Monday, August 10, 2009

Kisah melahirkan Muhammad pada 6.8.09

Hari itu hari terakhir MC sebab Doktor suruh berehat.Memandangkan aku dah bosan di rumah, jadi alang-alang Abang hendak ke Kelana Jaya kerana temuduga itu, aku minta Abang hantar ke LRT KJ dan aku selamat sampai pejabat dengan LRT.

Di pejabat, ada beberapa tugasan penting dapat disiapkan. Appointment dengan Doktor untuk Check Up masuk minggu ke 40 sepatutnya di waktu pagi, tapi aku tukar di sebelah petang.

3.30pm
Check-up di Hospital seperti biasa. Doktor merasakan seperti ada kelainan, jadi dia minta " boleh saya cek bukaan serviks?". Aku yang penakut menjawab " takpelah Doktor, kalau sakit nanti saya datang balik Hospital". Lagipon, aku tak rasa sakit apopon lagi. Sampai G Floor, Abang nak belanja Starbucks, aku setuju. Tapi, yang aku order tu tade yang krim2 tu aa....frust btol la. Apa nama dia ek? Then aku kata kat Abang, barang dapur banyak kene beli, like sayur etc. So, kami decide nak shopping kat Tesco. On the way to Tesco, kami berdua diserang sakit perut ala-ala nak kene cirit. Memang sah sbb Coffe Starbucks ni! Ergh..menyesal minum. Sampai Tesco kami membuang dulu hehe. Masa kat bahagian sayuran, aku dah rasa lain macam. Aku kata kat Abang, jom la balik sbb rasa cam kontraksi sebab aku tengok kat jam ianya konsisten aje. Abang ke toilet lagi sambil aku Q untuk membayar.

5.30pm
Sampai umah, mandi, Solat Asar dan membaca Yassin. Kemudian, pergi ke rumah emak minta sedikit air zam-zam dan salam minta ampun dan doa emak ( in case bersalin). Sambil kontraksi ada datang selang seli, aku masak makan malam bersama Achik. Mudah sahaja hidangan makan malam kami : Ikan Goreng, Telur Masak Kicap dan Sayur Timun.
Jam 7.15pm ada kawan pejabat menelefon berdiskusi tentang kerja penting kami siang tadi. Kemudian aku dan abang makan malam untuk kumpul tenaga. Hihi.

7.30pm
Minum air kembang akar Fatimah secawan dan secawan lagi lalukan dr kepala hingga ke bawah. Asalnya mahu solat maghrib berjemaah. Tapi cancel sbb aku nak solat Jamak Maghrib dan Isya'. Aku berkeras tidak mahu ke Hospital lagi sebab tiada sebarang tanda! Kedua anak sebelum ini turun darah baru ke hospital. Ku baca lagi zikir-zikir panjang dr buku amalan ibu mengandung sambil badan sekejap senget kiri dan kanan. Abg menegur katanya kene pergi sekarang ke Hospital kerana kontraksi datang selang 10-12 minit sekali.

8.15pm
Bergerak ke Hospital. Singgah kejap kat BH Petrol Jalan Kuching nak buang air kecil. Sampai Spital, kami terus ke parking lot , aku tak mahu ke bhg kecemasan sebab kene sorong nanti. Aku nak jalan sendiri. Sampai hospital, kami tatau kat mana Labor Room. Aku soh Abang tanyer kaunter. Kakak kaunter tunjuk kat tingkat 2. Aku buang air lagi kat G floor. Aku lepak-lepak kejap kat sofa bawah sambil borak-borak ngan kakak staff PMC tu. Dia kata dia dah bersalin 6 orang anak normal tanpa painkiller. Huh, hebat...

9.10pm
Masuk Laboor Room. Cantik dan bersihnya LR ni! Buang air kecil lagi 2 kali sebelum naik btoi2 atas katil. Misi cek bukaan servix 4cm. Abang menguruskan pendaftaran dan solat Isya' sementara aku layan kontraksi dengan penuh ketenangan. Aku mmg suka misi jarang jenguk, so aku tak rasa ada gangguan.

10.55pm++
Berdua-duaan dengan Abang menahan kontraski nampaknya dah start tak tentu arah. Aku minta Abang bagitau misi aku nak uban tahan sakit tak kesah la apa sahaja! Misi datang dan cek bukaan baru 7cm! Ya Allah, baru 7 cm ...hati berkata. Lama lagi niiii..waduhh. Ada 3 misi berdiskusi dan aku sangka mereka nak kasi ubat tahan sakit sebab kedudukan aku ditukar ke posisi mengiring. Rupanya misi membantu urut belakang dan katanya doktor akan tiba tak lama lagi dan ubat tahan sakit akan diberi lepas bersalin. Waduh...rasa nak menendang amat kuat masa kontraksi paling ganas.

In between masa Doktor belum sampai, aku dah meneran sebab dah tak tahan. Terlalu kuat rasa nak meneran yang datang secara semulajadi. Doktor datang je pakai baju plastik dia dan sarung tangan terus aku meneran. 2 kali teran pertama keluar kepala dan 2 teran terakhir keluar badan. Sampai tak perasan baby dah keluar aku teran lagi kali ke 5. Lahirlah Muhammad Muaz jamm 11.36pm, beratnya 3.33kg. ( Dia paling berat berbanding kakak dan abangnya). Ingatkan dapat tarikh 7/8/09. Hehe tak dapek ler...

Alhamdulillah, kali ni meneran tak lama kejap jek baby dah keluar. Kemudian, tak kene episotomi tapi still kene jahit sedikit sebab ada luka kecik ( ni mesti sebab aku teran masa doktor belum sampai tu). Harapnya cepat sembuh kali ni sebab tak berapa sakit luka jahitan.

Malam ke-2 bersama Muhammad terasa amat perit sebab susu belum keluar banyak. Alhamdulillah hari ke-3 susu dah keluar banyak, Muhammad kerap menyusu dan kerap buang air kecil & besar.

Kesimpulannya aku sangat puas hati bersalin kat PMC berbanding 2 pengalaman bersalin sebelum ini kerana:
  1. Mereka jarang cek bukaan serviks. Aku memang tak suka sebab sakit tapi misi kat sini cek tak sakit la pulak. Syabas! Bukaan aku hanya di cek 2 kali sahaja masa dalam LR. FYI, misi PMC malam-malam hanya India dan Cina shj.
  2. Mereka tidak pecahkan air ketuban. Air ketuban dibiarkan pecah sendiri. I like! So, I never had experince waterbag dipecahkan
  3. Misi kurang mengganggu iaitu keluar masuk labor room. Dia monitor dr luar ajek. Again I like!
  4. Misi urut belakang dan bagi kata-kata semangat pada saat 1/2 jam terakhir bertarung dengan kontraksi. Painkiller sangat tidak digalakkan.

14 comments:

Ealyie said...

heheheh.. even da 3 kali bersalin, pengalaman tak semua sama kan Farra..
Again, congrate!!! Sama la kita ber'boy' tahun nie...;)

ShaFiAti said...

panjang gitu mama ni taip eh..sempat lagik tu...senang awak bersalin yer...:)

Alhamdulillah..

Farra Da Smiley said...

ely & k.su~ sakitnya tetap sama...ihiks

LiTtLe^m3 said...

wahhh.. sangat ngeri saya baca ini cerita... ini yang semakin berfikir2 ni bila nak mengandung....

Oja said...

alaaa...masa kita baca ni kita tgh period pain...ni buat lagi takut nk besalin ni...camni pon dh x larat cmne le plak masa nk besalin....waaaaaa

Zuraimah Ismail said...

Farra, akak mmg suka misi pmc ni.. especially misi labor room...mmg nice n gentle.. mmg la mostly india n chinese but they do treat us as woman kan...:) i likeeeee so much...

ummi said...

farra ~ tak semua org mudah bersalin.. akak contohnya. mmg ambik painkiller.sekali aje natural tak sengaja masa Iman (sbb dah buka besar, tak boleh bg painkiller dah) sakitnya tak boleh nak ceritalah. yang amat!

ieka said...

gulp... makcik ni detail betul dia cerita.. huhuhuuh
baru je tadi diorang cerita2 dan tanya pasal ada planning ke nak amik painkiller masa deliver nanti..
wahahaha adoiii.. harap2 nanti dipermudahkan la plak bila sampai masa nanti..

Farra Da Smiley said...

baiti~ngerinya kejap jek, lepas tgk muka baby alahai..speechless terus

oja~ dosa diampun bagi setiap kesakitan itu, jgn risau, syurga itu di bawah kaki ibu

kct~mmg benar! mereka bukan muslim but still tip top

k.tie~ tade masalah le kalau nak amik painkiller, masa mawaddah sy amik painkiller, wah like syurga dlm labor room ;), sakit bersalin ni mmg cam nak mati!

ika~ anak no 1 lg la tak takut hape2, high chances mmg takkan amik painkiller..no 2 lg takut sbb tu amik painkiller hehe ..no 3 dah relaks sket kot

Hilmi & Faeizah said...

tahniah farah...doakan saya jugak ye..mahu mudah bersalin gak....

Mommy said...

Farra... jgn la cakap sakit cam nak mati... ngeri la org 2 yg belum pernah experience the labor hi hihi... sebenarnya... if you're very positive toward the labor pain and byk zikir and berdoa... the positive hormone will be released which will ease the labor and birth process... fikir lah pasal lepas bersalin kita akan suci sesuci bayi yg dilahirkan... jgn pikir sakit dan sakit dan sakit... nanti our body will release the negative hormone... which will make you feel the pain even more.... just remember that labor and birth is a natural process, we should be educated and trained to handle it kan!!
Bila tgk muka baby..... alahai... tak kisah dah apa benda diorang buat kat 'bawah' tu.... Kak Chor dah dua kali... lepas stiching and such... bleeding still banyak lagi dan blood clot ada yg tak lepas... so nurse tu seluk 3 -4 kali keluarkan blood clot yg besar2 pedal ayam... masuk sampai wrist tau!! tapi pedulikan lah... buat la apa yg patut... masa tu doa byk2.... sakit tak pun maleh nak pikir dah!! mmg lepas masuk wad ... bleeding tak byk, cam normal period je.. tak de ketul2 besar2... tapi kan lepas anak kedua onwards... bila womb to nak kecut ke normal size, especially masa b/feeding.. rasa dia macam labor pain juga tau..!! bila anak ke lima lebih terasa lagi..

Farra you've done great without the pain killer... have a good rest... take care dear!!

julie.yaacob said...

congrats dear!! daku juga tak merasa lagi sakit time bersalin sbb 2-2 caesar.. tapi sakit after bersalin Allah sajalaa yg tahu..

blogadmin said...

alhamdulillah....

pengalaman masa teran tuh lebih kurang sama kot...

time kita lahirkan si irfan nih..doc tu siap kata lagik 4 jam baru bersalin..masa tuh sakit mmg nak teran je dah.Siap jerit lagik kat doc tu jgn pegi saya nak teran dah nih.Ingat lagi riak muka si doc tu masa kat muka pintu labour room antara nak keluar ngan tak.

teran 2 kali jek.Sekali masa doc tu kat pintu nak keluar...kali ke 2 doc tu pusing balik dok ngadap kita sambil sambut baby dah..hambik ko..tulah degil org bgtau tak mo dgr.Huhuhu.Doc tu tak sempat sarung baju putih dia pun..sib baik sarung tangan mmg pakai.

kalo teran semulajadi sbb sakit nih rasanya mmg kurang luka kot.Natural jek baby keluar.Sakit tuh mmg sakit sbb nk push baby keluar.

anyway moga cepat sembuh yek.

p!nkerton said...

tahniah kak farra, selamat sumer nye.. alhamdulillah senang je akak bersalin kali ni :)
*agreed dgn kak julie- sakit lepas operate tu hazabbnyee huhuhu..

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...