Showing posts with label Sales. Show all posts
Showing posts with label Sales. Show all posts

Wednesday, October 24, 2012

3 layers Red Velvet Cake

Alhamdulillah..kek ni selamat sampai ke pejabat by motor :D


3 layers Red Velvet Cake
Frosting: Cream cheese 
Berat: 2kg+, saiz 10 inch


Sapa nak order can email me k..farradasmiley@gmail.com

Saturday, January 29, 2011

Breastpump Spektra 3 Set for Sale!

*Sticky Entry*

Consist of :
  • 1 BreastPump Spektra 3 worth RM388
  • 1 Spektra Breast Shiled Set worth RM70
  • 1 Spektra Filter
  • 1 Steam Sterilizer Bag: 5 pieces
  • 1 Breastmilk storage bags
  • 6 moms precious storage bottles
  • 1 cooler bag
  • 3 MLO ice pack
  • 1 Washable Bra Pad
RM500 only!
Negotiable, pls contact my friend Fairuz @ 0133473440

Thursday, July 29, 2010

Quick updates

Meh update seringkas mungkin:
  • Selasa lepas dah dapat Candle + Edible Image Yati ( tq mama Idlan) belikan for Birthday Cake Muaz next week. Now Mama tengah fikir nak wat kek ape...any idea?
  • Malam Rabu till Rabu- Muaz langsung tak tido malam dan amuk sampai ke pagi! Tatau apa yg tak kena. 1st time jadi gini. Bila pagi dah elok plak..siap main-main. Kami pon gi jumpa doktor, doktor kata tade apa2. Demam tade, flu tade. Muaz sengih aje. Otw balik umah dia makan biskut Tiger dan tetiba Mama dengar org berdengkur! Ruapnya die dah berdengkur sambil makan biskut Tiger. Comot mulutnya. Siang tu pon Mama EL sebab kepala pening sgt sbb tak tido. Kalau drive ke opis pon sgt merbahaya. So Mama dan Muaz terbongkang je kat umah. Mama masak pon tidak, beli jek. Bila dinner baru Masak
  • Khamis - Hari ini Mama bawa bekal Nasi berlaukkan Ayam masak merah dan ikan bilis goreng. Jimat kan? kuikui :p Eckceli mama suka bawa bekal tapi Microwave kat sini dah rosak! So pagi td panaskan kat umah dan makan kat opis jam 9.30am eheh awalkan? Td lunch mkn burger dan roti Boom! Mlm ni sudah teringin sama Mr Yong Tau Fu. huhu
Order utk Kek Lapis ngan Biskut Raya dah tutop yer! Mmg awal tutop sbb byk lg koje ni..nak cari bahan-bahan, nak buat, nak bakar, nak pack. Bunyinya cam aku yg wat plak kan? Aku hanya tukang makang dan tukang jual je kengkawan. Tapi aku dah reserve extra Kek Lapis Cadbury. Sbb ni paling sodap dan meletops! Sapa nak lg boleh je roger ok!

Jualan Kek Lapis Sarawak dan Kuih Raya

Sticky Mode entry ( sila scroll ke bawah utk baca bebelan terkini)

KEK LAPIS SARAWAK


1- RM18
2-RM35
3-RM50
4-RM64


Tahan 3 bulan ni, sila simpan dalam peti sejuk ok? delivery : 1 week sebelum raya







Kuih Raya all time favorite cookies ( later I update bigger pic ok..tak dan ni nk pi mtg :p)

1 balang - RM22/balang

3 balang ke atas - RM20/balang







Mai mai order. Jangan segan dan malu. Nak tester mai opis ok?

Closing order date: 28 Julai 2010
Delivery: 1 week sebelum raya.
Free delivery utk kengkawan sekitar Annexe 1 & 2 & Menara!

Monday, June 1, 2009

Juai Cream Puff hari ni~Isnin, 1 Jun 09

Waduh..mmg tak teratur kebesarannya huk huk..tak pernah plak jadi cenggini..tapi rasa tetap maintain & of course low in sugar.

Hampir 8.30pagi ni, satu tupperware dah closed. So ada lagi baki few packs. I jual 1 pek = 90sen jek. 1 pek = 2 cream puffs.

Baking and business...just closed to my heart ihiks ;)

Monday, May 18, 2009

Blueberry Cheese Tarts!


Blueberry Cheese Tart
Harga spesel hari ni:
RM5.00 for 3 tarts
RM3.50 for 2 tarts

So far Mama dah ada 2 CDs beli dr blog ni jugak. Tengok iklan ni menarik pulak. Nak tambah lagi ke ek?

Wednesday, March 18, 2009

Tart lagi..Tag lagi..



Pagi tadi sambil memandu, makan Cheese Tart..itulah habit time memandu. Suka sangat mengunyah sambil memandu tak kirala time preggy or not preggy. Sib baik kotak Cheese Tart dok belakang, jadi ada lagi untuk jualan. Hanya tinggal lagi 6 biji saja ( 2 pembeli shj).




Mum of the year award from Yati.

It seems that the award comes with a set of rules which are:


1. Admit one thing you feel awful about (involving being a mom). Once you have written it down, you are no longer allowed to feel bad. Remember you are a good mom!
Bila anak-anak buat perangai 'baik' dan mama tinggikan suara marah dan kadang-kadang sampai naik tangan. Erghh..bukan senang nak didik kesabaran ni.
2. List 7 things you love about your kids, you love doing with your kids, or that your kids love about you.
1. Bila anak-anak main basikal dalam rumah sama-sama sambil buat aksi merempit. kecoh rumah..
2. Bila mama baking..then anak-anak suka tegur " mama, buat kek orang yer?"..cute la soalan tu!
3. Baca Iqra sama-sama ngan mama...bila pusing balik huruf Alif, Abang Mus'ab suka cakap " tak tahu" then dia tanya Mawaddah apa dia? Mawaddah pon bagi jawapan. Entah kenapa bila dah masuk huruf jauh-jauh, Alif dia suka lupa . Mama terpaksa bagi lagu untuk Alif iaitu " AaaaaAaAaa"
4. Anak-anak kaler buku sama-sama sambio Mus'ab tunjuk apa yang patut kat Mawaddah.
5. Suka tgk bebudak ni main di taman permainan
6. Suka tgk adik beradik pimpin tangan masa jalan-jalan di petang hari
7. Bila adik temankan Abangnya. Mus'ab ni penakut, dia salu ajak adik untuk pergi mana-mana bahagian dalam rumah..si adik pon ikut la..kadang-kadang adik takmo ikut, naik berangla si abang. Entah siapa ajar dia perkataan 'hantu'..ish ish

3. Send this to 5 other moms of the year that deserve a reminder that they too are the best moms that they can be. Remember to send them a note letting them know you have selected them, and also add a link to your post that directs people back to the person who nominated you.
Zu
K. Chor
Yang lain cam dah dapat jekk

Lagii..

Semalam beli lagi 2 tudung untuk tudung DIY warna purple dan hijau lumut. Dah belikan juga kain yang dipesan cikgu jahit, Hany. Makin pakar Pn Hany ni yek ;). Saya punya? Konfem tak jahit ler..nak upah Kak Tie, cikgu jahit dulu....yeyeh nak tudung baru before gi Langkawi..18 April..1 month lagi!!

Monday, March 16, 2009

Cheese Tart For Sales

Blueberry Cheese Tart today, 16 March 2009
Harga: RM2/tart
RM5.50 for 3 tarts

Kui 10am, tinggal lagi 6 biji jek. Sebab yang kotak kanan tu order by Mas from Menara 30 biji.

Monday, February 16, 2009

Tart !, Buku Baru & Kain Sulam

[1] For sale today!!!

Choc Marble Cheese tart. Price as usual : RM2/tart..or RM5.50 for 3 tarts
Mak buyong pon diet sekali sekala..mlm tadi makan salad jek..ok tak doktor?

[2] Jumaat lepas, saya singgah kejap Popular kat Jusco Kepong untuk mendapatkan buku baru iaitu : Rich Dad's Guide to Investing: What the Rich Invest in, That the Poor and the Middle Class Do Not!

Bukan mudah nak habiskan buku ni walau cuti 2 hari sebabnya 2 hari berturut ada kenduri kahwin. Dah le kenduri kahwin hari Sabtu tu kami tersekat dalam kesesakan saja 2 jam..padahal kenduri di Shah Alam saja. Kalau kat rumah dah free sket, mulala anak -anak soh buat ini ler..ituler..takbleh tgk mak senang sket :p

Yang sangat menarik perhatian saya antara petikan buku ini
" Investing is not risky. Being our of Control is risky. True investor makes money during maket is up or market is crashing. While most investor live in hopes that market stays up and live in fear of market crashing".
Insyallah kalau dah habis baca , saya buat review sket dalam BijakRinggit. BTW, one of my client dah book nak pinjam lepas saya habis baca.

[3] Gaji belum masuk, tapi tak sangka Kain Sulam Bukit Tinggi ni memang diminati orang. Saya tunjuk tak sampai 10 orang saja di pejabat ( belum termasuk bos ler..untuk bos tunggu stok baru lagi) tapi 3 kawan-kawan dah beli. 1 helai yang berharga RM150 dan 2 helai berharga RM170. Yang harga RM170 mmg lagi ekslusif tapi tak belum sempat upload gambonya. Mak buyong ingat nak pakai gak satu lepas dah kurus nanti ler...la ni kain berlambak tak jahit termasuk kain-kain beli kat Jogja..tade mood la nak wat baju sebab badan nak jadi bluehyppo. ihiks

Tuesday, February 3, 2009

Fast Sale today: Blueberry Cheese Tart

Blueberry Cheese Tart.
Harga: RM2/tart
RM5.5 for 3 tarts

Suami tegur semalam.."ish..tak bosan ke depa makan Cheese tart?" . Saya jawab " nak wat cemana..yg nak beli & makan lain-lain orangnya..hari tu bawa pon tak cukup"

Monday, January 19, 2009

Fast sale today! ~ Cheesecake and Cheese Tart

Masa jual Choc Chip Cheesecake last Fri few officemates bagi cadangan untuk potong-potong kek dah jual dalam bentuk individual pack so that ramai sket org boleh beli. So, hari ni kali pertamalah saya jual kek dlm individual pack. So sebab hari pertama ni saya bagi special price!
Dual Choc Chip Cheesecake: RM5.50. Only 5 packs for sale.

Single Choc Chip Cheesecake: RM2.80. Only 4 packs for sale .

Other people maybe watching Anugerah JL @ TV3 while I'm packing all cakes. Sapa menang eh?
Blueberry Cheese Tart.
Harga: RM2/tart
RM5.5 for 3 tarts

Friday, January 16, 2009

Choc Chip Cheesecake for Sale!


Choc Chip Cheesecake frosted with Choc Ganache weigth half kg for sales at only RM29!! SMS me 013-3413040. Self collection @ Level 18, Annexe 2.

My final stock Tshirt muslimah is also on sales now! This gonna be my final stock since I will focus more in Unit Trust :p Yes, it's my passion.

Monday, September 22, 2008

Buku lagi

Yang menjadi koleksi tambahan saya bulan ini adalah 2 buku baru iaitu 1) Branson's Genius yang ditulis oleh Sam Witteveen dan 2) Haji Muda yang ditulis oleh Hj Ridzwan keluaran PTS.

Saya memang pernah terfikir untuk mendapatkan buku Travelog Haji setelah membaca review yang sangat menarik ditulis oleh Aini. Tapi mungkin tidak berkesempatan ke kedai buku ( alasan la tu ), tak semena-mena buku Haji Muda dahulu yang saya miliki. Ini pon mungkin secara kebetulan kerana saya bermesyuarat bersama penulis. Sering juga kami mesyuarat sekali dan sebelum ini beliau pernah sekali menyebut walhal buku ini. Jadi, buku saya siap ada tandatangan beliau dan dapat spcial price ;) . Siapa nak, boleh juga pesan melalui saya.
Berlinang air mata membaca buku ini. Mengingatkan dosa-dosa yang macam luas lautan..memikirkan adakah ibadah-ibadahku selama ini diterima yg Esa atau tidak. Disebalik kesibukan dengan ibadah dan membuat kuih raya, 2 malam berturut saya tekat menghabiskan buku ini. Hasilnya, 2 bakul baju yang siap berbasuh masih belum dilipat. Takpe..mlm ni lepas tarawikh marathon lipat baju :p

Insyallah suami akan menulis sedikit review buku ini dalam BijakRinggit. Saya telah pun mendaftarkan diri untuk ke Tanah Suci suku pertama tahun ini memandangkan hasrat ingin ke Tanah Suci sangat mendalam dan wang telah mencukupi. Tarikh yang diperolehi dr TH adalah 2018. TH kata jika mahu pergi awal boleh buat surat rayuan. Tahun depan yer bang?

Nisastore
Saya baru mengambil stok baru sebanyak 40 helai TShirt muslimah lagi dek disebabkan sambutan yang hangat dari pelanggan tetap yang katanya nak beli Tshirt untuk raya hadiah kepada diri sendiri/mak mertua/sanak saudara di kampung. Nak beli mai sini ok..banyak design baru. Mengancam!

Wednesday, September 17, 2008

Kek raya untuk tempahan

Kek raya open for order tahun ini hanya 2 kek sahaja iaitu : Choc Moist Cake dan Marble Cheesecake
Choc Moist Cake
2kg-RM52
1kg-RM30
Bentuk: empat segi

Marble Cheesecake
1kg-RM52
1/2kg-RM30
Bentuk: Bulat

Self collection date:

  • Jumaat (26 Sept 08)-Annexe 2, Bangsar
  • Sabtu/Ahad (27/28 Sept 08)- Taman Ehsan
Tarikh tutup tempahan:20 Sept ( Sabtu)

Friday, August 29, 2008

Work in progress

My mini project ~ car porch renovation

Project commence: Monday, 25 Aug 08


Before


Work in progress

For sales today! RM30 only for this small (550gm++) Choc Moist Cheesecake.

-Farra

Friday, August 22, 2008

Cream Peach Cheesecake


Nak lelong 1 small CPCC today. YM me! fara_aiza. Price: RM28 only!!

(Gambar diatas adalah gambar dari koleksi gambar CPCC)

Short summary my activity for this weekend:

Sabtu
1) Gi Sales Hytex. ( Nak saing ngan K. Nita. sesapa yg nak join / sesat call me ok!)
2) Gi gedung T shirt muslimah
3) Gi kedai Tiles
4) Gi Nursery @ Sg Buloh
5) Baking!

Ahad
1) Housewarming rumah HanyZainal
2) Baking!

Before Ramadhan ni ramai pulak mengorder ..teringin nak makan itu la..ini lah..hihi thank you ehhh kene cari pembantu ni...:)

Monday, August 11, 2008

Cat siri II

Patutla kos upah mengecat tinggi. Kami hanya cat 3 buah pintu bilik pon rasa macam dah tegang urat. Alahai bukan bidang kita agaknya. Dah la buatnya slow..lepas tu tade rupa Pro sgt macam dalam Casa Impian itu. Apapon target nak habiskan cat semua pintu berjaya by 7pm hari Sabtu.

Untuk bahagian luar kami dah buat keputusan nak upah jugak orang cat. Jadi pagi tadi orang tu dah mai, dia Quote RM500 termasuk kikis, seal balik dinding yang teruk dan cat. Q dia agak berpatutan dr Q before this RM1.3K. Apapon nak fikir dulu sebab ada jugak plan nak pasang hard tiles terus kat depan ni kalau dia boleh Q yg berpatutan. Duit lagi koluar nak make up umah. Masa Renno dapur dulu ada pelan nak buat tapi RM tak cukup. So kita buat sket2 dulu yang penting takmolah berhutang. Tengokla cemana nanti. Pasal bilik budak tu kami tangguhkan dulu sebab belum ada tanda Mawaddah nak cerai susu badan lagi.

Ada yang tanya berapa kali nak cat umah ek? Actually masa memula pindah dulu kami nak jimat so ada certain areas yang konon-konon nak cat sendiri tapi tak gerak-gerak pula :D. Ni tragedi kecil dek kerana kaki terkena paku payung ketika dalam proses mengecat pintu. Tak series pon hehe
Hari ni saya bawa Muffin untuk jualan:
Banana & Oat Muffin ~ RM1.40
Choc Chip Muffin ~ RM1.20

Choc Chip Muffin

Banana & Oat muffin

Maaf le harga taleh letak harga dulu sebab kebanyakkan barang dah naik rege like butter, tepung dll. (Nota: Muffin ini menggunakan butter bukannya marjerin / minyak jagung). Mungkin minggu depan bawa balik Cheese Tart sebab dah ramai mintak, cuma saya je tak sempat buat time weekdays la ni.

Tak tau nak pakai baju casual yg mana pd hari Jumaat? Belilah rangkaian T-shirt di NisaStore. Bulan Ramadhan pon nak dekat, apa kata cuba telekung baru?

Monday, July 21, 2008

Cheese Tart for sale

Semalam, buat kali pertamanya saya mencuba Agar-agar cendol. Ambil resipinya dari Myresipi. My agar-agar lapisan atas kurang warna disebabkan gula melaka saya tak cukup sebab tu warnanya agak pudar. Rasanya tetap maintain..terima kasih la kat member myresipi yang kongsi resipi ni , buatnya sangat senang dari kuih talam :p



Cheese Tart for sales today! Ada 2 flavor: Blueberry dan Lemon. RM1.60/piece.




Friday, July 18, 2008

Beautiful friday

Uhh..syoknya bila dapat melepaskan tekanan dengan aktiviti baking. So, 2 small Choc Chip Cheesecake for sale today, only RM29! Sms me now. 013-3413040.



Aktiviti hujung minggu ini:
1) Kenduri rumah Ajak di Melaka esok
2) Kenduri doa selamat rumah K. Ain esok
3) Aktiviti melepak di rumah dan baking Ahad

Indahnya hidup!

Monday, June 2, 2008

Cakes for sale today!

Tarikh: 2 Jun 2008 ( Isnin)

Kek dan kuantiti :

Cream Peach Cheesecake ( small size ) - RM28. Kuantiti: 2. Base: Sponge Cake

Marble Cheesecake (small size) - RM30. Kuantiti: 1. Base: Instant Oat


Gambar CPCC minggu lepas, untuk jualan hari ini rupa keknya sama sahaja ;)

Sebiji kek sudah ditempah, so sebiji saja untuk dijual hari ini

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...