Tuesday, October 6, 2009

Hidup baru tanpa maid

Lagi seminggu jika maid kami ada, genaplah 3 bulan dia bekerja dengan kami. Namun, Ahad mlm lepas kami dah hantar dia pulang. Aku tak sanggup melihat anak-anak diasuh tanpa belaian, keikhlasan dan kasih sayang. Semua itu langsung aku tak nampak ada pada maid. Aku sampai sakit jiwa, sakit hati dan terpaksa membaca zikir-zikir semasa di rumah kerana nak menahan kegeraman pd maid. Air mata pon keluar juga masa berkongsi masalah maid dengan emak.

Mulai semalam, bermulalah hidupku tanpa maid, dan terasa hidup kembali normah seperti dulu kala. Sepatutnya hari ini aku kembali bertugas, tetapi aku menambah cuti lagi dan insyallah kembali bertugas minggu hadapan. Menjalani kehidupan tanpa maid setakat 2 hari ini, aku rasa kembali aman, stress-free dan lebih privacy. Walaupun badan agak letih, tetapi aku harap boleh menguruskan rumah tangga dengan baik. Sepah sikit-sikit tu tak kesah la , asalkan anak-anak terjaga~itu pesan mak mertuaku. Baby juga tak byk ragam. Jadi senang juga nak buat kerja.

Hari pertama menjadi surirumah semalam rutinku lebih kurang gini:
Bangun pagi terus masuk kain dlm mesin basuh...then mandi 3 orang anak...then aku mandi....Sarapan roti dulu ...then perah susu sambil menyusu bby sebelah lg B....then bby tido je aku basuh baju bby dan CD guna tangan....bby terjaga sket, aku suruh Mus'ab hayun bby sambil aku menyidai 2 bakul kain dgn Mawaddah...lps tu nyusu balik n bby tido, aku masak ayam masak kicap...then bby bangun aku letak dlm rocking chair sambil layan anak2 mkn lunch+ me lunch too...then pegang2 bby n tukar lampin...then bersihkan bby car seat n letak dlm kereta....aku solat zohor letak bby sebelah...then siapkan mus'ab nk gi school. Semua di hangkut masuk kete, then aku gi umah mak dulu sbb nk hantar mak n abah ke tren, mereka nk oliday ke India seminggu...then anto Ab gi school. Petang angkat kain n rest. By maghrib dinner siap. Lps dinner n solat isya' bby dh tido, aku lipat kain sampai abesss. Be4 sleep, facebooking sambil final BF bby atas katil. Sempat tuh :p
Untuk memudah kerja ini tugas kakak n abg bby:
-kalau depa nk susu, aku suruh depa hayun buai bby/ dok sebelah bby
-lps minum susu, aku soh depa letak botol dlm sinki
-cabut baju je kene letak dlm bakul
-kerusi dh letak teapi setiap tandas, so depa bleh bukak lampu n gi toilet sendiri
-selama ni mereka makan bersuap, so aku ajar suap sendiri, bentang tikar so sepah atas tikar tak kesah la

Syukur alhamdulillah Allah tunjukkan segalanya sebelum aku mula bekerja. Kalau tidak, tak tahulah bagaimana maid jaga anak terutama permata kecilku, Muhammad Muaz. Ahad pagi kami sudah berjumpa pengasuh lama Mus'ab dan Mawaddah. Syukur mereka nak bantu menjaga. Apapon suami lagi suka aku berhenti kerja dan jaga anak.....

Bby wat apa now? ~tido ler..aku tgh tunggu mesin basuh berenti...nnti nk masak kari ikan je, santan dah beli td....

Buat masa ni aku dh serik amik maid! seriessss. Aku rasa inilah pelaburan yg merugikan huhuJustify Full

19 comments:

LiTtLe m3 said... Reply To This Comment

er... la.. apa berlaku kak?? baru berangan2 ni nnt nak pakai maid. byk masalah ke?

Farra said... Reply To This Comment

baiti~byk lg masalah mental kalau ada maid ni..

kaezrin said... Reply To This Comment

ah ha bila masa ada kejadian pasal maid nih..akak rasa ari tuh cam aman tenteram aja ke camna...

cik mas said... Reply To This Comment

tq for sharing.. kompomla cikmas tak pakai maid smpai bila2 ni.. :)

Ealyie said... Reply To This Comment

aduh du du du.. nape farra gini jadiknyerr? siann u.. takpe la.. pelan2 k, lama2 biasa la..

~DiEyRa~ said... Reply To This Comment

naper dgn maid akak? biaser la tu...
kita kalau boleh nk mengamalkan hidup tanpa maid... less-$$, kurang sakit hati apa lg kita mmg tak gemar golongan2 diorg...byk BAHAYA dr KEBAIKAN...diorg bukan tau kerja sgt pon...gaji je nk lebeh...rugik sgt2...

Arisy said... Reply To This Comment

Same here, walaupun rumah berselerak masya Allah, tapi hati tenang sikit.

Anonymous said... Reply To This Comment

Hi Farra,

Mcm2 cite psl maid nie. Akak nie dah lama pakai maid. Tapi akak amik maid masa anak dah besar. Masa tu yg sulung tkt.1 & yg kecik 5thn. Sblm 2 akak antar kat jiran sebelah ghumah je. Baby sitter tu cuma jaga anak2 akak 3 org, dia tak jaga anak org lain. Anak2 dia sndiripun dah besar. Bila anak2 akak dah besar, dia org dah tak nak pergi ghumah org lagi dan akak pulak pindah. Itulah bermulanya akak amik maid.

Mmg ada pro & kons pasal maid nie. Maid akak dah 2 org. Dari segi perangai dua2 ok, tak de hal. Dari segi kerja, ok la jugak. Jgn harap lebih2 sgt. Tp tuan rumah boleh gemok jadinya. Yg first tu habis 2 tahun dah tak mau sambong kontrak. Yg kedua nie, dah 3-4X sambung kontrak. Tapi 1/11nie dia nak balik cuti 2 bulan sebab suami sakit. Tiket balik ke sini dah siap beli sekali. Tapi kalau dia x dtg lagi, akak redho je la. X kuasa akak nak amik maid baru.

Ummu Auni Afif said... Reply To This Comment

sakit kepala ada maid ni. aku dulu sekejap shj pun macam2 hal juga.

p!nkerton said... Reply To This Comment

huhu pening jugak pakai maid ni kan kak farra.. saba ye,insyAllah dipermudahkan semuanya..

sikulat said... Reply To This Comment

ape maid awak buat fara ?

hermp.. buat masa nih.. alhamdulillah.. bibik kite nampak mcm ok .. Moga2 lama la bertahan. Arituh sebelum dia datang.. ika ada terhilangkan gelang emas.. kite cari2 tak jumpe..

Tub tub ada orang letak dlm kantong @ purse kite. Rasanye bibik kot jumpe masa ngemas2.. Moga berterusan la kebaikan dia..

laydida said... Reply To This Comment

i cudnt agree more dear. moga2 Allah permudahkan urusan keluarga supaya tak perlu hire maid - amin.

semah, awak antara 1 dlm seribu yang bernasib baik - alhmadulillah. moga Allah terus limpahkan kebaikan & kemudahan dlm soal ni.

ShaFiAti said... Reply To This Comment

sabar yer farra...semoga hidup lebih aman selepas ini...:)

ummi said... Reply To This Comment

tak ada org ambik maid melainkan dah terpaksa. akak cam smah, so far so good. i choose not to be so fussy lah, dia pun manusia jugak kan. plg ptg, dia jaga budak2 elok. kerja rumah secondary. what exactly happened

Farra said... Reply To This Comment

the main prob is my maid tade kasih syg to kids..hati mana bleh tahan kan? sy tak fussy kerja2 pon...citer lain tak baik dibongkarkan..mmg btol kalau dh terpaksa mmg kene ada maid..kami dulu ingat gitu juga la bleh kurangkan beban kerja umah bile kids dh 3 org..pengalaman mendewasakan kite..nxt time kalau nk amik maid kene amik berumur, ada anak n tade sedara mara kat malaysia la kot..tidak dinafikan mmg ada maid yg baik, bagus dan tidak berpura2!

Ain said... Reply To This Comment

kami dulu ingat mcmana la nak manage rumah and kids bila maid cabut lari! kelam kabut juga awal2.dah 9 months pun..we have survived!alhamdulillah.
next time kalau da ilang serik kita nak amik yg very professional punya la.ada cert early education, malaysian- gaji rm1k pun ok, suruh dia sewa umah lain..

sikulat said... Reply To This Comment

tapi btulla faktor (ada sedara dekat2 + muda) mmg menimbulkan banyak masalah.. Ada masalah cinta laa.. masalah terpengaruh la.. cemacam la..

bibik ku umurnye dlm passport 39, bile tanya umur sebenar 41. ada anak sume dah besar.. paling kecik pun belasan tahun dah.. Ada sorang cucu pun.. pernah keje kat malaysia with chinese family.

itula.. kalau diorang nak naikkan wages sume tuh kite ok aje.. (tapi die kena nyewa tmpt sendiri la (tmpt tinggal + health + makanan tak tanggung dah le + kena ada kelulusan@training diperakui) hehehe

Farra said... Reply To This Comment

k.ain~ next time mmg kene amik yg educated btoi..kite advertise nak?

semah~ rezeki semah la dpt bibik elok yer ;)

Anonymous said... Reply To This Comment

Nasib2 jugak maid nie, ada yag ok tapi byk dengar yg x ok. Maid adik saya kat USJ dah 10/11 thn. Ada sedara mara dan 1 anak kat D'sara. Alhamdullillah tak pernah buat hal. Seminggu sekali cuti pergi jumpa anak & sedara mara.

Org pun muda lagi. Mula jumpa dulu ingatkan adik kpd wife adik saya sebab cakap pun tak de bunyi Indon. Yg buat halnya adik saya, pernah maid dia imigresen tahan hantar ke Semenyik sb majikan lambat renew permit. Tak pasal budak tu tidoq semlm kat lokap.