Thursday, March 10, 2016

Kebun di bandar

Seronok pulak tanam pokok. Baru buat sket2...
Tomato ni saya tanam dr fresh tomato yg ada dalam fridge. Cara-caranya:
1. Ambil biji yg ada lendir dalam tomato. Bakinya boleh makan / masak.
2. Rendam 2-3 hari.
3. Cuci, toskan dengan penapis teh. Keringkan atas kertas selama 2 hari.
4. Boleh start semai..gambar atas tu dah berusia 5 hari
Benih bayam ni dapat dari rumah mak. Usia bayam ni dah 7 hari. Bayam yg saya tanam kat luar rumah ni berjaya hidup. Yang dalam pasu tak muncul2. Rasanya tak menjadi sebab kurang cahaya
Bunga ni bila pagi je berkembang. Namanya Ruella Simplex. Batangnya saya dapat dari rumah Mak Ndah di kampung Kuala Pilah. 
Cara tanam daun bawang ni pon senang
1. Potong sket bawang besar/ bawang kecil belah atas. Jangan potong akarnya.
2. Tanam dan siram 2 kali sehari

Ikut pengalaman saya, daun bawang ni boleh guna sekali je. Lepas dah tuai, saya biar je bawang tu tapi die tumbuh balik kemetot. Last2 saya campak je la. Daun bawang pon x guna banyak so tak perlu nak tanam banyak dan selalu. 

Banyak lagi pokok lain..to be continued ya. Dah angan-angan ni macam2 lagi nak tanam..dah order 7 jenih biji benih online..sabar2 menanti hihih

1 comment:

Sharinginfoz said... Reply To This Comment

bagus juga tanam-tanam benda alah ni