Bahan-bahan
• *500g campuran brownies (premix)
• *4 biji telur gred B
• *75ml minyak masak
• *200ml air
• *5g baking powder
• *5g soda bikarbonat
Inti cream cheese
• 250g cream cheese
• 60g gula castor
• 1 biji telur
• 25ml air
Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan bertanda * dalam mixer.pukul dgn kelajuan sederhana lebih kurang 3 minit
2. Utk cream cheese - campur semua bahan kecuali telur dan pukul sampai kembang. Then masuk telur dan pukul kejap jek
3. Cara melapis - masukkan separuh adunan brownies kukus coklat dalam loyang yg dah di alas dgn kertas minyak. Kukus selama 15 minit.
4. Masukkan pula inti..dan kukus selama 15 minit lg
5. Masukkan baki brownies kukus,kukus selama 30-40 minit
6. Sediakan Choc Ganache dan paipkan atas Brownies
Tip: cucuk dengan lidi dan jika tiada lg bahan melakat maknanya dah masak.
1st time buat brownies kukus, ternyata lebih Moist sesangat berbanding the baked Brownies.
Selamat mencuba!

Choc Ganache : Cairkan coklat dan masukkan sedikit whipping cream/susu cair/susu biasa ( aku guna susu anlene biasa jek huhu sbb yg lain tarak). Kemudian, campur sebati dan boleh putar kejap bagi lembut!
Best sgt sbb very moist! Lenkali dah takyah la bake2 lg
4 comments:
ades terliurnyaaaaaaa...nak cuba!!!
resepi amik mane eh?
farra, kakak aku pon slalu kukus jer kek choc, mmg sgt moist.. lazat!
julie
yati, resipi kat website myresipi.com kalau tak silap
juli, ye ke juli? next time aku kukus je la kot sbb lg moist
farra, nk tanye guna loyang saiz berapa tu? rasa2 kalu guna tupperware plastik putih tu aci x?sbbnye kalu buat choc cake kukus mmg pakai tupperware tu, cpt & sng -eewa
Post a Comment