Alhamdulillah alhamdulillah, ku berjaya menyiapkan
Tart Nenas Gulung buat pertama kalinya dalam hidupku selama ini :D
Oh ya, benornye sebelum ni memang le salu wat Tart Nenas, tapi yang bentuk bunga ( yang terap tu). Ternyata yang gulung ni sonang aje ...
BTW, ni Tart Nenas Gulung orang malas, opps org preggy/sibuk/efisien :D.
Resipi Tart Nenas Gulung cepat dan ringkas!Bahan-bahan:60gm telur kuning
400gm Pineapple Tart Mix ( dijual di kedai kek macam Bagus)
220gm mentega
Pineapple Paste (B) - kurang manis, katanya. Tapi bagiku tetap manis ( dijual di kedai kek macam Bagus)
Cara-cara:1) Pukul mentega yang masih agak-agak dingin sejuk selama 2 minit
2) Kemudian kuap balikkan mentega dan pukul lagi selama 2 minit
3) Masukkan Tart Mix dan Kuning Telur dan kacau sebati hingga menjadi doh
3) Bulat- bulatkan dulu inti nenas untuk memudahkan proses membuat tart
4) Masukkan doh dalam acuan kuih tart dan tekan perlahan
5) Letakkn inti dan gulung mengukit perasaan anda
6) Sapukan kuning telur sebelum bakar
7) Bakar dalam 15-20 minit..agak-agak je, jangan hangus udah le
Meh layan gambarrrr...

Acuan Tart Nenas. Harganya RM4.60 dapat 2.

Intinya kubulat-bulatkan

Tekan doh guna acuan dan berenti setakat panjang yg sesuai...Ku buat atas meja jepun, so bleh duduk. Bila letih bersandar di Kitchen Cabinet belakang tuh...

Kuih muih dah disapu kuning telur. Bersiap sedia untuk dibakar.

Dah siap bakar. Mama preggy, jemput makan!!!

Pastikan kuih sejuk dulu baru masuk balang ok. Dapat 80++ biji. Ku letak dalam satu tupperware kecik untuk Emak jua... Hubby tak suka makan Tart, tapi kali ni dia makan pulak Tart Nenas ni, mmg sah terkena ngidam org preggy jugak.
Oh ya...baru ku teringat. Masa time Mawaddah, baking terakhirku ialah
Pau...di mana separuh lu kukus jadi Pau dan separuh di bakar jadi Roti. Esoknyer aku bersalin..hehe.

Ni
aksesori baru di dapur. Aku cuci pinggan, potong sayur bawang etc menggunakan kerusi ini. Ini bagi mengurangkan kesakitan pinggan dan belakang akibat berdiri lama. Kene beli 2 kerana pasti ada kawan akan teman masa dok dapur, sapa lagi kalau bukan Nur Mawaddah tuh..ihiks
Soalan penutup untuk anda semua: Nak buat Kuih Raya 2009 apa tahun ni? Melampaukah soalan ini? ( pasti suamiku kata melampau...nak buat cemana..dah minat baking, ye dok? )
Tika dan saat ni..mulut tak bleh berenti makan..hampir separuh balang habis, ohoooooo....pantang tak bleh makan kan? sesuaikan justifikasi ini? kuang kuang
Last sekali, TQVM kepada pemberi Anugerah ini iaitu
Shafiati's Life. Yahoo...dpt
Friendly Award ;)
