Monday, September 22, 2008

Buku lagi

Yang menjadi koleksi tambahan saya bulan ini adalah 2 buku baru iaitu 1) Branson's Genius yang ditulis oleh Sam Witteveen dan 2) Haji Muda yang ditulis oleh Hj Ridzwan keluaran PTS.

Saya memang pernah terfikir untuk mendapatkan buku Travelog Haji setelah membaca review yang sangat menarik ditulis oleh Aini. Tapi mungkin tidak berkesempatan ke kedai buku ( alasan la tu ), tak semena-mena buku Haji Muda dahulu yang saya miliki. Ini pon mungkin secara kebetulan kerana saya bermesyuarat bersama penulis. Sering juga kami mesyuarat sekali dan sebelum ini beliau pernah sekali menyebut walhal buku ini. Jadi, buku saya siap ada tandatangan beliau dan dapat spcial price ;) . Siapa nak, boleh juga pesan melalui saya.
Berlinang air mata membaca buku ini. Mengingatkan dosa-dosa yang macam luas lautan..memikirkan adakah ibadah-ibadahku selama ini diterima yg Esa atau tidak. Disebalik kesibukan dengan ibadah dan membuat kuih raya, 2 malam berturut saya tekat menghabiskan buku ini. Hasilnya, 2 bakul baju yang siap berbasuh masih belum dilipat. Takpe..mlm ni lepas tarawikh marathon lipat baju :p

Insyallah suami akan menulis sedikit review buku ini dalam BijakRinggit. Saya telah pun mendaftarkan diri untuk ke Tanah Suci suku pertama tahun ini memandangkan hasrat ingin ke Tanah Suci sangat mendalam dan wang telah mencukupi. Tarikh yang diperolehi dr TH adalah 2018. TH kata jika mahu pergi awal boleh buat surat rayuan. Tahun depan yer bang?

Nisastore
Saya baru mengambil stok baru sebanyak 40 helai TShirt muslimah lagi dek disebabkan sambutan yang hangat dari pelanggan tetap yang katanya nak beli Tshirt untuk raya hadiah kepada diri sendiri/mak mertua/sanak saudara di kampung. Nak beli mai sini ok..banyak design baru. Mengancam!

6 comments:

Nur Suraya said... Reply To This Comment

Wah... rasa cam 'inspired' sangat2 kejayaan Farra dpt kumpul duit nak ke tanah suci menunaikan haji. Su pun teringinnya nak ke Mekah. Nak tunaikan haji rasanya kena ada laki mahram. Moga lepas dapat jodoh ke bolehla pergi dengan 'future suami'... beranganla pulak. Nak target buat umrah,lah! Now kewangan belum mengizinkan. Insyaallah nak cari lebih rezeki supaya dapat peluang terbang ke tanah suci. Amin.

`Ain said... Reply To This Comment

hasrat kami pon nak buat Haji di usia muda.memori umrah 5 tahun dulu bagaikan menggamit2. tapi, hasrat lebih besar utk bagi mak ayah kulim tunaikan haji sama2 kami.kata abg wady, tak tergamak pegi haji dahulu drpd mak ayah.kalau begitu, potongan bulanan gaji kami masing2 utk simpanan TH mereka kena digandakan kalau nak pegi awal.sekurang2nya dpt pegi seblm 40.insya Allah.

Farra said... Reply To This Comment

sue~insyallah kalau niat dan tekad ada Allah akan bantu

sis ain~begitu juga hasrat kami, yg mana kami boleh bantu insyallah bantu, harap2 dapat pergi sekali dengan emak dan ayah kulim, apapon sebaiknya kita registerkan depa, so duit depa kene lock, selamat le duit kami dah kene lock

Ummu Auni said... Reply To This Comment

farra, buku travelog haji ada orang jual kat menara. pergi gerai jual buku agama. biasanya ada stok. belilah, aku rasa best sangat buku tu

ridzwan bakar said... Reply To This Comment

Assalamualaikum,
Saya rasa bersyukur jika setiap rumah orang muda mempunyai buku Haji Muda. Doa saya moga kalian semua diberi rezeki untuk melangkah awal ke Tanah Suci kerana haji dan Umrah mampu merobek keegoan, membina tsunami keinsafan dan menghampar permaidani kedamaian di hati insan.

Salam Eid Mubarak.

Ridzwan Bakar

Nota:
Anda juga boleh mendapatkan buku Travelog haji melalui saya dengan harga istimewa.

Farra said... Reply To This Comment

w'salam wbt en ridzwan, saya rasa ini buku wajib milik oleh setiap orang muda