Monday, October 1, 2007

CornFlakes Crunchy

Bahan (A)
180gm castor sugar
130 gm butter
60gm marjerin
60 gm shortening
1/2 tsp esen vanila
secubit garam
Bahan (B) - 2 biji telur
Bahan (C)
300 gm self raising flour
1/4tsp baking powder
1/4 tsp soda bicarbonate
Bahan (D)- Cornflakes secukupnya-anggaran 250gm

Cara-cara:
1. Putar bahan (A) hingga kembang
2. Masukkan telur
3. Ayak bahan (C) & masukkan adunan kedalam adunan (A). Kalau sebati dengan spatula.
4. Rehatkan adunan didalam peti sejuk semalaman untuk menghasilkan biskut yg rangup.
5. Keluarkan dari peti sejuk dan bentukkan bulat, sadurkan dengan cornflakes dan letak di atas loyang.
6. Bakar selama 15-20 min pada suhu 175,

Adunan memang agak lembut, jgn tambah lagi tepung. Adunan ni bleh dpt anggaran 120 keping. Tak perlu buat besar sebab dia akan mengembang, kita kan guna self rising flour.

Tips mudah:
1) Lapik loyang bakar dengan kertas minyak dahulu sebelum letak adunan biskut. Dgn ini tidak perlu sapu marjerin setiap kali nak letak biskut.
2) Guna telur Gred B dalam semua resipi biskut/kek.
3) Marjerin & shortening boleh diganti dengan butter kesemuanya. Tahun ni resipi biskut saya semua tambah sedikit shortening, hasilnya ada sedikit kelainan emm memuaskan ;)

6 comments:

yatipruzz said... Reply To This Comment

kalo rajin nk try la resepi ko ni farra thanx!
ape sebenarnye function shortening eh? aku dah lama beli tp taknah guna, simpan dlm fridge...cam keras je...

Farra said... Reply To This Comment

yati, sume resipi Chef Asma taruk shortening, mmg ade kelainan, biskut bertambah rangup
keluarkan dulu dr fridge, like mine shortening letak luar, sebab asyik guna :D

Wan Ahmad Dani said... Reply To This Comment

Farra.. shortening ader jual kat hypermarket ker??

Farra said... Reply To This Comment

Yani, ada tapi agak mahal.

kita salu beli kat HOI (House of Ingredients)- 3 jalan Gangsa SD 5/3E Tmn Sri Damansara, dekat je ngan umah yani.Fon - 62742262

Before sampai ke simpang empat menghala ke LDP, turn right at Traffic light, kedai dia kat byk2 kedai belah kiri

Wan Ahmad Dani said... Reply To This Comment

OK.. better yanie beli semua barang2 nak buat kuih kat situ kan?? apa pendapat Farra?

Farra said... Reply To This Comment

yani, sesuai sangat!! kalau sesat give me a call ok