Showing posts with label Cloth Diapers. Show all posts
Showing posts with label Cloth Diapers. Show all posts

Wednesday, November 18, 2009

Buy 5 free 1

Bahana shopping online. Sampailah rompers baru Muhammad kat opis. Beli harga diskaun dari sini, siapa boleh tahan kan? Aku tengok baju jenama kat Isetan KLCC punyalah mahal bangatt.
Ok yang ni Insert buy 5 of 3 layers insert , free 1 of 2 layers insert. Insert memang kene ada lebih..tahu2 jelah cuaca sekarang ni asik ujan. ha apa lagi, meh beli kat sini. Harga diskaun jugak! I like... 3 layers insert RM8 je..kat luar range between rm10-15. Ada button to adjust your baby size okei.

Selarang sedang berkursus OrenBijak kat Corus Hotel 3 hari, tajuknya coaching for transformational leadership. Tengoklah hasilnya nanti, boleh ke tak aku jadi transformers! btw, setakat ni mmg best rr course ni....

Wednesday, November 4, 2009

Ngeri tak baca ni?

Dear Customer,

Our diapers are made from a variety of non-child friendly products including bleached paper pulp, petrolatum, stearyl alcohol, cellulose tissue, sodium polyacralate, and perfumes. Some or all of these ingredients may cause adverse reactions to the wearer, including reduced respiratory function, so please exercise appropriate caution when using our product.

Our products are not biodegradable or environmentally friendly and they may contribute greatly to environmental pollution. Although recycling disposable diapers is a possibility, we do not, at this time, use any of these available methods as the monetary costs are too great. Thank you kindly for using our products anyway.

Sincerely,
A Large Disposable Diaper Company
Taken from diaperjungle. Hmm... I just luv my CD.

Lagi satu tips bout CD: Ahad bebaru ni, aku basuh CD guna mesin basuh , ternyata lagi bersih! Kuning-kuning atas CD tu semuanya hilang..amazing btol! Compared with handwash, kuning-kuning tu hilang masa kita jemur bawah terik matahari. Senang la gitu, guna mesin basuh aje wahai ibu-ibuannn.

Nota kaki: Murah aa pakej CD ni! eh aku plak tolong iklan..mmg untung le sapa2 yang nak try guna CD. Aku idokler..dah ada byk CD.

Wednesday, August 19, 2009

Ameda and CD in action

Review on Ameda:
Aku dah start memerah hanya sekali / sehari. So far so good la Ameda ni. Since it's dual pumping so banyak masa save on pumping session.

Sebelum ini, aku hanya gunakan Avent Manual dan masih elok lagi. So boleh la 1 BP letak kat rumah dan 1 BP letak kat pejabat. tapi sesekali yang kat pejabat kene bawa balik rumah juga untuk di sterelize.

Pros:
  1. Cepat dan jimat masa memerah sebab dual pumping
  2. Tak rugi susu. Dulu masa guna single pump, bila perah sebelah B, sebelah B meleleh susu.
  3. Kalau tade elektrik, boleh guna bateri

Cons:
  1. Berbunyi la sket berbanding Avent manualku itu
  2. Berat la sket berbanding Avent manualku itu
To date stock: 24 OZ
Abg tanyer: knapa sebelah dpt byk sebelah sikit? Anda tentu tahu jawapannya!hehe

Kisah CD (Cloth Diapers):

Disebabkan aku ada 6 CD je, so memang tak cukup nak menampung kegunaan Muhammad sepanjang 1 hari. So terpaksa diselang seli dengan lampin kene cuci tu. malam baru guna lampin pakai buang jam 12am keatas. Muhammad banyak la membuang terutama ayor besar. Elok la tu, nak buang kuning dia...


Check up hari ke 12 umur Muhammad


Semalam check up lagi dgn Doc Azam. Minggu lepas dr Ujian darah , kuning dia berukuran 216 dan semalam 218. Doc kata tiada apa yang perlu dibimbangkan. Hanya teruskan penyusuan. Aku dah totally stop makan tablet Ikan Haruan dan Tablet Wanita dr Set Bersalin HPA buat masa ni. Diselang seli juga bagi Muhammad minum air kelapa muda sedikit.

Ni gambo sambil tunggu Ujian darah semalam:

Berat Muhammad: 3.93kg ( naik 600gm dr hari dilahirkan)
Berat Mama: 61kg ( turun 14kg dr hari nak melahirkan, siang 6/8/09 tu 75kg)

Gambar kat atas, aku dah pakai Nursing T shirt size M. Malam dah tak pakai bengkung. Siang masih diteruskan. Tungku pagi dan petang masih diteruskan. Aku nak attack lg 2-4 kg sebelum raya, boleh? Tapi Mama BF ni tak bleh pentingkan diri sendiri kan. Kene makan berkhasiat so dpt hasilkan susu berkhasiat.

BTW, baju raya yg ditempah dah dapat semalam..yahoooo....tahun ni melaram ngan 3 pasang baju je, mawaddah ada 2 psg baju kurung. Ayah ngan Mus'ab gi cari sendiri la Ramadhan nanti :p . Cam biasa kami tade tema warna..kuang kuang . We all colourful!

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...