Minggu ni aku rasa penat sangat, kerja kat ofis yang berlambak toksah nak cakap la, minggu ni 5 hari 4 malam, aku & anak2 balik kg belakang umah. Mak kurang sihat mulai Isnin pagi, dan Isnin pagi aku terpaksa amik cuti kecemasan sebab nak hantar emak ke hospital. Mak sakit sangat belah pinggan+-perut, kami suspek batu karang mak nak jadi balik. Tapi lepas Dr cek & buat X ray tak nampak plak apa-apa batu. Mungkin sebab puasa, kurang minum air, batu karang nak jadi balik. Lepas hantar mak ke hospital, terus ke pejabat sebab nak hantar kek & jumpa lawyer. Balik umah amik anak-anak, singgah umah kejap amik semua barang2 nak berkampung & masak di rumah emak. Kebetulan Abang takde, gi outstation Isnin-Khamis, sesorang la saya masak, sambil menjaga anak2 & emak yang sakit. Alhamdulillah everthing under control.
Selasa & Rabu, aku ke pejabat. Sakit emak nampak dah kurang, tapi emak masih tak puasa. Khamis pagi mula jam 12 pagi gitu emak mula sakit balik. Sakit sangat tapi menjelang subuh kurang sedikit. Abah kata biar dia yang hantar emak ke hospital. Lepas cek di Hospital , masih tak nampak apa-apa, tapi Hopsital Selayang dah setkan appointment emak dengan specialist bulan Oktober ni. Tapi depa kata bila-bila bleh dtg bhgn Kecemasan kalau sakit balik. Mak Teh & Mak Lang pon dtg hari Khamis bawak orang urut. Lepas mengurut, alhamdulillah mak sihat sedikit. Malam tadi kami dah balik ke rumah balik. Sebabnya, nak kene kemas umah yg tade rupa cam rumah org lain, langsung tak terjaga sepanjang dok umah mak. Kain 2 bakul tak berlipat, kain tak berangkat pon ada, kain kotor pon ada lom basuh, pinggan balance2 sket pon ada lom basuh dan lain2 lg. Dah la 2 hari berturut sampai umah lewat, Khamis sampai hampir jam 7pm, Jumaat sampai 7.45pm. Bila mula jejak pejabat aku mesti macam lipas kudung, lg2 puasa ni tade masa rehat langsung, tahu2 dah 4.30pm, tapi macam biasa mesti tak bleh balik lg sebab keje banyak sgt. Sibuk dgn projek 999.
Hari ni alhamdulillah nampak mak sihat, jadi mulalah aktiviti aku utk hari ni. Malam tadi dah bereskan lipat kain 2 bakul. Hari ni dari pagi, masak sahur,kemas stor, sapu umah, gi kedai barang2 kek & buat kuih raya #1. Today aku buat Almond London, still in the making. Tinggal nak sadur coklat. Nak tunggu biskut sejuk sket. Pagi tadi masa mula nak bakar badam, aku ralit dok mandikan anak2. Tup2 tak perasan almond sepiring dah overbaked. Sebab tu hari ni paling lama nyiapkan kuih dr pagi tadi! Sebabnya nak kene gi kedai plak cari almond baru. Haru2.
Esok insyallah nak buat Cornflakes crunchy. Tahun ni plan nak buat 5 aje. 1 je beli dah order pon -> Tart Nenas.
Pasal lawyer hari tu, aku dah abeh bayar & lagi best dpt diskaun RM350! Alhamdulillah. Start next month, mulalah aku kene bayar housing loan ngan TM. So, maknanya lg 25 tahun lg aku kene keje sini??hmmm
Anyway, Rabu ni aku & Abang cuti nak gi beli baju raya kami sekeluarga & beli Heavy Duty Mixer-SPAR aku aku idam2kan itu. Uhh tak sabarnya!
Saturday, September 29, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)
✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...
-
Lagi-lagi dapat email orang fwd email pasal status Halal/Haram makanan last Fri. Yang bagusnya, aku dah ajar kengkawan pejabat untuk semak d...
-
Salam semua...saya benaunya dah lama benor nak buat sarung sofa sebab kami punya hak 6 tahun ni dah kotor..cuci2 pon takmo tanggal..sofa ni ...
-
"Apa kelebihan jadi dealer Public Gold?" Soalan yang sering saya dapat dari penyimpan emas. Kisah saya menjadi dealer Sejak mul...
No comments:
Post a Comment