Showing posts with label Tanam sendiri. Show all posts
Showing posts with label Tanam sendiri. Show all posts

Thursday, March 10, 2016

Kebun di bandar

Seronok pulak tanam pokok. Baru buat sket2...
Tomato ni saya tanam dr fresh tomato yg ada dalam fridge. Cara-caranya:
1. Ambil biji yg ada lendir dalam tomato. Bakinya boleh makan / masak.
2. Rendam 2-3 hari.
3. Cuci, toskan dengan penapis teh. Keringkan atas kertas selama 2 hari.
4. Boleh start semai..gambar atas tu dah berusia 5 hari
Benih bayam ni dapat dari rumah mak. Usia bayam ni dah 7 hari. Bayam yg saya tanam kat luar rumah ni berjaya hidup. Yang dalam pasu tak muncul2. Rasanya tak menjadi sebab kurang cahaya
Bunga ni bila pagi je berkembang. Namanya Ruella Simplex. Batangnya saya dapat dari rumah Mak Ndah di kampung Kuala Pilah. 
Cara tanam daun bawang ni pon senang
1. Potong sket bawang besar/ bawang kecil belah atas. Jangan potong akarnya.
2. Tanam dan siram 2 kali sehari

Ikut pengalaman saya, daun bawang ni boleh guna sekali je. Lepas dah tuai, saya biar je bawang tu tapi die tumbuh balik kemetot. Last2 saya campak je la. Daun bawang pon x guna banyak so tak perlu nak tanam banyak dan selalu. 

Banyak lagi pokok lain..to be continued ya. Dah angan-angan ni macam2 lagi nak tanam..dah order 7 jenih biji benih online..sabar2 menanti hihih

Sunday, January 26, 2014

Bercucuk tanam

Tetiba je rase seronok pulak nak tambah koleksi sayur-sayuran yg ditanam sediri. So semalam beli 7 jenis benih sayur. Aktiviti bercucuk-tanam dijalankan bersama anak-anak.

Sayur-sayurnya adalah:
1. Sawi
2. Kacang Panjang
3. Tomato
4. Bendir
5. Kacang botol
6. Cili kecil
7. Cili besar
Total RM18

Campur sekali dengan semua peralatan RM59 je semua..tak la tinggi sangat kos nak mulakan sayur tanam sendiri ni :) Yang bestnya, boleh bayar guna Big Card! waa kumpul points disitu ekekke

My little helper. Ayah tade..gi company retreat sobs
 Sementara mak berkebun, anak2 dikerah sapu & cuci lantai!! ehehhe

Ok lihat apa yg telah terjadi kat pokok seraiku! Diserang siput babi! :( so terpaksa la aku amik yg mana elok da tanam semula kat area lain. Mujur ada tanah lagi belah depan rumah. Dan mujur aku ada serumpun lagi pokok serai.

Ok ni rumah baru Serai: 

Selain 7 sayur tu, aku tanam kunyit dan bawang..guna ubinya..kita lhat nanti jadi ke tak yer. Aku tak semai dalam bekas kecik..terus letak bekas besar except bawang. 



  Semua pasu-pasu ni memang dah ada kat rumah kecuali 3 je baru beli baru..yang plastik tu. Yg kiri sekali tu daun kucai. Import dr rumah MIL. Lama dah hidup dari last year. Tapi aku malas letak baja..lepas ni berubah. MIL soh letak air2 tahi ikan sebagai baja. MIL punya kucai kat kg punya la banyak dah membiak dan sihat2

Pokok-pokok lain yg 'in-progres' adalah Pisang:
 Ni atok yg tanam depan rumah kami 

Batang ubi yg dicantas pon aku tanam semula 3 batang: 

Ulam raja. Uwan tanam belakang rumah. Hasilnya dikongsi bersama. Untung kan?

Pucuk ubi. Uwan yg cucukkan depan rumah aku eheheh. Pucuk ubi senang betul nak hidup. Cucuk je ..air hujan siram..then tumbuh subur

Limau Purut. Yang ni po senang hidup. Senang nak masak tomyam dan paprik

Pokok Kari. Dah lagi besar dr manusia ok! Sebaya dah dengan Mawaddah. 8 tahun.

Ok next pokok in wish list:
Daun sup
Limau nipis
Bayam

So nak cari tanah dan pasu panjang pulak. Owh yeay Ayah dah balik dengan good news! yippiii 

Saturday, July 28, 2012

Hasil tanaman

Alhamdulillah..masih diberi peluang untuk menikmati bulan Ramadhan yang mulia ini. 


Hari ke 5 berpuasa, Rabu..hanya masak lauk Ayam Masak LemakCili Api..yg lelain adalah lauk hari sebelumnya termasuklah cempedak goreng tu..panas guna oven rasa lebih umph!





Menu hari ke 6, Khamis banyak jugak sebab panaskan lauk sebelumnya + makanan orang beri. Antara menunya nasi dagang, cempedak goreng, sagu gula melaka bersantan dll. 


Hari Jumaat..hanya masak Cucur Jagung, Ayam Goreng ayamas for Ab & Sayur goreng..yg lain lauk leftover Ayam masak lemak cili api dah difrozenkan..

Hari ini, Sabtu ..ikan cencaru sumbat sambal belacan feve kids...paling best dapat masak Asam Pedas Ikan Parang..yg peliknya pagi tadi beli Ikan Parang harga cam murah sangat..rezeki la agaknya

Alhamdulillah dapat juga sedekah daun pandan, daun kucai & daun kesum kepada kawan-kawan pejabat.Gigih bungkus dan bawak naek motor :)


Hasil tanaman fresh dari ladang sekangkang kera hihi

Saturday, January 17, 2009

Mixed entry

[1] Online passive income.
Orang lain dah lama dapat eh? Kita plak baru dpt dr Nuffnang. Tak le bayk sgt pon :p . Dapat last week tapi belum bank in lagi.

Yang kedua dah lama dapat: Affiliate unitamanah.com. So pasif online income setakat ni baru RM131.92. hehe

[2] Roti Arab.

Last week buat roti Arab. Rasanya ok tapi ia kurang naik. Saya pasti ini kerana Yis Mauripan yang saya gunakan dah kurang aktif..dah lama beli duduk dalam almari :p. BTW, sy buat 2 versi, memula yang goreng ( macam dalam gambar) dan yang versi kedua di bakar. Versi dibakar bawa sket ke pejabat bersama kari ayam..nyum...
[3] Pertubuhan Penyayang Raudhah, Gombak

Baju lama yang di hantar ke Pertubuhan Penyayang Raudhah Gombak. Insyallah, lain kali cuba juga cari kesempatan utk kesana. Baju ini dihantar oleh Emak & Abah.

EMAK KATA:

PONDOK ANAK YATIM RAUDHAH MEMERLUKAN SUMBANGAN UNTUK MEMBAIK PULIH ASRAMA DAN SURAU. MEREKA JUGA SEDIA MENERIMA PAKAIAN TERPAKAI, KASUT, PINGGAN MANGKUK, SARDIN, BERAS, GULA DAN APA SAJA YANG DIRASAKAN SESUAI. DATANGLAH MELAWAT TAMAN
RAUDHAH...

UNTUK BANTUAN KEWANGAN BOLEH SALURKAN KE AKAUN MAYBANK :
564221610787 ATAU,

CEK ATAS NAMA 'PERTUBUHAN PENYAYANG RAUDHAH'

ALAMAT : PONDOK PENYAYANG RAUDHAHBATU 11, GOMBAK, 53100 SELANGOR DARUL EHSAN. TEL: 03 61852048

[4] Cendawan
Since ada yang tanya cendawan..ni la khabarnya. Kini masuk bulan ke 3 bulan lebih, cendawan masih mengeluarkan hasil. Setiap kali tumbuh kali ini, hasilnya kurang sedikit berbanding masa mula-mula dulu. Hasil -hasil pertama cendawan dulu sebenarnya dah cover kos sebab kita hanya beli RM1.50/bag dan hasil awal-awal dulu keluar bersamaan RM1 dlm plastik kat pasar tu (macam susah nak faham plak ayat ni). Kami ingat nak beli lg bawa balik kg..aduhai, belum gi beli lagi..entah bila la gamaknya. Yang penting kita enjoyyy.
Nota: Cendawan ini untuk kegunaan sendiri sepenuhnya (bukan untuk dijual).

Sunday, December 14, 2008

My first Tudung Ekin DIY

Rumusan aktiviti hujung minggu:

Hari Sabtu kami ke LowYat menaiki keretapi..pengalaman yang amat di nanti-nanti oleh anak-anak. Walaupun agak penat sebab kene tukar tren..tapi depa nampak enjoy. Hasilnya kami menghabiskan wang untuk mendapatkan 1 digital camera : Panasonic Lumix FS3 + 4G for RM599. Yang hebatnya 3 kedai yang kami approach for this kamera dah sold out! Ganehnya rakyat Malaysia membeli FS3. Alahai harga kat Lowyat mmg murah dr MV or KLCC ler.
Excited dengan kamera baru..saje tangkap beberapa gambar di atas. Dah lama kan tak tengok cendawan kami yang hidup subur? Separuh dah kutip letak dalam peti sejuk. Ada sesapa nak beli? hihi Tak lupa juga gambo Mee Bandung buat today. Favorite anak & ayah ;) Ok tak the food's pic?
Dan selepas makan-makan mee Bandung..saya lari kejap ke kedai kain dekat rumah with intention nak beli Thai Silk untuk buat awning Tudung Ekin DIY. Tapi, hasilnya hanya dapat China Silk..emm..belasah je la. Kali pertama buat..alhamdulillah menjadi..hasilnya 2 tudung, but 1 tudung agak kecik....salah beli kain Jersey utk Body tu kot? atau salah potong? btw..esok nak tanye balik cikgu jahit. :) BTW, sapa nak guidelines step by steps Tudung DIY ni boleh minta saya..give ur email plsss.

gatal tangan tak dapat jahit manik kita jahit tudung pulak :p

Saturday, October 25, 2008

Cendawan pertama kami!

Sebagai salah satu cara berjimat -cermat kami ialah projek pertanian makan sendiri :p. Kami mencuba cendawan buat makan sendiri yang dibeli daripada Gomi Mushroom.

Oh ya alkisahnya kami tidaklah sampai ke Pulau Indah Klang untuk mendapatkannya, tetapi ianya dibeli dengan tuan puan perniagaan yang kebetulan Abang Ipar kepada Hani Ariff ( tolong promote ni ). Kami ke rumah terbuka beliau minggu lepas dan tanpa kursus yang rasmi, kami ingin mencuba tanaman cendawan ini. Harga 1 bag hanya RM1.50 dan ianya boleh diguna hingga 6 bulan lamanya. Kami membeli 10 beg cendawan sebagai permulaan. Saya pon tak pasti bagaimana nak menjaganya cuma mencuba mengikut nasihat beliau.
Beg-beg cendawan setibanya di ruang dapur pada hari Ahad lepas.


Cendawan sedang mengeluarkan hasilnya tak sampai 7 hari. Hasil pertama cendawan keluar dari bahagian tepi , ni dek sebab tak habis belajor la ni :p. Hasil pertama cendawan saya terus goreng malam tadi. Fresh dan sodap!

Oh ya, menjaganya tidak berapa susah. Tidak perlu disiram dan saya hanya meletakkan beg-beg tersebut di atas meja di dapur sahaja. Yang penting tidak boleh kawan panas / cahaya matahari ;)
Nota:
Nisastore~ banyak design baru dan produk baru iaitu Hijab dan Pants
Resipi Baked Pasta~ Selamat mencuba!

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...