Monday, October 1, 2007

Kuih Raya 2007

Eh, macam tajuk rancangan kat TV1 tu plak ek. Biasa, sume rancangan2 kuih raya kat sume TV mesti tak lepas tengok punya selagi tada masalah yg menghalang dr menontonnya.

Hari Sabtu siapkan Almond London. Ni resipi Yen. Kali ni kali pertama sy guna 'cookies flour' . Waduh, hasilnya mmg tak mengecewakan. Biskutnya rangup. Kalau tak percaya cubalah tepung tersebut, ada dijual dikedai jual barang kek ajek, hypermarket tade.

Hari Ahad, sebelah pagi buat Cornflakes Crunchy, resipi Chef Asma. Rangup sangat, tak pernah sy buat biskut conrflakes serangup ni. Rahsianya, adunannya lembik dan perlu direhatkan semalaman di dalam peti sejuk. So, Sabtu malam sy dah siapkan adunan.

Sebelah petang Ahad, sy buat Cornflakes Rocher. Ni resipi Chef Alex . Ni Biskut utk orang2 yg tade oven, tak pandai guna oven atau malas eh eh silap, efisyen (jimat masa). Tak perlu dibakar, guna coklat, conrflakes + kacang panggang. Sy guna kacang gajus ;)
Macam biasa semua biskut sy mesti pastikan dapat 4 atau lebih balang sebab utk 4 rumah: 1) Kami2)Emak 3) Emak mertua Kedah 4) Nenek N9. So, tak payah nak jual kat orang buat sendiri utk anak beranak pon dah nak pancit. Buat sorang2 plak tu. Cepatla anak dara ku membesar, boleh tolong mama. Kalau pergnant lg, anak ke3 pon nak anak gal kalau bley ;), Nak cari successor Smiley Cakes ;) Gambo balang2 Cornflakes Rocher je tak tangkap. Dah pancit la tu.
Insyallah esok sy kongsikan resipi ok.

7 comments:

puterikiut said... Reply To This Comment

farra tak sabar nak tgk resepinye.. boleh la cuba bila2.. nak cuba raya ni mcm dah cukup quota.. :)

Wan Ahmad Dani said... Reply To This Comment

Farra.. jelesnyer dah banyak kuih raya yang siap... yanie baru nak start this week hehehe itupun suruh mama datang umah tolong jagakan Dani... nak ciplak recipe Farah heheheh

Farra said... Reply To This Comment

k.nita lg awal buat kuih raya ek :p, kita baru nak start enjin

Yani!ewah2 mintak uwan Dani jaga lagi ek, mesti buat Conrflakes Crunchy!!

Fitri & Nazihah said... Reply To This Comment

Farah, tahun nie mcm biasa, mak yang buat kuih raya, dah siap confleks, badam, gajus & coklat chips. Tak taulah, mak ogy tue rajin sangat...hehehe.. Ogy amik kuih kat umah mak jerlah...
Farah, mak dah sihat ker? Teruk tak? Bagilah tau ape2... Manalah tau kami sekeluarga boleh membantu...

Wan Ahmad Dani said... Reply To This Comment

Farra.. napa ngan mak??
ish cemana jiran sebelah taman tak tau nie... sakit aper??

ha'aa Yani nak try Cornflakes Crunchy tue.. nampak menarik bangat!!!

Ogy... bila nak rajin buat kuih nie??? hehehe tiru la macam aku.. bapak mertua sayang tau!!!

Farra said... Reply To This Comment

Ogy, teringin sgt nak buat biskut gajus tu, tp kalau tak buat pon bleh gi umah ogy makan biskut tu ehehe, eee manja sgt ! sume mak buat ek
alhamdulillah mak dah sihat, dah berpuasa & ke masjid semula
ogy bila nak wat kuih raya ni?? nak rasa tgn ogy buat :p eh Happy Birthday to Qilah

Yani,mak last week kurang sihat, now nampak dah ok. Macam biasa sejak kita ni dah masuk U, mak tak pernah buat biskut raya, sume import dr tangan anak dia ni ehehe

Fitri & Nazihah said... Reply To This Comment

Fara & yani, kita tak boleh buat kuih rayalah coz suami ada kelas weekend & dia keje shift. So, sape nak tgk2 kan Aqilah...Huhuhu... Sedihnya...
Farah, kalo ada rezeki kita jumpalah raya nie coz start 23/10 ogy dah kene outstation seluruh Malaysia selama sebulan... Huhuhu... tak best langsung... Tapi farah boleh dtg umah mak ogy & makan biskut gajus...