Showing posts with label Frugal living. Show all posts
Showing posts with label Frugal living. Show all posts

Sunday, January 26, 2014

Bercucuk tanam

Tetiba je rase seronok pulak nak tambah koleksi sayur-sayuran yg ditanam sediri. So semalam beli 7 jenis benih sayur. Aktiviti bercucuk-tanam dijalankan bersama anak-anak.

Sayur-sayurnya adalah:
1. Sawi
2. Kacang Panjang
3. Tomato
4. Bendir
5. Kacang botol
6. Cili kecil
7. Cili besar
Total RM18

Campur sekali dengan semua peralatan RM59 je semua..tak la tinggi sangat kos nak mulakan sayur tanam sendiri ni :) Yang bestnya, boleh bayar guna Big Card! waa kumpul points disitu ekekke

My little helper. Ayah tade..gi company retreat sobs
 Sementara mak berkebun, anak2 dikerah sapu & cuci lantai!! ehehhe

Ok lihat apa yg telah terjadi kat pokok seraiku! Diserang siput babi! :( so terpaksa la aku amik yg mana elok da tanam semula kat area lain. Mujur ada tanah lagi belah depan rumah. Dan mujur aku ada serumpun lagi pokok serai.

Ok ni rumah baru Serai: 

Selain 7 sayur tu, aku tanam kunyit dan bawang..guna ubinya..kita lhat nanti jadi ke tak yer. Aku tak semai dalam bekas kecik..terus letak bekas besar except bawang. 



  Semua pasu-pasu ni memang dah ada kat rumah kecuali 3 je baru beli baru..yang plastik tu. Yg kiri sekali tu daun kucai. Import dr rumah MIL. Lama dah hidup dari last year. Tapi aku malas letak baja..lepas ni berubah. MIL soh letak air2 tahi ikan sebagai baja. MIL punya kucai kat kg punya la banyak dah membiak dan sihat2

Pokok-pokok lain yg 'in-progres' adalah Pisang:
 Ni atok yg tanam depan rumah kami 

Batang ubi yg dicantas pon aku tanam semula 3 batang: 

Ulam raja. Uwan tanam belakang rumah. Hasilnya dikongsi bersama. Untung kan?

Pucuk ubi. Uwan yg cucukkan depan rumah aku eheheh. Pucuk ubi senang betul nak hidup. Cucuk je ..air hujan siram..then tumbuh subur

Limau Purut. Yang ni po senang hidup. Senang nak masak tomyam dan paprik

Pokok Kari. Dah lagi besar dr manusia ok! Sebaya dah dengan Mawaddah. 8 tahun.

Ok next pokok in wish list:
Daun sup
Limau nipis
Bayam

So nak cari tanah dan pasu panjang pulak. Owh yeay Ayah dah balik dengan good news! yippiii 

Sunday, July 29, 2012

Transformasi tudung lycra berawning ke Outer Syria

Kesian betul tengok tudung-tudung Lycra yg awning dah kemek-kemek ni..dok je bertapa dalam almari sejak tahun lepas. Dah lepas gosok banyak kali pon awning yg kemek tu mmg dah tak dapat diselamatkan. Maka...saya dengan beraninya ( poyo) membuat transformasi tudung Lycra ke Outer Syria disebabkan nak elakkan pembaziran..Sayang pulak bodynya masih elok..

Tengok ni deretan Tudung Lycra dah rosak awning..kemek2..argh kalau pakai tak comei


Cara-cara:
1) Pisahkan awning dengan body guna penetas benang. Part ni yg paling lama dan memerlukan kesabaran yg amat tinggi. Fuh saba2..bulan puasa
2) Jahit tepi di bahagian yang dah terpisah dengan awning.
3) Jahit lurus. Yang ni mencabar gak sbb kain Lycra kene guna jarum khas benornya. Tapi saya guna jarum biasa je so tadela kemas sangat jahitan..Tapi buleh la pakai tudung tu kira orait la ehehhe..kene try dengan Inner to get the right size sebab bila dah pisahkan dengan awning ..size muka Outer jadi besar

 Bertapa kat umah mak tadi sbb nak guna mesin jahit

Meh tengok hasilnya..


 Lycra corak hitm+putih+grey dan inner RED

  Lycra plain Purple dan inner RED
  Lycra plain dark Turquoise dan inner RED

Antara ketiga2 yg dah siap ni ..saya paling suka kombinasi no 3! Anda suka yg mana?

Sekarang dh minat Syria style sbb bole 'Mix & Match' concept..Inner pon murah hanya RM5..Outer dr Lycra sedia ada..kan jimat tuh! Dah tak payah beli tudung berjenama mahal bagai tuh

Friday, December 9, 2011

How to find the lowest AA ticket?


Use FLEAPY!

Memula masuk destinasi pilihan anda dan kemudian klik! Fleapy akan keluarkan rate paling rendah.
Perlu diingat, rate paling rendah tersebut ada kuota especially kalau promo yang sangat hebat macam Zero Fee atau 10sen atau Free Seats. Jadi, kalau anda jumpa rate paling murah kat Fleapy tapi masa booking di website AA tak jumpa, ini bermakna kuota tersebut makin kurang atau dah tiada. Tips? Kurangkan jumlah penumpang masa anda book tiket di website AA. Seperti yang saya buat, bila saya letak 6 orang, tiket 10sen langsung tak dapat untuk tiket balik. Bila saya kurangkan 4 orang, boleh dapat tiket 10sen. Tips? Buat 2 separate booking demi semata-mata nak jimat! ehehhehe . Jadi yang 2 penumpang lagi tu terpaksa la bayar tambang sket. Overall masih jimat.

Jadi, apa lagi, dah book ker belums promo AA kali ni? Ok kalau takmo book kali, apa kata cuba search guna Fleapy. Boleh nampak tiket paling murah? Amaran: jangan rambang mata. ehehheh



P/S: Harga tak termasuk cukai. Kadar cukai berbeza mengikut negara.

Tuesday, December 21, 2010

Makan sup lagi ! Tersentuh perasaan

Tetiap hari makan sup nak dkt 2 wks! Rasa cam dah Pantang lak eheh. Cuma semalam ada workshop makan free bukan sup. Ok rasanya hari ni last sup la. Lps tu abeh dah pantang!

Lps ni nak makan Prosperity plak! :p

Bekal hari ni! Dah save duit blanje makan. :)
Nasi putih, telur, sup ikan merah, apple pie, roti bakar, keropok ikan.

Dan tiba-tiba dalam inbox email dpt e-card ni plak
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Ouch tersentuh perasaan ( boleh??) . Rupanya Pakwe kite kat MMU dulu kasi. Tq Bang :p

Friday, November 12, 2010

Percutian Bajet: Genting Kota Keriangan 7-8 Nov 2010

Mama booked @ First World Hotel Bilik Deluxe secara online kat sini. Dapat harga RM135 including breakfast for 2 pax. Bilik die kecil, tapi bersih, selesa, ada TV, ada kettle, ada 2 tuala dan muatla kami berlima anak-beranak. Untuk anak-anak tido, kami siap bawa 1 Toto :). Kali terakhir aku mai sini ni adalah masa darjah 2 tau! While this is the first time for hubby and kids. Everybody enjoy the holiday.

Ahad pagi, sesudah Subuh aku dah mula bersilat menyiapkan makanan utk dibawa pergi. Hasilnya bekal kami:
  • Apple Pie
  • Nasi ( skali ngan rice cooker supaya senang mlm nak panaskan)
  • Ayam masak merah ( ayam grg dan kuah merah diasingkan)
  • Scramble egg ( 8 biji)
  • Daging grg kunyit dengan kcg pjg
Sementara bekalan lain seperti: Air 100Plus, Roti, Tuna dlm Tin, Maggi, Donut, Makanan Ringan, KokoKrunch.

Aku siap masak 9am gitu, sungguh beriya nak gerak. Tapi......hubby pulak masih menyambung kerja. Okla..i let hubby siapkan keje. Sambil tu aku kemas-kemas lagi dan sempat lak tidur kejap sbb penat bonar masak :p. Kami bergerak jam 12pm++. 1 jam je gerak dah sampai. Nak check-in, masyallah manusia macam ulat! Beratur punya panjang. Tapi rezeki mak buyong dpt potong Q. 2.45pm gitu dapat masuk bilik. Kami solat dan rest kejap.

Start jejalan dlm in-door park hampir 4pm gitu. Diselang balik bilik solat dan makan, then sambung lg. Lepas maghrib hanya hubby dan Mus'ab sambung aktiviti while kami sudah mau pengsan.

Esok pagi, aku, hubby & Muaz breakfast free dulu kat Hotel. Makanan punyala banyak!! Rambang mata...heave sgt. Mus'ab dan Mawaddah breakfast roti dan biskut dr umah. Then kami pon start jejalan kat Outdoor Park. Outdoor rupanya lg berbaloi dr Indoor! Lg berbaloi bila makyong macam aku dapat 'Child rate' gitu . jgn jeles :p

Jam 12pm kami balik Hotel jap utk check-out dan lunch. Aku tak lapar sbb breakfast heavy. and hubby remarks " byk gile aku makan" huhu. Lunch kami hanya roti dan Maggi. Check-out sgt efisient kat kiosk jek! Bravo! I like..Then kami sambung lagi jejalan sampai aku dah penat sgt. Kami kuar dr Genting dalam 4pm gitu dan terus gi Klinik utk monthly check-up. Penat btol...tp enjoyyyy :)

Begitulah kisah percutian bajet kami. Langsung tak kuar duit beli food sbb food sume bawa dr rumah sesiap. Rupanya makanan kat Genting ni mahal sket. Ok jom layan gambarrr. Dah tak tersusun ni..layan je rr

Sampai je bilik, pasang TV dan kekanak enjoy kartun!

Tak bergerak pong kete ni!

Aku dan anak2 besar. Muaz tido masa ni. Gemuk kan aku?

Indoor~ tiket yg sgt tidak berbaloi! huhu

Mama suka sgt naik tren ni..dpt tgk satu Genting Theme Park. Lepas je kami turun, terus close sbb hujan. Rezeki mama sgt :)

Outdoor. Muaz bila dilepaskan dr stroller, kemain diek! ponek den ngejar. Takut masuk tasik!
Ab & Waddah asik naik kete tu ulang..mama tak dayo nk tgk..bior je depa beratur sendiri, adik beradik monitor each other eheh

Masuk-masuk indoor park, Muaz lena...sonang nak Q game2 lain.

Breakfast die yg best! Mama mkn sgt byk huhu. Tu sume my food ok! Hubby n Muaz punya not here.
Jgn ko terjun tasik sudah le Muaz. Memang la anginnyer nyaman gitu :p

Friday, October 22, 2010

Semakan nisbah hutang!

* Sekadar gambar hiasan :p *

Alhamdulillah langkah pertama ke arah menjayakan sasaran Debt-Free by umur xxx sudah terlaksana. Baru jer semak Slip Gaji pagi td.

Ianya hanyalah Nisbah Hutangku sudah meningkat dr 39% ke 45%. Aku menaikkan bayaran hutang rumah bulanan sebanyak 28%. Berpinar kejap mata :p ekekke. Dengan peningkatan Nisbah Hutang, ini bermakna mulai bulan ini kategori 'duit cair' menurun sebanyak 13%. Knapa 'Cair' ? Sebab cucuk jek kat ATM dah leh gi shopping :p, tak pon online shopping klik2 saje)

Hihi tak kesah la duit cair dah kurang, duit simpanan tetap dah potong sesiap. Jadi as usual I love to live in simple and frugal way ;) . Aku pon suka berjimat-cermat. Tapi hangan-hangan nak gi Aussie tetap ada! Dana sedang dikumpul :p Bajet mesti followww...

Dulu aku dah pernah share Artikel Nisbah Hutang kat my old website bijakringgit.com, tapi aku tak copy plak so bila tak continue contract ( aku yg decide), skrang aku kene taip balik citer Debt Ratio. Kendian la kot eh. Bagi yg mudah dulu:

Cara pengiraan Debt Ratio / Nisbah Hutang:
Jumlah Hutang bulanan / Gaji bawa pulang ke rumah X 100%
Nota:
  • Hutang = hutang kereta, rumah, kad kredit, pelajaran, hutang peribadi etc
  • Gaji bawa pulang ke rumah= Take home salary = Gaji kasar - ( KWSP & Perkeso)

Nisbah hutang yang selamat adalah antara 35%-40%. Sekiranya Nisbah Hutang telah melebihi 50%, ianya boleh dikira di tahap yang kurang selamat dan perlu disemak dahulu.

Pernahkan anda menyemak Nisbah Hutang anda? Atau menilai tahap kesihatan 'Kewangan' anda?

Next action plan:
  • Pengeluaran duit EPF for housing loan, target by Dec 2010 (before deliver). Harap2 tak hangat-hangat tahi ayam :p
Nota kaki: bulan Jan dpt 1 bby lg, jd lagi la Mama kene beringat hihi :p

Monday, August 23, 2010

Shopping raya dan kisah berjimat-cermat

Jumaat lepas aku cuti. Salah satu plan mmg nak beli baju raya untuk seisi keluarga. Sampai je jalan TAR tu lebih kurang hampir 11am. Gerai sepanjang jalan TAR tu punyala panjang! Gerai berlambak, pilihan berlambak. Kalau berlambak pon pening tau uols! Harga plak aku tgk tade la murah sgt. So akhirnya aku masuk KAMDAR jek sbb lg murah! Kain boleh tahan jugak. Dapat lg 10%. So bayangkan baju raya Mawaddah drm RM39 dapat RM36. Baju Musab lepas diskaun RM24.90. Baju Melayu dewasa RM59.00 ( kain die aku suka btol!) . Mawaddah paling sakan tahun ni sbb aku belikan 2 baju kurung. Then semalam nenek dia kata dh pi tempah baju Waddah lg satu, nenek dia dh belikan kain.

Tahun ni terpaksa la follow kaler Baju Muaz sebab nenek die dah belikan Purple. So kiranya bertema gak la kami. As for me, aku beli baju kurung riau. Balik umah kain dah kene alter.

Mama dapat jugak 1 blouse dr Top Girl. I like =).

Semua baju ni dah dicuci dan digosok tawww. Efisien tak? ( hubby kata " amboi!" aku kata " next wk nak buat kuih raya daa"

Hari Sabtu diteruskan dengan sedikit agenda menjahit. Iaitu menjahit selimut kid ( yg dah 1 yr ++ beli), betulkan kain baju kurung aku dan jahir getah rambut aku sbb getah rambut aku tinggal sekor jek. Asalnyar nak jahit gak Alas Meja makan & Coffe Table. Aku siap p kedai dekat umah ngan hubby nak pi beli renda. Tapi no renda found. So tergendala lg! Aku tetiba mmg ngidam nak jahit sejak Selasa lepas. Tetiba jek weh! Hasilnya:

Hasilnya seciput, sakit pinggangnyer kemain lg ahaks :p

Ahad plak aku dok punggah bebaju Mus'ab yg lama sbb Muaz nak pakai umur dah 1 YO ni. Hasilnya seluar jalan Ab banyak lg utk adik. So mmg sesuai la aku langsung tak beli seluar Muaz yg baru (jimat abeh weh :p). Lps tu aku pon jumpa punya byk seluar yang pinggangnyer dah longgar. Korangnyer gitu gak ke? So ni projek aku la ni. Semalam puas dok atas sofa mencabut benang dan getahnyer. Berbaloi ke? ntahnyer..kalau aku enjoy berbaloi la..kalau rasa malas, aku bukak je laptop, ha tekan je itu ini, transfer our money ( online shopping) wakakak. Oh ya, masa aku bukak balik tupperware besau2 gajah tuk, punyalah byk baju gals! Syoknyer kalau no-4 ni dpt gals ihiks :p

Todate, sume benang dan getah dah berjaya dibuang. Masih lom jahit sbb malasnyer nak ke umah mak! Aku menjahit di umah mak yer. Umahku tarak mesin jahit.

Alhamdulillah sejak renovation over everyday aku masak. Bukan sbb aku rajin taw! Sebabnyer ada 2 jek, sbb tak boleh telan lauk Param then nak berjimat. Boleh? ehehe. Ni lauk semalam! Ganaskan? Ada 2 menu tu jiran kasi iaitu: Kueh Teow Grg dan Kari Ayam.

Layan......

Feveret aku! Kalau boleh everyday nak ngap tak kire time Iftar atau bersahur! hantu buah la katakan

Pst~ aku dah start merempit ke pejabat starting today, tak larat la jem teruk+mengantuk time driving.

Monday, August 2, 2010

Frugal & healthy eating

Bekal bawa dr rumah hari ini:
  • Buah-1 biji Limau dan 1 biji Pear
  • Sandwich- Roti dan Tuna Mayonis dengan cili dan bawang potong
  • Nasi-Lauk Ayam masak lemak cili api, ikan bilis goreng, ikan goreng dan sayur kcg pjg sbg ulam
Kalau tetiap hari leh wat gini, cepat sket aku retire ..tp bukan ada kudrat nak masak setiap hari =)

Monday, May 10, 2010

Bagan Lalang Gold Coast : 8-9 Mei 2010

Another fun and budget weekend getaway for us, kids and office mates : Program Santai CDCCM

Tarikh: 8 May 2010
Masa: 10am-4pm
Tempat: Tepi pantai, Bagan Lalang
Aktiviti: Melepak tepi pantai, Mandi laut, Main Pasir, Sukaneka ie: Water Ballon Challenge, Sand Castle Contest, Cool Sponge Bob. Total ada 8 jenis game. Malam: makan ikan/sotong etc bakar

Hanya beberapa kengkawan pejabat bermalam ni disini kerana atas kos masing-masing. Kami menginap:
  • Tempat: Camar Laut, LKIM
  • Kos: RM100/malam
  • Chalet: 2 bilik with 4 single beds ( provided: TV, Toilet,Bathroom, No kettle, air panas kene amik sendiri)
  • No tel :03-31411912
Kami adalah peserta terakhir sampai pada hari tersebut dek kerana Mama rasa kurag sihat, dah telah 6 biji panadol. Lepas rasa ok sket, kemas umah sket baru bertolak dr rumah jam 11pagi. Sampai tempat kejadian 6 game dah abes, tinggal lg 2. Mama tak join any game le sbb handbag asik melekat aje. Memang seronok la outing ngan kengkawan pejabat sbb ada yg mai dr jauh tau ( sarawak), release stress + mengeratkan ukhawah.

Sepanjang 2 hari tu kids sangatla enjoy mandi laut, main pasir dan main buai depan chalet. Lil Muaz behave je sbb Mama dok melekap ngan dia. So ni kiranya percutian bajet sbb kos percutian ni kosnya tak lebih RM250.

Malamnya kami beli sotong, ikan dan udang bakar tapi kene tapau sbb Mawaddah dah buat perangai. Baby Muaz ok je..bila ngantuk, lena je ngan dakapan Mama. Esoknya kami lepak2 lagi tepi pantai , kami bawa tikar so senang nak melepak sambil kids main2 air. Kui 1pm kami check out dan terus balik rumah. Owh kat situ ada playground for kids dan ada pasar menjual fresh seafood ie ikan, sotong, udang etc. Besar sungguh sotong dan ikannya! Depa boleh bungkus utk perjalanan jauh lagi tuh, Cuma diingatkan sume dijual pd harga pelancong, lebih2 lg weekend. Faham2 yer.

2010 gi GC Malaysia, bila pulak nak terbang ke GC , Aussie ni

Gambar hari ke-2 . Red theme, kebetulan plak
Sedap btol Muaz tido sbb air-cond semulajadi :p. Belakang tu Palm Tree resort GC under constructions

Area chalet kami, tenang saje
1 bilik ada 2 single beds. Chalet ni boleh masuk 6 pax tau

Our chalet: Tenggiri B. Nama biliknya sume nama ikan: bawal, cencaru etc. Menarik kan? Ada mini playground depan chalet. Boleh buat BBQ dan bercamping dlm area Camar Laut ni. Fully booked btol time wiken
Hari ke 2...jalan sampai ke hujung bagan lalang ada playground and camping area. Nampak seperti tempat baru dibangunkan. Don't worry, surau, tempat makan dan toilet all in walking distance. Ramai btoi org bercamping!

Belakang tu GC tu la..tapi blom siap, still under construction

Suka Muaz jejalan makin hangin!

Group pic!Smileeeee

Budak ni nampak dah besar kan?

Info penginapan lain:
  1. Hotel Seri Mesia- RM160/nite. Memula nak ni tp dah fully booked..slamat save RM60 :p
  2. Chalet Persatuan Perikanan - RM90/nite. 03-31412894
  3. Bagan Villa Resort. RM65/RM75. Majoriti opismet dok sini
  4. Bagan Lalang Beach Resort. RM80/nite.03-3141 1097
  5. Homestay

Wednesday, March 3, 2010

Baby Food: Lagi Resipi + Tips

Gambar pertama ni mmg tiada kaitan dgn tajuk. Ni la kes minor accident tu. Kos pembaikan RM450. Skarang dh cantik balik =)
Kembali ke tajuk asal. Stok minggu lepas dan minggu ini for lil Muaz:

1) Rice + Potato
Cara-cara:
1-Masak beras + air sampai masak
2-Masukkan kentang
3-Blend finely
2) Rice + Carrot
Cara-cara:
1-Masak beras + air sampai masak
2-Masukkan carrot
3-Blend finely

Tips untuk simpan bby food:
Pastikan makanan dah sejuk baru ditutup dan disimpan dalam peti sejuk.

Tips memanaskan frozen baby food ~ the frugal way ( without warmer)

1) Alihkan dulu babyfood dr freezer atas ke belah bawah sehari sebelum guna
2) Keluarkan babyfood ke dalam bekas kaca tahan panas
3) Masak secara double boiler seperti di bawah


Baby food yg telah dipanaskan..lembut jer. Cek dulu suhu makanan sebelum suap bby yer ;)


Inspektor cek kebersihan rumah ni mmg rajin. Sbb tu la makan dan minum pon banyak walaupun badan tak bam sangat.

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...