Showing posts with label breastpump. Show all posts
Showing posts with label breastpump. Show all posts

Monday, March 28, 2011

Nak kene gerakkan stok EBM

OTW home dr birthday party Ayan, kami singgah di Baby Manja shop @ Ampang beli puting susu NUK. Walaupun agak melawan, akhirnya lil Maher minum juga EBM via standard bottle. Alhamdulillah...so tak perlula nak beli botol Avent 4 oz. Boleh la guna botol Bumble Bee sedia ada. Minggu ni kene kerap kasi susu botol di siang hari, targetnya 2 kali sehari supaya lil Maher lebih biasa dengan botol. Cuma Maher ni ngan habit die bila minum susu dalam botol ni mesti tak licin...mmg le sayang tgk susu tu tak abeh, tapi ku buang aje la. Pam lg susu dan kasi the next feeding yg fresh. Susu frozen kureng sedap kot..sbb tu x abeh.

Alkisahnya Faber Upright Freezer mmg dah full + freezer 2 doors plak belah atas almost full. Kene la gerakkan stok bln Jan lelaju sket gini nk kasi ruang sket. Kalu tak jalankan stok awal tu rasa agak malas pulak nak pam dgn alasan tade tempat sudah nk store. Terukkan? ish ish..fyi, upright freezer ni mmg kureng sket space compared deep freezer yg bukak atas tuh...

BPA Free Avent BP dah dapat last Friday. Dedua masih guna, yg lama dan baru. Yang penting tak panaskan susu guna botol avent yg lama. So nampaknya leh bawa 1 BP Avent p pejabat nnti, dan satu lg tinggal rumah.

Nampak tak beza kaler? Yang kiri BPA, warna putih. Yang kanan is BPA Free honey-color.

Power Tripped semakin meruncing!

Power tripped kat umah ni semakin meruncing. Lately socket oven yg konggg..dah tu semalam pagi terkejut sangat bile sedar soket @ Upright Freezer dah konggg! Lebih 10 jam tau, tapi alhamdulillah susu semua masih beku. Kalau cair maunya meroyann..stok susu tu lebih 100++. Completely full. A day before tu freezer tu dah naik snow/ais, meaning sgt sejuk. Yg tak bagusnya Faber Freezer ni tiada lampu! so no indicator la bila letrik tade. Ape l e depa ni..next production sila la tambah lampu huhu. Apapon Alhamdulillah, Allah bantu. Sib baik perasan sebelum kami keluar. Dah la semalam keluar sampai malam. Ok dah call kontraktor tp die masih bz repair umah lain. Next is to repair our internal wiring. Ongkos keluar maa demi keselamatan kami anak beranak.

Wednesday, March 23, 2011

Avent is not BPA Free?

Maher is officially 2 months old today! Cepat sungguh masa berlalu. 19 hari lg Mama mula koje rasmi. Insyallah 4/5 Apr Maher start gi Taska since Mama nk pantau die + mama nk wat byk aktiviti lain ie gi Spa, Appointments, Baking Class, Shopping, Gosok baju kerja etc. Sapa nk gi Spa? jom la murah gile niii RM48 jer!

My 2 MO baby Maher. Senang org nk ingat sbb fofulariti Maher Zain.

ohhooo..memang dah terfikir gak yg BP Avent manual yang lama ngan botol die ni not BPA free sebab tgk kalernyer cerah. Bila terbaca blog MamaKembar3 pasal botol avent ni lagi la sahih. Avent products tahun sebelum 2008 is not BPA Free (sumber). Jadinya dah taleh pakai la botol yg BPA ni. Nak rembat la seketul Avent Manual ISIS kat Faheem Wardrobe sbb depe tgh wat promosi RM160 shj! Murah gilerrr..sape yg 1st time nk beli BP, beli la Avent manual, mmg x rugi woo..Duit pon x membazir byk. Pernah guna Manual Medela last yr sangatlah menghampakan. Skang die dok dlm lemari jek. Aku mmg serasi sangat dgn Avent. Memang elok sangat la sesuai dengan tahap frugalityku ehehe. Oh ya, FYI 95% of the current EBM stock @ home is now expressed via Avent. Guna manual ni syoknyer sebab takyah nak cari sumber letrik, cepat dpt let down, mudah nk kontrol, sambil perah leh jejalan dalam umah sebelah tangan wat keje lain. Nak tendem nursing pon boleh, meaning sebelah pam dan sebelah nyusu baby.

Lil Maher dengan jayanya dah boleh minum susu fresh or frozen via botol Avent. Alhamdulillah. Aku yg kasi, die tak byk songeh. Cumanya semalam ajor guna standard teat via bumble bee bottle. Waduhh, die refuse sgt. Minggu ni nk cari Teat lain. Takmo la ajo botol avent je dgn 2 alasan di bawah:
  1. Botol Bumble Bee sgtle byk. EBM pon byk dh stored in BB. Malasle nk transfer2 masuk Avent
  2. Tade botol Avent saiz 4 oz wat masa ni melainkan bila dh beli Pam Avent BPA free. Tu pon dpt 2 botol je mana cukup kan
  3. Botol Avent gemok. So kalau setiap hari bagi 6 botol avent ke Taska amik space dlm fridge Taska. Aku nk mudahkan depe so susu sesiap masuk botol n label ikut turutan 1,2,3,4,5,6.
Namun begitu, jika Maher masih refuse standard Teat, aku akur kepadamu botol Avent :). Kalu ikut hubby, die pro Avent sbb teatnya mimik bop ibu & tahan lama. Muaz ni kojenye asik gigit puting botol, now dah guna Avent tahanle sket.

NUK silicone~ ni yg Maher refuse! ( stok dr zaman Muaz kecik dolu hihi). Guna ni sbb Latex X tahan lama
NUK latex~boleh kucuba yg ni plak. Muaz dulu layan ni je masa kocik.

Nk beli pam avent manual dan 2 lagi botol 9 oz Avent.

Manual pam pon boleh dapat susu banyak tau.

Monday, February 7, 2011

breastpump review : Ameda

Sejak susu semakin meningkat, mama dh start guna balik Ameda. Cepat & efisien sket sbb double pumping. Apa yg aku prasan, kalau kita mengalami bengkak susu yg sgt perit tu, lebih baik guna pam manual Avent sbb kawalan di hujung jari , senang nak adjust sbb boop kita sakit.

Pro:
1) double electric pump yg harganya sgt berpatutan.
2) lebih ringan dr spektra
3) x bising mcm medela swing, aku penah dgr swing. Kat forum kata lg bising medela fs gak. Tp ramai kata paling kurang bunyi is spektra
4) bole guna bateri, kalau tade letrik
5) tahan lama kot sbb guna ameda ni dr time Muaz
6) boleh di 'freestylekan' guna getah , sapa tatau caranya meh habaq cek
7) suction kuat & senang dikawal

Cons:
1) tak bole pump sambil masak etc sbb freestylenya tak mcm medela fs. Engine ameda takleh sangkut kat pinggang mcm medela fs

Kesimpulannya, mama x jadi la nk beli medela fs. Haritu ada gak nafsu nafsi nk beli :P

Mama kasi Ameda 4 dr 5 bintang!
Minggu ni nk order upright chest freezer. Yeay!
Published with Blogger-droid v1.6.6

Friday, March 5, 2010

Terima Kasih Avent Isisku

Di rumah mama guna Avent Isis selama ini. My Ameda mmg letak di pejabat saja. Nak dijadikan citer last Monday, masa tengah pam guna Avent, handle dia lari2 dan aku tak dapat pam seperti biasa. Bila bukak handle rupanya ada skit crack. Cuba tengok gambonye ini:


Jadi sejak Avent rosak, emosiku agak kurang stabil sebab tak dapat nak memerah di awal pagi sebelum ke pejabat. Dah beberapa hari mencari pre loved BP dan kali ni aku mengidam nak try Medela Harmony, akhirnya semalam seorang kawan rekomen kawan dia yg nak let go MH. Yeaaayy syok banget. Cuma ibu tu masih outstation, so Ahad ni baru aku boleh gi amik MH yang dia nak let go pada price yang sgt berbaloi. Buat masa ni aku terpaksa hangkut gak Ameda balik umah sbb nak perah time sampai kat umah from office.

Yeayy..lps makan CheeseTart, mmg susu naik sket...kat umah semalam dapat byk ni..alhamdulillah...
Muhammad Muaz udah mula merangkak..bravo2...kami sume kene lebih beri perhatian , kang nnti nak terjah sana sini. Esok dia genap 7 bulan! :)

Akhir kata, Terima Kasih Avent Isisku yang digunakan sejak kelahiran Muhammad Mus'ab yg bakal berumur 6 tahun bulan 6 ni. Rasanya dah puas guna Avent ;)

note: gambar kurang memuaskan dr E71

Monday, November 2, 2009

Frugal handsfree pumping

Dalam kehujanan semalam, aku nyinggah kejap kedai fabulousmom untuk membeli nursing poncho, drying pouch dan tak pasal-pasal bby tights jua ( tade dlm list ni :p). Penuh semangat gitu sbb nk mulakan semula double pumping with Ameda.

I found that this method is truly useful. Sambil duk mengadap laptop menjalankan tugas, sesi memerah susu berjalan sgt lancar. Even my officemate didn't know bout it till i told them. Furthermore I don't have to rush during the session compared when I pumped at the store room. So sambil wat koje, pump is running..tup tup susu dh nk melimpah! Aku dpt perah 2 kali je then ptg tak sempat sbb ada discussion till 5.20pm. So, priority to solat then terus balik rumah. Sampai umah, terus nyusu muaz dan sebelah pam guna Avent. Ameda tinggal opis jer.

Hasil perahan sesi pertama hari ini. Ha..nampak tak getah tuh?

Hasil perahan sesi pertama dibahagi sama rata. Dapat 8 oz

Wayar disambung ke BP dlm almari belakang kerusi. Mmg org tak nampak

Drying pouch yg sgtlah berguna. Lepas cuci BP , masuk sume dlm tu & sangkut aje bawah meja hehe

Hasil perahan hari ni. Total 18 oz. Abaikan gambo2 yg kureng jelas ni sbb gambo dr hp.

Kesimpulannya nak buat handsfree and frugal pumping ni senang jek jela..gini:
  1. Sediakan getah, pastikan lebih takut kalau putus. Aku guna getah baru so tahan sket kot. Sebungkus getah tu mak yg beli kat kedai brg plastik dulu.
  2. Gunakan Nursing Poncho. Orang ingat kita ni sejuk kat opis, cam pakai shawl gitu. Kalau buat dlm bilik tak payah la guna ni.
  3. Storage bottle kene lebih sebab masa hansfree pumping sambil layan kerja memang leka ngan kerja. Tengok2 susu dah nak melimpah. Esok aku ingat nak bawa juga la bottleliners tu in casee...
  4. Pasal lagu mp3 dalam pc...so lagi la orang tak sedar bunyi BP tuh.
Selamat mencuba! ahaks

Wednesday, August 19, 2009

Ameda and CD in action

Review on Ameda:
Aku dah start memerah hanya sekali / sehari. So far so good la Ameda ni. Since it's dual pumping so banyak masa save on pumping session.

Sebelum ini, aku hanya gunakan Avent Manual dan masih elok lagi. So boleh la 1 BP letak kat rumah dan 1 BP letak kat pejabat. tapi sesekali yang kat pejabat kene bawa balik rumah juga untuk di sterelize.

Pros:
  1. Cepat dan jimat masa memerah sebab dual pumping
  2. Tak rugi susu. Dulu masa guna single pump, bila perah sebelah B, sebelah B meleleh susu.
  3. Kalau tade elektrik, boleh guna bateri

Cons:
  1. Berbunyi la sket berbanding Avent manualku itu
  2. Berat la sket berbanding Avent manualku itu
To date stock: 24 OZ
Abg tanyer: knapa sebelah dpt byk sebelah sikit? Anda tentu tahu jawapannya!hehe

Kisah CD (Cloth Diapers):

Disebabkan aku ada 6 CD je, so memang tak cukup nak menampung kegunaan Muhammad sepanjang 1 hari. So terpaksa diselang seli dengan lampin kene cuci tu. malam baru guna lampin pakai buang jam 12am keatas. Muhammad banyak la membuang terutama ayor besar. Elok la tu, nak buang kuning dia...


Check up hari ke 12 umur Muhammad


Semalam check up lagi dgn Doc Azam. Minggu lepas dr Ujian darah , kuning dia berukuran 216 dan semalam 218. Doc kata tiada apa yang perlu dibimbangkan. Hanya teruskan penyusuan. Aku dah totally stop makan tablet Ikan Haruan dan Tablet Wanita dr Set Bersalin HPA buat masa ni. Diselang seli juga bagi Muhammad minum air kelapa muda sedikit.

Ni gambo sambil tunggu Ujian darah semalam:

Berat Muhammad: 3.93kg ( naik 600gm dr hari dilahirkan)
Berat Mama: 61kg ( turun 14kg dr hari nak melahirkan, siang 6/8/09 tu 75kg)

Gambar kat atas, aku dah pakai Nursing T shirt size M. Malam dah tak pakai bengkung. Siang masih diteruskan. Tungku pagi dan petang masih diteruskan. Aku nak attack lg 2-4 kg sebelum raya, boleh? Tapi Mama BF ni tak bleh pentingkan diri sendiri kan. Kene makan berkhasiat so dpt hasilkan susu berkhasiat.

BTW, baju raya yg ditempah dah dapat semalam..yahoooo....tahun ni melaram ngan 3 pasang baju je, mawaddah ada 2 psg baju kurung. Ayah ngan Mus'ab gi cari sendiri la Ramadhan nanti :p . Cam biasa kami tade tema warna..kuang kuang . We all colourful!

Monday, March 30, 2009

Kajian BreastPump : Ameda Lactaline Personal


Ya benar! Masih dalam kajian menyeluruh. Saya memang nak beli Ameda, tapi belum ambil tindakan! :p
Saya membaca lagi..dan terjumpa lagi review lain like below:

1) My conclusion (based on reading):
PISA – best pump in market but heavy and bulky.. 4 kg.. lecih plak utk aku
nk bawak to and from..

Mini E Plus –
bentuk ala2 Ameda but banyk complaint from users.. so take it
out from my acc..

Avent IQ Duo – tgk website cm best jer.. ni pun berat gk 3kg
cm tu.. and bulky.. rhege pun bole tahan.. and sekali lagi Avent ni yg aku tak
bape nk gemo.. bnyk parts nk assemble n dismantle.. lecih nyerrr..

Ameda – my choice.. rasanyer Alhamdullillah, so far pilihan yg tak salah
la.. hiks..
Source: Neeza79

2) Pro and Cons on Ameda Lactaline Personal by Neeza79 again.

3) Source: SusuIbu posted by Farhanamum

Posted on: 2009/2/25 15:25
Re: breastpump
Im using medela mini-e at work and Ameda double-pump at home.

Medela mini -e single pump noisy motor managed to get 3-4oz in 20 mins time. I will pump 5mins each b to get max output. Ameda double-pump -motor quite. Managed to get 3-4oz in 10mins time. By 20mins and if you stop to rest in betw you can get 5-6oz. Oh ya suction pun tak sakit.

Spareparts - Medela mini-e lagi lasak pada Ameda tapi camne pun i memang luv Ameda cos it saves pumping time and boleh dapat slightly more output.

I've also tried Avent manual time for short period but tak sesuai ngan i. 1st thing its manual so tangan cepat lenguh...2nd thing the white suction valve that looked like a star asyik terkluar aje semasa pump so i give up using that.

My strong suggestion is that if you can afford do get a double-pump. Its really worth it tak kiralah brand ape. Hope my info helps you.....

4) Pengguna Ameda yang kuikuti blognya: Intan, Ina


Sekian kajian Pam Susu buat kali ini :D. Terpulang pada ibu-ibu..apa yang penting, jika kita memilih untuk menyusu badan, itu lagi penting! Tak kira apa jua Jenama Pam Susu yang anda guna. btol tak? hehe. Dan menurut kata Puterikiut, Pa & Ma bulan Apr ni ada membongkar tentang Ameda. nanti kita gi cari kat kedai ok?

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...