Saturday, January 17, 2009

Mixed entry

[1] Online passive income.
Orang lain dah lama dapat eh? Kita plak baru dpt dr Nuffnang. Tak le bayk sgt pon :p . Dapat last week tapi belum bank in lagi.

Yang kedua dah lama dapat: Affiliate unitamanah.com. So pasif online income setakat ni baru RM131.92. hehe

[2] Roti Arab.

Last week buat roti Arab. Rasanya ok tapi ia kurang naik. Saya pasti ini kerana Yis Mauripan yang saya gunakan dah kurang aktif..dah lama beli duduk dalam almari :p. BTW, sy buat 2 versi, memula yang goreng ( macam dalam gambar) dan yang versi kedua di bakar. Versi dibakar bawa sket ke pejabat bersama kari ayam..nyum...
[3] Pertubuhan Penyayang Raudhah, Gombak

Baju lama yang di hantar ke Pertubuhan Penyayang Raudhah Gombak. Insyallah, lain kali cuba juga cari kesempatan utk kesana. Baju ini dihantar oleh Emak & Abah.

EMAK KATA:

PONDOK ANAK YATIM RAUDHAH MEMERLUKAN SUMBANGAN UNTUK MEMBAIK PULIH ASRAMA DAN SURAU. MEREKA JUGA SEDIA MENERIMA PAKAIAN TERPAKAI, KASUT, PINGGAN MANGKUK, SARDIN, BERAS, GULA DAN APA SAJA YANG DIRASAKAN SESUAI. DATANGLAH MELAWAT TAMAN
RAUDHAH...

UNTUK BANTUAN KEWANGAN BOLEH SALURKAN KE AKAUN MAYBANK :
564221610787 ATAU,

CEK ATAS NAMA 'PERTUBUHAN PENYAYANG RAUDHAH'

ALAMAT : PONDOK PENYAYANG RAUDHAHBATU 11, GOMBAK, 53100 SELANGOR DARUL EHSAN. TEL: 03 61852048

[4] Cendawan
Since ada yang tanya cendawan..ni la khabarnya. Kini masuk bulan ke 3 bulan lebih, cendawan masih mengeluarkan hasil. Setiap kali tumbuh kali ini, hasilnya kurang sedikit berbanding masa mula-mula dulu. Hasil -hasil pertama cendawan dulu sebenarnya dah cover kos sebab kita hanya beli RM1.50/bag dan hasil awal-awal dulu keluar bersamaan RM1 dlm plastik kat pasar tu (macam susah nak faham plak ayat ni). Kami ingat nak beli lg bawa balik kg..aduhai, belum gi beli lagi..entah bila la gamaknya. Yang penting kita enjoyyy.
Nota: Cendawan ini untuk kegunaan sendiri sepenuhnya (bukan untuk dijual).

No comments:

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...