Showing posts with label Tudung DIY. Show all posts
Showing posts with label Tudung DIY. Show all posts

Thursday, July 2, 2009

Berita sensasi terkini....

Ntah le sesuai ke idok ngan tajuk kat atas tuhhh:

1) Masak-masak ibu sarat
Tak sanggup nak pecahkan rekod 5 hari hari bekerja tak masak, so mlm ni masak sempoi aje: Ikan Goreng, Sup Sayur & Sambal tumbuk ikan bilis. Mmg betul, Isnin sampai Rabu lepas aku tak masak. Pinggang tu ada le sakit cikit2. Ni menu hari-hari semalam:
  • Isnin- Nasi lemak dan kuih muih dr Pasar Malam
  • Selasa- Domino's Pizza. Guna kupon youu..dpt diskaun :D
  • Rabu- Makan umah mak..hehe

2) Kedudukan terkini perut!
Lihat..mmg sudah rapat bangat dgn steering kereta. Boleh ke gelar Redhyppo bagi gambar di bawah? :D Oh ya..ku masih bawa kereta Sagaku tau! Car Dealer lom tarik kete utk dijadikan skrap. Insyallah ku masih bersama Saga ini sampai bersalin. Loan kereta baru pon lom settle. Stress btoi atas kesembapan ^&*%! Aku nak settlekan cepat..kang bersalin awal , sapa nak tolong buat ye dok?


3) Tudung DIY baru minggu ini ;)
Boleh juga dikategorikan sebagai tudung raya dan tudung malas + jimat elektrik ( tak payah gosok). Sesuai untuk ibu sibuk! hehe. Kali ni aku tempah buat gaya tarik tepi. Dapat bayangkan??
4) Inilah dia baby kawan Tragedi Ikan Bakar itu!!
Comei saja...namanya Nurin Anisah. Siang tadi pi ziarah sekali bagi hadiah. Berat 3.3kg lahir ..dengan sekali teran sahaja keluarlah ia dr perut ibu jam 3.10pagi. Sungguh hebat impak maksima Ikan Bakar youooo...teran sekali kuar terus hehe :D . Ku memang kagum aa sapa teran sekali jek...sbb my 2 cases teran lebih dr 3 kali rasanya :p tercungap-cungap....sib baik tak kene vacuum / forsep. Berkat kesabaran doktor-doktorku sebelum ini.

TAU TAK KAT MANA NAK CARI KURMA?? STRESS JUGA MENCARINYA SANA SINUN..KAT TESCO TADE..CARE4 TADE..MANA LAGI??

Sunday, June 28, 2009

Kain Bedung dah siap baby....

Jumaat petang..dr pejabat ku menyinggah kejap Mydin Selayang nak beli barang dapur. Sempat juga ku menyinggah kedai kain belakang Mydin dan kubeli 3 kain Frankel untuk dibuat kain bedung. Pilihan tak banyak berbanding Nagoya sgt..so jadi la yang ini jek yer:Kain Frankel: RM6.80/meter. 1 meter boleh dapat 1 kain bedung. Kalau kain bedung dikurangkan sket saiz let say 36', boleh dapat kain barut bayi. Saya tak buat kain barut sebab dah ada yang lama...

DIY.....Cara menjahit:
1. Potong kain menjadi 4 segi sama. Saiz yg ideal antara 40' to 36'. Ku punya 40' X 40' kalau tak silap.
2. Kelimkan tepi kain dan jahit lurus menggunakan mesin jahit. Masukkan bahagian yg berbulu tu ke dalam tau sebelum jahit.
3. Cuci dahulu sebelum menggunakannya yer ;)

Ku jahit di rumah emak sebab mesin jahit lamaku dah lama rosak. Masa jahit kat umah emak pagi semalam, emak kasi kain Kapas Corak kotak-kotak ni padaku. Dia beli 2 meter long time ago konon2 nak buat buat skirt dok umah, tapi dek sibuk sangat tak buat jugak. Jadi, cucunya la yg melaram eh ;)
2 kain bedung dr Kain Kapas Corak Kotak-kotak. Tima kasih Emak ;). Proses menjahit , sama cam di atas.

Baby kali ni ada 5 kain bedung untuk digayakan. Nak cuci dulu...tumpang lalu.....

Jahit DIY ni memang jimat la....kita jahit kelim tepi kelima kain ni pon tak sampai 1 jam.

Next Kelas Tudung DIY akan diaanjurkan oleh http://jvcynosure.blogspot.com/. Sesapa berminat boleh hubungi Sis Yela terus ok. Kelas pada 4 Julai 2009, jam 10 pagi hingga 2 petang.

Thursday, June 18, 2009

Aktiviti masih biasa...

Sakit pinggang memang la sakit pinggang...berat badan kan dh naik 16kg :p. Kebanyakkan aktiviti masih berjalan seperti biasa dengan sedikit adjustment hihi..antara aktiviti:
-
-
-
-
-






1) Shopping tudung raya @ Jakel :p

4 warna plain ni emakku kirim. Yang 3 warna di atas termasuk diriku punya :p Ni kes Anak Borek, Mama Rintik. Ku hadiahkan 1 tudung DIY labuh warna hitam kat emak.dulu ..now dia suka sangat dan terus kirim warna lain. Harga sales RM18.90/meter~Lycra Plain.

Lycra Corak ni utnuk diriku. Harga Sales RM15/meter.

Apapon mmg rambang mata dok tkt 2 jakel mengadap kain-kain Lycra yang berlambak itu...waduh..kene baca doa banyak-banyak. Ku pergi lepas abeh OrenBijak kui 5.30pm. Sanggup gi tu walaupun kursus habis lambat :p. Bak kata Cik Abg " Sanggup tu merempuh jem ke Jakel" ahaks :p

2) Masak - memasak

Insyallah setakat ni masih larat memasak dengan minor adjustment iaitu banyak duduk. Maksudnya saya duduk atas tikar masa potong sayur , kupas kulit bawang etc. Dan sekarang ni hari biasa masak satu lauk je tapi lengkap segala khasiat ( sayur masuk sekali). Contoh:

Isnin- Sup tulang dengan kentang dan lobak
Selasa- Asam Pedas Ikan + Sayur bendir
Rabu- Nasi goreng Cina (gambo bawah :p)


Mus'ab 1st day at school (lepas cuti sekolah :D). Ayah & Mama amik cuti you..dia pon excited. Mawaddah lagi la excited. Hehe

Friday, May 15, 2009

Pilihan Kain Tudung DIY

Senang btol sekarang ni. Lepas mandi, sarung baju then sarung je tudung. 'TAK PAYAH GOSOK TUDUNG!' ...sangat sesuai untuk ibu / wanita sibuk macam anda dan saya! Sebab itu tudung DIY menjadi pilihanku sekarang. In fact, it increase my productivity!

So, memandangkan ada yang tanya.. pilihan jenis kain / tempahan boleh dibuat dibawah:

CYNOSURE- boleh tempah sekali. Esok I ingat nak singgah umah dia rembat kain. Duit dah bayo :D

SS2 PJ- Best sangat kain-kainnya. Nama cam Zouhua ( ntah tak ingat). Ada kakak ajak gi ..tak sempat la siss...Hany, tolong btoikan ejaan ;) syoknyer kalau gi sama..cuci mata :p

People Textile ( dekat China Town) - paling premium! Tak sesuai dah ngan aku yg Frugal ini.

No 13-15 Jalan Petaling,
50000 Kuala Lumpur ( berhadapan dengan pintu gerbang Petaling Street dan sebelah dengan Pusat Pakaian Hari Hari)
Waktu operasi:
Isnin- Sabtu: 9:30 am – 6:00pm
Ahad dan Cuti umum: 11:00 am – 3:00pm
Nota: tutup setiap Sabtu ke 3 setiap bulan
Website:http://efabric.biz

Kedai-kedai biasa lain: Nagoya & Kamdar ( harga paling murah lerr...)

Saya baru beli 5 kain Jersey pelbagai warna lain. Senang dah ada tailor sendiri. Harga sangat berpatutan!Ini bukan kes suka shopping tapi sebab nak tingkat produktiviti. Banyak masa boleh jimat. Kalau ada pembantu itu lain cerita la.

BTW, masa pantang ni plan nak tempah lauk pantang kat mangkuktingkat jek. Ok kan? takut susahkan emak sbb bulan Ramadhan mak sibuk nak tadarus al quran.

Confirm again..It's a boy. Dah 2 kali scan. Selang seli adik beradik ni. Syok , alhamdulillah . Tak fikir nama lagi..tak fikir hospital lagi...tak kemas baby coat lagi ( macam tongkah pecah)..tak bukak baju-baju Mus'ab kecik dulu lagi..hehe..banyak lg masa..tu sume mmg nak buat, SUATU HARI NANTI :D

TM price 3rd sell 4.0. Nak tunggu lagi. Ekonomi dijangka semakin pulih. Baca sini. Semalam saya shopping lagi PCIF dan PIEF! Shopping bukan utk liabiliti , sy suka :D . OSK trading & CDS akaun dah ready. But OSK188 online still pending approval. Budak baik tu pon dah letih layan aku. Tapi baik la budak tu, elok aku jadikan downline. Apala...aku dah tak sabar nak trading! Beli kereta, of course delay! ;)

eh sapa penah guna Barut Herba HPA ni? ok taks??

Sunday, March 1, 2009

Hasil Kelas Tudung DIY

Hasil kelas tudung DIY last week, kan saya dah cakap akhirnya saya outsource saja kain PT yang belum jahit tu kat cikgu jahit, Kak Tie :D. So, hari rabu lepas cikgu dah bawakan ke pejabat dan hari Jumaat saya dah boleh melaram. Cikgu mai ofis bawa modem sekali sebab Streamyx ada problem bukan le semata-mata hantar daku punya tudung tu. :D
BTW, Cikgu jahit bawa jugak tudung DIY lain untuk dijual di pejabat.

Setakat ni 5 tudung telah terjual dan yang tinggal seperti di bawah:

Koleksi Jijah. RM 45 Belah tengah. Awning: Brocade
Stok terjual: Pink. Stok available 4 helai: Pink (1), Light Brown (2), Grey Borwnish (1)


Koleksi Faiz. RM 40 Tiada Belah . Awning: Brocade/Cotton.
Stok terjual: Hitam & Biru. Stok available 4 helai: Pink (1), Blue (1) , Grey Brownish (2)

Koleksi Sabariah. RM 30 Tiada Belah. Awning: Jersey
Stok terjual: -. Stok available 3 helai: All Pink (1), Pink with Black Awning (2)

Koleksi Comel. RM 15 Tiada Belah & Singkat. Awning: Brocade:
Stok terjual: Hitam & Biru. Stok available 1 helai: Light Brown

Dalam banyak-banyak kat atas sy tetap meminati yang ada belah sebab boleh digayakan ( pusing & belit) dengan kerongsang. terpulang..bagaimana anda gayakan...yang pasti ia tetap tutup dada.

Nama-nama tu bukan saya letak..cikgu yang letak yer & cikgu yang tetapkan harga, sy tak amik any komisen. Nak tengok sendiri mai ofis la yer. Oh ya, saya takmo jadi usahawan tudung DIY yer..ni tolong cikgu jek buat masa ini.

6 kelebihan beli emas secara ansuran, Easy Payment Purchase ( EPP)

✨ 6 kelebihan simpan emas secara ansuran ✨ Beli emas secara ansuran di Public Gold ini dikenali sebagai “Easy Payment Purchase” ( EPP) Apa ...