Friday, February 25, 2011

Pindah rumah baru!

>Lepas je mandi pagi tadi, bersemangat abeh nak pindahkan EBM! Kebetulan lil Maher nyenyak tidur & Muaz hari ni kene anto Taska, so aku boleh bersilat lebih sket ari ni eheh.

Jadi EBM ku dah selamat ku pindahkan ke rumah baru iaitu Faber FZ108U. Jom kita tengok depa happy tak dok kat situ!

Stok bln 1. Just few days punya hasil sbb bersalin pon dah hujung bulan kan? Owh..mereka happy baring-baring santai dlm drawer pertama. Knapa baring2 tu? Sebabnya drawer pertama ni paling kecik tauuu..so botol taleh berdiri. Total 13 botol pelbagai Oz.

Stok bulan 2 setakat ari ni, 25/2/2011 jam 10am.Pelbagai gaya bebas, ada yg bergaya dlm storage beg merah/biru dan ada dalam botol. Total 73 botol.

CF ni ada 4 drawers. 1st drawer paling atas kecik skali. Drawer ke-2 dan ke-3 sama besar. Dan ke-4 bawah sekali paling besau.
Ok sume EBM dah dok diam-diam. Total 86 ketol.

My lovely CF @ my lovely kitchen.

Jadual perahku simple jek 3 kali / day. Paling banyak 4 kalau Boop rasa x selesa.
Sib baek aku dah buat dapur besaq! Aku kan suka nak nyemakkan dapur dgn pelbagai brg :p .

Target total EBM sebelum masuk kerja bulan 4=
180-200 containers
Wish me luck ( Dah ada CF kene letak target! )

Next week yang bakal lg menyemak dapur: CWM & EBM. Tungguuuu

Kalau ikut hati ni mau lg mende di bawah:
  • Chopper - senang den nak buat stok bawang merah/bawang besar/bawang putih/halia cincang. Aku nak masak senang, lebih efisien. Anak 4 tadak maid.
  • Juicer- senang den nak buat Jus Lobak Merah, Jus Tomato, Jus Pegaga, Jus Epal dan segala Jus yg sewaktu dengannya. Katanya nak jaga kesihatan. Nak cantik..utk sapa? suami jugakkk :p ekekke
Ok tak justifikasi di atas? kuikui. Btw kalau nak, boleh dah beli pada harga diskaun..guna mak aku punya RP Cosway! eheh

My Dear Hubby, mesti geleng kepala la tu kalau baca entry ni ( konfem die pembaca blogku) :p

24 comments:

-ummu amin- said... Reply To This Comment

Farra, CWM tuh apa lak??

Anonymous said... Reply To This Comment

tak manis cite pasal pam2 susu ni kat public. apa lagik bile sebut boobs ;)

maybe saya ortodoks,tp sebagai perempuan saya still rasa bende ni tak elok nak diblogkan..perempuan kan perlu ada malu?:)


-nor-

Farra said... Reply To This Comment

Ayu, ada gambar kat tepi tuh

Nor, sy berbelog utk kenangan diri sendiri dan tiada yg sensored dipaparkan disini :)
ramai bloggers yg berbelog juga pasal penyusuan susu badan, kalau tak suke takper..
tq for ur feedback

yatiscloset said... Reply To This Comment

caiyo caiyo i like!!

Anonymous said... Reply To This Comment

tak la, kenal awk sebagai seorg yg pemalu kat mmu, quiet surprise u wrote this entry.. tudung labuh untuk menutup dada, tapi you leave us with bigger space to imagine;)

but free country, kalau sudirman(betulkan your suami?) tak bising, siapa saya nak berckp kan?:)

btw, someone passed me your link, am not your silent reader pon:D

beransur dulu..have a good day:)

-nor-

Farra said... Reply To This Comment

Nor, peace no war, yes he's my proud hubby
Btw, what is ur blog?

p!nkerton said... Reply To This Comment

bestnya kak farra! lagi buat saya berkobar2 ni :D kot2 banyak esok boleh gak bercita2 beli CF :D
adeh, kenapa nor ni komen macam ni? kalau dia ibu menyusu baru dia faham kot? :(

Anonymous said... Reply To This Comment

Assalamualaikum Farra..

Saya silent reader and sangat tak setuju dengan Nor..
I am very proud to say yg saya pun menyusukan baby...and saya sangat proud to see other people doing so...there is nothing yang nak dimalukan..lebih malu dan sedih kalau kita bagi susu lembu(fm) kat anak kita and cerita dengan bangga dalam blogkan..Saya dah buat mistake dengan my first son..bagi FM since dari pantang lagi...and malu dengan diri sendiri and sangat kesian dengan my eldest..hopefully with my second nih(dah almost 8 months)saya boleh bfeed dia sampai dia 2 tahun..amin.

Anonymous said... Reply To This Comment

Nor tu mcm jeles kat ko je Farra..dari ayat2 dia yg menyebut MMU..bermakna dia dah kenal ko dari MMU lagi...kesian..maybe tak merasa nak nyusukan baby kot :)

~Az Rin~

aida said... Reply To This Comment

kita menulis ni sebab nak bagi ilmu. dari dok citer pasal bergaduh suami isteri letak status kat facebook/ blog, lagi banyak dosa dapat dari tulis pasal ilmu2 macam ni yang boleh dikongsi bersama.

org yg baca blog, niat dia nak cari ilmu dengan penulisan. cuba la cari berapa ramai org malu nak jumpa lactation counsellor nak tanya pasal penyusuan badan. ada maklumat di sini, kita sharing-sharing, tau kawan kita pun mengalami masalah sama semasa menyusu badan, dan share tips2 berkesan untuk rujukan

bagi aku tak salah sebab masa aku bersalin amni, berapa banyak ilmu penyusuan di internet oleh orang kita. jadi aku mmg buta penyusuan badan.

jadi blog2 camni boleh jadi rujukan untuk mom to be dan mom yang bf

Abah Yie & Ummi Na said... Reply To This Comment

wah...nampak comel la berwarna-warni ni.....

Farra said... Reply To This Comment

Fatih, ni pon investment for bby kan..harap2 kite lebih semangat

Ano, sy pon anak 1st tade ilmu sgt, bf sampai 4 mnths++ ... wah bagus tu dh ada improvement

Azrin, aida, ye la..kite share pengalaman sendiri kot boleh buat rujukan ibu lain.. sharing is caring, sape x suka tak apa

seorangnenektua said... Reply To This Comment

Asalamualaikum
Tahniah kerana bersungguh sungguh nak bagi breast feed kat anak. patut jadi ikutan dan panduan.nenek tak tahu pun yang susu ibu boleh simpan berbulan bulan.

Amie said... Reply To This Comment

terima kasih kongsi ngan org lain sbb tak semua ibu2 tahu ttg pam2 susu ni...saya dah takde anak kecik lg tp kalu saya tahu boleh bekukan susu dr dulu, saya pun nak buat juga,maklumlah kitakan wanita bekerja... moga dpt byk pahala sbb kongsi info ngan ibu2 lain terutama yg baru beranak satu...cantik botol2 tu, siap warna warni lagi...

Farra said... Reply To This Comment

salam nenek, usaha dan ikhtiar ..selebihnya saya serahkan kepada allah

kak amie, tq sudi ziarah..sy masa anak 1st pon dah fail kak..bf sampai 4mtnhs ++ jek..harapnya perkongsian ni jd panduan 1st time mommies out there

myjuliana said... Reply To This Comment

sedih plak ada komen2 mcm nor tu.. pada aku, bfeed adalah sgt murni.. dan aku respect semua ibu2 yg menyusu badan..

mcm aku, masa beranak 1st baby, langsung tak bfeed sbb tak tahu source mana nak belajar.. skrg semua ibu2 muda yg nak beranak 1st baby dah takde alasan dah utk tak bfeed sbb ada org2 mcm kau yg sudi kongsi ilmu..

thanks farra.. ko sumber inspirasiku chewah :)

mila.ibunajihah said... Reply To This Comment

alahai cik nor, pn.farra cuma tunjuk stok susu je, most mothers nowadays wat gitu, sbg pemangkin semangat ibu-ibu lain utk bfeed n mcari ilmu bfeed juga.

Farra said... Reply To This Comment

juli & mila, tq for ur support :)
sharing is caring kannn ..tak gituu?

Ummu Auni said... Reply To This Comment

alahai....dulu prof kamil cerita fasal breast cancer pun ada orang tegur. hakikatnya prof kamil hanya cerita, bagaimana untuk kesan breast cancer kebetulan wife dia ada lump masa tu even though it was benign. itupun ada org kata macam dia bayangkan buah dada bini dia. padahal prof kamil hanya sebut fasal bila scan, nampak ada ab originality. kabus putih, lemak, tempat sepatutnya tak ada..

LiTtLe^m3 said... Reply To This Comment

kak farah, kak yati-pruzz.. keep update your blog pasal BF ni.. saya selalu baca sebagai ilmu dan rujukan nanti bila ada anak sendiri. besar pahala ilmu dikongsikan.. even hubby pun sokong nnt boleh dptkan tutorial dari u all :).

Tyha said... Reply To This Comment

Lain org lain pemikiran....niat kita baik dan ikhlas...inshallah allah maha mengetahui.Moga bertambah2 lagi susu untuk Maher sebab Mama dia x kedekut ilmu nak share dgn org...walaupon sesetengah org merasakan ianya sesuatu yang memalukan.Awak dah buat kerja yang baik...inshaallah dibalas dgn kebaikan juga.

Farra said... Reply To This Comment

Aini,baiti & k.tyha, tq for supporting BF ..muahh :)

Ina Hashim said... Reply To This Comment

Farra,

kuningnya susu2 tuh....consume vit C ye?

Kepada nor...Farra takde menyebut sesuatu yang boleh mengaibkan dirinya sendiri hatta kaum perempuan...tidak ada aurat yang didedahkan...malah susu ibu adalah sangat SUCI....menjadi darah daging anak2nya...tak ada apa yg perlu dimalukan tentang penyusuan susu ibu..lainlah kalo menyusukan di public dgn mendedahkan aurat2 yg tak sepatutnya

Farra said... Reply To This Comment

K.ina, sy x mkn vitamin..tu sbb kolustrum agaknye
Btw, skrang dh trasa penat n nid vitamin..tgh survey2 shaklee or any other brand