Friday, July 31, 2009

What we did yesterday

Semalam Check Up Minggu ke 39.

Aku ditemani suami dan Nur Mawaddah ke Hospital. Mus'ab tak ikut sama sebab gi Sekolah. Ni kali pertama Ayah teman Mama Check Up kat Hospital. Minggu lepas Ayah teman ke klinik. Check Up dah mula sekali dalam seminggu. Mama nak kasi ayah familiar tempat parking kereta dan area sekitar Hospital. Apapon kami berdua memang tak tau ( ke tak amik tau? ) kat mana lokasi labor room lagi.

Semalam ramai pula pesakit Dr I. Udah la tak bawa netbook & Celcom BB. Sambil menunggu Ayah baca buku yang dia bawa, sementara aku melayan mulut Mawaddah yg tak berhenti bertanya macam-macam sebab dok belek sehelai-sehelai majalah yang ada kat situ.

Bila Doc pegang perut, Doc rasa perut dah tegang semacam. Ada sedikit kontraksi. Yang lain semuanya normal dan Doc kasi MC sampai Rabu depan sebab dia kata Mama nampak penat. Wowiiiee...baikkan Doc? Mama kata MC sampai hari ni je la Doc. Doc kata " takpe, awak kene berehat"

Selesai Check Up destinasi seterusnya:

1) Ziarah Amirul di bilik 526. Amirul dah pandai menulis. Macam-macam ditulisnya dan tampal kat dinding. Khabarnya semakin sihat dan boleh keluar semalam petang juga.

2) Singgah Public Mutual Bangsar. Menunaikan amanah 2 clients yang bermohon kemaskini profail dan membuat Standing Instructions bulanan ke akaun Unit Amanah ;). Kali pertama juga Abang sampai ke PM Bangsar.

3) Ikan Bakar Istana. Destinasi makan tengahari kami sebab aku yang nak makan sangat Ikan Terubuk Bakar ( dah bape kali daa....). Memula keadaan agak terganggu sebab Mawaddah tertidur dr Bangsar dalam kereta. Jadi, bila kami kejutkan dia agak merengek. Tapi lepas tu dah ok sket dan kami enjoy le makan. Orang pon tak ramai sangat sebab dah lewat sedikit. Menu kami: Sotong Bakar, Terubuk Bakar dan Pari Bakar. Mama makan macam nak pecah perut, tapi Mawaddah minum Milo jek! Langsung takmo makan.

Petang sebelum maghrib Mama masak Gulai Kari Ikan Bawal pulak. Anak-anak makan sampai 3 kali pinggan nasi dan bila kami sambung makan nasi semua licin habis! Untuk achik, kami suruh dia tambah nasi sendiri la sebab lauk ada. Sungguh selera anak-anak makan.

Malam sebelum tidur, perut rasa tegang semacam. Kalau nak bersalin, mama dah redha. Tup tup bangun pagi ni sihat bertenaga aje pulak. Ha..ni gi masak mihun goreng pulak. Ayah kata " selagi mama tak bersalin macam-macam nak makan". Tak salahkan?? erk...

7 comments:

Mommy Lyna said... Reply To This Comment

cayalah Mama, dalam sarat2 tu tetap vogue gitu!

semoga selamat semuanya yaa :)

-ummu amin- said... Reply To This Comment

respect betul ngan farra, dah hmpr due pun larat lagi nak masak2.. ayu dah lama amik cuti masak :) bkn tak larat.. lebih kpd malas kot.. cmn nak jadi rajin cam farra ek?? kalau farra asik mkn ikan bakar istana, ayu pulak asik nk mkn ikan bakar fend kat kelana jaya tuh.. semlm pun g mkn kat sana.. hubby n amin pun suka mkn kat situ..

Mommy said... Reply To This Comment

Salam.... Farra....dah nak bersalin sgt dah tu.... mmg betul kata doktor kena banyak2 berehat !! biar ada energy nak lalui labor pain dadn pushing... masak mmg boleh cuma kena hati2 jgn sampai terjatuh cam saya dulu.... sakit sgt2 hanya Allah yg tahu... baru 39 wks masa tu... dan baby belum engage langsung.... nak push 4kali lebih susah daripada biasa... pecah semua salur darah kat kulit....bintik2 merah cam kena campak!!! surprisingly... baby keluar pun tido relax jer.... dr ketuk & tepuk pun lena... tapi sihat... ingat kot bisu ke baby ni... tak de bunyi apa2 sampai malam tu... nurse kata kat nursery pun baby tido jer.... suspen lagi... tengah hari esoknya baru dia menangis... punyalah kuat!!!! Alhamdulillah..... itulah Uthman Khalis.... dah 6 hari baru hilang bintik2 merah.

Farra said... Reply To This Comment

mommy lyna~ala pompuan..biasa la..

ayu~tak jugala..kalau tak larat mmg tak masak la dulu...kita baru dpt maid ni so of course everyday masak sejak dia ada sbb ada org cuci pinggan :p kuikui

k.chor~menakutkan aa citer akak ni...itu la..baik toi doc soh berehat2..elok gak..tgh pikir nak buat cream caramel pulak ni ..ahaks :D
saya masak duduk tau..ingatkan sy dh beli kerusi letak kat dapur tu? hehe

laydida said... Reply To This Comment

huhu netbook jugak akhirnye (am i the last person on earth to know this? :P) beli brand ape farra?

Ealyie said... Reply To This Comment

Farra,
selagi baby di kandung badan, makan jela apa mu nak makannn..
Kang baby da kuar... huhuhuhuh.. nengok jela.. ;)

Farra said... Reply To This Comment

huda~lama dah ni..dr early may, acer aspire one

ely~ berat badanku dh cukup 20kg! arghhhh...