Monday, March 28, 2011

Bayi kerap muntah /tersedak susu, normalkah?

Sedih sgt bila baca kisah bayi 2 bln ni meninggal kerana tersedak susu. Dan kerana inilah aku ambil cuti tambahan setelah cuti bersalin 60 hari tamat. Saja nk bagi si kecil besar sket baru ke taska. Besar tu tadela beza sangat, cuma ia memberi satu kepuasan dpt menjaganya dengan tangan sendiri.

Adakah fenomena tersedak susu itu normal?

Aku tak pasti. Cemana ngan pendapat uols? FYI, lil Maher sangat sangat kuat tersedak susu. Bila susu keluar, maunya macam 1/2 cawan gitu. Habis basah bajunya, bajuku, sofa/cadar dan bantal. Sebelum kene jab 1 bulan haritu, risau juga dibuatnya kalau berat badan tak naik sangat. Alhamdulillah dr 3.63kg naik 5.7kg. Last week ada terbaca dr link mana ntah, katanya bayi kurang 4 bulan mmg biasa tersedak susu. Oleh itu sangat penting utk kita burp dan juga pantau bayi. Lepas di burp pon, bayi boleh tersedak susu. Selalu juga terjadi lps Maher menyusu, sudah di burp dan kemudian tido..then aku gi buat keje..beberapa minit lps tu penuh baju ngan susu semula. Kerana itula sangat bahaya jika bayi tidak di pantau. Lagi sadis bila bayi diberi botol dan dibiar minum sendirian dgn cara meletakkan bantal/kain di bawah botol. Sungguh bahaya. Nanti Maher dh masuk taska, nk kuingatkan la selalu benda ni kat bibik supaya die pantau betul-betul.


7 comments:

Marina said... Reply To This Comment

samalah dengan baby saya..kalau lepas burp terus tido, kadang2 ok, kadang2 keluar susu..tapi kalau jaga/main/mengeliat/nangis, habis la basah baju lepas tu dengan susu..bukan takat keluar kat mulut je, dengan hidung sekali..memang ready penyedut hidung selalu..seb baik la dpt opt cuti 90 hari..kurang2 dah besar sikit..risau betul nak anta ke nursery...

ARNA said... Reply To This Comment

yusuf pun muntah susu tp after 2bulan dh okey

Farra said... Reply To This Comment

Marina, oo ok...risau tu mmg adakan....cuma kita sama2 la berdoa dan selebihnya kita serahkan pd Allah :)

Nana, ooo..ni Maher dah lebih 2 months ni..masih kerap muntah

Tyha said... Reply To This Comment

Najmi dulu mcm tu.Sampai 3 ke 5 bulan. Dah lepas minum susu kali pertama muntah,pastu nyusu balik baru x muntah.Tapi baan dia montel jugak...;).Yes baby memang sentiasa memerlukan pemantauan.

y@tipruzz said... Reply To This Comment

idlan dulu camtuh, aku dh lupa terms dia ape, lebih kurang stomach reflex gitu la try google. sbb otot esofagus blom cukup kuat hence baby got tendency utk muntahkan blk susu. idlan dulu sampai terpancut2 kuar fr mulut n hidung. jumpe paed, dia ckp as long as weight naik, takper..tp kena slalu burp. Bila kitorang burp, after that mmg x muntah dah.
It's common hence dun wori tp kena monitor slalu. Cam ammar n firas, aku langsung x burp tp tak muntah pon hehe...otot depa kuat kot :)

Farra said... Reply To This Comment

k. tyha, kuat toi muntahnyer..ni kene get ready extra baju @ taska

yati, waaa x payah burp..jarang2 dgr..senang gak la gitu

Jue Hairul said... Reply To This Comment

Anak sy pun sama. Dh burp pun muntah lagi. Kalau xburp apatah lagi. Dulu ank 1st mak tlg jaga smp setahun sbb duk rajin muntah cmni lah. Tp anak kedua ni lps cuti 90hr dh kena anta pengasuh. Sshnya lah hati ni