Showing posts with label GC Bagan Lalang. Show all posts
Showing posts with label GC Bagan Lalang. Show all posts

Monday, May 10, 2010

Bagan Lalang Gold Coast : 8-9 Mei 2010

Another fun and budget weekend getaway for us, kids and office mates : Program Santai CDCCM

Tarikh: 8 May 2010
Masa: 10am-4pm
Tempat: Tepi pantai, Bagan Lalang
Aktiviti: Melepak tepi pantai, Mandi laut, Main Pasir, Sukaneka ie: Water Ballon Challenge, Sand Castle Contest, Cool Sponge Bob. Total ada 8 jenis game. Malam: makan ikan/sotong etc bakar

Hanya beberapa kengkawan pejabat bermalam ni disini kerana atas kos masing-masing. Kami menginap:
  • Tempat: Camar Laut, LKIM
  • Kos: RM100/malam
  • Chalet: 2 bilik with 4 single beds ( provided: TV, Toilet,Bathroom, No kettle, air panas kene amik sendiri)
  • No tel :03-31411912
Kami adalah peserta terakhir sampai pada hari tersebut dek kerana Mama rasa kurag sihat, dah telah 6 biji panadol. Lepas rasa ok sket, kemas umah sket baru bertolak dr rumah jam 11pagi. Sampai tempat kejadian 6 game dah abes, tinggal lg 2. Mama tak join any game le sbb handbag asik melekat aje. Memang seronok la outing ngan kengkawan pejabat sbb ada yg mai dr jauh tau ( sarawak), release stress + mengeratkan ukhawah.

Sepanjang 2 hari tu kids sangatla enjoy mandi laut, main pasir dan main buai depan chalet. Lil Muaz behave je sbb Mama dok melekap ngan dia. So ni kiranya percutian bajet sbb kos percutian ni kosnya tak lebih RM250.

Malamnya kami beli sotong, ikan dan udang bakar tapi kene tapau sbb Mawaddah dah buat perangai. Baby Muaz ok je..bila ngantuk, lena je ngan dakapan Mama. Esoknya kami lepak2 lagi tepi pantai , kami bawa tikar so senang nak melepak sambil kids main2 air. Kui 1pm kami check out dan terus balik rumah. Owh kat situ ada playground for kids dan ada pasar menjual fresh seafood ie ikan, sotong, udang etc. Besar sungguh sotong dan ikannya! Depa boleh bungkus utk perjalanan jauh lagi tuh, Cuma diingatkan sume dijual pd harga pelancong, lebih2 lg weekend. Faham2 yer.

2010 gi GC Malaysia, bila pulak nak terbang ke GC , Aussie ni

Gambar hari ke-2 . Red theme, kebetulan plak
Sedap btol Muaz tido sbb air-cond semulajadi :p. Belakang tu Palm Tree resort GC under constructions

Area chalet kami, tenang saje
1 bilik ada 2 single beds. Chalet ni boleh masuk 6 pax tau

Our chalet: Tenggiri B. Nama biliknya sume nama ikan: bawal, cencaru etc. Menarik kan? Ada mini playground depan chalet. Boleh buat BBQ dan bercamping dlm area Camar Laut ni. Fully booked btol time wiken
Hari ke 2...jalan sampai ke hujung bagan lalang ada playground and camping area. Nampak seperti tempat baru dibangunkan. Don't worry, surau, tempat makan dan toilet all in walking distance. Ramai btoi org bercamping!

Belakang tu GC tu la..tapi blom siap, still under construction

Suka Muaz jejalan makin hangin!

Group pic!Smileeeee

Budak ni nampak dah besar kan?

Info penginapan lain:
  1. Hotel Seri Mesia- RM160/nite. Memula nak ni tp dah fully booked..slamat save RM60 :p
  2. Chalet Persatuan Perikanan - RM90/nite. 03-31412894
  3. Bagan Villa Resort. RM65/RM75. Majoriti opismet dok sini
  4. Bagan Lalang Beach Resort. RM80/nite.03-3141 1097
  5. Homestay

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...