Friday, July 31, 2009

What we did yesterday

Semalam Check Up Minggu ke 39.

Aku ditemani suami dan Nur Mawaddah ke Hospital. Mus'ab tak ikut sama sebab gi Sekolah. Ni kali pertama Ayah teman Mama Check Up kat Hospital. Minggu lepas Ayah teman ke klinik. Check Up dah mula sekali dalam seminggu. Mama nak kasi ayah familiar tempat parking kereta dan area sekitar Hospital. Apapon kami berdua memang tak tau ( ke tak amik tau? ) kat mana lokasi labor room lagi.

Semalam ramai pula pesakit Dr I. Udah la tak bawa netbook & Celcom BB. Sambil menunggu Ayah baca buku yang dia bawa, sementara aku melayan mulut Mawaddah yg tak berhenti bertanya macam-macam sebab dok belek sehelai-sehelai majalah yang ada kat situ.

Bila Doc pegang perut, Doc rasa perut dah tegang semacam. Ada sedikit kontraksi. Yang lain semuanya normal dan Doc kasi MC sampai Rabu depan sebab dia kata Mama nampak penat. Wowiiiee...baikkan Doc? Mama kata MC sampai hari ni je la Doc. Doc kata " takpe, awak kene berehat"

Selesai Check Up destinasi seterusnya:

1) Ziarah Amirul di bilik 526. Amirul dah pandai menulis. Macam-macam ditulisnya dan tampal kat dinding. Khabarnya semakin sihat dan boleh keluar semalam petang juga.

2) Singgah Public Mutual Bangsar. Menunaikan amanah 2 clients yang bermohon kemaskini profail dan membuat Standing Instructions bulanan ke akaun Unit Amanah ;). Kali pertama juga Abang sampai ke PM Bangsar.

3) Ikan Bakar Istana. Destinasi makan tengahari kami sebab aku yang nak makan sangat Ikan Terubuk Bakar ( dah bape kali daa....). Memula keadaan agak terganggu sebab Mawaddah tertidur dr Bangsar dalam kereta. Jadi, bila kami kejutkan dia agak merengek. Tapi lepas tu dah ok sket dan kami enjoy le makan. Orang pon tak ramai sangat sebab dah lewat sedikit. Menu kami: Sotong Bakar, Terubuk Bakar dan Pari Bakar. Mama makan macam nak pecah perut, tapi Mawaddah minum Milo jek! Langsung takmo makan.

Petang sebelum maghrib Mama masak Gulai Kari Ikan Bawal pulak. Anak-anak makan sampai 3 kali pinggan nasi dan bila kami sambung makan nasi semua licin habis! Untuk achik, kami suruh dia tambah nasi sendiri la sebab lauk ada. Sungguh selera anak-anak makan.

Malam sebelum tidur, perut rasa tegang semacam. Kalau nak bersalin, mama dah redha. Tup tup bangun pagi ni sihat bertenaga aje pulak. Ha..ni gi masak mihun goreng pulak. Ayah kata " selagi mama tak bersalin macam-macam nak makan". Tak salahkan?? erk...

Thursday, July 30, 2009

Akhirnya Pesta Sukan Mus'ab bakal menjelma

Setelah aku tertanya bilakah Sukan Sekolah Mus'ab ( dek melihat sukan Idlan dan Lutfi yang telah berlalu), kini surat berkenaan Pesta Sukan PASTI Cawangan Taman Ehsan 2009 pon tiba.

Insyallah pesta sukan akan dijalankan Ahad ini, 2 Ogos 2009. Excited juga nak tengok Mus'ab beraksi nanti. Ok kita tengok la sempat ke tak yer... Kalau ikut tarikh jangkaan bersalin, sepatutnya sempat la.

Selama 3 hari ini mereka hanya ada latihan sukan sahaja setiap pagi, so kerja rumah tiada. Kurang sket koje Mama nak monitor koje sekolah hehe :D.

Oh ya semalam pertama kalinya Mus'ab punya gigi patah! Nasib baik sebatang ajek. Benornya gigi tu dah lama goyang. Dan sejak gigi sebatang tu goyang, dia sangat-sangat rajin gosok gigi ( siang dan malam). Achik memberitahu kami gigi tersebut patah dengan sendirinya dan Mus'ab relaks saje. Mus'ab ku lihat semakin matang....Mawaddah pon begitu...ni mesti sebab nak dapat adik ;)

Hari ni check-up minggu 39 di Spital Pantai. Abang akan temankan sebab secara rasminya aku dah tak memandu sejak hari Isnin minggu ini. Yeyeh sonok!

Wednesday, July 29, 2009

Bos belanja....

Bila bos nak belanja...apa lagi? Layan beb!

Lunch last 2 weeks ...Fri @ Bangsar Villange , a Thai restaurant...tak hingat nama apa. Yang penting, sungguh lazat sekali. Bukan sebab percuma okeyy..tapi mmg rasa dia gempaksss...sesuai sangat ngan anak tekakku ini...Sehari sebelum tu pon bos belanja! kat SR :D . Apapon...mmg bos suka belanja la kalau gi meeting sama. Moga beliau murah rezeki selalu...

Antara gambar yang sempat di tangkap cam kat bawah...layan....


Ada tak macam Sireh? Tergelak besar kat bos, kata dia suka makan sireh. Tapi huh..sedap bangatttt..tak ingat juga namanya!
4 orang aje bos belanja you...ye la..all kaum adam kan kene gi Solat Jumaat ihiks
Bosannyer..tgh tunggu hubby jemput...semalam pon balik lewat...kui 8pm++..kalau ada sayap sendiri, dah lama terbang awal :D

13 days before EDD

Rasa tade mood sangat bekerja....Doc aku yg baik hati tu siap kata last week "kalau nak MC, call je la I"

Ok la selamat berkerja ya..nk gi mesyuarat jap...

Monday, July 27, 2009

4 in 1

4 - in - 1 :

1) Insomnia


Aku sedang mengalami gejala Insomnia yang semakin melampau. Jadi petang ini di pejabat, aku ngantuk sangat yang teramat hanya Allah yang tahu. Nak tidur tiada bantal/tilam...nak buat kerja mata ngantuk sangat jadi aku berjalan-jalan sampai ke Surau dan solat Asar berjemaah la. Allah nak uji insomnia supaya aku rajin bangun malam beribadat la tu..buat-buat tak faham pulak aku ni.....

2) DD & KFC

Ok rumah sewa area USJ telah kami dapat untuk adik iparku yang mula kerja hari ini. Jadi, semalam aku join sekali perpindahan rumah dan naik tangga sampai tingkat 4 dengan harapan bersalin le aku dalam minggu ni. Sebelum sampai USJ, kami singgah restoran jejantas Sg Buloh untuk menikmati Dunkin Donut dan KFC. Maaf dah tak insaf Donut sebab berat badan dah 2 minggu tak naik pon. Tapi badan tetap kembang...ihiks







3) Pembantu

Kami dah ada pembantu di rumah. Tidak sangka dapat begitu cepat, ingatkan lepas aku berpantang. Kami dah lama rajin bertanya dengan pekerja Indonesia yg dijumpai dimana-mana sahaja contoh: cleaner pejabat, cleaner hujung minggu, pekerja fudcourt etc. Akhirnya mendapat seorang pembantu yang kami dapat melalui kakaknya sendiri yang bekerja di Fudcourt. Kami menggelarnya 'Achik' = ''Makcik'. Hubungan antara majikan-pekerja ini ada sedikit kelainan kerana kami mengenali ahli keluarganya yg tinggal di Malaysia. Sebelum Achik tiba di Malaysia, kami telah berkunjung 2 kali ke rumah ahli keluarganya disini bagi membantu mengenali sedikit latar - belakangnya. Kakaknya juga sudah 2 kali ke rumah kami untuk berjumpa / mengirim barang. Anak-anak serasi dan gembira dapat duduk di rumah kerana mungki nmereka bebas bergerak berbanding duduk di rumah pengasuh. Dengan adanya pembantu, ia benar-benar meringankan tugasku yg sedang sarat. Balik ke rumah kerja memasak pon dah jadi mudah. Masanya sangat sesuai. Tak jadilah nak tempah Lauk Pantang MangkukTingkat gamaknya. Habis pantang? Dah berangan nak cat ruang tamu ( secara terperinci di bahagian banyak lukisan anak-anak) dan buat kuih raya! Kan dah ada 'achik' membantu kerja rumah lain. :D

Gambar anak-anak ke kenduri adik Zarid semalam :). Baju dr Tanah Arab hadiah daripada Uwan.

4) Another July baby

Kawan sepejabat, Fairuz yang EDDnya sama ngan aku dah selamat bersalin tengahari tadi. Alhamdulillah dapat anak ke 4, a gal 2.9kg. Baby July too!

Dah 6.20pm...masih di pejabat sebabnya kene tunggu suamiku sampai...ngantuknya.....

Set bersalin yg mana satu ni?




Kedua-duanya produk muslim pada harga berpatutan. Sesapa ibu yang pernah menggunakannya, sudilah berkongsi testimoni set bersalin tersebut. Terima kasih

Sunday, July 26, 2009

Project DIY yang sempoi...

Ala....projek DIY biasa-biasa aje....

Sarung Bantal DIY Oleh Mama:
Petang Jumaat aku jahit sarung bantal Giant. Mesti buat 2 jenis sebab satu Mawaddah akan claim dia punya dan lagi satu Mus'ab akan claim dia punya. Teringat balik beli bantal besau ni kat Sogo 2/3 years back kot...Bantal besau ni memang tade sarung bantal, ianya corak kartun. Dek kesian tengok banyak kesan tompok air susu kekanak berdua ni, so aku buatkan la sarungnya di petang Jumaat ( MC day). Baru la selera sket nak lepak atas bantal di depan tv ;)

Kos kain: RM2.80/meter
Kain yang diperlukan: 4 meter ( 2 meter untuk 1 sarung bantal besau)
Mawaddah kata yg kaler Purple ni dia punya. Saje letak sket kain satin Purple kat tepi sebab jumpa kat umah emak. Mulanya dah buat sikit renda, tapi rasa sakit plak pinggang jahit lelama. Tapi kalau dapat gi Nagoya mmg best, sbb Nagoya ada jual renda siap itewww. My kes, beli kain kat kedai dekat umah je...Saje juga letak my HP buruks itu nak tunjuk betapa besaunya bantal ni...
Pstt: Handphone mmg tak tukar lagi..entah bile...hehe....

Bolehla consider ni Mus'ab punya...sbb kaler Biru...

Potong Rambut DIY oleh Ayah:

Dah selalu ayah potong rambut Mus'ab tapi aku tak pernah plak tangkap gambornyer. So ni gambar potong rambut DIY hari ahad pagi. Kalau gi kedai mamak potong rambut kat sini kosnya RM10.



Mus'ab kegelian! haha

Saturday, July 25, 2009

Giveaway kek lapis sarawak oleh Ezreefa

Di petang Sabtu yang hening ni...sambil menunggu cendol dalam periukku sejuk...tetiba terjumpa Blog Ez ini yang sedang menganjurkan Gift Way Kek Lapis. Jadi ku nak join sekali la...memang pantang jumpa kek ni! heheh...caranya senang aje....meh ikut

Terliur kan? aku mmg gitewwww

1. tuLis kat komen nape koruNk nk menang??pastikankomen koruNk akaN terUs Link kat bLog koruNk yerk...
Kerana ibu mengandung sepertiku ni memang cepat terliur dengan makanan-makanan terutamanya makanan yang tidak pandai di masaknya. Jadi, antaranya ialah KEK LAPIS SARAWAK...series suka sangat kek lapis. Nak masak memang tak pandai. Nak belajar pon belum ada semangat. Dulu aku pernah la tempah kek lapis Sarawak dari clientku sendiri, Sis Su.

2.Letakkan pic kek Lapiz yg sedaP ini kt dLm posT koruNk..
Settle...

3.komen kat mana2 posT akuh sekurang-kurangnya 3 komen kat mana2 [Tp kene menTioN kaT shOut box yg koruNk koMen kaT maner k...]
Settle:
doyandoyan
langkawi-oh-langkawi-final-postin
lawak-di-pagi-hari

Tarikh tutup lambat lagi...30 Julai 2009. Nak join ker? meh ler....

Friday, July 24, 2009

Peristiwa berdarah!

Sekali lagi jgn saspen....semalam hidung je yg berdarah...hehe tu jek...agak banyak juga...so Emak pecahkan ais dan aku tuam-tuamkan di atas dahi dan baring-baring saje. Lepas tu sumbat tisu dalam hidung sampai darah kering.

Hari ini? MC = work from home ;) enjoyyyyy...

2 worktasks to settle: FTE forecasting and JI justification.

Thursday, July 23, 2009

Memandu semula

Setelah 2 hari off day from driving... aku memandu semula. Semalam pulang dr pejabat aku dah pandu (gerak awal kerana Doc kasi MC). Yang pasti aku memandu begitu 'ayu', sebab yg aku perasan aku memandu di laluan kiri, dan segala-mala kereta semua memotongku. Ayukan aku memandu? kuikui....sebenarnya aku rasa ok sedikit memandu bukan dalam kesesakan lalu lintas..itu sajalah tips nyer hehe :D
Sekarang? Makan angin kat Spital Pantai berteman netbook dan Celcom BB ;) Aku ingat nak bawa Mawaddah teman, tapi Cik Abg tak kasi takut katanya kang si Mawaddah yg menangis sbb dia ada sedikit fobia jumpa klinik/doktor ni...

Wednesday, July 22, 2009

July babies in a row

;)

2 July 09- Shima, kawan pejabat dapat anak ke- 2, a baby boy. Ingatkan tragedi ikan bakar? Bersalin jam 3.10am.

7 July 09-Hani, dapat anak ke -4, a baby girl. Bersalin jam 12am.

14 July 09- Maisarah, kawan satu pejabat sekarang dah masuk unit lain, dapat anak ke-4, a baby girl. Bersalin jam 1.15am, hanya 1 jam di labor room ;)

22 July 09- Ely, kawan online dr Johor, selamat bersalin dapat anak ke-2, jantina belum pasti, later kita tanyer balik. Bersalin jam 8.10am.

Tahniah to all mommies ;)

Semua bayi-bayi bulan Julai ini kebetulan lahir waktu pagi.. ;) . My lil Muaz ? Julai atau Ogoskah? dengan rasminya semalam dah bagitau Mus'ab dan Mawaddah panggil baby boy ini Muaz...mereka cepat tangkap!

Namun begitu, si Mus'ab kata namanya Ben dan Mawaddah mengaku namanya Gwen! kuatnyer pengaruh kartun ituuuu ...hish....

Tuesday, July 21, 2009

Tewas akhirnya

Ya..akhirnya aku tewas untuk memandu kereta Saga Manualku pada usia kandungan memasuki 38 minggu! Sakitnya di bahagian abdomen terasa begitu kuat masa menekan pedal kereta. Kali terakhir aku memandu ialah semalam (Isnin, 20 Jul 09), kira-kira jam 6.50pm dimana aku memandu hanya pada jarak dekat iaitu, Annexe 2 ke Plaza Pantai kerana menunggu Abang di LRT.

Dan dengan ini...secara rasminya....'check-up' aku hari ini dengan rasminya dan buat pertama kalinya ditemani suami! Seronok kan? Aku ingatkan hubby hanya akan merasai pengalaman ini di Labor Room. In fact, disebabkan minggu lepas baby dah engaged, doktor hanya nak tekan-tekan perut tgk kedudukan bayi, tapi aku tetap request untuk Scan sebab ini kali pertama suami melihat anak ke-3 kami di dalam perut ..ihiks :D. Kepala bayi benar-benar kat 'exit access'..mendebarkan...cuma mau tunggu servix itu melembutkan dirinya.

Oh ya, aku tetiba terpikir. Memang langkah aku kali ni dah tak panjang. Contoh: kalau barang dapur tak cukup, dah tak boleh gi beli sendiri, kene suruh sumamiku. Kalau teringin nak hantar/jemput Mus'ab ke sekolah pon tak mampu, atuk dia yg tolong. Aku teringin gak nak gi beli kain buat sarung bantal baru, tak dapek aa agaknya. Tak mungkin cik abg nak gi Nagoya beb! takpela..small matter... huhhh..unbelievable

Nota kaki: Lunch date with Hubby kat KKR today I tak bawa kamera la youu....waduh...luperrr

KKR pls!

Nota awal : KKR not equivalent to Program Kenalkan Kawan & Rakan okeiii

Hari ni check up. Ku nak usahakan makan KKR today, bleh? ....kui kui :p Dah lama aa tak makan KKR. Yati aa ni kata KKR muffin sedap. Kan aku dah terjebak! Kan ku tangkap gambornyer nanti heheheh. tunggu......

Monday, July 20, 2009

Berita terkini!

Hari ni saya tak memandu! tu je la...ehehe :p. Suspen tak? :p

Pagi tadi hubbyku tolong bawakan kereta sampai ke pejabat dan parking kat sini. Kemudian dia ke pejabat naik LRT. Elok juga senamam buatnya. Aku mmg dah terasa sakit sgt kat bawah abdomen tu masa memandu. Bayangkan kalau jalan pon kangkang..maunya masa memandu pon kangkang. TQ abang ;)

Status Halal Gula-Gula Chewy Fruit Plus

Lagi-lagi dapat email orang fwd email pasal status Halal/Haram makanan last Fri. Yang bagusnya, aku dah ajar kengkawan pejabat untuk semak dulu status dengan HDC.

Email dr kawan pejabatku & clientku, Aida

Salam,

Mohon pengesahan berkenaan status Gula-gula Chewy Fruits Plus yg menjadi antara gula-gula yang lazim di beli oleh kanak2 dan orang2 dewasa.

Seperti yg tercatat pada pek bungkusan - "Contains edible gelatine from beef". Bahan "Gelatine" yg digunakan utk menghasilkan gula2 ini meragukan kerana tidak dinyatakan dengan jelas jenis haiwan yg menjadi sumber "Gelatine" daging tersebut. Gula-gula ini dikeluarkan oleh Khee San Food Industries Sdn Bhd

Jadi inilah hasil balasan dr HDC:

Salam Puan

Terima kasih kerana menghubungi kami dan dimaklumkan Syarikat tersebut ( Khee San ) telah mendapat sijil Halal daripada JAKIM/HDC dan gelatin yang digunakan dalam produk tersebut juga telah disahkan Halal oleh Majlis Ulama Indonesia dan China Islamic Association. Pihak JAKIM juga telah meluluskan Syarikat Gelatin tersebut. Sekian dan terima kasih

Semoga perkongsian ini menambah ilmu kita hari ini. Terima kasih





Kesimpulan: Gula Gula Chewy Fruit Plus HALAL.

Sunday, July 19, 2009

The hot and fresh muffin!


My Muffin is just out from the oven..hot and fresh! Blueberry and Choc Chip flavor. Mus'ab suke bangat the Choc Chip...aku mmg suka sgt makan yg panas-panas especially Cheese Tart, sedap bangat yg panas tu.....

Aku belum bersalin lagi okeiiii..tapi takat ni dah tak ngidam nak bake apa2 lagi...ku rela diserahkan ke spital pantai bila tiba saatnya :D

Dah beli batu tungku ......

Ely ( kawan online dr Johor) dan aku tengah cari batu tungku. Kami sama-sama menunggu hari, cuma dia awal sket EDDnya 25 Julai and mine 10 Aug. Jumaat lepas dia mesej this mamadamia website yang jual tungku. Jadi semalam aku dan suami dah gi beli la Batu Tungku Lonjong itu...

Dari last week nak sangat buat Blueberry muffin. Barang-barang dah beli. Tapi tetiba jatuh sakit belah petang ( nak start demam). Jadi tangguh dulu baking. Mlm td tidur dari lepas maghrib sampai pagi. Bangun hanya untuk solat dan makan ubat saje. Moga sembuh sebelum kontraksi bermula..aminnnn

Secara ringkasnya aku dah get ready :
  • Batu Tungku
  • Nama anak
Set bersalin ingat nak beli jek dr HPA, jiran sebelah lepas bersalin nanti. Ok nak berehat jap..lps tu buat sup daging, grg hati ayam sekali buat tambah darah dan rendam akar bunga fatimah.

Saturday, July 18, 2009

OSB Give-Away Contest

Salam kengkawan sume....

Ingat tak aku ada beli 4 CDs last month dr blog OSB ini? Memula dulu aku Google search CD dan jumpa forum CD..dan dari situ barulah kukenali blog OSB ini, dan kini OSB buat Give Away Contest, jadi makcik pon nak join la mana tahu boleh tambah lagi CD. 4 tu tak cukup tauuu :D

Syarat-syaratnya:

1. Copy and paste picture letak di tepi- done!. Jadi follower-done!

2. Entri berkenaan Contest. Inilah dia. Slogannya seperti berikut:

"SAYA MEMILIH LAMPIN KAIN MODEN KERANA IA MENJIMATKAN PERBELANJAAN, MEMBANTU MENGURANGKAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR, DAN MENAMBAH KESELESAAN DAN GAYA SI KECILKU. " ;)
(tidak melebihi 15 patah perkataan)

3. Tinggalkan komen dengan menyatakan nama, email dan link. Tak bleh pulak tinggalkan komen...sat agi try balik oki! BTW, dah email mama MamaSofwa ;)

Kepingin nak hadiah CD....baby nak lahir anytime ni...hehe

Thursday, July 16, 2009

Apa itu Bunga Akar Fatimah ?

Ramai ibu-ibu mengandung tanya ( beremaial-emailan kita yer? hehe) , apakah itu Bunga Akar Fatimah? Jadi, saya jongsikan rupanya di sini yer. Anak pertama dulu aku tade bunga ni. Anak kedua dah ada. Aku rendam masa dah rasa-rasa macam nak dekat bersalin, maksudnya masa baby dah engagaged. Bila turun tanda, in my case 'darah' terus minum dan bakinya saya lalukan atas perut, then barulah beredar ke Hospital.

Untuk anak no 3 ni, ku belum rendam lagi. Sebabnya ku berharap sangat kalau nak bersalin awal pon minggu depanla. Jadi kalau dah bersedia, aku nak rendam hari Isnin depan la kot. Kalau ditakdirkan tetiba turun tanda ( darah / air ketuban) bunga ni aku dah bawa siap-siap dalam beg tangan dan terus rendam dan minumla kot.

Bunga ni boleh dapat dr Mekah, kalau ada kat Malaysia ku tak tahu la pulak. Jika tiada, jangan risau. Teruskan amalan membaca Surah Yasin, Maryam, Yusof . Masuk bulan ke 8 bacalah doa Nabi Yunus bila-bila masa shj ( tgh masak, memandu etc) sampai ke labor room:
Laila ha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zholimin

لاَ Ø¥ِÙ„َÙ‡َ Ø¥ِلاَّ Ø£َنتَ ، سُبْØ­َانَÙƒَ Ø¥ِÙ†ِّÙŠ ÙƒُÙ†ْتُ Ù…ِÙ†َ الظَّالِÙ…ِينَ

“Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.” (Surah Anbiya ayat 87)

Sekadar berusaha...yang lain tu serah kat Allah..:)

Beginilah rupanya Bunga Akar Fatimah

Wednesday, July 15, 2009

Baby dah engaged...debaran semakin terasa


Mee Bandung di hari Ahad. Masak...dan kemudian makan..selagi belum mula pantang :p Sesuai juga kan justifikasi ni?

Memang selesa betol bawa kerete Auto yer? Tapi bawak bersabar, 3 bulan nak menunggu. ni. Ngalahkan tempoh berpantang. Kalau nak beli M line ada la stok. Tapi takpela tunggu H Line juga. Apapon, kalau lepas ni bersalin dah puas hati la dapat Test Drive itu kereta. Lambat kan proses? Mmg sembap sket....sbb proses Proton Xchange + kalau buat ngan bank luar dh lama settle kot...
Bebudak ni suka aje.

Ayah tak tangkap gambar Mama test drive pon :p

Back to my yesterday's check up kat Klinik tkt 26. Baby dah engaged! Bertambahla debaran. Patutla Braxton Hicks makin terasa terutama sebelah malam ( masa nak tidur ) dan masa memandu.

Hasil Check Up semalam:
Ada harapan bersalin 1 Aug tak? Apapon nk makan Kopok Lekor puas-puas dulu. Kopok dah sampai Shelly belikan...yahooooo :D Sat gi menapak le ke Menara nak amik kopok..yeyeh mama suka :D

Yang belum ready:
  • Nama anak
  • Batu tungku
  • Set bersalin ibu berpantang
Ku masih memandu, apapon harapanya somebody else will drive me to the hospital bila tiba saatnya nanti ;) .

Saturday, July 11, 2009

Tart Nenas Gulungku yang Pertama!

Alhamdulillah alhamdulillah, ku berjaya menyiapkan Tart Nenas Gulung buat pertama kalinya dalam hidupku selama ini :D

Oh ya, benornye sebelum ni memang le salu wat Tart Nenas, tapi yang bentuk bunga ( yang terap tu). Ternyata yang gulung ni sonang aje ...

BTW, ni Tart Nenas Gulung orang malas, opps org preggy/sibuk/efisien :D.

Resipi Tart Nenas Gulung cepat dan ringkas!

Bahan-bahan:
60gm telur kuning
400gm Pineapple Tart Mix ( dijual di kedai kek macam Bagus)
220gm mentega
Pineapple Paste (B) - kurang manis, katanya. Tapi bagiku tetap manis ( dijual di kedai kek macam Bagus)

Cara-cara:
1) Pukul mentega yang masih agak-agak dingin sejuk selama 2 minit
2) Kemudian kuap balikkan mentega dan pukul lagi selama 2 minit
3) Masukkan Tart Mix dan Kuning Telur dan kacau sebati hingga menjadi doh
3) Bulat- bulatkan dulu inti nenas untuk memudahkan proses membuat tart
4) Masukkan doh dalam acuan kuih tart dan tekan perlahan
5) Letakkn inti dan gulung mengukit perasaan anda
6) Sapukan kuning telur sebelum bakar
7) Bakar dalam 15-20 minit..agak-agak je, jangan hangus udah le

Meh layan gambarrrr...

Acuan Tart Nenas. Harganya RM4.60 dapat 2.

Intinya kubulat-bulatkan

Tekan doh guna acuan dan berenti setakat panjang yg sesuai...Ku buat atas meja jepun, so bleh duduk. Bila letih bersandar di Kitchen Cabinet belakang tuh...

Kuih muih dah disapu kuning telur. Bersiap sedia untuk dibakar.

Dah siap bakar. Mama preggy, jemput makan!!!

Pastikan kuih sejuk dulu baru masuk balang ok. Dapat 80++ biji. Ku letak dalam satu tupperware kecik untuk Emak jua... Hubby tak suka makan Tart, tapi kali ni dia makan pulak Tart Nenas ni, mmg sah terkena ngidam org preggy jugak.

Oh ya...baru ku teringat. Masa time Mawaddah, baking terakhirku ialah Pau...di mana separuh lu kukus jadi Pau dan separuh di bakar jadi Roti. Esoknyer aku bersalin..hehe.
Ni aksesori baru di dapur. Aku cuci pinggan, potong sayur bawang etc menggunakan kerusi ini. Ini bagi mengurangkan kesakitan pinggan dan belakang akibat berdiri lama. Kene beli 2 kerana pasti ada kawan akan teman masa dok dapur, sapa lagi kalau bukan Nur Mawaddah tuh..ihiks

Soalan penutup untuk anda semua: Nak buat Kuih Raya 2009 apa tahun ni? Melampaukah soalan ini? ( pasti suamiku kata melampau...nak buat cemana..dah minat baking, ye dok? )

Tika dan saat ni..mulut tak bleh berenti makan..hampir separuh balang habis, ohoooooo....pantang tak bleh makan kan? sesuaikan justifikasi ini? kuang kuang

Last sekali, TQVM kepada pemberi Anugerah ini iaitu Shafiati's Life. Yahoo...dpt Friendly Award ;)



Friday, July 10, 2009

Jumaat pagi....

MC yang letih dengan karenah anak-anak tersayang:

Abg Ab: "Mama, nak keropok....mama, tambah sos lagi"
Mawaddah: "Mama, nak susu milo"
Abg Ab: " Mama, nak air oren"
Abg Ab : " Mama, nak kencing...jom aaa gi belakang...takutttt"
Mawaddah :" Mama, nak kertas..nak pakai topi"

Macam-macam permintaan. Sebenarnya yang paling tension yg saya bold kan di atas. Entah cemana la depa belajar takut-takut. Naik letih dibuatnya. Padahal lampu toilet dah sentiasa terpasang. Kalau tak pon, kerusi memang dah letak kat tepi pintu supaya mudah mereka pasang lampu. Yang lain tension bila bebudak ni bergaduh! Bergaduh jek mama terus keluarkan amaran " sapa nakal, mama hantar gi umah mak ngah!" ..terus air mata mengalir..sian jek...( amaran je tade niat nk antar pon)

Rumah dah 1wk+ tak bersapu. Hari ni mmg banyak nak kene buat :D

Sebenarnya, hari ni la masa nak meluangkan masa dengan mereka. Pd masa yg sama, nak ngajar le Mengaji Muqaddam. Memang susah btoi yer nak jadi cikgu, bebudak ni cepat sangat hilang konsentrasi. Baru satu baris, dah nak main Puzzle. adeih...

Okla..mood cooking and baking Mama masih ada...cuma kudrat tu tatau la nak kata. Apapon Pineapple Tart Mix dah beli. Buat esok la kot masa cik abg boleh layan karenah kids :D. Ni buku beli semalam:

Suka sangat makan sekerim. Buat tak pernah. Kali ni mungkin bleh try guna resipi dr buku ni. Buku ni siap ada CD youuuu

Biskut ada macam-macam dlm buku ni. Tart Nenas jugak jd cover buku. Btol2 sindir aku le ni..hehe...boleh ke dah berangan nak buat kuih raya apa tahun ni...i dream tahun ni at least 3 cukup le : Tart Nenas, Cornflakes Crunchy dan Nestum Crunchy :p . Don't worry kalau masih berpantang, kita order saje la

Mus'ab is now a new member of Kelab Nuri Bank Rakyat. Tip ringkas: Bila masukkan duit ke dalam akaun /Tabung anak, tunjuk depan mata mereka duit masuk dalam tabung, contoh Tabung Haji kiut tu, dan katakan pada mereka " Kita kene simpan duit dari kecil, sebab besar nanti Mus'ab/ Mawaddah nak guna duit ok. Faham tak? "
Untuk Kelab Nuri, Mus'ab dapat kalendar+poster ada gambar Upin Ipin dan juga Pencil Box bentuk Pensel Besar dengan ada formula Darab Darab no 1-9. OK sgt...

Thursday, July 9, 2009

Doktor kasi MC 2 hari

Hari ni check up kali ke 2 dengan O & G, Dr Idora. Check up minggu ke 36. Kali ini ku terasa lama menunggu, sebabnya Celcom BB bersama Ayahanda yang balik Kg Perak. So, kebosanan di ganti dengan pot pet pot pet ngan orang sebelah. Orang buat business mmg kene rajin Pot Pet okey :D Meluaskan jaringan kenalan.

Aku relaks je check up sorang-sorang. So basically aku citer kat Doktor I, minggu ni aku selalu gak rasa Braxton Hicks. Dr I terkejut ler aku masih memandu, kereta manual. Dr I kata kalau boleh, suruhlah hubby tolong hantor kerja. Dah tak sesuai 36 wks above memandu ngan jem2 + kete manual. Alahai Dr, kucuba bertahan lagi...Dr I soh aku berehat 2 hari! Hari ni dan esok! Alamak, esok ada meeting pagi ptg, aku takmo MC la Dr! Dr kata, rehat jugak..alemak....so kesimpulannya aku sedang 'work from home' gitu! Sume officemates telah ku inform...

Ni hasil rawatan susulan ini:
  • Berat jangkaan baby: 2.8kg. Aku sgt terkejut! Sebabnya sejarahnya anak aku berat gini biasanya mmg nak lahir dah..depa tak berat2 sgt :D
  • Berat aku 73kg. Lagi 1 kg nak jadi total 20kg. Mus'ab & Mawaddah lahir tepat masa beratku naik total 20kg
  • Posisi bayi: Masih belum engaged. Hasil 3D kali ni, muka dah tak boleh nampak sebab kepala nak menghala Birth Canal
3 hari dah tak memandu, terasa kereta ni berat semacam pulak! Hehe...sampai umah ku penat sgt...Apapon, nak buat jugak Pineapple Tart! Semangat gitu :p

Cloth Diaper

Cloth Diapers adjustable size beli dr sini sudah sampai. Ini adalah pembelian terakhir sebelum bersalin. Ini kerana bulan ini kami berbelanja paling besar dalam sejarah kerana itu dot dot dot. Buat masa ni biarlah rahsia dulu....

Total expenditure RM144 including postal fee. Insyallah, I will track how much savings that we able to gain when we start using CD as compared to disposable diapers oke mama-mama sume...tunggu le baby lahir dulu yer...

Boleh tak mengidam nak Bake PINEAPPLE TART?

Wednesday, July 8, 2009

Review on ITIL V3 Foundation

Yahooooo.. eh eh alhamdulillah. Exam is Over.

The Exam question is a bit tough than the Assessment last month. Exam result will be out another 1-2 weeks. Sib baik dapat amik Exam..malam tadi aku ada rasa2 cam sakit pinggang..ingatkan nak bersalin dah..hehe ala...Braxton hicks la tu...

Eh, sesapa dah tau itu keputusan Assessment ker???

Tuesday, July 7, 2009

ITIL V3 certification

Ku sedang memberi sepenuh tenaga dan fokus kepada kursus ITIL selama 3 hari. Malam ni kene kerja keras..maksudnya mengulangkaji sedikit - sedikit kerana esok Exam bermula jam 3pm. Wish me luck okey. I want to pass with flying colours. Eh bleh ker? ihiks. The 1st session ITIL ni only have 9 students pioneer konon-konon gituuuu. Mengapakah aku orang pertama terpilih? mestilah sebabnya tak lama lg nak melahirkan baby you....hehe.... I'm ok jek ;)
Harapnya lepas ni bleh amik CFP dan COPC pula...PHD? tak minat aaa

Monday, July 6, 2009

Syoknyer....

Syokla hari ini....sebabnya

1) 3 hari ni aku ada pemandu, iaitu suami tersayang. Ni bukan sbb mak buyong tak larat bawa kereta, tetapi kebetulan berkursus 3 hari di MMC. Jadi ambil peluangla Abang hantarkan memandangkan pejabatnya tak jaauh dr MMC.

2) Dapat balik tepat pada masanya dan kami nyempat la singgah Taman Permainan. Happy le 2 kekanak itu.... ;)


Saturday Outing

Kisahnya, adikku nak register program Ijazah @ UITM Melaka hari Sabtu. Katanya, ada lagi borang yang belum disahkan. So, nak tak nak kakaknyer kene singgah gak pejabat Sabtu pagi nak cop pengesahan beberapa dokumennya. Inilah namanya Unplanned Saturday Outing ;)

Destinasi 1: Pejabat Mama @ Bangsar

Meriah pulak jadinya hari Sabtu pagi tu sebab 3 opismate pon mai opis buat kerja sket. What a coincidence! Meriah you....Aku amik kesempatan fax permohonan GL ke PM Care. Menu utama kami: Nasi Lemak Zaki kegermaran Mus'ab. Siap sume dokumen, my parents dan adik singgah tepi jalan kat pejabat dan terjadilah sesi penyerahan dokumen dan bersalaman :) . Meriah lagi adik iparku pon ada sekali....



Destinasi 2: KLCC dan sekitar tamannya

Destinasi pertama bila masuk KLCC gi Kedai Gambar sbb mak buat gambo passport instant, then wajibun la Kinokuniya. Macam biasa, mesti ratusan punya ongkos habis. Tade ruginyala. Aku sengaja beli buku buat teman di masa pantang. Lepas tu ingat nak tgk show Dinasor kat Petrosains, tapi show mula jam 2pm. Malas nak tunggu kami gerak ke taman. Mawaddah sangat emosi sebab Kolam Kekanak ditutup utk kerja naiktaraf. Menangis beb! Kami pujuk main kat taman permainan je la...kemain suka! Kalau boleh nak main lama, tapi ade sket hujan turun. Kami rasa syukur sgt boleh le ajak gi solat kat Masjid. Tangkap gambo ngan Kepala Trex pon cukup le ye dok...Malas nak tunggu show ...

A frugal outing..sampai kat taman KLCC kami makan roti canai tapau dr Taman Ehsan. Nak wat cemana paginya terlebih beli selain nasi lemak. Syokla piknik kat taman..angin sepoi-sepoi bahasa...
Lihatla Mawaddah yg emosi! Tu baru lepas nangis tu sbb tak dpt mandi kolam kekanak! Kali terakhir depa mandi kat situ awal tahun lepas rasanya..cian cian

Destinasi 3 : Pejabat Abang.
Gambo tak tangkap :p First time gi opisnya.

Penatnya buat senaman kaki youu..maybe elok utk ibu sarat

Sunday, July 5, 2009

;)

2 parcels has safely arrived :
1) Hanger with clips purchased online for my Tudung DIY. Will share later the pic when I've organize all tudungs with the hanger occay.
2) One Drop Perfume set 3 from Yan. Of course it's FOC due to the Contest Seiras Wajah ;)

I'm waiting for another 1 more parcel. Hopefully it's gonna be my final online shopping before I deliver :D
June Birthday Gals Celebration @ office. Happy Birthday Kak Ina & Kak Maz ;) Puas makan kek SR 2 minggu berturut. Hehe

I couldn't believe that today I'm settling my 3 outstanding office's task. 2 already completed, another 1 maybe tonightla...Bosan..sebenarnya I hate bringing the office's task back home..tapi nak wat cemana, I'll be away from office for 4 days to a attend a training. No choice la...

Friday, July 3, 2009

35 weeks pregnant

Ni ringkasan 35 weeks check up kat klinik:

Berat : 72 k
g (naik 1 kg je dr last month, nasib baik! )
BP: 90/60

Doktor: Kaki bengkak tak?
Mama: Tak
Doktor: Pening-pening tak?
Mama: Tak
Doktor: Tapi hemoglobin dan BP rendah, tak rasa pening?
Mama: Tak sangat..tak layan la doktor. Bagaimana ujian Talasemia doktor?
Doktor: Belum dapat lagi, mungkin lagi 2 minggu
Alhamdulillah setakat ni ku sihat-sihat saje.
Apapon ku sangat terkejut melihat Hemoglobin suamiku, level 15.5. Sangat sihat! Jadi sesuai la ngan diriku yang level 9.9. Alhamdulillah anak sihat. Cuma suamiku, tahap Kolestrol tinggi! Kita jangan masak udang dan sotong la yer bang. Makan ikan saje hehe

Ni aksi baby boy dlm perut. Hehe :D. Tak faham ? abaikan je la


Ku tak boleh aa tgk blog yg ada muffin cenggini..rasa nak buat! Minggu ni nak cari tilam baru yeyeh

Psttt..masa mamam kat Menara tadi dah beli 2 bungkus KURMA :D

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...