasi dan gembira dapat duduk di rumah kerana mungki nmereka bebas bergerak berbanding duduk di rumah pengasuh. Dengan adanya pembantu, ia benar-benar meringankan tugasku yg sedang sarat. Balik ke rumah kerja memasak pon dah jadi mudah. Masanya sangat sesuai. Tak jadilah nak tempah Lauk Pantang MangkukTingkat gamaknya. Habis pantang? Dah berangan nak cat ruang tamu ( secara terperinci di bahagian banyak lukisan anak-anak) dan buat kuih raya! Kan dah ada 'achik' membantu kerja rumah lain. :D

Gambar anak-anak ke kenduri adik Zarid semalam :). Baju dr Tanah Arab hadiah daripada Uwan.

4) Another July baby

Kawan sepejabat, Fairuz yang EDDnya sama ngan aku dah selamat bersalin tengahari tadi. Alhamdulillah dapat anak ke 4, a gal 2.9kg. Baby July too!

Dah 6.20pm...masih di pejabat sebabnya kene tunggu suamiku sampai...ngantuknya.....

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...