Alhamdulillah langkah pertama ke arah menjayakan sasaran Debt-Free by umur xxx sudah terlaksana. Baru jer semak Slip Gaji pagi td.
Ianya hanyalah Nisbah Hutangku sudah meningkat dr 39% ke 45%. Aku menaikkan bayaran hutang rumah bulanan sebanyak 28%. Berpinar kejap mata :p ekekke. Dengan peningkatan Nisbah Hutang, ini bermakna mulai bulan ini kategori 'duit cair' menurun sebanyak 13%. Knapa 'Cair' ? Sebab cucuk jek kat ATM dah leh gi shopping :p, tak pon online shopping klik2 saje)
Hihi tak kesah la duit cair dah kurang, duit simpanan tetap dah potong sesiap. Jadi as usual I love to live in simple and frugal way ;) . Aku pon suka berjimat-cermat. Tapi hangan-hangan nak gi Aussie tetap ada! Dana sedang dikumpul :p Bajet mesti followww...
Dulu aku dah pernah share Artikel Nisbah Hutang kat my old website bijakringgit.com, tapi aku tak copy plak so bila tak continue contract ( aku yg decide), skrang aku kene taip balik citer Debt Ratio. Kendian la kot eh. Bagi yg mudah dulu:
Cara pengiraan Debt Ratio / Nisbah Hutang:
Jumlah Hutang bulanan / Gaji bawa pulang ke rumah X 100%Nota:
- Hutang = hutang kereta, rumah, kad kredit, pelajaran, hutang peribadi etc
- Gaji bawa pulang ke rumah= Take home salary = Gaji kasar - ( KWSP & Perkeso)
Nisbah hutang yang selamat adalah antara 35%-40%. Sekiranya Nisbah Hutang telah melebihi 50%, ianya boleh dikira di tahap yang kurang selamat dan perlu disemak dahulu.
Pernahkan anda menyemak Nisbah Hutang anda? Atau menilai tahap kesihatan 'Kewangan' anda?
Next action plan:
- Pengeluaran duit EPF for housing loan, target by Dec 2010 (before deliver). Harap2 tak hangat-hangat tahi ayam :p
6 comments:
Uih...akak 49%...kena cut lagi mana2 yang x penting tu...;)
aku pun suka buat kiraan gini..
selalunya aku cuba gaji bersih tu masuk dalam simpanan TH sebanyak 10-20% tiap-tiap bulan, pakai autodebit senang.
kalau dpt bonus, 50-60% ke tabung haji (selalunya lebih 50%)
dan last sekali, sedekah untuk diberi cuba nak achieve 10% dari gaji bersih. yang ni selalu failll :(
kak tyha, potong kain tu btol3 ekekek :p
aida, yes ko sama ngan aku..aku pon wat autodebit dr 1st month keje kat tm!
bonus pon aku wat gitu
bezanya aku autodebit gaji bulanan to TH and Unit Trust PM
sedekah tu tak kira lak bape %
aku saving x autodebit/SI...sbb every mth mesti berubah2..kadang byk kadang sket...teruk tak huhu
yati, ekekek tak dapek den nak nolongnyerr
kalau dah betul2 kene bayar penuh duit rumah..mmg dah capai 55%...nyum2..tapi kalau tambah ngan htang keredit card seme...mmg ++ kot..huhu
Post a Comment