Thursday, March 31, 2011

Petua Susu Banyak Tanpa Supplement

Perlu ke sangat supplement utk tambah susu badan? I personally think tak perlu....kalau perlu sgt pon bila susu merudum setelah berbulan-bulan menyusu atas faktor tertentu OR ibu sendiri tidak menjaga pemakanan yang betul. Namun begitu pilihan di tangan ibu masing-masing. Peace no war ok!

Sejak akhir-akhir ni, terlalu banyak promosi berkenaan supplement itu dan ini ( rasanya uols tahu la brand apa) untuk menambah susu badan. Bukanlah apa, sesetengah barang tu harganya macam sgt over, lagi-lagi la produk MLM. Ianya menekan pelanggan. Tetiba terbaca kupasannya disini. Menarik, sila baca!

Ada yang menyarankan supplement diambil dr hari pertama bersalin lagi ..aiyoo. Anda tak yakin ke yang susu badan anda akan mencukupi untuk anak?

Ok disini kita kongsi sket petua banyak susu tanpa kos yang banyak = supplement.

1. Minda yg positif. Sentiasa berfikiran positif. Katakan pada diri kita " Ibu banyak susu dan cukup untuk anak"

2. Minum air kosong banyak. Minum air lain-lain pon boleh aja macam susu, milo, air soya, air longan.

3. Makan makanan seimbang. Memang tak boleh nak diet. Ibu kene cukup makan nasi, sayur, ikan , daging, etc.

4. Makan makanan yang dipercayai menambah susu badan. Seperti lobak putih, pegaga, bendir, jantung pisang, halba etc.

5. Kerapkan menyusu anak dan pam susu

6. Tambah ilmu dengan membaca buku atau blog berkenaan penyusuan supaya dapat meningkatkan motivasi dan displin. Sebenarnya dr blog2 juga la aku banyak belajar tentang cara penyimpanan susu dan cara pengurusan susu yang betul.

Pendek kata, tiada rahsia untuk mendapat susu yang cukup untuk anak-anak kita. Semua yg tertulis di atas tu semua orang dah tahu. Pilihannya kat kita juga, nak buat atau tidak. Allah telah ciptakan susu kita tu cukup sesuai dgn anak kita, tak kira lelaki atau perempuan. Ibu perlulah berusaha. Jangan mudah mengalah, kita mesti kuat semangat selagi terdaya :)

8 comments:

afidalina said...

thanks farra! kita pun sgt harap dpt BF baby ni. hopefully ada rezeki dia.

yatiscloset said...

i loike!!!

what i do is always to empty ur breast...that's the most important thing rasanya :)

afi - of course u can do it, byk membaca ok! starts from now tau :)

Farra Da Smiley said...

afi, awak dah byk sumber utk bf dr anak 1st..kami dulu anak 1st dah gagal..kurang ilmu ..sobs

yati, owhh yg tu btol3..tp kan..the daddy suka sgt tanya, eh lepas perah ada lg ker susu die nak minum? takut tak cukop pulak..eheh..padahal susu tu yg keluar lg

Anonymous said...

makan pada waktunya mmg perlu, dan makan yg cukup. Masa dlm pantang, kita kat rumah, makan tak banyak pun, mungkin juga cukup rehat. Jadi mmg tak de masalah dgn susu, well lagi pun masih awal lagikan... baby x minum banyak. Tapi bila dah kerja, kerja pulak yg lunch pun kena kerja, dan dari pagi yg mmg tak sempat nak jamah apa2, hatta nak minum air kosong, yea ada kerja mcm tu. Mmg susu susah nak ada banyak... kalau tak pun, kena perah lama2... dan banyak kali, dan jadi lembik (atas faktor tak makan). So, saya ambil supplement, supaya tak terover letih, bila terpaksa buat mcm tadi, somehow, bila ambil supplement, badan jadi cergas, sistem pembuangan/perkumuhan pun jadi lancar... dan susu flow pun baik. I believe, tak semua org ada ckup nutrients, kalau makan pun, mungkin seimbang tapi tak teratur, atau extra letih. Actually, nak seimbang pun payah, kadang2 bila anak kecik2, dan kerja yg pretty demanding, balik dah lewat yg sempat lauk dan nasi, sayur, mmg tak sempat nak masak. Jadi mana nak seimbang, supplement is there as an additional source. Just my 2 cents of thoughts to share... tak semua org sama, cara hidup, dan kebolehan menyerap nutrients, mungkin sbb faktor masa dibesarkan dulu, jadi mmg some people to need supplements. Tapi mmg saya sokong breastfeeding. Tgk iklan anmum how many additional sugar in formula milk, mmg sedih... so, doa banyak2, anak2 dpt disusukan... maaf panjang...
-akak-

Farra Da Smiley said...

akak, yer ..supplement perlu utk tambah tenaga ibu ..saya pon amik multivitamin n jamu utk tenaga..i mean here promosi yg over menyarankan dr hari bersalin lg dah kene amik supplement, so nampak cam badan kita ni wajib ada supplement baru produce susu

MaMa IyTa said...

salam farra, thx atas info.
akak la ni mmg bf baby..tk sangka dpt bf sehingga baby la ni dah 7bln..masa anak 1 n 2 mmg tak bf sgt..tak reti dan tak sabar..BF baby ni mmg mengujikesabaran.Dulu mmg selalu pk..cukup ke susu ni utk baby...?tp alhamdulillah..semua ok..cuma masalah la ni..nk ajar baby minum dari botol..mcm mana ye..dh penah ajar..tp tak berhasil...ada petua ke?thx

Siti Liyana said...

Kalau saya,perlu bagi saya utk ambik supplemen sbb saya tak sempat nak amalkan diet seimbang..tapi bergantung..kl yg sempat..mmg xperlu ambik supplemen..sebenarnya supplemen hanya melancarkan bukan membanyakkan susu..bila badan cukup nutrien..sihat dan xstress..automatik susu akan banyak..tapi mesti pump setiap 3 jam sekali..n minum air lebih dari 3 liter..kalau nk supplemen pun kena pilih yg semulajadi n tanpa bahan pengawet ,pewarna perasa..so,adalah tugas kita sbg pengguna utk mencari supplemen yg baik..saya ambik supplemen sejak anak saya 4 bulan..bkn sbb saya nk bykkan susu..sbb susu saya dh byk..tp sbb saya nak menambah nutrien dlm susu saya sbb sy x mampu ambik diet seimbang setiap masa..walau kita ambik supplemen,kita tetap kena berdoa..apapun Allah jgk nk bg rezeki..kita hy berusaha..mmg ada perubahan bila saya ambik supplemen...saya sendiri sihat,anak saya sihat..susu pun lancar disamping pam,minum air 3 liter, doa n istiqamah..kalau nak tahu supplemen apa saya ambik...boleh la lawat2 blog saya... http://liyanasonestop.blogspot.com

Unknown said...

Info yang menarik. susu ibu adalah susu yang terbaik dan tiada tandingannya. Susu yang baik selepas susu ibu adalah susu kambing. Berikan hak anak anda yang patut anda berikan. Alhamdulillah saya sendiri masih menyusukan anak saya setahun 6 bulan. Doakan yang terbaik untuk perjalanan penyusuan saya. Amin

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...