Saturday, October 23, 2010

Popiah Goreng

Kalau diimbas semula rasanya kali terakhir aku buat Popiah goreng it like 2/3 yrs ago. Masa beraya ke rumah Baiti tempohari, die jamu Popiah goreng yg sedap, so apa lagi ku minta resipinya melalui SMS so aku pon buat la today.

Bahan-bahan:
Bahan tumbuk: Bawang besar, bawang merah, cili kering / cili besar merah ( aku blend saje)
Sengkuang
Kacang Buncis
Lobak merah
Cendawan butang dalam tin
Udang hidup dipotong dadu
Soohun - direndam dan dipotong pendek-pendek
Garam secukup rasa
Telur

Cara-Cara:
1. Potong semua sayur-sayuran kiut-kiut
2. Tumis semua bahan tumbuk sampai naik bau
3. Masukkan udang diikuti lobak merah
4. Selepas udang masak boleh masuk sayur lain-lain tu ikut kekerasan die
5. Masukkan telur dan sooohun dan kacau sampai masak dan kering
6. Sejukkan pada suhu bilik kejap, then boleh menggulung
7. Untuk lekatkan hujung kulit popiah boleh guna bancuhan air+tepung jagung
8. Goreng sampai kulit poipiah bertukar warna keemasan

Nota:
Kalau ada sayur tertentu di atas tiada, takpe ler..jgn follow sgt resipi yek...yg penting ada udang mmg rasanya terangkat!

My Mawaddah yg tolong pisahkan satu persatu kulit popiah. Bestkan ada anak pompuan? hihi. Ada lebih buat frozen for breakfast next week.

Siap sudah. Semua suka makan termasuk my lil Muaz!

Open house tahun depan boleh buat ni..yummy2

7 comments:

aida said...

huhu nampak sedap

Farra Da Smiley said...

aida, kat sana tade jual kulit popiah ek?

y@tipruzz said...

aku ske giler popia!! aku wat buh telur, ayam n togey sama...wat bebyk n frozenkn..best!!

aida said...

ada kulit popia.. aku beli instant je sokmo.. heheh

tapi selalu kulit popia aku buat murtabak je

Farra Da Smiley said...

yati, aku suke taugeh but ade dgr citer ada yg dibuat dr air kencing plak..ntah laa

aida, wah bagusnyer kat sana pon ada eheh

ieka said...

tak pedas ke fara letak cili? muaz boleh makan?

Farra Da Smiley said...

ika, tak pedas..muaz sgt layan benda yg ada rasa spicy sket dr plain jek

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...