Thursday, July 16, 2009

Apa itu Bunga Akar Fatimah ?

Ramai ibu-ibu mengandung tanya ( beremaial-emailan kita yer? hehe) , apakah itu Bunga Akar Fatimah? Jadi, saya jongsikan rupanya di sini yer. Anak pertama dulu aku tade bunga ni. Anak kedua dah ada. Aku rendam masa dah rasa-rasa macam nak dekat bersalin, maksudnya masa baby dah engagaged. Bila turun tanda, in my case 'darah' terus minum dan bakinya saya lalukan atas perut, then barulah beredar ke Hospital.

Untuk anak no 3 ni, ku belum rendam lagi. Sebabnya ku berharap sangat kalau nak bersalin awal pon minggu depanla. Jadi kalau dah bersedia, aku nak rendam hari Isnin depan la kot. Kalau ditakdirkan tetiba turun tanda ( darah / air ketuban) bunga ni aku dah bawa siap-siap dalam beg tangan dan terus rendam dan minumla kot.

Bunga ni boleh dapat dr Mekah, kalau ada kat Malaysia ku tak tahu la pulak. Jika tiada, jangan risau. Teruskan amalan membaca Surah Yasin, Maryam, Yusof . Masuk bulan ke 8 bacalah doa Nabi Yunus bila-bila masa shj ( tgh masak, memandu etc) sampai ke labor room:
Laila ha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zholimin

لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنتَ ، سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

“Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.” (Surah Anbiya ayat 87)

Sekadar berusaha...yang lain tu serah kat Allah..:)

Beginilah rupanya Bunga Akar Fatimah

8 comments:

oja said... Reply To This Comment

ooo itu kegunaannya ek..ayah kita ada la bli kt Mekah ..tade la kita tanya utk ape camne cara nk guna..heheheee.bodoh sombong tul la aku ni...

Hany FF said... Reply To This Comment

farra, petua mak hany...guna sejak kandungan 8 bulan. rendam semalaman, paginya minum. sehari sekali atau kalau rajin bolehla minum 2x sehari.

yang rendam malam, minum pagi.
yang rendam pagi, minum malam.

Farra said... Reply To This Comment

oja~gitu la gamaknya

hany~tq for sharing..mlm ni bleh la rendam akar ni..hehe

`Ain said... Reply To This Comment

masa nak 1st aje minum, minum punya la byk,sampai nak termuntah masa bersalin:)

Anonymous said... Reply To This Comment

Jika bunga yang direndam kembang sekembangnya, biasanya sa'at kelahiran makin hampir. Kelahiran 2 anak akak sebelum ni, pabila datang tanda. Bila rendam, bunga akar fatimah itu akan kembang memenuhi satu bekas. Sangat cantik...Subhanallah.

K.yani

Farra said... Reply To This Comment

byknyer cara yer ekkkk

Mommy said... Reply To This Comment

Salam.. kata org tua2... akar fatimah itu ialah salah satu jenis selusoh utk memudah kan proses bersalin... saya pernah juga minum minyak kelapa yg dah dibacakan ayat Al-Quran, ada pangkat pakcik yg buatkan, anak no. 2... minum air zam-zam.... tapi kan sebenarnya kalau nak mempercepatkan bersalin masa dah cukup 40 minggu, atau dah engage ialah kaedah self induced (... intercourse la..) sebab semen akan melarutkan cervix plug dan dilation akan bermula... kalau 'bersama' lebih kerap masa dah hujung2 ni.. lagi senang bersalin... InsyaAllah... it works for me so far.

Farra said... Reply To This Comment

k.chor~i know that....sy tak sedia lg nak deliver this week..hujung ni masih ada big AGENDA!ehhehhe :D