Monday, March 28, 2011

Nak kene gerakkan stok EBM

OTW home dr birthday party Ayan, kami singgah di Baby Manja shop @ Ampang beli puting susu NUK. Walaupun agak melawan, akhirnya lil Maher minum juga EBM via standard bottle. Alhamdulillah...so tak perlula nak beli botol Avent 4 oz. Boleh la guna botol Bumble Bee sedia ada. Minggu ni kene kerap kasi susu botol di siang hari, targetnya 2 kali sehari supaya lil Maher lebih biasa dengan botol. Cuma Maher ni ngan habit die bila minum susu dalam botol ni mesti tak licin...mmg le sayang tgk susu tu tak abeh, tapi ku buang aje la. Pam lg susu dan kasi the next feeding yg fresh. Susu frozen kureng sedap kot..sbb tu x abeh.

Alkisahnya Faber Upright Freezer mmg dah full + freezer 2 doors plak belah atas almost full. Kene la gerakkan stok bln Jan lelaju sket gini nk kasi ruang sket. Kalu tak jalankan stok awal tu rasa agak malas pulak nak pam dgn alasan tade tempat sudah nk store. Terukkan? ish ish..fyi, upright freezer ni mmg kureng sket space compared deep freezer yg bukak atas tuh...

BPA Free Avent BP dah dapat last Friday. Dedua masih guna, yg lama dan baru. Yang penting tak panaskan susu guna botol avent yg lama. So nampaknya leh bawa 1 BP Avent p pejabat nnti, dan satu lg tinggal rumah.

Nampak tak beza kaler? Yang kiri BPA, warna putih. Yang kanan is BPA Free honey-color.

Power Tripped semakin meruncing!

Power tripped kat umah ni semakin meruncing. Lately socket oven yg konggg..dah tu semalam pagi terkejut sangat bile sedar soket @ Upright Freezer dah konggg! Lebih 10 jam tau, tapi alhamdulillah susu semua masih beku. Kalau cair maunya meroyann..stok susu tu lebih 100++. Completely full. A day before tu freezer tu dah naik snow/ais, meaning sgt sejuk. Yg tak bagusnya Faber Freezer ni tiada lampu! so no indicator la bila letrik tade. Ape l e depa ni..next production sila la tambah lampu huhu. Apapon Alhamdulillah, Allah bantu. Sib baik perasan sebelum kami keluar. Dah la semalam keluar sampai malam. Ok dah call kontraktor tp die masih bz repair umah lain. Next is to repair our internal wiring. Ongkos keluar maa demi keselamatan kami anak beranak.

3 comments:

ummi said...

yang, jgn buang baki susu tu. buat siram pokok.

Unknown said...

sy punya freezer pun dh nk penuh huhuhu

Farra Da Smiley said...

k.tie, oo ok..x pernah terfikir, ok leh siram pokok

nana, rezeki anak kita :) sbb tu la so frozen milk kalu maher minum x abes akak buang jekk

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...