Showing posts with label Cookies. Show all posts
Showing posts with label Cookies. Show all posts

Sunday, August 5, 2012

Kuih Raya 2012


Nestum Delight Cookies 
(highly recommended compared the other recipe that I tried few years ago. This one much better, light and crunchy). Kids love it very much

Bahan A:
130gm mentega
20gm shortening
60gm castor sugar
1 sudu teh vanila essence

Bahan B:
140gm cookies flour
20gm cornflour
50gm nestum diblend halus

Untuk hiasan-nestum dan kuning telur

Cara-cara:
1. Pukul bahan A sehingga ringan dan sebati
2. Masukkan bahan B dan gaul sebati
3. Canaikan dan terap.
4. Sapu kuning telur dan tabur nestum
5. Bakar sampai masak..x penah measure..mmg agak2 jek..lebih kurang 15 min kot

Satu adunan ni mengahsilkan lebih kurang 50-60 biji biskut.

Saya buat 3 kali ganda dariadunan di atas..alhamdulillah buatnya tak lama sangat sebab ada Mawaddah yang banyak membantu...then saya punya penerap pon kembar 4...dulang bakar ada 5...sekali bakar 2 dulang boleh masuk oven...So jimat masa dan tenaga dan letrik :)

 Tu dia...dah siap bakar...senang ada dulang banyak..tak yah ganti2

 Hasilnya...till today 1 balang almost finish ..anak2 suka sgt..Mus'ab sahur makan biskut ni jer..suke yg amat

 Ha ni la acuan kembar 4! senang koje..jadi efisien!

Biskut ke-2 tahun ini adalah

Bubble Rice Choc



Banyak jugak dapat..tade resipi yg specific...bahannya hanya Bubble Rice & Dark Choc..ok saya ada lg baki Bubble Rice. Banyak...sapa nak try? saya tolak RM2 jer.boleh dapat banyak cam kat atas tuh

Insyallah wiken depan buat lagi 2..tahun ni furst time tak amik cuti utk buat kuih raya..sbb work is soo taxing!

Thursday, August 25, 2011

Kuih Raya 2011

Tahun ni biskut raya paling sikit berjaya dibuat. Banyak cabaran-cabaran yg tidak disangka. Bahan-bahan nak buat kuih raya dah beli awal Ramadhan lg. Tanpa disangka Maher pulak demam dan kene measles. So, mmg tak dapek nak diteruskan aktiviti baking. Jadi, inilah hasil kuih raya tahun ni.

  • Semperit dahlia / bunga cina
  • Almond London
  • German cookies

Setelah 3 balang diberi kepada emak, ini kuih raya buat kami. Insyallah akan bawa sedikit utk balik ke kampung N9 & Kedah.


Kali pertama membuat German cookies. Sangat-sangat terbaek!! Buatnyer senang gile hokayyy. Rasanya sangat sedap..sangat cair di mulut!

Resipi German Cookies ambil dr Mat Gebu je. Saya touch up skit dengan castor sugar yang diwarnakan dengan pewarna Hijau. Kene letak masa biskut panas-panas.

So tart nenas cancel le. Inti tart nenas yang dah dibeli tu guna lepas raya ajela. Lagi satu saya beli juga Batang Buruk. Jadilah 4 jenis kuih raya saya tahun ni :)

Pengajaran disini buat saya dan maybe ibu lain yg ramai anak, bekerja & tiada maid, saya lps ni patut buat biskut yg mudah je cam german cookies. Yang renyah2 baik dijauhkan. Kalau lg nak senang biskut tunjuk-tunjuk aje he3. Raya nanti jemputla bertandang ke rumah.

Banyak ke kuih raya kat umah uols?

Sunday, September 5, 2010

Hari Jumaat yg Havoc=Tidak memasak

Sejak renovation over in early Ramadhan hari tu, I cook everyday without fail. On Friday, I purposely planned for not cooking for Iftar because I was totally die hard Zombie and I had checked-up after Maghrib.

Friday tu banyak plak isu-isu kerja yg tetiba muncul and need fast resolution. Aku pon siapkan setakat yg ku terdaya. Almost 5pm baru gerak dr opis. OTW home tu aku and hubby singgah terus PARAM jalan Kuching. Tade apa yg menarik perhatian, last2 kami hanya beli nasi dagang, kebab dan meehon sup. Masa jejalan tu telefon asik berdering jek. Aku mmg takmo angkat lg sbb kat Param ni bising.

Sampai umah aku tgk berlonggok dh missed call. Aku solat dulu. Then aku pon wat balik panggilan to all the missed call and antaranya my direct boss. Aduih, kene juga settlekan masalah customer ni. Aku bukak balik laptop, reply email, cek system and call sana sinun sampai azan berkumandang. Anak2 dah menjerit nk makan. Makanan2 td sume dlm plastik jek.

Lepas solat maghrib but follow up call lg. Rasa bersalah tp ntah la..terpaksa. Lepas tu kami pon ke Klinik for monthly check up. Berat aku naik 100gm jek , from 59.9kg to 60.0kg. Logikla ni kan bulan pose. Debaran aku tak terjawab pulak sbb posisi baby cam bersujud so tak nampak lg anunya. Alhadullillah semuanya sihat setakat ni.

Semalam Sabtu pagi, ku sambung lg kerja-kerja opis tuh & follow up kejab ngan TMP. Nampak gaya the customer's problem dah resolve setakat 70%. Harap2 on Monday ni boleh achieve la 100%.

Dah 2 minggu naik motor ni mmg sakit btol punggung. Tinggal 2 hari je lg lps tu cotii..yeahh...dah takmo sakit punggung lg :p . Semalam gi nSK dan pasar tani pon naik motor. Bila naik motor ni kite belanja pon sket kan? eheheh bajet sungguh!

Rasa tak lengkap lak entry without pic. So tempek sket eheh

Ayam Goreng Ala KFC~masak semalam melengkapi Nasi Lemak Sambal Udang. Kuih puler, Cucur Bilis

Baked Pasta last Sunday Iftar due to sangap haha

My final cookies- Cornflakes Madu. Doublekan adunan, dapat 5 trays big size. Ponek den! 1 balang dh selamat bagi umah mak. Tapi ada tray yg teroverbaked! eheh takpe la..sib baik makan sendiri jek

Agak manis jugak. Lenkali kene reduce gula. In addition, madu dah abeh, aku campak je Golden Syrup given from X-Boss dulu eheh

Friday, September 3, 2010

Biskut Senang: Koko Krunch Munchkin Cookies

Mengapakah aku namakan ia Biskut Senang ( = senang giler) ? Sebab rahsianya: aku guna Cookies Mix kui kui :p
Meh aku kongsi caranya dan resipinya. Mudah Gile dan Budak suke sgt biskut ni, biskut lain die tak layan...Waddah je layan Tart Nenas sbb feveret die gak cam Mama.

Koko Krunch Munchkin Cookies
( Aku yg sukati letak nama commercial diek)

Bahan-Bahan:
Cookies Mix 650gm - rasanya tak sampai RM4 kot, ntah la dah lupa
White Egg 40 gm ( 2 biji la lebih kurang)
Butter+Shortening+Marjerin 350gm
Koko Krunch 50gm ( diblend halus)
Choc Rice ( sukati la nak campak bape byk , anggaran 30-40gm kot)
Koko Krunch sbg hiasan

Cara-cara:
1. Pukul Campuran marjerin ngan telur sampai kembang
2. Masukkan sikit-sikit cookies mix sampai jadi doh
3. Masukkan serbuk koko krunch, uli sampai sebati dan menjadi doh terbaekk
4. Bentukkan bulat-bulat cenonet dan letakkan 1 koko krunch sbg hiasan ( aku dah lama mengidam nak paipkan guna acuan bintang , so aku beli acuan ni rm2 kot)
5. Bakar saje la. Cam biasa anggaran 20+-. Ekceli aku tak pasti sgt, sbb aku sokmo cek biskutku

Raya dah nak abeh, takyah la buat lg tahun ni. Buat raya haji atau tahun depan je ek? Memang sonang kan? Ala-ala pemalas pon ada ( opss ala2 efisyen)

Malam ini sungguh mendebarkan!!!

Monday, August 30, 2010

Tart Nenas Gulung & Cornflakes Crunchy

Tart Nenas alkisahnya mmg feveret aku! Ingat tak tahun lepas masa boyot-boyot tu ngidam tart nenas, lalu terus ku buat jugak! Kisahnya disini.

Tahun lepas aku buat guna ready made tart cookies mix, so tahun ni terpaksa la google cr resipi. Akhirnya jumpa resipinya. Resipi asalnya dr Kak Liza disini. So semalam buat jugak la sesorang.

Bahan
60 gm butter
130 gm majerin
60gm shortening
70 gm gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla
350 gm cookies flour ( guna je tepung gandum pon bole)
50 gm tepung jagung

Cara-cara:
1. Pukul butter,majerin, shortening dan gula supaya sebati dan rata.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayakkan.
4. Gaulkan sehingga rata dan sebati.
5. Gunakan acuan tart dan pamkan adunan.
6. Kepalkan jem nenas sebesar biji kurma.
7. Letakkanjem nenas diatas adunan dan gulungkan.
8. Sapukan dengan bahan glaze tadi.
10. Bakar dalam oven suhu 180'C sehingga kuning keemasan atau masak dalam 20 minit.
11. Bila telah masak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.


Meh layan gambo yg di snap oleh my kiddos:

Jemnya beli aje kat Mydin. harga dalam rm4.50 for 450gm. Ada tanda halal tau

Bulat2kan dulu intinya

Then tekankan doh guna acuan. Pastikan yg corak bunga belah bawah

Dah siap gulung, glazekan dgn kuning telur

Siap!

Cornflakes Crunchy punya resipi dulu dah share, meh tempek lg.

Bahan (A)
180gm castor sugar
130 gm butter
60gm marjerin
60 gm shortening
1/2 tsp esen vanila
secubit garam
Bahan (B) - 2 biji telur
Bahan (C)
300 gm self raising flour
1/4tsp baking powder
1/4 tsp soda bicarbonate
Bahan (D)- Cornflakes secukupnya-anggaran 250gm

Cara-cara:
1. Putar bahan (A) hingga kembang
2. Masukkan telur
3. Ayak bahan (C) & masukkan adunan kedalam adunan (A). Kalau sebati dengan spatula.
4. Rehatkan adunan didalam peti sejuk semalaman untuk menghasilkan biskut yg rangup.
5. Keluarkan dari peti sejuk dan bentukkan bulat, sadurkan dengan cornflakes dan letak di atas loyang.
6. Bakar selama 15-20 min pada suhu 175,

Adunan memang agak lembut, jgn tambah lagi tepung. Adunan ni bleh dpt anggaran 120 keping. Tak perlu buat besar sebab dia akan mengembang, kita kan guna self rising flour.

Tips mudah:
1) Lapik loyang bakar dengan kertas minyak dahulu sebelum letak adunan biskut. Dgn ini tidak perlu sapu marjerin setiap kali nak letak biskut.
2) Guna telur Gred B dalam semua resipi biskut/kek.
3) Marjerin & shortening boleh diganti dengan butter kesemuanya. Resipi biskut saya semua tambah sedikit shortening, hasilnya ada sedikit kelainan emm memuaskan ;)

Owh yg semalam sbb sangap dah nak masak apa, aku masak Baked Makaroni je. Kids suke jugak. Dah senang takyah msk benda lain. ehehe

Friday, August 27, 2010

Projek Kuih Raya 2010

With the 3 kids around and hubby is working I finally managed to bake these 2 cookies for Eid 2010. Alhamdulillah.

Another checked of the day:
  1. Laundry done- basuh mesin dan basuh tangan
  2. Food for baby - bubur jer sbb die ada flu and cough
  3. Food for kids- nasi putih dan serunding daging je
Next still pending:
  1. Qhada' tidor ( zombie jugak ni sbb mlm td Muaz sgt cranky due to flu n cough)
  2. Lipat Kain
  3. Gi Pasar Tani beli stok barang dapur seminggu
mana yg sempat ni ek...dah la kiddos around...kalau jd kuar umah kene letak kids umah mak kejap...tp bila tgk cuaca kat luar yg panas terik tu rasa malas btol nak kuar!

Owh, sekarang terasa mahu mencuba kuih tradisional la: Kuih Siput. Aku suka sgt..sedap! jom cr resipi diek.

Siap sudah..setiap jenis dapat 2 balang besar + 1 tupperware kecik. Tahun ni preggy so tak buat banyak. Nanti bagi sket2 je la tiap rumah MIL, My Mom, My Granma.

Koko Krunch Munchkin Cookies.
Ab dan Waddah asik ngap je biskut ni dr pagi td..aku nak sorok la. Kejam taks? :p


Cornflakes Almond Cookies. Aku suka almond, tp kids tak suke almond. Jadi depa tak layan. So yg ni takyah la sorok. kih kih

Ok now time to sleep ppl!

Wednesday, September 16, 2009

Ucapan Selamat Hari Raya buat semua

Assalamualaikum....

Saya dan keluarga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua. Semoga anda berbahagia di hari Lebaran ini. Saya dengan penuh rendah diri ingin memohon seribuan kemaafan jika selama ini ada kata-kata atau perbuatan yang menyinggung / mengguris perasaan kenalan online / offline. Raya nanti jemput la mai ke rumah hanya selepas 9 Syawal keatas. Sebelum tu kami akan berada di Kedah & N9 Insyallah. Kalau nak mai serentak pon boleh masa kenduri aqiqah Muhammah. Insyallah akan dimaklumkan kemudian. Moga ukhwah kita diberkati allah selalu dan berkekalan. Nota: gambar atas tu mmg takbleh lawan aa kad ucapan kengkawan online lain yg hebat-hebat. Ku mmg fail bab grafik nihhh..hehe

Kuih Raya # 3 : Cornflakes Madu bernestum
Buat lagi biskut raya sebab Baby Muhammad behave btol waktu pagi yang hening. ;)

Bahan-bahan:
Bahan Basah:
90gm castor sugar
120gm butter
6 sudu makan madu
1 sk esen vanila

Bahan kering:
220gm cornflakes
30gm nestum
2 sudu besar bijan ( digoreng tanpa minyak atas kuali terlebih dahulu)
100gm badam ( dibakar dahulu kemudian dihiris kasar bagi rasa crunchy)

Cara-cara:
1. Masak bahan basah dalam periuk sampai sebati dan cair semuanya
2. Masukkan seua bahan kering dan kacau rata
3. Masukkan dalam cawan kertas dan bakar semalam 15 minit.

Saya dah lama tak buat biskut ni sebab tak adventure sgt. Bila beli conflakes, ingat nak buat Cornflakes Crunchy tapi badan letih plak so buat Corn Madu je la hehe. Janji anak-anak suka!

Review Kuih Raya Green Peas Cookies:
Rasanya sedap. Macam Chef Liza kata, guna minyak jagung daisy, biskut cair di mulut! Nasihat saya kene buat dohnya agak keras sebab saya punya lembut so sangatlah rapuh dan cair terus di mulut.

Tuesday, September 15, 2009

Green Peas Cookies (eggless cookies)

Inilah akibat dr baby Muhammad behave very well. Masa die tidur aje tadi, Mama terus ke dapur dan beraksi membuat Green Peas Cookies
Bahan-bahan:
250 gm kacang hijau ( beli di kedai yang dh ada garam)
250 gm tepung gandum ( i used cookies flour)
125gm gula icing
150gm-160gm minyak jagung Daisy ( anda sehebat Chef..kuang kuang iklan Chef Liza)- adjust ikut kesesuaian doh

Cara-cara:
1. Blend dulu kacang hijau dengan pengisar sampai jadi tepung/serbuk
2. Campur dengan tepung dan gula
3. Last sekali masukkan minyak dan kacau sebati hingga menjadi doh. Oleh kerana ku masih berpantang, so ku campak sume bahan-bahan dalam mixer dan mixer sebatikan hingga menjadi doh
4. Bentukkan bulat-bulat. Sapukan egg glaze dan letak 1 biji kacang peas sebagai hiasan

1st time buat ni. Belum rasa lagi. Lepas buka pose nanti, I rasa, I inform balik rasanya ok?. Maidku 1st time rasa Almon London. Dia kata sedap! Dia kata mereka tade biskut raya di sana. Kesian. So aku buatla lebih biskut utk dia bawa ke rumah keluarganya raya nanti. Info:rumah keluarganya kat Gombak aje.
Baru siap 2 biskut. Balangnya banyak sebab utk umahku, umah mak, umah uwan N9, umah mak mertua dan tak lupa umah maidku. 5 umah tuh...tak payah la aku amik tempahan okeyyy.

Balang-balang telah dilabel supaya senang nak agih2 dan balik raya. Packing and labelling all done by Mama. Achik cuci and kemas dapur ler....Aku tanyer dia adik dia kat subang buat kuih raya tak? Dia kata mereka semua beli kak. Kuih beli, makanan berbuka pon beli. Waduh, harap dia tak kesah la dpt majikan asik ngotorkan dapur ajek!

Muhammad: "Mama....saya dah bangunnnnn! nak susuuuuuuuuuuuuu....uwaaaa"
(gambar ini diambil oleh Abg Mus'ab, TQ Mus'ab!)

Esok, kalau baby behave lg di waktu pagi yang dingin, mama dh berangan lg 1 jenis biskut. Today..hari pantang ke 40. 4 days left!:D

Monday, September 14, 2009

Mula puasa & baking

Syukur alhamdulillah atas nikmat kesihatan yang diberikan olehNYA kepadaku. Bermula semalam bersamaan 23 Ramadhan bersamaan juga hari pantang ke 38, Mama dah mula berpuasa. Hajat diperkenankan olehNYA. Ini sangat berbeza dengan pengalaman bersalin 2 kali sebelum ni. Sebelum ni 'bendera merah' menjangkau melebihi tempoh berpantang.

Bila dah mula puasa, badan rasa kuat dan sihat. Jadi semalam Mama mula bakar kuih raya. So, jadilah semalam Almond London yang disukai Mus'ab. Walaupun ada pembantu, membuat kuih raya dengan adanya anak kecil agak meletihkan. Sekejap ke dapur, sekejap nyusu baby, kejap hayun dia dalam rocking chair. Kesudahannya aktiviti mencelup biskut dalam coklat diteruskan lepas Subuh tadi. Mama suruh acik hayun Muhammad dalam rocking chair sementara Mama sepantas kilat siapkan biskut raya :) Puas hati la dapat buat kuih dr air tangan sendiri.


Resipi Almon London disini.

Bercerita pulak pasal puasa sambil menyusu anak ni. Semalam, mula dr lepas zohor sampai la ke maghrib Muhammad langsung tak bleh lelap. Agaknya lapar. Asik bergayut je sampai kilang susu mama nampak dah tak sesak. Berbuka je Mama makan kurma dan air banyak-banyak. Lepas solat maghrib die nyusu dan kenyang la kot. Then dia mula tido nyenyak. Hasilnya Mama dapat solat Tarawih sambil letak dia sebelah sejadah. Siap je 8 rakaat, dia pon bangun. Itupon sebab kakak dan abang dia yang ganggu. Mama dah warning awal2 suruh bebudak besar tu jangan main kat bawah sbb mama nak solat di bawah. depa main footballl kat atas, punyalah bising! Hari ni Mama cadang kalau dia lapo belah ptg, bolehla tambah susu perah kot. So mulai semalam Mama tak perah susu. Sambung perah susu time tak pose nanti la. 2 hari bersahur ni si kecik Muhammad teman Mama sahur skali kat dapur. Dia dok dlm rocking chair.

Ni saja stok susu yg dh dikumpul setakat ni:
Ada dalam 35-40 botol kot.....

Wednesday, September 17, 2008

Projek kuih raya minggu 1

Balang dapat banyak hanya dr 2 jenis biskut jer..buat sorang-sorang. Tapi anak-anak ada tolong letakkan sebiji choc chip atas biskut before bakar.
Ni semua untuk makan sendiri jek..tak percaya? keluarga kami besar ler..biskut-biskut ni nak bawa balik Kedah, Kepong dan Negeri Sembilan ;)

Almond cookies

Walnut choc chips

Insyallah minggu ni lg 2 biskut..next week 1 lg..so total biskut tahun ni 5 saje. Dan saya tak ambil cuti utk buat kuih raya..sayang cuti bebbb ;)

Wednesday, October 10, 2007

Kuih raya lagi

My SPAR in action.
My Lovely Alamanda., recipe Chef AsmaI made 300 pieces on Sunday.
Only 4 balang left. 1 small balang gone in family's tummy.
Almond Crips, from magazine RASA Sept 07 with little modification. I made 240 pieces also on Sunday. No cookies were baked on Saturday as Staurday was our Curtain Day.
All cookies gerenti sedap!. Will share the recipe later since Abang need to bring this laptop to office right now.

Last but not least :
Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin to all friends and my valued customer


6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...