Monday, September 14, 2009

Mula puasa & baking

Syukur alhamdulillah atas nikmat kesihatan yang diberikan olehNYA kepadaku. Bermula semalam bersamaan 23 Ramadhan bersamaan juga hari pantang ke 38, Mama dah mula berpuasa. Hajat diperkenankan olehNYA. Ini sangat berbeza dengan pengalaman bersalin 2 kali sebelum ni. Sebelum ni 'bendera merah' menjangkau melebihi tempoh berpantang.

Bila dah mula puasa, badan rasa kuat dan sihat. Jadi semalam Mama mula bakar kuih raya. So, jadilah semalam Almond London yang disukai Mus'ab. Walaupun ada pembantu, membuat kuih raya dengan adanya anak kecil agak meletihkan. Sekejap ke dapur, sekejap nyusu baby, kejap hayun dia dalam rocking chair. Kesudahannya aktiviti mencelup biskut dalam coklat diteruskan lepas Subuh tadi. Mama suruh acik hayun Muhammad dalam rocking chair sementara Mama sepantas kilat siapkan biskut raya :) Puas hati la dapat buat kuih dr air tangan sendiri.


Resipi Almon London disini.

Bercerita pulak pasal puasa sambil menyusu anak ni. Semalam, mula dr lepas zohor sampai la ke maghrib Muhammad langsung tak bleh lelap. Agaknya lapar. Asik bergayut je sampai kilang susu mama nampak dah tak sesak. Berbuka je Mama makan kurma dan air banyak-banyak. Lepas solat maghrib die nyusu dan kenyang la kot. Then dia mula tido nyenyak. Hasilnya Mama dapat solat Tarawih sambil letak dia sebelah sejadah. Siap je 8 rakaat, dia pon bangun. Itupon sebab kakak dan abang dia yang ganggu. Mama dah warning awal2 suruh bebudak besar tu jangan main kat bawah sbb mama nak solat di bawah. depa main footballl kat atas, punyalah bising! Hari ni Mama cadang kalau dia lapo belah ptg, bolehla tambah susu perah kot. So mulai semalam Mama tak perah susu. Sambung perah susu time tak pose nanti la. 2 hari bersahur ni si kecik Muhammad teman Mama sahur skali kat dapur. Dia dok dlm rocking chair.

Ni saja stok susu yg dh dikumpul setakat ni:
Ada dalam 35-40 botol kot.....

8 comments:

LiTtLe m3 said... Reply To This Comment

alhamdulillah.. berjaya juga projek nak baking ye :) kuih tat ke berikutnya? hehehe....

CT said... Reply To This Comment

alhamdulillah...banyak jugak stock awak tu...

eh dah abis pantang ke??

ShaFiAti said... Reply To This Comment

laa awak ni..rajinn sungguh la...akak dpt bayangkan kepenatannyer itu...salute la..hehehe..be a good boy ye muhammad n semoga mama dpt baking lagik byk kuih n cake untuk raya kali ni..:)

`Ain said... Reply To This Comment

best..tu, thn ni sy tak buat almond london ganti dgn walnut coklat.lg 3 jenis moka, swiss croquet dan cornflakes madu.balik kedah hr apa?

cik mas said... Reply To This Comment

sungguh rajinla cik farra ni tau. jeles i.. da beranak kecik pun masih membakar lg.. :)

Farra said... Reply To This Comment

baiti~tart nak tunggu adik akak balik..khamis ni kot..penat aa buat sesorang

kct~blom..lg 6 ari abesla

k.su~tu la kene buat mana yg terdaya jer

k.ain~balik kedah bila abeh pantang, so hari ahad la

Farra said... Reply To This Comment

cik mas~jaga kesihatan awak bebaik ok ;)

p!nkerton said... Reply To This Comment

wah akak mmg hebat ah *clap clap*
banyak nye stok ebm, bestnye time pantang kan, susu lumayan :D