| image google |
Mudah-mudahan kita masih diberi peluang untuk menikmati Ramadhan sekali lagi tahun ni. Pastinya ramai antara kita yg sedang sibuk membuat persiapan(s) menyambut Ramadhan kan? Ada yg ambil cuti hari ni..nak gi pasar la..tak kurang juga yang gi jumpa dentist ..gara-gara teruja tengok saya Check-In Beh Dentist last Tues :p ngehngeh
Ok hari ni saya nak mengimbas kenangan di bulan puasa sejak bergelar ibu..nostalgia abeh kunun
Mus'ab- alhamdulillah saya dapat berpuasa penuh pada tahun 2003 kerana sedang mengandungkan Mus'ab..rasanya masa tu baru Trimester 1 preggy. Saya seperti biasa tiada masalah besar sepanjang preggy. Sihat dan aktif
Mawaddah - sekali lagi dapat berpuasa penuh pada tahun 2005 ..sama kes macam preggy abangnya...di Tri 1 preggy..Mawaddah lahir bulan 3 tahun 2006
Muaz- saya melahirkan Muaz 2-3 minggu sebelum bulan Ramadhan..ingatkan tak dapat puasa langsung, tapi syukur dapat gak puasa 4 hari. Tahun 2009, puasanya 29 hari , jadi saya ganti puasa 25 hari. Memang pulun marathon puasa ganti selama 25 hari tersebut berakhir pada 7 January 2010. Ceritanya diSINI. Alhamdulillah masa tu milk production tidak terjejas. Sungguh besar nikmat Allah
Maher- tanpa diduga saya preggy di saat Muaz masih belum berumur 1 tahun! Hampir sebulan mengalami 'gangguan emosi'. Same like preggy abg dan kakaknya..saya dapat berpuasa penuh sebulan tahun 2010. Dan sekali lagi dapat berpuasa penuh pada tahun lepas, 2011 kerana masih menyusu secara ekslusif. Alhamdulillah 2 tahun puasa penuh! Tahun ni tak mungkin penuh..kalau penuh..something is wrong! dangg
Cabaran lain di bulan puasa:
1) Anak-anak susah nak bangun sahur
2) Anak-anak tak berjaya puasa till Maghrib
3) Masa nak sahur tu la baby terjaga, teriak nak nenek ibu! ergh tertekan btol masa ni sbb time ni kite kan sibuk nak menyediakan juadah bersahur. So salunya kalau terjaga kite soh Hubby jaga bby.
Cabaran sebagai ibu menyusu pula:
1) Terasa sangat haus selepas menyusu / pam
Bercakap pasal BF ni, last week adalah minggu yg my milk production drop sangat2! For the the whole 1 week I only produced 4-5oz/day. Memang meroyannn la jugak. Saya tabah je la..
So last weekend saya pon cari jantung pisang..coz so far jantung pisang work well for me. FYI, I've start taking Shaklee since Apr if not mistake buat couldn't see the positive result. But I still continue even salu gak lupa. Usaha la jugak.
Tak kisah la bape Oz..asalkan jadi 4 feedings hihihi
Then last Tues, for the first time I found the raw Alfalfa. Huh tatau nak masak cane ni. Any idea? Malam ni nak masak, insyallah.
Ramadhan kali ni saya berazam akan terus berfikiran positif dan terus menyusu seperti biasa. Antara usaha-usaha:
1) Sahur wajib makan nasi, kurma 7 biji, air horlicks dan air suam. Maunya perut ketat ni kan
2) Think and Stay positive! (eh ni patutnya yg first kan?)
3) Keep feeding lil Maher & keep pumping as usual ( caiyok2! walau tekak kering)
4) Take supplement: Habatus Sauda ( ya allah baru perasan stok dah tade! harus ke menara T* sat lg beli HS)
FYI..stok EBM terkini saya adalah...
-
-
-
-
9!
Tabah akak dek non oii
Nasib baiklah dah leh produce 4 packs milk so EBM tak kaco
Azam Ramadhan:
1) Tingkatkan bacaan alquran. Alhamdulillah di pejabat kami mmg ada tadarus berkumpulan sejak 4 tahun yg lepas. TQ opismet yg initiate this program
2) Solat Tarawikh
3) Elakkan pembaziran. Owh yg ni saya agak risau terutama bab shopping..especially tudung!
4) Masak selagi terdaya. So far ikut previous experience yg ni tade hal :') alhamdulillah5) Kurangkan aktiviti tidak bermanfaat seperti menonton rancangan Korea. In fact sejak bulan 4 mmg dah tak tengok. Tak sempat! Last citer kite tengok Moon embracing the Sun. owhh citer tu so sweetttt
6) Banyakkan amalan baik ie sedekah, menghubungkan sillaturahim etc. Baca cara sekarang ni..awal2 lagi borang utk sponsor berbuka puasa, sponsor al-quran derang dah distribute merata-rata. Nak tak nak aje kan?
Azam Raya ( tak lupa tuh! ngee :p):
1) Kuih raya - 4/5 jenis insyallah..noe sudah ada wish list cookies ..cam biasa la uols, every yr kite mmg over bab kuih raya
2) Baju raya - beli siap je untuk semua. Jimat! Nak jimat lagi baju Muaz & Maher pakai abg2 die punya dulu..elok lagi tau..heh jimat ke kemut? aahahha
apakah usaha anda wahai ibu-ibu yang masih menyusu?
Dan ibu yang menyusu mahupun tidak menyusu..apakah kenangan Ramadhan anda?
Dan apakah azam anda?
cer citer sket then buat entry & tinggalkan komen! saya pon nak baca ur entry ♥
Akhir kata...
SELAMAT BERPUASA ...MARILAH KITA BERAZAM UNTUK MENJALANI IBADAH PUASA KALI INI LEBIH BAIK DARI TAHUN LEPAS..JANGAN KITA SIA-SIAKAN RAMADHAN INSYALLAH
♥