Sunday, January 16, 2011

Kuih Talam Pisang pertamaku!

Kat umah ni macam dah jadi kebun pisang, memang every week mmg ada bekalan pisang. Sebabnya ayahku bawa dr kg Perak . So kali ni kene cari resipi baru sbb dh jemu makan pisang goreng, cekodok, apam, bingka pisang.


Resipi asal diambil dr Kal. So here is my resipi:

Bahan Lapisan Bawah:
1 cawan pisang dilecek
1/2 cawan brown sugar
1 cawan tepung beras
2 s/b tepung kastad
2 cawan santan cair
secubit garam

Cara
1. Panaskan kukusan. Sapukan loyang bulat saiz 8 inci dgn minyak.
2. Aku blend pisang, garam, 1 cawan santan cair dan gula untuk dptkan adunan yg halus. Lepas tu adunan ni dicampurkan dgn tepung & 1 lagi cawan santan cair. Cara lain, hanya gaulkan semua bahan dan tuangkan dalam loyang.
3. Masukkan dalam kukusan dan kukuslah selama 30 minit.
4. Bila nak bubuh adunan atas, cakarkan permukaan lapisan bawah.

Bahan Atas:
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat
1 sudu kecil garam
Sedikit pewarna hijau

Cara
1. Gaulkan semua bahan supaya sebati dan rata.
2. Tapiskan kedalam kuali tak lekat dan kacau sebentar.
3. Bila nampak pekat, tutup api dan tuangkan keatas lapisan bawah
4. Kukuskan lagi 20 minit.
5. Sejukkan betul-betul dan potong untuk dihidangkan


I like sgt! Alhamdulillah 1st time buat kuih talam pisang menjadi. Aku kepingin benor nak gi kelas Kuih Talam Chef Asma.

5 comments:

aida said... Reply To This Comment

Aku tak pernah mkn kuih talam pisang, huhu. Nampak sedaps

Farra said... Reply To This Comment

Aida, ni la 1st time buat dan rasa...byk bonar pisang, aku dh soh mak sedekah org lain plak..sedap2 ..lg satu aku suka sgt talam suji, will try one fine day later

aida said... Reply To This Comment

Aku ingat nak belajar masak dgnmu ah. Sedap2 gitu

noor said... Reply To This Comment

masya-Allah, you never fail to cook. MMg worth every penny spent on your cooking utensils nampaknya. Or is it you are carrying a girl... you definitely inspire me to involve with more cooking. Am not really keen on eating... (nampak sgt malsa, makan pun malas, masak lagi lah kan). Keep up the spirit...

Farra said... Reply To This Comment

aida, try n error jek....

noor, bby boy..i mmg suka venture new recipe..cooking is my passion :)