Wednesday, September 19, 2007

Telekung, Heavy Duty Mixer, KK

Alhamdulillah, mmg berkat bulan Ramadhan.Telekung saya pon gerak laju bulan Ramadhan ni.
Terima kasih para pelanggan dr Gov Sales & Finance, 3 telekung dijual pada Hari Jumaat. Hari Isnin, 3 telekung lagi dijual di unit yg sama. Lots of thanx to Along,Kak Rosni, Kak Eni, Kak Norul, Kak Ju n lg sorang kakak kawan along ;)

Setelah mengambil lagi 3 stok dr emak, sy dapat lagi 2 order. K.Ton & Fizah. So, tinggal lagi 2 telekung shj!Cepat2 siap cepat dia dapat. Ini kerana, lepas stok ni habis, lps raya baru sy ambil stok lg, sebabnya modal dah kureng.

Bulan ni mmg bulan paling byk nk keluar $$$.Bukan sebab beli kereta baru or perabot baru or langsir baru or taman baru, tapi sebab nk kene cover:
1) RM1k dah bayar kat lawyer untuk refinance rumah. Balance lg RM3.5k++. Inipun sy dah nego2 nak kurang lagi. HR dah call kata lawyer nak uruskan dlm masa terdekat.Aduhai, nk kene korek duit dr TH.
2) Road tax kete hujung bulan tamat. Nasib baik kete buruk :p Saga 92' (agaknya cemana la kalau sy punya kereta hebat cam org lain :p)
3) Kalau tahun lps invest Oven Indesit RM1.7k. Insyallah tahun ni nk kene invest untuk Heavy Duty Mixer. Bajet dlm RM2k. Knapa kene beli jugak? Sebab tak larat nak beat satu per satu adunan cake kalau dpt banyak order especially Choc Moist Cake

Talking about Oven, basically sy dah buat survey & call few supplier, antaranya:
1) Kenwood-Paling mahal. Paling bagus. Perlukan modal dlm RM2.6k
2) Kitchen Aid- 2nd choice after Kenwood. Diguna oleh Chef Florence dlm Riang Ria Raya Nestle Cornflakes. Dah bargain, pujuk2 dapatla kurang RM100, dr RM2.4k to 2.3k
3) Golden bull- Nampak paling kureng, cari dlm Net tak jumpa jenama ni. Buatan China, Harga RM1.1, Speed sket sgt 2 aje. Warranty 3 bulan jek. Abah kata JGN BELI.
4) SPAR -Jual kat Bagus. Speed ada 3, Dah byk jual kat para pelanggan. Buatan Taiwan. Warranty 1 thn. Harga RM1950.

Semua mixer yg sy sebut diatas mempunyai capacity yg sama dr segi 8QT = 7.6 L. Ada lagi 1 mixer yg Chef Farid dr Bakeri Ria jual. Last 2 weeks sy gi kedai dia tapi dia outstation. So, sy kene call la dia dulu. Kat office tak sempat nak call. BZ bangat. Opps, Isnin lepas sy dah beli lauk Bazar Ramadhan sbb kuar ofis 5.35pm, sampai umah 6.50pm. Hari ni pon balik lewat kui 6pm, sampai 6.45pm, tapi sempat masak sebab: ikan Abang gorengkan, sayur emak sedekahkan ( sy dah sms awal2 bila rasa cam tak dpt gerak on time 4.30pm)

Esok sampai Jumaat sy ke Kota Kinabalu, keje le. So, order cake sy dah tutup sebab dah dpt few orders in advance. Tak larat nak buat byk2 hari-hari kerja di bulan Puasa ni ;)

1 comment:

bola2api said...

assalamualaikum

just drop by while searching for biskut raya.

Nak tanya skit, u beli oven brand apa dari kedai mana?

About mixer tu, memang berbaloi beli kenwood. Saya ada kenwood mixer yg kecik je dan alhamdulillah dah 10 tahun guna, masih OK.

Mak saya ada Kenwood Chef mixer dari zaman muda2 dulu dan mixer tu masih bertahan sampai sekarang. 'K' beater memang best! So, apa kata u simpan duit dan beli yg betul2 berbaloi supaya tak nyesal :) it's a good investment insya allah.

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...