Showing posts sorted by relevance for query ikan bakar. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query ikan bakar. Sort by date Show all posts

Wednesday, July 18, 2012

Lunch date @ Ikan Bakar Bellamy

Sejak semalam dah plan ngan hubby nak lunch di Ikan Bakar Bellamy. Rasa-rasanya at least 3-5 kali dalam setahun mesti ada kunjungan ke sini sbb dah jadi feve...
Alhamdulillah kenyang. Perut ketat!

Lunch date with hubby naek motor di tengah hari yang panas hari ini... Berpeluh-peluh tetapi hati tetap bahagia. Sampai di kedai makan Gerai no-3 ( memang ke gerai no 3 je tiap kali datang sini..dah tak pandang yg lain ) umat manusia macam sardin dalam tin...Tapi kami tetap gagah, beratur panjang semata-mata mendapatkan Ikan bakar Terubuk, Keli & 3 ekor sotong bakar.
So sweat and sweet hiks

Malu nak tangkap gambar awal-awal sebab orang ramai sangat..nak makan pon himpit2...at least 1 kepong gambo sebagai bukti nak tempek kat blog..hehehe

Tengah Q panjang tu nampak lak iklan " PULUT MANGGA" & "CENDOL PULUT". Apalagi, terus order!

Sepinggan pulut mangga RM5. Kuahnya tak pekat sangat..tapi dek kerna feve kite..kite layankan aje

Total dining out today RM56 for 2 termasuk air kepala muda sorang satu. Thanks hubby

Kalau korang gi makan ikan bakar..ikan bakar apa yg anda suka makan?

Thursday, July 2, 2009

Tragedi Ikan Bakar !

Kat opisku ada 3 mak buyong yang due datenyer berderet ikut bulan: 6, 7, 8 (akuler..). Yang due bulan June dah selamat bersalin.

Semalam, Shima ibu yang due bulan July ni ngidam sangat nak makan ikan bakar. Katanya kalau lepas makan ni bersalin mmg berbaloi ler. Jadi, dengan baik hatinya kak Nora bawakan 3 ibu mengandung + 1 hero ke Medan Ikan Bakar Istana. Last minute punya arrangement pon menjadi, keluar pon hampir 1pm!

Sampai pejabat, si Shima rasa kainnya basah. Sahla air ketuban dah pecah! Kawan pejabat pon hantor le dia ke Spital Pantai ..masuk Labor Room Doktor cek dah terbuka 2 cm.

Alhamdulillah jam 3.10pagi beliau dah selamat bersalin baby girl. Aku excited juga, hadiah pon dah siap beli masa on the way home semalam, singgah Tesco. Insyallah lunch hour nanti boleh gi ziarah. Gitulah citer tragedi Ikan Bakar semalam. Ihiks :p


Satu-satunya gambar yang sempat di tangkap. Aku wajib makan Ikan Terubuk Bakar! In fact kat gerai kami lepak tu Terubuk dah abeh, tapi ku beli import dr gerai sebelah, dpt 3 ketul you.. Kalau tidak mmg tak berbaloi aa keluar makan jejauh..hehe.

Thursday, May 27, 2010

Happy Birthday my dear husband

I would say today is special day for my husband not only because he got his 3 series today :p , but because he just attended a job interview very near to my office. He was hoping for that job so that I can quite my 7-7 job then. Huhu..bior benor bang? I'm hoping you the job too so that we can merempit together to the office hehe.

After the interview he picked me up and we merempit to Ikan Bakar Jalan Bellamy.

For lunch birthday date, we had Ikan Terubuk, Udang, Sotong & Pari Bakar. Perghhh..sungguh lazat ler dr ikan bakar umbai nor ikan bakar bagan lalang. Mmg taleh lawan
So for you my dearest hubby:
Selamat Hari Jadi. Semoga murah rezeki selalu.
Terima kasih atas semua pengorbanan dan pertolongan abang menjaga, memanja dan mengasuh kami sekeluarga. We love u so much ;)

Monday, February 27, 2012

Dining out : Xpress Grill @ MV & Ikan Bakar Bellamy

Rezeki betul, semalam hubby gi restoran makanan arab kawan die kat MV , jadi dapatlah kami pon makan Arab. Memang dari hari Sabtu anak tekak ni macam nak makan makanan Arab.

Nama kedainya Xpress Grill located @ Midvalley. Boleh tengok FB derang kat sini. Rasanya setanding Saba. Memang sedap. Kami makan chicken hanith , lamb hanith, lamb kebab & chicken kebab. Harga amat berpatutan. Kedainya baru je berusia 2 bulan, tapi mmg tidak mengecewakan insyallah.

 Lamb kebab , hubby makan di kedai

 Chicken kebab makan ngan roti, hubby tapaukan 

Chicken hanith, hak ni 1 quater chicken RM8. Kalau 1 piece chicken RM6. Murah kannn?

Kedai ni baru rebranding, dulu namanya The BBQ King, sekarang Xpress Grill..ok lamb hanith je tak snap the pic..dah masuk perut baru tringat nak snap pic..kirim salam je la

Ok now flash back pulak kisah bercuti hari Isnin lepas. Saya dengan misi tersendiri, hubby dengan misinya gi interview kerja. Kami janji jumpa depan bakal opis die , saya jemput naik kereta dan kami gi dating kat Ikan Bakar Bellamy.Macam biasa menu wajib for me Ikan Terubuk, for hubby Ikan Pari sebab die malas nak pisah2kan tulang ikan. Dan yang wajib bagi kami ialah Sotong & Udang..sapa lapar sure meleh air liuq niii..



Ok jangan lupa kedai ikan bakar paling sedap kat Jalan Bellamy tu yg kedai no 3, yer no 3.


So for those peminat2 makanan Arab, boleh try the food @ Xpress Grill ok!  

Thursday, December 29, 2011

Year End Vacation: Penang Day 1~ 22 Dec 2011

Penang is a very wonderful place to visit! Seriously baru perasan ..kalau sesiapa yang need family holiday memang boleh pergi ke Pulau Pinang..macam-macam ada. Dah tak payah nak gi jejauh to Langkawi. Tapi kalau meroyan nak naek cable car jugak, mmg wajib ke Langkawi ehehe :D
Kami menginap di Bayview GeorgeTown selama 3 hari 2 malam. 1 malam booked under Agoda & 1 malam direct book di website hotel. Knapa? Citer later k? ada tips disitu!! tungguuuu

Dan tempat dan aktiviti yang berjaya dibuat seperti berikut:

Day 1:
Mandi -manda di swimming pool hotel
Makan di Nurul Ikan Bakar dan Nasi Kandar 


Day 2:
Breakfast di Mcd Batu Feringghi
Mandi-manda di pantai awak Batu Feringghi
Penang Butterfly Park
Teluk Bahang Dam
Boat Tour @ Penang National Park & Monkey beach 
Tesco Tanjung Bungah 

Day 3:
Bukit Bendera
Fort Cornwallis

Jom layan gambar hari pertama okeyy 

 
Selesai check-in..kami sedang menunggu Ayah park kereta..punya la lama! parking space mmg isu btol pada hari kerja huhu

 Mandi-manda di pool..kesian  kids derang mandi kejap je sbb baru 30min mandi hujan turun! 


Series Nurul Ikan Bakar sangat superb! Food super delicious. Tempat dia sangat luas..siap ada tempat duduk bersila. Kami pilih tempat duduk bersila supaya senang Maher bebas kesana kemari. Kalau dok kerusi die cepat mengamuk.


Kami order Ikan Kerapu Merah Bakar, Butter Prawn dan Tom Yam. Owhh tolonglah order Ikan Kerapu bakar kalau datang sini ok! sedap sampai teringat dalam mimpi heh..Total RM80 gitu je termasuk 4 jenis air buah.

Kami sebenarnya mmg tak plan langsung nak makan kat mana..lepas saya check-in Jambatang P.Pinang kat fb..my bro-in-law perasan dan terus tegur. Dia yg recommend..kami terus set kat GPS and google mmg jumpa! Tempat ni mmg femesss

Tapi, traffic jam di Penang ( ke arah jambatan lepas office hrs) sangat- sangat TERUK lagi DAHSYAT ..I think lg teruk dr KL..sampai nak dkt 9pm pon masih teruk jam. ..huhu..stress btol derang agaknya

p/s: to be continue...

Thursday, February 4, 2010

Percutian bajet di Melaka (updates!)

Mula-mula tiada perasaan nak bercuti. Tapi layan jugak sbb ada penaja :p. Ini kisah pecuti bajet kami di Melaka 2D1N. Kos perbelanjaan ini dikongsi buat panduan bagi anda yg sukakan pecutian bajet seperti kami.

Penginapan

Sejak anak dah 3 orang ini kami tak boleh lg dok bilik Standard biasa, kene bilik besau sikit. Kalau rate bilik besau di Hotel mmg agak mahal, jadi kami pilih HomeStay, iaitu di Jafmanurin's HS.
  • Jenis: 3 rooms apartment ( 2 with air- cond, 1 without air-cond)
  • Harga: RM150
  • Kemudahan: dapur, queen bed setiap bilik, alat2 memasak yg lengkap, tuala, telekung, sejadah, iron + board
So dpt lg Mama jimatkan kos dimana sarapan buat sendiri sbb bole memasak. Bhn2 bawa dr KL. Tuan umah pon baik tak caj pon kami cek out lambat ( 4pm). Mmg highly recommend this homestay. Next time oliday, kami nk cari homestay lg la, senang je just google :)

Tempat yg dikunjungi:

1) Mydin Melaka
2 kali gi mydin sbb lunch on 1st day dan beli selipar kekanak yg dh putus on 2nd day. Mydin sgtlah besar.

2) Taman Buaya
Tiket dewasa RM8, kekanak RM5 kot, mm tak ingat sgt. Not really syok sbb kat zoo dah ada buaya and most boye sungguh pasif. Show pon tade masa kami mai tuh.

3) Kota A Famosa
Punyala susah nk cari parking kat area town. Memula dh decide nk blk jer but tetiba ada rezeki dpt parking. Bergambo2 je kat area ni. Tp syok..ramai sgt orggg

4) Menara Taming Sari
Tiket RM10 dewasa , RM5 kekanak. Best best sgt! Wajib gi ni kalau mai Mlk. Sayang skali videocam tgh dicaj kat apartment, so kami tangkap gambo je kat sini.

5) Ikan bakar umbai
Rasa yg sungguh menghampakan. I tell u cannot beat the taste of Ikan Bakar istana. Mungkin sbb ramai giler org sampai kualiti kureng. Mmg hilang mood kejap bila food sampai lambat sgt + rasa kureng + muaz terjaga dr tido n nangis2

6) Zoo Melaka
Dah 2 kali gi zoo bulan ni. Last 3 wks kat Zoo Negara. Muaz langsung tak layan stroller. Huhu sakit sgt tgn ikut turn dukung dia. So ayah tangkap videocam kejap jer. Tiket dewasa RM7 kekanak RM5 kots

7) MMU Melaka
Mengimbau kenangan masa Pre-U disini. Masa tu Mama n Ayah lom kenai lg hihi. Sangat teringat zaman2 telnet dulu hihihih...btw asrama dah kene tutup skang ni.

Mai layan gambo.

Menara Taming Sari yg best

Zoo Mlk yg sgt besar. Penat jln. Moga lemak2 terbakar :p

Ikan bakar umbai.Jumpa Gina n family kat sini

The homestay. Selesa n for muslim only.

Tmn Boye

A Famosa dan sekelilingnya
MMU Melaka. Gambar bawah kiri tu: asrama kita ditutup. Gambar bawah kanan:FOSEE Mgt. Dulu aku group 30. Sapa lg group 30?
So penjimatan dr kos hotel hebat dpt disalurkan ke aktivit-aktiviti menarik di atas. Kalau anda tak naik MPV like us lagilah bajet. hihi

Friday, July 31, 2009

What we did yesterday

Semalam Check Up Minggu ke 39.

Aku ditemani suami dan Nur Mawaddah ke Hospital. Mus'ab tak ikut sama sebab gi Sekolah. Ni kali pertama Ayah teman Mama Check Up kat Hospital. Minggu lepas Ayah teman ke klinik. Check Up dah mula sekali dalam seminggu. Mama nak kasi ayah familiar tempat parking kereta dan area sekitar Hospital. Apapon kami berdua memang tak tau ( ke tak amik tau? ) kat mana lokasi labor room lagi.

Semalam ramai pula pesakit Dr I. Udah la tak bawa netbook & Celcom BB. Sambil menunggu Ayah baca buku yang dia bawa, sementara aku melayan mulut Mawaddah yg tak berhenti bertanya macam-macam sebab dok belek sehelai-sehelai majalah yang ada kat situ.

Bila Doc pegang perut, Doc rasa perut dah tegang semacam. Ada sedikit kontraksi. Yang lain semuanya normal dan Doc kasi MC sampai Rabu depan sebab dia kata Mama nampak penat. Wowiiiee...baikkan Doc? Mama kata MC sampai hari ni je la Doc. Doc kata " takpe, awak kene berehat"

Selesai Check Up destinasi seterusnya:

1) Ziarah Amirul di bilik 526. Amirul dah pandai menulis. Macam-macam ditulisnya dan tampal kat dinding. Khabarnya semakin sihat dan boleh keluar semalam petang juga.

2) Singgah Public Mutual Bangsar. Menunaikan amanah 2 clients yang bermohon kemaskini profail dan membuat Standing Instructions bulanan ke akaun Unit Amanah ;). Kali pertama juga Abang sampai ke PM Bangsar.

3) Ikan Bakar Istana. Destinasi makan tengahari kami sebab aku yang nak makan sangat Ikan Terubuk Bakar ( dah bape kali daa....). Memula keadaan agak terganggu sebab Mawaddah tertidur dr Bangsar dalam kereta. Jadi, bila kami kejutkan dia agak merengek. Tapi lepas tu dah ok sket dan kami enjoy le makan. Orang pon tak ramai sangat sebab dah lewat sedikit. Menu kami: Sotong Bakar, Terubuk Bakar dan Pari Bakar. Mama makan macam nak pecah perut, tapi Mawaddah minum Milo jek! Langsung takmo makan.

Petang sebelum maghrib Mama masak Gulai Kari Ikan Bawal pulak. Anak-anak makan sampai 3 kali pinggan nasi dan bila kami sambung makan nasi semua licin habis! Untuk achik, kami suruh dia tambah nasi sendiri la sebab lauk ada. Sungguh selera anak-anak makan.

Malam sebelum tidur, perut rasa tegang semacam. Kalau nak bersalin, mama dah redha. Tup tup bangun pagi ni sihat bertenaga aje pulak. Ha..ni gi masak mihun goreng pulak. Ayah kata " selagi mama tak bersalin macam-macam nak makan". Tak salahkan?? erk...

Wednesday, July 25, 2012

Kisah food PARAM

Hubby menegur..orang perempuan ni asik suke bercerita pasal food. Ye la bang..orang perempuan suka sharing citer pasal masak memasak sebab nak dapat idea resipi baru....tak pon kongsi tips2 memasak...ok what? dari bergosip2an benda tade faedahnya kan.

Day 3- saya masak Ayam Masak Merah, Jagung rebus dan cucur jagung je.Menu lain adalah leftover Daging Masak Kicap & Ikan Goreng. Then malas nak buat sayur, saya potong je Timun ehhe..Buah Apple..Saya ni memang jenis makan Kuih kalau berbuka..mmg feveret!


Day 4 semalam- saya singgah PARAM sebab keluarga SIL yg dok Brisbane, Oz tu mai umah for 3D2N..stok makanan di rumah tak banyak sangat..derang pon inform dah maghrib last Sun..tak sempat nak beli stok food lg..so kite pon membeli belah di PARAM: Ikan Bakar, Ayam Percik, Air Longan, Murtabak dan Agar2. Makanan PARAM kali ni yg sangat mengecewakan adalah ikan bakar..2 ketul Ikan tu RM30 korang! akhirnya sedekah kat kucing..huhu..mmg rasa die OUT! Murtabak pon rasa biasa..huhu..tak abes pon ada dlm peti sejuk
Saya masak gak..masak tempe goreng berempah, cempedak goreng ( cempedak fresh dr Kampung Kedah, MIL kirim kat SIL..SIL dah balik Kg) & Tom Yam campur. So semalam makanan mmg macam2..tapi sibuk sangat dok melayan tetamu dan 7 kekanak..x sempat snap gambar.
Tak lupa juga mesti ada buah..semalam buahnya meriah iaitu Tembikai Merah & Jambu Air.

Hari ni? mmm..sardin ngan ayam ada la..kot2 masak sup ayam dan sarding goreng kots..malas dah nak beli kat PARAM..mm..tengok la nanti

P/S- Malam Selasa lepas dah selamat submit 2 photobooks! yeayy..can't wait for the final outcome.  

Thursday, July 2, 2009

Berita sensasi terkini....

Ntah le sesuai ke idok ngan tajuk kat atas tuhhh:

1) Masak-masak ibu sarat
Tak sanggup nak pecahkan rekod 5 hari hari bekerja tak masak, so mlm ni masak sempoi aje: Ikan Goreng, Sup Sayur & Sambal tumbuk ikan bilis. Mmg betul, Isnin sampai Rabu lepas aku tak masak. Pinggang tu ada le sakit cikit2. Ni menu hari-hari semalam:
  • Isnin- Nasi lemak dan kuih muih dr Pasar Malam
  • Selasa- Domino's Pizza. Guna kupon youu..dpt diskaun :D
  • Rabu- Makan umah mak..hehe

2) Kedudukan terkini perut!
Lihat..mmg sudah rapat bangat dgn steering kereta. Boleh ke gelar Redhyppo bagi gambar di bawah? :D Oh ya..ku masih bawa kereta Sagaku tau! Car Dealer lom tarik kete utk dijadikan skrap. Insyallah ku masih bersama Saga ini sampai bersalin. Loan kereta baru pon lom settle. Stress btoi atas kesembapan ^&*%! Aku nak settlekan cepat..kang bersalin awal , sapa nak tolong buat ye dok?


3) Tudung DIY baru minggu ini ;)
Boleh juga dikategorikan sebagai tudung raya dan tudung malas + jimat elektrik ( tak payah gosok). Sesuai untuk ibu sibuk! hehe. Kali ni aku tempah buat gaya tarik tepi. Dapat bayangkan??
4) Inilah dia baby kawan Tragedi Ikan Bakar itu!!
Comei saja...namanya Nurin Anisah. Siang tadi pi ziarah sekali bagi hadiah. Berat 3.3kg lahir ..dengan sekali teran sahaja keluarlah ia dr perut ibu jam 3.10pagi. Sungguh hebat impak maksima Ikan Bakar youooo...teran sekali kuar terus hehe :D . Ku memang kagum aa sapa teran sekali jek...sbb my 2 cases teran lebih dr 3 kali rasanya :p tercungap-cungap....sib baik tak kene vacuum / forsep. Berkat kesabaran doktor-doktorku sebelum ini.

TAU TAK KAT MANA NAK CARI KURMA?? STRESS JUGA MENCARINYA SANA SINUN..KAT TESCO TADE..CARE4 TADE..MANA LAGI??

Wednesday, July 21, 2010

Masak lagi dan makan ngeh ngeh

Mungkinkah sekarang bulan sedang mengambang? Kerna ketam yg kami beli sangat gemoks pada hari Sabtu lepas. Isinya meletop! Dan yang kagumnya Mawaddah dan Mus'ab sangat suka Ketam Masak Lemak Cili Api. Inilah menu hari Ahad lepas diiringi Brownies Kukus dan Spaghetti Alfredo.

Ketam Masak Lemak Cili Api, dah lama tak makan. Sib baik jumpa ketam gemoks kat Pasar Tani

Ikan Bakar (Ikan Kembung) dan Air Asam meletops ( angkat bakul sendiri, boleh? :p) .

Asalnya dah ngidam nak Bakar Ikan Terubuk. Tapi semua gerai tarak jual Ikan Terubuk sebab katanya bukan musim. So mungkinkah Ikan Terubuk menghilang ketika Ketam berisi?

Kat umah skrang ada stok buah Peach. So rasa-rasa cam tingin nak buat Peach Crumble Cheesecake, tapi oven la pulak rosak! aduihhh ..kene cari resipi lain la guna Peach gini. Owh..aku pon dah cari resipi Biskut Raya 2010! Dah ngidam nak buat resipi baru tahun ni tapi oven rosak cemana? tak ke meroyann? huhu

Wednesday, January 5, 2011

Check up @ 36 wks 4 dys

Yesterday, I have so many things to settle so I decided to take 1 day leave. And luckily hubby decided to take EL just to accompany me. Few things settled as below. Kalau aku sorang je uruskan hal bawah ni maunya juga termengah-mengah.
  • Skodeng Mus'ab time rehat
  • Breast Pump repaired @ cost RM80
  • Pi opis hubby to settle work
  • Makan Ikan Bakar
  • Check-up @ PMC
  • Submit clients investment form
Yang tak settle:
  • Pengeluaran wang EPF utk kurangkan hutang rumah. EPF reject the bank statement. Argh penat daku! Aku dah contact bank depa kata lg 2-3 days akan kuarkan balik statement yg btol. Aishhh. Sempat ke tak settle kan ni be4 bersalin? tak kesah la labuu
Hasil check-up semalam:
  • Berat Mama: 71.5kg
  • Berat baby ( anggaran) : 3.3kg
  • BP: Tak tanyer Doc
  • Kedudukan bayi: Engaged
  • Masalah lain: Ada 2 (rahsia la, kecikje masalahnya kihkih. Bak kata org nk hujung-hujung ni ada sket cabaran)
Dulu masa preggy Muaz 35 wks berat dah jadi 72kg. Baca sini. So kali ni 71.5kg @ 36 wks kira ok la. Kali ni harapan takmo achieve berat 20kg macam cerah jek.

Ada harapan ke tak ni nak bersalin hari Anniversary? ( 18 Jan 2011).

Btw, aku dah tak jadi nak beli BP baru since Ameda dah ok :)

Ikan bakar Istana! nyum nyum. Sampai lambat tak dpt Ikan Terubuk. huhu

Saturday, January 22, 2011

Kerepek pisang homemade

Pisang lagi! Ya benarrrr. Jangan muak pulak. Minggu lepas pisang lembik aku dah buat Talam Pisang. Minggu ni abah bawak lg pisang dr Kg. So banyak juga pisang muda, layan aa buat kerepek pisang. Memang kami ngap ngap ngap tak hingat punya. Makan panas-panas mmg sodap.

Pisang jenis apa? aku pon tatau boleh? Asal muda cukopla labuu

Bahan perisa: Daun Kari. Daun kari kami hidup subur, sapa mau meh dtg umah.

Aku ni 1st time guna manual shredder, beli dulu hargaRM10. Boleh buat mcm2 bentuk tauu
1/3 kerepek yg sudah siap. Sedap makan kepek sambil tonton tv


Dah lunch td kami makan Ikan Bakar Istana ( again? within a month). Ya benarr, kali ni takmo ada gangguan, anak-anak ditumpang kat umah emak kejap. Mak Su die jaga :) . Syokla kali ni dapat Ikan Terubuk dan kami ngap jugak 3 ekor sotong. Tak sangka hari tak koje pon ramai org woo kat area Ikan Bakar Jln Bellamy ini. Boleh pulak jumpa Kak Elin kat sini td. Sorri u, I makan tak tgk org! kang tercekik tulang plak ehehehhe




















Kerepek Pisang

Bahan-bahan:
Pisang muda- dihiris
Garam secukop rasa- dlm bentuk air / serbuk halus
Daun Kari
Marjerin

Cara-cara:
1. Goreng pisang dalam kuali dan kacau sampai sedikit masak
2. Masukkan garam, marjerin dan daun kari. Kacau sampai masak
3. Angkat bila dah siap

Last but not least, hari ni juga udah operasi cuci & sterilize botol dan pam susu. Ada lagi 16 biji botol lom operasi. Lepas bersalin la

Monday, December 28, 2009

Ikan bakar closing 2009

Alhamdulillah dah selamat menjamu selera buat penutup tahun 2009 kat Ikan Bakar Istana Jln Bellamy lunch siang td ngan Yati, Semah, Zarid, Zu & Ijjah. Ada rezeki lebih sikit saja-saja nak makan jauh sket dr ofis kan kan. So ni gambo cilok dr blog yati :D.


So esok insyallah nak marathon puasa balik yang tergendala last week tu. Esok masuklah hari ke 20 pose ganti. Moga allah permudahkan ...6 hari hutang pose lagi ni.

Jom le buat trip kengkawan oii..lama dah tak dolan2 berkumpulan. Semalam flash back balik citer2 trip kite rasa kelako dan terasa muda! eh ingat sket 2010 ni umo kita mau masuk 30 daa :D

Wednesday, September 10, 2008

Tulang ikan

Hari Isnin buat Ikan Terubuk Bakar..huhu lazatnya mmg toksah cakap le sampai tercekik satu tulang halus..dr Isnin malam buat bodoh sajek..keje..ibadah..sume jalan cam biasa..siap boleh control 'ayu' masa buat presentation CCR dalam meeting :p

Tapi...
Malam tadi dah rasa sakit..rasa bengkak...tiada pilihan jam 9.30mlm kami ke klinik Al-Helmi, klinik kegemaran kami..hanya beberapa tapak dr rumah ( tapi naik kete ler) dengan harapan dapat keluarkan tulang ikan.

Malangnya...
Mungkin disebabkan saya dah pernah cuba jolok2 banyak kali..so tulang dah masuk ke dalam..susah nak tarik..dan Dr kasi ubat:
1) Tahan sakit
2) Antiobiotik

Nasihat Dr..makan ubat masa berbuka & bersahur. Lepas bengkak..nanah keluar dan insyallah tulang ikan tu tertanggal sendiri..Ya Allah..bantulah daku..so kita nantikan!

Nasihat saya...kalau tercekik tulang ikan..kumur2 dan terus ke klinik sebab ada officemate saya berjaya keluarkan tulang ikan dengan cara begitu. Jangan nak tunjuk pandai jolok sendiri ( pesanan untuk diri sendiri! untuk masa akan datang)

Ikan terubuk? tetapi kegemaranku :p ..tulang ikan itu masih bersama di anak tekakku..huhu

Monday, May 3, 2010

Great and Frugal Weekend Getaway

Sunday start with Mus'ab and Mawaddah Sport Day 2010. Being a immature kid+ student, Mawaddah didn't want to participate in any activity. While Mus'ab joined 1 game, ikat kaki berpasangan and won the Bronze medal. Boleh la. Demam-deman pon boleh lari tuh.

Thanks Ayah for taking this pic

Another 1 weeks for Lil Muaz turns 9 MO ;)

We didn't wait until the Sport event end since we have another activity: picnic @ Kem Isi Rimba , Kemensah cum Family gathering.

What's so great about Isi Rimba Kemensah?
  • It's a great place for family gathering. Nice and very calm forest environment. Dah namapon Isi Rimba kan?
  • So near to the town of KL
  • The buffet price is only RM10/pax ( breakfast + lunch) for adult.
  • The water level was not so deep, so it's safe for the children playing and bathing around.
  • Place to play Paintball, so it's great for teenagers too rather than wasting time merempit
  • Good place to release your tension and depression. Cuma ibu pantang tidak digalakkan masuk hutan hihihi

Parking area is very limited. You have to place ur booking upfront.
saspen beb dengan this warning haha :p

People having picnic on Sunday

It was quite a tiring picnic kan baby?

Only Mawaddah and Muaz didn't dip into the river

Mus'ab yg sakan mandi dengan sepupu sepapat

Can't wait for another weekend getaway @ Bagan Lalang Gold Coast this weekend. ;) Actually can't wait for the sotong bakar, udang bakar & ikan bakar session with officemate haha

Sabtu terperap kat umah layan kerja umah dan kerja pejabat, bab complaints mesti kene layan, mesti komited pd pelanggan :p

Craving for BIG Apple donutssss huhu

Monday, May 10, 2010

Bagan Lalang Gold Coast : 8-9 Mei 2010

Another fun and budget weekend getaway for us, kids and office mates : Program Santai CDCCM

Tarikh: 8 May 2010
Masa: 10am-4pm
Tempat: Tepi pantai, Bagan Lalang
Aktiviti: Melepak tepi pantai, Mandi laut, Main Pasir, Sukaneka ie: Water Ballon Challenge, Sand Castle Contest, Cool Sponge Bob. Total ada 8 jenis game. Malam: makan ikan/sotong etc bakar

Hanya beberapa kengkawan pejabat bermalam ni disini kerana atas kos masing-masing. Kami menginap:
  • Tempat: Camar Laut, LKIM
  • Kos: RM100/malam
  • Chalet: 2 bilik with 4 single beds ( provided: TV, Toilet,Bathroom, No kettle, air panas kene amik sendiri)
  • No tel :03-31411912
Kami adalah peserta terakhir sampai pada hari tersebut dek kerana Mama rasa kurag sihat, dah telah 6 biji panadol. Lepas rasa ok sket, kemas umah sket baru bertolak dr rumah jam 11pagi. Sampai tempat kejadian 6 game dah abes, tinggal lg 2. Mama tak join any game le sbb handbag asik melekat aje. Memang seronok la outing ngan kengkawan pejabat sbb ada yg mai dr jauh tau ( sarawak), release stress + mengeratkan ukhawah.

Sepanjang 2 hari tu kids sangatla enjoy mandi laut, main pasir dan main buai depan chalet. Lil Muaz behave je sbb Mama dok melekap ngan dia. So ni kiranya percutian bajet sbb kos percutian ni kosnya tak lebih RM250.

Malamnya kami beli sotong, ikan dan udang bakar tapi kene tapau sbb Mawaddah dah buat perangai. Baby Muaz ok je..bila ngantuk, lena je ngan dakapan Mama. Esoknya kami lepak2 lagi tepi pantai , kami bawa tikar so senang nak melepak sambil kids main2 air. Kui 1pm kami check out dan terus balik rumah. Owh kat situ ada playground for kids dan ada pasar menjual fresh seafood ie ikan, sotong, udang etc. Besar sungguh sotong dan ikannya! Depa boleh bungkus utk perjalanan jauh lagi tuh, Cuma diingatkan sume dijual pd harga pelancong, lebih2 lg weekend. Faham2 yer.

2010 gi GC Malaysia, bila pulak nak terbang ke GC , Aussie ni

Gambar hari ke-2 . Red theme, kebetulan plak
Sedap btol Muaz tido sbb air-cond semulajadi :p. Belakang tu Palm Tree resort GC under constructions

Area chalet kami, tenang saje
1 bilik ada 2 single beds. Chalet ni boleh masuk 6 pax tau

Our chalet: Tenggiri B. Nama biliknya sume nama ikan: bawal, cencaru etc. Menarik kan? Ada mini playground depan chalet. Boleh buat BBQ dan bercamping dlm area Camar Laut ni. Fully booked btol time wiken
Hari ke 2...jalan sampai ke hujung bagan lalang ada playground and camping area. Nampak seperti tempat baru dibangunkan. Don't worry, surau, tempat makan dan toilet all in walking distance. Ramai btoi org bercamping!

Belakang tu GC tu la..tapi blom siap, still under construction

Suka Muaz jejalan makin hangin!

Group pic!Smileeeee

Budak ni nampak dah besar kan?

Info penginapan lain:
  1. Hotel Seri Mesia- RM160/nite. Memula nak ni tp dah fully booked..slamat save RM60 :p
  2. Chalet Persatuan Perikanan - RM90/nite. 03-31412894
  3. Bagan Villa Resort. RM65/RM75. Majoriti opismet dok sini
  4. Bagan Lalang Beach Resort. RM80/nite.03-3141 1097
  5. Homestay

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...